Ini cerita anak-anak dia pula. Biasanya Kak Lang hantar mereka ke Sekolah tapi nampak gayanya hubby dia kena hantar sekolah pagi manakala sekolah petang mereka dicutikan kerana tiada orang hendak fetch mereka. Ku Cik petang sekolah agama manakala Abangnya Firdaus ada tution. Masa admit kat hospital Kak Lang bawa wayar-wayar laptopnya tapi laptopnya ada dirumah coz dia buat begitu kerana tak hendak anak-anaknya asik main laptop jer masa dia tiada. Pagi tadi hubby dia datang melawat dan serahkkan Kak Lang seutas rantai emas. Kak Lang kata mana jumpa coz benda tu, sebab sudah bertahun hilang. Azam beritahu anak-anak mereka jumpa sebab mereka selongkar satu bilik cari wayar laptop malam tadi. Heheheh lawak...lawak.. budak-budak nie.Tuesday, July 20, 2010
Update Kak Lang Masuk Hospital - 20.07.2010
Ini cerita anak-anak dia pula. Biasanya Kak Lang hantar mereka ke Sekolah tapi nampak gayanya hubby dia kena hantar sekolah pagi manakala sekolah petang mereka dicutikan kerana tiada orang hendak fetch mereka. Ku Cik petang sekolah agama manakala Abangnya Firdaus ada tution. Masa admit kat hospital Kak Lang bawa wayar-wayar laptopnya tapi laptopnya ada dirumah coz dia buat begitu kerana tak hendak anak-anaknya asik main laptop jer masa dia tiada. Pagi tadi hubby dia datang melawat dan serahkkan Kak Lang seutas rantai emas. Kak Lang kata mana jumpa coz benda tu, sebab sudah bertahun hilang. Azam beritahu anak-anak mereka jumpa sebab mereka selongkar satu bilik cari wayar laptop malam tadi. Heheheh lawak...lawak.. budak-budak nie.Monday, July 19, 2010
Kak Lang Warded - 19.07.2010
Sultan Kelantan Selamat Menjalani Rawantan - 19.07.2010
Polis Tiada Kuasa Tahan "Sultan Melaka" - 19.03.2010
Sultan Melaka ke 44 bersama salah seorang prmaisurinya , Cik Puan Muda Datin Puteri Zaidatul Mardiah binti Syed Yusuff Ahmad.
Training & Kak Lng Medical Check Up - 19.07.2010
Sunday, July 18, 2010
Muss Outstation - 18.09.2010
Kenali Adinda Lelaki Sultan Brunei :- 18.07.2010
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Isteri Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah. Diputerakan pada 27 Ogos 1947 di Istana Darussalam, Kampong Sumbiling Lama, Bandar Brunei atau sekarang dikenali sebagai Bandar Seri Bagawan. Berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bt Y.A.M. Duli Pangiran Pemancha Sahibul-Rai’ wa ul-Mushuarat Pangiran Muda Haji Muhammad Alam pada 09.07.1970 hingga sekarang. Dikurniakan lima orang putera dan lima orang puteri.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Isteri Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah. Diputerakan pada 31.07.1951 di Istana Darul Hana, Kampung Tumasik, Bandar Brunei (Bandar Seri Bagawan). Berkahwin sebanyak empat kali iaitu pertama - Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak Muhammad Salleh (14.07.1971 - 1981), kedua -Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 - 1986), ketiga - Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 - 2003) dan akhir sekali Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato' Hj Nasir (1999 - sekarang). Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati. Diputerakan pada 06.11.1954 di Istana Darul Hana, Kampung Tumesik, Bandar Brunei (Bandar Seri Bagawan). Berkahwin dengan Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati bt Y.A.M. Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abdul Rahman (31.08.1972 - sekarang). Pernah berkahwin dengan empat orang wanita lagi. Hasil daripada perkahwinan pertama dikurniakan dua putera dan seorang puteri dan seorang putera dari Isteri keempatnya Ayen Munji. Christopher Buyers dalam datanya ada menyatakan Pengiran Jefri mempunyai 17 orang anak - Waalah hu Alam.
Tahniah Pak Lah Terima DK - 18.07.2010
Tun Abdullah & Isteri Lawat Tamu Kianggeh - 18.07.2010
Teks Ucapan Sultan Brunei Sempena Hari Keputeraan Baginda ke 64 - 18.07.2010
- Titah Ucapan
ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan izin dan limpah kurnianya juga, istiadat pada pagi ini dapat berlangsung dengan baik dan sempurna.
Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu khas Beta yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang ke-64.
Kita juga bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepada negara dan rakyat serta penduduk dengan pelbagai nikmat berupa keamanan dan kemakmuran. Ini semua memerlukan kita menanai dan memeliharanya dengan konsisten. Bagaimanakah kita menanai dan memelihara itu? Tentu saja dengan berusaha demi kelangsungan dan kemantapannya. Keamanan yang bertahan lama dan mantap adalah segala-galanya. Demikian juga kemakmuran yang berterusan adalah menjadi idaman kepada semua.
Kedua-dua ini adalah asasi akan menentukan rebah-bangun negara. Negara yang aman adalah negara yang selesa: selesa untuk berkembang dan membangun. Di tambah lagi kalau ia makmur akan menjadikannya lebih mudah pula untuk melakar kemajuan. Inilah rahsia keamanan. Kerana itu adalah menjadi kewajipan utama bagi agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadapnya. Sementara rakyat pula hendaklah memberikan kerjasama yang padu.
Dalam usaha untuk mengekalkan kemakmuran pula, kita boleh memakai dasar dan kaedah-keadah biasa. Kalau orang lain bersaing, kita pun juga bersaing. Orang lain melabur, kita juga melabur. Orang lain mempelbagaikan ekonomi, kita juga mempelbagaikan ekonomi. Pendeknya, kita boleh saja mengharung apa jua cara yang sesuai untuk kelangsungan kemakmuran itu. Tetapi dalam pada itu, elakkan cara dan tabiat yang tidak sihat seperti tabiat suka berhutang tanpa menghiraukan risiko bebanan hutang.
Tahukah kita, ada kajian menunjukkan bahawa krisis kewangan dunia turut dilihat sebagai berpunca dari bebanan hutang. Satu fenomena yang menggerunkan telah dapat dikesan bahawa bukan saja individu, keluarga dan syarikat perniagaan menanggung beban hutan malah terdapat juga negara yang membuat pinjaman berlebihan sehingga menjadikan kestabilan ekonomi dan kewangan negara tersebut tergugat dan bahkan kestabilan ekonomi dan kewangan dunia juga.
Menyedari lebih awal akan bahaya inilah, makanya Kerajaan Beta semenjak beberapa tahun kebelakangan lagi telah pun mengamalkan dasar berhemah dan berjimat cermat di dalam berbelanja dengan menekankan value for money serta menabung lebihan pendapatan kerajaan demi agar kemakmuran yang ada sekarang dapat terus dinikmati oleh generasi demi generasi.
Alhamdulillah, satu berita memberangsangkan berdasarkan The World Economic Forum's (WEF) Global Competitiveness Report 2008-2009, negara kita telah menduduki tempat teratas dari sudut pengurusan hutang kerajaan dengan mengambil kira negara ini tidak mempunyai hutang awam. Sementara itu, negara juga menempati kedudukan kedua daripada 134 buah negara dari aspek kekukuhan makroekonomi.
Insya Allah, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan Beta juga akan melakar satu sejarah baru dalam hal ehwal kewangan dengan penubuhan sebuah autoriti monetari yang digelar Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atau Monetary Authority of Brunei Darussalam yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2011. Badan ini akan bertanggungjawab termasuk ke atas dasar-dasar monetari pengawalseliaan institusi kewangan dan pengurusan mata wang.
Di arena antarabangsa, kita akan terus mengamalkan dasar saling hormat-menghormati serta bekerjasama bagi kebaikan semua pihak. Di peringkat ASEAN, komitmen kita adalah di pandu oleh hala tuju Piagam ASEAN sendiri. Sementara di peringkat lebih jauh melalui keahlian kita di dalam pertubuhan antarabangsa yang lain termasuk APEC, OIC, Komanwel dan lain-lain, kita juga akan mengekalkan peranan membina di dalamnya.
Beralih kepada perkara yang tidak kurang utamanya iaitu Perkhidmatan Awam. Ia memerlukan peningkatan baik di segi produktiviti mahu pun etika kerjanya. Beta mahu Perkhidmatan Awam itu secara berterusan akan menilai kekuatan dan kelemahannya berasaskan Key Performance Indicators yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, dapatlah kita menyukat setakat mana Perkhidmatan Awam itu dapat melaksanakan tanggungjawabnya pada memenuhi harapan negara dan orang ramai.
Sejajar dengan keperluan-keperluan utama, Kerajaan Beta telah dan sedang menangani bagaimana untuk mempercepatkan lagi penyediaan perumahan awam yang bersesuaian. Ke arah ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan akan menetapkan sasaran dan langkah untuk memenuhi permintaan termasuk rancangan pembinaan rumah-rumah yang diungkayahkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.
Melalui langkah-langkah berkesan, Beta berharap pengagihan perumahan itu akan lebih dapat dipercepatkan.
Kita juga bergerak dalam pembangunan yang lebih kondusif bagi pelaburan dengan meningkatkan pemeliharaan alam sekitar dan kualiti kehidupan. Sehubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengungkayahkan pembangunan Bandar Seri Begawan melalui penyediaan Pelan Induk Bandar Seri Begawan.
Di bidang perkhidmatan kesihatan, Kementerian yang berkaitan amatlah perlu untuk mengukuhkan lagi dasar-dasarnya menilai sistem dan pengurusan kesihatan khasnya kapasiti dan kualiti sumber tenaga kedoktoran dan profesional lain. Kita tidak mahu rumah sakit kita menjadi bayang-bayang yang menakutkan hanya kerana doktor-doktor selalu gagal dalam memberikan khidmat mereka.
Di bidang pemakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama akan terus melipatgandakan usaha untuk menghampiri sasaran sara diri yang kita cita-citakan itu.
Di samping jangan juga lupa tentang keselamatan makanan sama ada yang bersumber daripada dalam mahu pun luar negara. Langkah-langkah penilaian dan kawalan perlu dipastikan meliputi semua aspek: kehalalan, kebersihan dan keselamatan makanan. Walaupun hanya bahan-bahan yang biasanya dianggap selamat seperti sayur mayur dan ikan, namun kita juga pernah mendengar tentang sayur mayur yang beracun dan ikan yang diawet dengan bahan pengawet yang memudaratkan. Ini belum lagi bahan-bahan daging yang tidak halal yang dibawa masuk melalui jalan penyeludupan dan lain-lain. Ini semua turut menjadi tanggungjawab kita memedulinya.
Bidang paling utama lagi mencabar pula ialah pendidikan. Kementerian berkenaan memalui sistem pendidikan akan menangani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah-kaedah baru yang maju tetapi bukanlah dengan mengabaikan kepentingan-kepentingan besar nasional. Subjek-subjek teras dan pengisiannya hendaklah terus diutamakan. Ini juga turut menyakut pendidikan agama di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama. Kita mesti melihat kepentingan Sekolah-Sekolah Rendah Agama selaku keperluan dan tuntutan zaman. Keperluan di sini ialah untuk menjadikan semua anak-anak orang Islam di negara ini celik agama.
Bagaimanakah caranya?
Tentu saja melalui sistem pendidikan yang dominan mendaulatkan agama. Di mana tempatnya? Bukanlah di rumah atau di lain-lain tempat tetapi di Sekolah Ugam itu sendiri. Kita melihat ini bukanlah untuk masa setahun dua, tetapi bagi jangka panjang demi survival bangsa. Kerana tanpa agama atau lemah agama akan menghumbankan kita kepada bencana. Liat saja kepada beberapa episod permasalahan dalam masyarakat yang menjangkiti banyak peringkat terutama peringkat muda mudi dan juga anak-anak sekolah. Mereka terjerumus ke dalam pelbagai kancah seperti kancah pergaulan bebas, jenayah dan dadah sehingga ada yang telah ditangkap dan dipenjarakan di negara asing kerana terlibat dengan sindiket dadah. Ini tidak boleh dipandang sepi. Selaku bangsa yang sedar, kita mestilah mengubatinya dan satu-satunya ubat itu ialah agama.
Akhirnya, Beta dengan ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk termasuk warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta yang telah memberikan pelbagai khidmat dan sumbangan mereka kepada Kerajaan dan negara. Beta juga merakamkan ucapan yang sama kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di semua peringkat atas usaha padu mereka menjayakan perayaan Hari Ulang Tahun Beta ke 64 ini. Semoga Allah memberkati semua.
Amin.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sambutan hari Keputeraan Sultan Brunei - 18.07.2010
Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam dalam era penjajahan British di Brunei. Baginda merupakan anakanda sulung kepada KDYMM Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan KDYMM Al-Marhumah Paduka Suri Seri Begawan Raja Pangiran Anak Damit binti Al-Marhum Y.A.M. Pangiran Anak Abdul Rahman. Menaiki tahta pada 05 Oktober 1967 menggantikan ayahandanya yang turun tahta secara sukarela. Selepas turun tahta Sultan Omar menggunakan gelaran Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan memegang jawatan Menteri Pertahanan sehinggalah baginda mangkat pada 7 September 1986. Hasil daripada perkahwinan dengan tiga orang isteri, Baginda Sultan dikurniakan dengan 12 orang putera/puteri. Isteri-Isteri baginda adalah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Hajah Mariam dan Azrinaz Mahzar Hakim. Hajah Mariam dan Azrinaz sudah diceraikan oleh Baginda Sultan.
Bermula pada hari Khamis lepas bersamaan 15 Julai 2010 Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Keputeraan Sultan Brunei dengan berbagai-bagai aktivit selama sebulan. Disini Syah hendak beritahu secara ringkas sambutan kemuncak Hari Keputeraan Baginda Sultan yang diadakan pada 15.07.2010.
Pada keesokan harinya, 15.09.2010 pagi KDYMM Baginda Sultan berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64, di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan. Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat-kerabat Diraja disambut oleh YTM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Setia Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pehin CP Dato Paduka Seri Zainuddin Jalani. Baginda Sultan kemudian berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan Tembakan Meriam sebanyak 21 das dan seterusnya berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan. Upacara diteruskan dengan pasukan-pasukan perbarisan dan panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Panji-Panji Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Panji-Panji Pasukan Polis Diraja Brunei berjalan lalu di depan Pentas Diraja dalam gerak perlahan dan cepat sebelum beratur semula yang diikuti dengan laungan tiga kali daulat untuk Baginda Sultan. Pasukan-pasukan Perbarisan kemudian mara ke hadapan dan memberi tabik hormat diraja dan diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.
Kemudiannya pada hari yang sama 15.07.2010 KDYMM Baginda Sultan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-64. Turut mengiringi Baginda Sultan di atas Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman itu ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Raja Isteri adalah satu-satunya permaisuri Baginda Sultan buat masa ini selepas penceraian Baginda Sultan dengan Azrinaz Mahzar Hakim baru-baru ini.
- Istiadat dimulai dengan pengurniaan bintang Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada YAM Pengiran Bini Hajah Faizah Dato Haji Nasir (isteri Pengiran Sufri yang pernah berkahwin dengan Maziun Hamzah) dan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
- Bintang Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Setia kepada tiga orang penerima iaitu Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral TNI Djoko Santoso, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin.
- Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) kepada Rodman R. Bundy dari Evershade (Frere Cholmedely) Perancis dan Profesor Alan Vaughan Lowe dari Universiti Oxford, United Kingdom.
- Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka kepada 23 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Haji Bahrin Abdullah, Duta Negara Brunei ke luar negeri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai kanan kerajaan lain.
- Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) kepada 10 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.
- Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada 41 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Hajah Adina Othman, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan individu dari sektor swasta.
- Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J.) kepada Kichinosuke Sada dari Jepun.
- Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Pangkat Pertama (P.H.B.S.) kepada 13 orang penerima termasuk 6 orang yang berjawatan menteri.
Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned.
Baginda Sultan menerima mengadap Mantan Perdana Menteri Kita, Tun Abdullah Hj Ahmad Badwi dan Isteri, Tun Jane Abdullah.
Pada sebelah malam 15.07.2010 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Memperingati Hari Puja Usia (Birthday) Baginda Sultan ke-64 tahun di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah. DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Dato Laila Utama Pengiran Bini Hajah Faizah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, serta kerabat-kerabat Diraja yang lain dan tetamu negara. Ketibaah Baginda Sultan dan Kerabat DiRaja Bacaan didahului dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Aziz Juned.
Teman Syah Sakit - 18.07.2010
Lepak-lepak di KLCC - 18.07.2010
Saturday, July 17, 2010
"Sultan Melaka" buat Press Conference - 17.07.2010
Individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke 44, Raja Nor Jan Shah telah mengadakan satu sidang akhbar disebuah rumah kedai di Batu Caves yang dikenali sebagai Balai Seri Melaka berhubung isu serbuan polis ke atas sebuah syarikat hartanah global pada 15.07.2010. Beliau yang membahasakan dirinya sebagai “Tuanku” dan bukannya “Beta” dalam sidang akhbar ini memaklumkan mendapat jemputan untuk merasmikan bangunan syarikat berkenaan dimana pengarahnya adalah kenalan beliau dan menafikan mempunyai seberang kepentingan dalam syarikat berkenaan. Dalam sidang akhbar ini juga beliau banyak memperkatakan mengenai susurgalurnya sebagai pewaris Kesultanan Melaka. Kereta Rolls Royce berkenaan adalah sebagai gimik kepada pelabur asing sahaja dan beliau tidak menggunakan kenderaan berkenaan. Mengenai plate kereta bertulis DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah. Raja Kesultanan Melaka Darul Islam, beliau memaklumkan ianya hanya sebagai simbolik mengagungkan Sultan Melaka dan menggangap itu bukan satu kesalahan. Semasa serbuan dibuat beliau telah meninggalkan majlis berkenaan. Tengku Bendahara kepada Raja Norjan, Yahya Abdullah memaklumkan bahawa Raja Nor Jan telah menganugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada pengarah syarikat berkenaan semasa majlis perasmian yang dihadiri oleh Pelabur-pelabur asing dari Vietnam, Taiwan, China dan Hong Kong.
Cinta Itu Buta - 17.07.2010
Ini adalah gambar Wook Kundur yang berumur 108 tahun diatas riba suaminya, Mohd. Noor Che Musa, 38 tahun yang baru sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut, Terengganu semalam 16.07.2010. Mereka berkahwin lima tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan ke 23 Wook Kundur. Inilah yang dikatakan Cinta Itu Buta. Jika anda menjadi Mohd. Nor, anda hendak tak anda berkahwin dengan perempuan tua dan tidak kaya raya seperti Wook Kundur ini dengan perbezaan umur 70 tahun. Dan jika anda menjadi Wook Kundur hendak tak anda berkahwin dengan seorang penagih dadah dan setia menunggunya selama 12 bulan 8 hari hingga dibebaskan dari Pusat Pumilihan Dadah. Tentu jawapannya TIDAK Bukan ............... Tetapi kenapa perkara ini berlaku kepada mereka, Selain daripada Jodoh yang telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA perkara ini berlaku kerana CINTA ITU BUTA yang menyebabkan mereka membuat sesuatu tindakan yang luar dari jangkaan kita. Masih tak percaya lagi dengan Istilah Cinta Itu Buta?
Kerja Hari Sabtu - 17.07.2010
Hari ini Syah datang kerja sebab hendak memantau kerja-kerja ubahsuai di office Syah. Sampai office lebih kurang jam 09:00am tadi. Hampir pukul sepuluh kontraktor dan security datang. Security tanya Syah lama ker di office dan Syah inform sampai petang. Dia kata sebab Encik ada saya tak tunggu jika Encik tiada saya terpaksa awasi mereka, katanya. So Syah inform dia, jika kerja mereka tidak siap dan Syah hendak balik Syah akan inform Security Room dan dia kata ok. Sebenarnya semenjak petang semalam kontraktor start kerja buat bilik filing untuk dokumen-dokumen sulit Yayasan TM dan hari ini mereka mengecat pula.
Al-maklumlah hari Sabtu tak banyak kedai makan buka, so Syah sempat buat pindang sayur pagi tadi. Jam 05:45am Syah sudah bangun dan sediakan sayur carrot, kobis bunga, bracoli dan tahu disamping bahan-bahan asanya seperti serbuk kunyit, serbuk perasa, bawang, lengkuas, serai, asam keping dan daun kunyit. Container tak ada dan Syah masukkan sayur tadi dalam bekas plastik kuih raya untuk dibawa ke pejabat. Sebelum keluar rumah tadi Syah ambil Jusmate 5 sebagai breakfast.
Meeting & B'day Party - 16.07.2010
Friday, July 16, 2010
Rolls Royce DiRampas Polis - 16.07.2010
Raja Nor Jan
Pihak polis membuat serbuan ini hasil daripada makluman orang ramai. Pihak polis percaya kereta berkenaan digunakan sebagai gimik bahawa syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang besar dan berjaya disamping disokong oleh kerabat diraja. Hasil siasatan polis mendapati kereta berkenaan :-
- Menggunakan nombor pendaftaran palsu
- Disewa dari sebuah kedai kereta terpakai dengan kadar sewa lebih RM600.00 sehari beserta seorang pemandu
- Pemandu kereta berusia 35 tahun merupakan kakitangan kedai berkenaan dan didapati positif dadah syabu
Selain daripada menahan kereta berkenaan, pihak polis juga menahan tiga individu iaitu dua orang penganjur majlis ini dan pemandu kereta berkenaan. Buat masa ini pihak polis masih menyiasat samada Raja Nor Jan terlibat dalam majlis berkenaan dan kaitannya dengan syarikat tersebut.
Gambar menunjukkan Raja Nor Jan (Hadapan kiri sekali berbaju melayu kuning) di Karaton (Istana) Surakarta Hadiningrat sebagai tetamu kehormat dalam satu istiadat yang dianjurkan pada 27.12.2008
Raja Nor Jan merupakan seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai waris kesultanan Melayu Melaka pada tahun 2006 selepas 477 tahun kesultanan Melayu Melaka dihapuskan oleh penjajah Portugis. Beliau telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak. Sehubungan dengan itu beliau menggunakan gelaran DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah, Sultan Melaka ke-44.
Sultan Kelantan Berangkat ke Singapura - 16.07.2010
Gambar Lama : Sultan Kelantan kelihatan ceria dalam Majlis Santapan Petang yang diadakan di Istana Mahkota pada 03.04.2010. Dalam majlis ini baginda sempat merai dan menyampaikan sumbangan zakat kepada kira-kira 150 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Puteri Harapan dan Taman Sabariah Pengkalan Chepa.
Tersalah Coach - 16.07.2010
Inilah Coach yang Syah sepatutnya naik. Cantikkan sejuk mata memandang deco dalam gerabak nie. Gerabak nie Lelaki, Perempuan, Gay, Lesbian, Mak Nyah dan lain-lain sewaktu dengannya semua boleh masuk. Kalau hendak dilihat di negara-negara Islam lain mungkin ada pengasingan sebegini tetapi lelaki dan perempuan totally diasingkan. Ini tidak kalau komuter penuh perempuan naik juga coach yang lain dan terhempet juga mereka oleh lelaki-lelaki terutamanya pendatang tanpa izin yang kadangkala ambil kesempatan. Tapi apa-apapun inisiatif KTM ini haruslah mendapat pujian.
Thursday, July 15, 2010
Shuttle Service KL Central - Ipoh - 15.07.2010
Keadaan dalam shuttle service KL Central - Ipoh
Nak naik shuttle nie problemnya satu jer........... actually kena beli ticket dan macam we all yang turun di stesyen tertentu nie yang tak ada ticket cuma akan duduk jika seat tu kosong. We all gunakan tiket Komuter atau Touch n Go. Jika next station ada orang dah beli seat yang kita duduk tu kita kena berdirilah. Tu jer bezanya dengan komuter. Kalau komuter kita berhimpit tapi shuttle nie tak ada masalah macam tu. Sebab tu agaknya mereka tak galakkan naik shuttle takut penumpang berticket mereka tidak selesa. kalau anda lihat dalam gambar di atas yang berdiri di belakang tu adalah penumpang yang tiada menggunakan tiket shuttle nie. Bertuah Syah hari ini kerana seat yang Syah duduk today tak ada penumpang sampailah ke Rawang. Dari KL Central bertolak jam 06:05pm dan sampai rawang approx 06:50pm. Dari KL Central ke Rawang shuttle ini hanya berhenti di stesyen Kuala Lumpur, Kepong Central dan Sungai Buluh sebelum berhenti di Stesyen KTM Rawang. Sebab tu sampai cepat. Syah naik bas ke Rawang Residence jam 07:30pm dan sampai lebih kurang jam 08:00pm. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari ini berjalan dengan lancar seperti yang Syah doakan. AMIN.
JM 5 :- Lunch Today - 15.07.2010
Hari ini Syah order lunch Set Nasi Minyak, fruit dan Sirap Bandung untuk meeting Dr. Zainal. Actually mereka makan awal tapi lepas tu lepak-lepak sembang dengan ahli-ahli mesyuarat yang lain dan hampir jam 02:00pm baru beredar. Banyak balance dan Syah invite member-member makan sekali tapi kebanyakannya sudah lunch. Syah mana boleh makan benda-benda macam nie lagi. Syah temankan mereka makan sama dan Syah ambil fruit sahaja - Tembikai dan Honeydew. Untung makananya habis dan adalah seorang manager tu (perempuan) puasa dia bawa balik sedikit. Untuk dinner malam nie Syah mamam betik dan apple hijau. Betik Syah beli di KL Central masa naik train ke Rawang. Kena makan betik kerana ada masalah sembelit pula dan so far buang air besar ok pula.
Layanan LRT Staff - 15.07.2010
Wednesday, July 14, 2010
Catatan Ku Hari Ini - 14.07.2010
Pagi tadi breakfast dengan Jusmate 5 sambil tunggu bas lebih kurang jam 06:15am. Untuk lunch today Syah beli Meehon Sup Sayur Chinese Style di Food Court. Sedap gak sup dia dan tak berminyak sangat. Untuk dinner plak, baru sat tadi Syah mamam fruits lebih kurang jam 06:00pm :- Carrot, Green Apple dan Buah Betik. Kena makan buah betik kerana lately kerap kena sembelit. Nak kata kurang minum memang setiap sejam sekali Syah minum. Entahlah..............

Fatin Last Day - 14.07.2010
Hari ini adalah hari last day Fatin, TAPI jangan salah anggap pula bukannya dia transfer atau berhenti kerja tetapi mulai esok 15.07.2010 hingga 02.08.2010 Fatin akan bercuti panjang kerana hendak mendirikan MASJID. Last Day sebagai Cik Fatin dan bila masuk office nanti dah dapat title baru Puan Fatin. Hehehehehhe................. Fatin akan bertolak balik ke Terengganu esok bersama adik lelakinya Syafiq yang akan melangsungkan perkahwinan seminggu lebih awal daripada Fatin. Majlis resepsi kedua adik beradik ini akan diadakan serentak pada hari Sabtu 24 Julai 2010. Syah ada buat entry mengenai perkahwinan Fatin pada 01.07.2010 bertajuk Fatin Kahwin. Syah sertakan kad perkahwinan dan info mengenai majlis tu sekali.
Apa-apapun, Fatin good luck and all the best for you and your future hubby. Begitu juga Shafiq dan bakal permaisurinya. Hati-hati memandu esok dan Syah doakan agar perjalanan Fatin dan Shafiq selamat tanpa sebarang halangan. AMIN.
Alfatihah Kepada Rosmadi dan Mazlan - 14.07.2010
Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Rosmadi Bin Ramli, berumur 32 Tahun dan merupakan Penyelia Pentadbiran, TMPoint, Alor Setar, Kedah telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 13 Julai 2010 bersamaan 1 Syaaban 1431, jam 10.10 malam akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada pagi ini hari Rabu 14 Julai 2010 jam 11:00 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Baru sebentar tadi kami di TM dimaklumkan dengan kematian seorang lagi rakan sekerja ia itu Mazlan Bin Abd. Ghani berusia 52 Tahun, merupakan seorang Penyelia Teknik, RNO Zon 6, Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Rabu, 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431, jam 12:30 tengahari di Hospital Pakar, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru akibat Barah Usus. Jenazah Allahyarham di jangka akan dikebumikan Kampung halamannya di P67, Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang pada petang ini juga.
Pemergian kedua-dua arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM & Keluarga arwah dan sukar untuk dicari ganti. Marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Rosmadi Ramli dan Mazlan Abd. Ghani sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah.
Raja Fauziah Syed Yaacob Buat Kenyataan - 14.07.2010
- "Penafian yang dikeluarkan oleh sesiapapun tidak berbekas atau memberi kudis kepada pendirian kami yang mengalir titis darah keturunan Puteri Saadong"
Raja Fauziah menegaskan bahawa permasyuharan putri sebagai Sri Ratu Saadong VII tidak ada sebarang motif tertentu seperti meminta pengurniaan pangkat/darjah kebesaran apatah lagi merebut tahta kerajaan negeri Kelantan. Beliau amat meghormati pendirian pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan terhadap isu ini. Beliau memaklumkan bahawa kaitan Puteri Saadong dan Kerbat Raja Jembal adalah melalui perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah dari keturunan Raja Jembal, walau bagaimanapun mereka tidak dikurniakan sebarang zuriat. Dari kenyataan ini seolah-olah memaklum bahawa keturunan Puteri Saadong tidak ada kaitan dengan Keturunan Raja Jembal.
Raja Fauziah menekan bahawa Putri berhak untuk memertabatkan keturunannya selepas lebih 10 tahun membelanjakan jutaan ringgit merantau keluar negara untuk melengkapkan pencarian keturunannya. Sekarang beliau berasa bangga kerana usaha keluarganya mencari kebenaran dan kesahihan salasilah Puteri saadong telah membuahkan hasil.
Tuesday, July 13, 2010
Datuk Seri Najib Di Kurnia Darjah Kerabat Brunei - 13.07.2010
- Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman hari ini.
Update Kes Kucing Hantar Balik Kampung - 13.07.2010
Isu Keturunan Ketujuh Puteri Saadong - 13.06.2010
Sepengatahuan Syah, PKRJK ada mengeluarkan kenyataan kepada sesiapa yang mendakwa sebagai waris Puteri Saadong hendaklah merujuk kepada PKRJK untuk siasatan selanjutnya sebelum mengesahkan dakwaan berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana terdapat beberapa individu pernah mendakwan sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong sebelum ini. Dalam kes Raja Tengku Puteri Anis ini, PKRJK mendakwa beliau tidak merujuk dan mendapatkan nasihat daripada PKRJK berhubung perkara ini dan sebab itu ianya tidak diiktiraf. Abang kepada Raja Tengku Puteri Anis, Raja Putera Edi memaklumkan bahawa pihaknya ada membuat permohonan untuk berjumpa dengan PKRJK tetapi tiada sebarang respond dari PKRJK.
Baru-baru ini telah diadakan satu upacara permasyuharan Raja Tengku Puteri Anis sebagai Seri Ratu Ketujuh Saadong. Upacara ini adalah untuk mengakhiri supahan tujuh keturunan Puteri Saadong yang dihadiri oleh Sultan/Raja dari Indonesia (keturunan sultan/raja-raja di Indonesia sebelum menjadi republik). Mengikut legendanya sumpahan Puteri Saadong berbunyi seperti berikut :-
- Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.
Semasa upacara ini, ada senaskah buku yang telah diterbitkan mengenai Puteri Saadong dan Putri dalam message Facebook nya kepada Syah memaklumkan bahawa Syah boleh berhubung terus dengan pembantu peribadinya (melalui telefon bimbit yang diberikan kepada Syah) mengenai buku berkenaan. Harganya RM 100.00 dan selain daripada itu terdapat juga buku sejarah kelantan, buku kembara sri ratu saadong vii, cd acara, cd puisi putri berdasarkan manuskrip dan salinan salasilah. Insyallah Syah akan dapatkan buku berkenaan.
Dalam masa yang sama pembantu peribadi Raja Tengku Puteri Anis, Dr. Zahari Mat Ali memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan satu majlis penerangan bagi menyelesaikan isu berbangkit ini dalam waktu terdekat. Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan dan pakar-pakar sejarah juga akan dijemput hadir bersama-sama dalam majlis ini nanti.
Syah tidak berpihak kepada sesiapun dalam isu ini, akan tetapi satu sahaja yang Syah ingin sampaikan, jika kita berada dipihak yang benar, Insyallah satu hari nanti kebenaran itu akan datang kepada kita, cuma kita perlu bersabar dengan segala cabaran dan dugaan. Dalam dunia ini tidak ada seorangpun mahluk Allah yang disukai oleh semua orang termasuklah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., Baginda perlu berjuang menghadapi segala cabaran dalam menegakkan syiar Islam sehingga Islam itu sendiri diterima oleh masyarakat seluruh dunia sehingga hari ini. Jadikan perjuangan Rasulallah S.A.W. sebagai benchmark untuk kita mencapai apa yang kita impikan.
Monday, July 12, 2010
Selamat Tinggal Meow - 12.07.2010
Anak Mila Mati dan Tertinggal Dompet - 12.07.2010
JM 5 :- Timbang Berat - 12.07.2010
- Walau bagaimanapun sebentar tadi Syah ke Kelinik Zarif dan timbang tetapi beratnya 72kg. Rasa tidak puas hati Syah ke Kelinik satu lagi dan timbangannya sama iaitu 72kg. Maknanya timbang di Jaya Jasco tu tak boleh pakai. Sehubungan dengan itu jumlah berat badan Syah setelah mengambil Jusmate5 dalam masa 16 hari adalah 72.00kg dengan penurunan sebanyak 7kg sahaja.
Sunday, July 11, 2010
Muss Outstation - 11.07.2010
Kucing Kucing sediada Nomi, Blackie, Mona, Mila dan Awok. Anak salim dua ekor Baby Kailan dan Baby Sawi, kucing Rawang seekor Baby Hamster. Beberapa bulan lepas Mila beranak lima ekor dan jumlah semuanya 13 ekor.
Tunku Mahkota Johor Dilantik Pro- Canselor UTHM - 11.07.2010
Sultan Johor
D.K., D.K.(Pahang),SPMJ,SSIJ,S.M.N.,S.P.M.T., S.M.P.K., P.I.S.
Canselor
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
