Monday, May 6, 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia

06 Mei 2013, Isnin :-

Hari ini jam 16:07hrs, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Barisan Nasional kekal berkuasa setelah memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.  Istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Datin Seri Rosmah Mansor, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi, bonda Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Hajah Rahah Noah dan keluarga serta para pemimpin komponen Barisan Nasional.

Istiadat dimulai dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak melafaz angkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya menandatangani Surat Cara Perlantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Tuanku Abdul Halim telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Istiadat hari ini agak unik kerana Perdana Menteri mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong yang sama seperti Ayahandanya Tun Abdul Razak Husin ketika mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Abdul Halim sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua pada tahun 1970. 

Sumber :- Bernama

Dato' Ahmad Yakob Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Kelantan Dihadapan Al-Sultan Kelantan



06 Mei 2013, Isnin :-

Jam 18:00hrs tadi Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenan menerima mengadap Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob untuk istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. Dato' Ahmad yang berusia 63 tahun merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan menggantikan Dato' Nik Aziz Nik  Mat yang telah menyandang jawatan berkenaan selama 23 tahun. 

Turut serta mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Muhammad V dalam istiadat ini adalah sembilan ADUN yang telah dipilih sebagai anggota Exco kerajaan negeri iaitu Dato' Anuar Tan Abdullah (DUN Kota Lama), Dato' Md Anizam Ab Rahman (DUN Kemahang), Dato' Mohd Nassuruddin Daud (DUN Meranti), Dato' Abdul Fattah Mahmood (DUN Bukit Panau), Dato' Che Abdullah Mat Nawi (DUN Wakaf Baharu), Dato' Mohamed Fadzil Hassan (DUN Temangan), Hanifa Ahmad (DUN Pengkalan Pasir), Dr.Ramli Mamat(DUN Bunut Payong) dan Mumtaz Md Nawi (DUN Demit)

Turut serta menghadiri istiadat ini adalah Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ; Mufti Negeri Kelantan, Dato' Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman.

Sumber :- Bernama

Datuk Seri Dr Zambry Mengadap Raja Nazrin


06 Mei 2013 :- 

Pagi tadi Pengerusi Barisan Nasional Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh, Perak. Barisan Nasional Perak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah setelah memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung semalam. Dalam pertemuan hampir satu jam itu, Dato Dr. Zambry mempersembahkan keputusan PRU 13 dan memohon perkenaan Tuanku untuk pembentukan kerajaan negeri yang baru. Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. 

Sumber :- Bernama 

Saturday, May 4, 2013

Esok Hari Mengundi PRU 13



04 Mei 2013, Sabtu :-

Esok 05 Mei 2013 merupakan Hari Mengundi untuk PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13) dan ianya merupakan hari penting  dimana kita semua sebagai rakyat Malaysia secara kolektif membuat keputusan mengenai hala tuju Malaysia pada masa hadapan. Marilah kita bermai-ramai menunaikan tanggungjawab dan kewajipan kita untuk keluar mengundi.

Syah mendoakan agar Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak  dan Barisan Nasional mendapat kemenangan besar untuk menerajui Negara bagi meneruskan kesenimbungan pembangunan negara tercinta ini. Barisan Nasional adalah merupakan pilihan terbaik untuk pembangunan Malaysia. Undilah Barisan Nasional.

King Willem-Alexander Lantik Sepupu Baginda Sebagai Pembantu Tugas-Tugas Khas Diraja (Tentera)


Prince Maurits menerima tauliah perlantikan sebagai Kapten daripada King Willem-Alexander  (kiri sekali).


04 Mei 2013, Sabtu :-

Raja Belanda yang baru dimasyhurkan, His Majesty King Willem-Alexander of the Netherlands telah melantik sepupu baginda, His Highness Prince Maurits of Orange-Nassau, Van Vollenhoven sebagai Pembantu Tugas-Tugas Khas Diraja (Tentera) baginda. Dalam masa yang sama juga, baginda telah menaikkan pangkat Prince Maurits sebagai Kapten Tentera Laut Diraja  Belanda. Perlantikan dan naik pangkat ini berkuatkuasa mulai 01 Mei 2013.  Dengan perlantikan ini, Prince Maurits akan membantu atau mewakili baginda dalam istiadat/upacara yang melibatkan urusan tentera. Dengan bidang tugas baru ini, Prince Maurits akan memakai monogram Raja pada uniform tentera beliau.

Prince Maurits merupakan anak sulung daripada empat orang putera kepada Princess Margriet of the Netherlands iaitu adinda bongsu kepada bekas Ratu Belanda, Her Highness Princess Beatrix of the Netherlands.  Prince Maurits berusia 45 tahun dan diputerakan pada 17 April 1968. Mendapat pendidikan dari University of Groningen pada 1995 dalam bidang ekonomi. Menyertai angkatan tentera mulai 1987, pernah bekerja dibeberapa firma dan sekarang ini mempunyai perniagaan sendiri.  Beliau berkahwin dengan Princess Marilene pada 29 Mei 1998 dan dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu :-

  1. Anastasia (Anna) Margriet JosĂ©phine van Lippe-Biesterfeld van Vollenhoven (15 April 2001)
  2. Lucas Maurits Pieter Henri van Lippe-Biesterfeld van Vollenhoven (26 Oktober 2002)
  3. Felicia Juliana BĂ©nedicte Barbara van Lippe-Biesterfeld van Vollenhoven (31 May 2005)
Sumber :- Examiner / Wikipedia

Tengku Hassanal Ibrahim Shah ibni Tengku Abdullah Al-Haj

04 Mei 2013, Sabtu :-


Ini adalah potrait Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama cucunda baginda yang bakal menjadi Sultan Pahang satu hari nanti iaitu Tengku Hasannal Ibrahim Shah. Gambar ini diambil pada tahun 1996. Tengku Hassanal merupakan putera kepada  Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar. Tengku Hassanal merupakan pewaris kedua tahta Negeri Pahang selepas paduka Ayahandanya dan merupakan putera kedua kepada Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang. 

Tengku Mahkota  Pahang dan Tengku Puan Pahang berkahwin pada 06 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor.    Pada 24 Julai 1990 pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang pewaris tahta tetapi malangnya putera yang lahir itu mangkat sewaktu diputerakan dan diberi nama Tengku Ahmad Iskandar Shah. Tengku Mahkota Pahang berkahwin dengan isteri kedua baginda, Cik Puan Julia Rais pada 1993 tetapi tidak dikurniakan dengan anak lelaki hanya anak-anak perempuan sahaja. Dengan kemangkatan putera Sulung pewaris tahta Pahang dan anak dari isteri kedua adalah perempuan telah memberi laluan kepada Tengku  Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 untuk berada dikedudukan kedua dalam senarai pewaris tahta Negeri Pahang.

Sumber:  Saya Ialah Zul / kesultanan Johor / Kesultanan Pahang / Wikipedia/ The Royalark

Friday, May 3, 2013

Mahkota Queen Maxima Semasa Istiadat Pemasyuharan Raja Belanda


03 Mei 2013, Jumaat:-


Sebelum ini telah menjadi tanda tanya kepada umum apakan mahkota atau tiara yang akan dipakai oleh Crown Princess Maxima yang kini bergelar Queen Maxima semasa istiadat pemasyuharan suami baginda sebagai King Willem-Alexander of the Netherlands di Niew Kerk, Amsterdam. Pelbagai andaian telah dibuat berhubung perkara ini. 

Sila click entry Syah terdahulu mengenai perkara ini :-

Thursday, May 2, 2013

Pengiran Muda Mahkota Brunei Hadiri Istiadat Pemasyhuran King Willem-Alexander

02 Mei 2013, Khamis :-

Pada 30 April lepas Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman telah mewakili Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Istiadat Pemasyhuran King Willem-Alexander sebagai Raja Belanda. Istiadat Pemasyuharan yang berlangsung di Nieuwe Kerk, Amsterdam ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas dari seluruh negara termasuk kerabat-kerabat diraja seluruh dunia. Baginda berdua berangkat ke Amsterdam pada 29 April lepas dan berangkat pulang semula ke Brunei pada 30 April selepas istiadat berkenaan berlangsung.  Turut mengiringi baginda berdua adalah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong .

Sebelum berangkat pulang melalui Lapangan Terbang Schiphol, Doa Selamat telah dibacakan oleh Begawan Pehin Khatib Awang Haji Metassan bin Haji Tahir.  Turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda berdua dan rombongan di lapangan terbang adalah Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap ke Belanda, Dato' Paduka Serbini bin Haji Ali dan isteri.

Sumber :- Pelitabrunei

Wednesday, May 1, 2013

Sultan Mizan Ziarahi Jenazah Yahya Jusoh


01 Mei 2013, Rabu:-

Semalam Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menziarahi jenazah bekas pemain bolasepak kebangsaan Allahyarham Yahya Jusoh dikediaman Allahyarham di Kuala Terengganu. Turut mengiringi baginda adalah Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu Dato' Che Mat Jusoh.  Allahyarham yang seangkatan dengan legenda bola sepak negara iaitu Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari meninggalkan seorang balu, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki serta tiga orang cucu.

Allahyarham yang berusia 61 tahun dan mengidap Barah Prostate dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 11:000hrs setelah mengadu sesak nafas dan kemudiannya dimasukkan ke Wad ICU  pada jam 15:00hrs.  Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 16:50hrs.  Menurut anak Allahyarham, Hazim Yatimi, Allahyarham pernah mengadu sakit selepas demam beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital. Pagi semalam keadaan Allahyarham bertambah serious apabila Allahyarham mengadu sesak nafas selepas Solat Subuh dan beliau telah memanggil doktor datang ke rumah dan kemudiannya doktor menasihatkan agar beliau membawa Allahyarham ke Hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Allahyarham juga merupakan bekas tonggak pertahanan Terengganu dalam tahun 1970an dan 1980an. Menurut anak lelaki Allahyarham, walaupun sedih mereka sekeluarga  reda dengan pemergian ini kerana Allahyarham telah lama sakit (penyakit saraf) semenjak 2009.

Al-Fatihah........... Semuga  Roh Allahyarham Yahya Jusoh ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.  Takziah diucapkan kepada isteri Allahyarham, Normah Alias dan keluarga diatas pemergian Allahyarham ini, semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber :- TV3/Kosmo

Titah Ucapan King Willem-Alexander Dalam Istiadat Pemasyhuran Baginda Sebagai Raja Belanda

01 Mei  2013, Rabu :-

Ini adalah titah ucapan His Majesty King Willem-Alexander sempena Istiadat Pemasyhuran baginda sebagai Raja Belanda yang telah diterjemah kedalam bahasa Inggeris :-

Members of the States General,
Today I stand before this joint session of Parliament to be sworn in and invested as your new King. You have gathered here in the nation's capital for this purpose as the elected representatives of the people. This symbolises our constitutional bonds.
Over the course of two centuries, the Dutch monarchy has become inextricably linked with our parliamentary democracy. This investiture and the oath I am about to take confirm this connection, which is enshrined in the Charter for the Kingdom and the Constitution.
Democracy is based on mutual trust. The people's trust in the government - one that respects the law and offers its citizens prospects for the future. But also the government's trust in the people - citizens who feel a shared responsibility for the public interest and are willing to stand up for one another. All holders of public office, whether they are elected, appointed or designated, must contribute to that trust. That is how democracy is maintained.
In her final Christmas address as Queen, my mother said, 'Achieving mutual trust is an ongoing challenge, both in the big things and the small.' For 33 years, she gave her trust, and repaid the trust placed in her. This provided the basis for her authority. She stood for the values enshrined in the Constitution. Values to which she swore to remain faithful on 30 April 1980. Values to which she gave expression whenever she felt it necessary. After all, the fact that the monarch has no political responsibility does not mean that he or she bears no responsibility at all. That would render meaningless the oath I am about to take in this joint session of the States General.
My dear Mother,
As Queen you were fully conscious of the responsibilities attached to your position. You were utterly dedicated to the duties of your office. But you were also a daughter, a wife, a mother and head of the family. And you have always sought to do full justice to each of those responsibilities. Sometimes you felt torn, but you combined your many duties with great inspiration. You never refused a request for help. Even in times of personal sorrow you supported us all in the most loving and dependable manner.
With the help of my father, you developed your own style as Queen. You never chose the easy path of fleeting popularity. You navigated stormy waters, charting a sure and steady course in the knowledge that you were part of a long tradition.
Now, I follow in your footsteps. And I have a clear picture of my duties. No one knows what the future may hold. But wherever my path leads, and however long it may be, I will always carry with me your warmth and your wisdom.
I know that I speak for many in the Netherlands and in the Caribbean parts of our Kingdom when I say: thank you for all the wonderful years in which you served as our Queen.
Each monarch fulfils his duties in his own fashion. He is a different person from his predecessor, and he is of a different time. The monarchy is not a static institution. Within the bounds of our constitutional rules it has always managed to adapt to changing circumstances. The States General and the ministers have always given the monarch the necessary scope.
At the same time, the monarchy is a symbol of continuity and unity. It is a direct link with our constitutional past. It is a historical tapestry, which together we are still weaving today. The basis for the values we share can be found in our history. One of those values is the monarch's role as servant of the people. The King performs the duties of his office in the service of the community. This deeply rooted principle was laid down by the States General as early as 1581, in the Act of Abjuration, the birth certificate of what would eventually become the Netherlands.
I succeed to the throne at a time when many in the Kingdom feel vulnerable and uncertain. Vulnerable in their jobs or their health. Uncertain about their income or the environment in which they live. It now seems less self-evident that the next generation will be better off than the last.
As individuals, we seem to have little influence over the events that shape our lives. Therefore our power lies not in isolating ourselves but in working together. As families and as friends. As residents of a street or neighbourhood. As citizens of our Kingdom. And as inhabitants of an Earth confronted with countless challenges that can only be met by working together at international level.
Unity and diversity. Individuality and adaptability. An appreciation of tradition and a healthy curiosity about what the future will bring: these are the qualities which over the centuries have made us who we are today.
Our need to explore frontiers and set new boundaries has taken us a long way. We have five remarkable Dutch individuals here who are symbols of that. Today they fulfil a traditional role,* but they are also living proof of what we are capable of achieving.
Behind them stand hundreds of thousands of others who have each distinguished themselves in their own way. Their efforts are invaluable, too. The hope of our country rests in the combined power of all these people with all their talents, big and small. For centuries, our greatest strengths have been our inventiveness, our diligence and our openness. With such qualities, we have a great deal to offer the world.
As King, I want to encourage people to make active use of their opportunities. However great our diversity, however different our beliefs or dreams, and however varied our backgrounds, in the Kingdom of the Netherlands everyone can have a voice and can contribute to society on an equal footing.
I will take pride in representing the Kingdom, and in helping to uncover new opportunities. I want to establish ties, make connections and exemplify what unites us, the Dutch people, and not only in times of great joy or deep sorrow. Thus, as King, I can strengthen the bond of mutual trust between the people and their government, maintain our democracy and serve the public interest.
I accept this office with gratitude. I am grateful for the upbringing my parents gave me, and for the freedom I have been given to prepare for this role. Many people have helped show me the way, both in their words and in their deeds, and I would like to thank them all.
Successive governments, with the support of the States General, have given me the opportunity to play a role in various fields and so to undertake many activities both in and on behalf of the Netherlands. This work has given me a sense of what I can contribute in my position. It has also allowed me to gain a deep insight into issues, such as responsible water management, which are fundamental to our country.
My experiences at home and abroad have made me the person I am. I can say with confidence, both to myself and to the world: I accept this office with full conviction. And in doing so, I acknowledge how deeply happy I am to have the support of my wife, Máxima. She is conscious of the personal constraints her position sometimes entails. She has embraced our country and become a Dutchwoman among the Dutch people. She stands ready to apply the full range of her abilities in the service of my reign and the Kingdom at large.          
Members of the States General,
Today, we stand before one another to affirm our mutual responsibilities and obligations. The Charter for the Kingdom and the Constitution are our common foundation. Through good times and bad, let us build on that foundation in the full confidence that together we can face the future with our heads held high.
With that conviction, I aim to fulfil my duties as King with all the strength I am granted.
I swear to the peoples of the Kingdom that I shall constantly preserve and uphold the Charter for the Kingdom and the Constitution.
I swear that I shall defend and preserve the independence and the territory of the Kingdom to the best of My ability; that I shall protect the freedoms and rights of all its citizens and residents, and shall employ all means placed at My disposal by the law to support and promote the Kingdom's welfare, as is incumbent upon a good and faithful King.
So help Me God!
Note :- * The two Kings of Arms and three Heralds of Arms.

Sumber :- Het Koninklijk Huis

Sekitar Istiadat Pemasyuharan King Willem-Alexander

30 April 2013, Selasa:-

Istiadat Pemasyuharan Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda berjalan lancar pagi tadi (petang waktu Malaysia).  Syah ingin berkongsi gambar-gambar berikut yang boleh menerangkan perjalanan  Istiadat ini secara ringkas.
Istiadat dimulai dengan Baginda Queen Beatrix menandatangani watikah turun tahta yang berlangsung di Istana Diraja. Apabila baginda menandatangani watikah berkenaan maka secara automatik putera Sulung baginda menjadi Raja Belanda.
Watikah Turun Tahta Queen Beatrix sebagai Ratu Belanda dan Pemasyuharan Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda. Selepas turun dari tahta, baginda menggunakan gelaran Her Royal Highness Princess Beatrix of the Netherlands,Princess of Orange-Nassau, Princess of Lippe-Biesterfeld.
Selepas itu Her Royal Highnes Princess Beatrix of the Netherlands dan Raja Belanda yang baru His Majesty King Willem-Alexander dan Isteri Baginda Her Majisty Queen Maxima keluar ke Beranda Istana Diraja untuk membuat penampilan kepada umum dan kemudiannya kedua-dua anak serta ibu ini menyampaikan ucapan ringkas kepada rakyat jelata dan menyanyikan lagu kebangsaan Belanda. Princess Beatrix kemudiannya berangkat masuk ke dalam Istana dan kemudiannya ketiga-tiga puteri King Willem-Alexander menyertai ayahanda dan bonda mereka di Balkoni Istana Diraja.
Selepas itu His Majesty King Willem-Alexander dan Isteri Baginda Her Majisty Queen Maxima   berangkat ke Amsterdam Niew Kerk (New Church) untuk menghadiri Istiadat Keagamaan dimana baginda mengangkat sumpah sebagai Raja Belanda yang baru.  Tahniah Syah ucapkan kepada His Majesty King Willem-Alexander dan Her Majesty Queen Maxima diatas pemasyhuran ini.

Sumber :-Royaltynu

Tuesday, April 30, 2013

Penampilan Pertama Raja Belanda Di Beranda Istana Diraja


30 April 2013, Selasa :- 

Kelihatan Raja Belanda yang baru King Willem-Alexander berada di beranda Istana Diraja untuk penampilan pertama baginda sebagai Raja yang baru bersama permaisuri baginda, Queen Maxima dan bonda baginda Princess Beatrix. Queen Beatrix telah menandatangani surat turun tahta di Istana Diraja sebentar tadi lebih kurang jam 10:00hrs waktu Belanda  (16:00hrs waktu Malaysia) dan secara automatik Putera Sulungnya bergelar His Majesty King Willem-Alexander of the Netherlands.  Selepas turun dari tahta gelaran baru bagi Bekas Ratu Belanda ini adalah Her Royal Highness Princess Beatrix of the Netherlands, Princess of Orange-Nassau, Princess of Lippe-Biesterfeld.

Sumber :- TheGuardian / Wikipedia

Istiadat Pemasyhuran Raja Belanda Berlangsung Hari Ini

HM Queen Beatrix of the Netherlands bersama suami baginda Mendiang Prince Claus semasa Istiadat Pemasyhuran baginda pada tahun 1980.

30 April 2013, Selasa :- 

Pada hari ini jam 10:00hrs waktu Belanda  lebih kurang jam empat petang waktu Malaysia akan diadakan Istiadat Permasyhuran Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda yang baru. Pada 28 Januari 2013, Baginda Queen Beatrix telah membuat pengumuman keseluruh Belanda melalui siaran TV dan Radio berhubung keputusan baginda untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulong baginda untuk menjadi Raja Belanda. Dengan pemasyhuran  ini nanti akan menjadikan Crown Prince Willem yang berusia 46 tahun itu  sebagai Raja paling muda menaiki tahta di Eropah.  Baginda juga merupakan Raja Belanda Lelaki yang pertama ditabalkan semenjak kemangkatan Raja Willem III pada tahun 1890 iaitu kira-kira 123 tahun Ketua Negara Belanda didominasi oleh pewaris wanita. 

Gambar terbaru Queen Beatrix of the Netherlands bersama Crown Prince Willem-Alexander dan Crown Princess Maxima.

Istiadat ini nanti akan dimulai dengan Baginda Queen Beatrix of the Netherlands akan menandatangani surat turun tahta baginda dan kemunculan Baginda Queen Beatrix of the Netherlands, Crown Prince Willem dan Crown Princess Maxima di beranda Istana Diraja dan memberi ucapan kepada para hadirin di Dam Square. Mereka kemudiannya akan berangkat ke Amsterdam Niew Kerk (New Church)  yang merupakan sebuah gereja yang berusia 600 tahun yang terletak bersebelahan dengan Istana Diraja untuk Istiadat Pemasyhuran.  Dalam istiadat ini nanti,  Crown Prince Willem  akan mengangkat sumpah sebagai Raja Belanda.  Raja-Raja Belanda tidak pernah dimahkotakan (dipakaikan Mahkota Kerajaan), walau bagaimanapun dalam istiadat ini nanti Mahkota Kerajaan hanya diletakkan bersebelahan baginda sepanjang istiadat berlangsung bersama alat-alat kebesaran diraja lainnya.

Dalam istiadat ini nanti baginda akan memakai jubbah diraja yang telah digunakan untuk  pemasyhuran raja-raja Belanda semenjak tahun 1815.  Jubah ini telah dibuat dua kali  pengubahsuai untuk istiadat pemasyuharan bonda dan nenda baginda sebagai Ratu (Queen) Belanda. 

Tradisi Turun Tahta ini sudah menjadi kebiasaan bagi Raja-Raja Belanda.  Bonda Queen Beatrix sendiri iaitu Queen Juliana melepaskan tahtanya pada 1980 ketika sambutan ulangtahun baginda yang ke 71 manakala Queen Wilhemia turun tahta pada tahun 1948 dalam usia 68 tahun bagi memberi laluan kepada Queen Juliana menjadi Raja Belanda. Malang sekali Istiadat ini tidak dapat dihadiri oleh Adinda Crown Prince Willem iaitu Prince John Frisco yang kini berada dalam keadaan koma setelah terlibat dalam kemalangan runtuhan salji di Austria pada 17 Februari 2012. Begitu juga kedua ibu dan bapa Crown Princess Maxima tidak dapat menghadiri istiadat ini kerana mereka tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis rasmi di  Belanda.

Sila click Entry Syah terdahulu berhubung perkara ini seperti dibawah:-


Sumber :- BBC / MBS / India TImes

Monday, April 29, 2013

Dari Putera Mahkota Kepada Raja Belanda

29 April 2013, Isnin :-

Tanggal 30 April ini akan mengubah cara hidup Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange daripada seorang Putera Mahkota kepada Raja Belanda yang mana akan berlaku perubahan besar dalam kehidupan seharian baginda sebagai Ketua Negara. Esok baginda akan diistiharkan sebagai Raja Belanda menggantikan bonda Baginda Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands yang akan turun tahta bagi memberi laluan kepada Crown Prince  Willem sebagai Raja yang baru.

Baginda yang baru sahaja menyambut hari keputeraannya yang ke 46 tahun pada 27 April lepas akan mencipta sejarah sebagai  Raja Belanda lelaki yang ditabalkan buat pertama kalinya semenjak 1890 kerana Raja Belanda sebelum ini adalah Perempuan.  Selepas ini Queen Day yang merupakan sambutan Hari Keputeraan baginda Queen selepas ini akan dikenali sebagai King Days akan disambut setiap tahun pada 27 April.  Walau bagaimanapun selepas ini pewaris tahta akan kembali semula kepada perempuan apabila anakanda sulung baginda, Princess Amalia bergelar Princess of Orange.  Buat masa ini baginda dikurniakan dengan tiga orang puteri, Princess Amalia berusia sembilan tahun, Princess Alexia berusia tujuh tahun dan Princess Ariane berusia lima tahun.

Bagi memberi tumpuan terhadap tugas baru baginda sebagai Raja, baginda juga telah melepaskan beberapa jawatan  yang disandang sebelum ini.  Baginda juga telah menamatkan keahlian baginda dalam International Olympic Committee dan sebagai Pengerusi United Nations board on water and sanitation.  Apabila turun dari tahta, baginda Queen Beatrix akan bersemayam di Drakensteyn Castle di  Large Vuursche.

Sumber :- Hello Daily News

Tunku Abdul Rahman Rasmikan Perkampungn Orang Asli Pertama Di Malaysia

29 April 2013, Isnin :-

Hari ini dalam tahun 1967, Perdana Menteri Malaysia pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan pembukaan perkampungan Orang Asli pertama yang terletak di Ayer Baning, Negeri Sembilan. Perkampungan yang terletak kira-kira 83.2km dari Seremban ini dinamakan Kampung Putra dan telah menjadi perkampungan contoh bagi orang asli pertama dibuka oleh Perdana Menteri. Kos pembinaan kampung ini berjumlah $60,000.00 dan didatangkan dengan kemudahan 33 buah rumah, kelinik, balairaya dan sebuah sekolah yang dilengkapi dengan asrama. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menaik taraf hidup kaun Orang Asli setaraf dengan masyarakat umum dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti serta nilai-nilai positif budaya masyarakat Orang Asli.

Ketibaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke kampung ini disambut oleh Ketua Orang Asli, Batin Hassan bin  Bate ; Menteri Tanah dan Galian, Haji Abdul Rahman Ya'akub ; Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' (Dr.) Mohamad Said bin Mohamad dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Orang Asli, Dr. Haji Iskandar Carey.

Sumber :- Arkib Negara

Sunday, April 28, 2013

Buku Istana Negara Menjadi Milik Syah

28 April 2013, Ahad :-

Shukur Alhamdulillah dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kekanda Syah, Suria kerana telah menghadiahkan Syah Buku Istana Negara "Lambang Kedaulatan dan Keagungan Raja-Raja Melayu" sempena ulang tahun keputeraan Syah.  Beliau telah bank-in sebanyak RM400.00 kedalam akaun Syah untuk Syah beli buku ini sebagai hadiah hari keputeraan Syah tahun ini.  Kebetulan petang semalam Syah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Putra World Trade Center atau PWTC. Tiba-tiba Syah terjumpa buku ini di booth GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berhampiran pintu masuk utama.  

Syah tahu harga buku ini RM350.00 sebab Syah hendak membuat tempahan kepada urusetia penerbitan buku ini di Jalan Duta.  Nasib baik Syah tak beli lagi kerana GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd bagi offer 10% dan Syah dapat buku ini dengan harga RM315.00 sahaja.  Itulah rezeki namanya kerana urusetia penerbitan buku berkenaanpun tidak boleh memberikan diskaun bila Syah tanya berhubung perkara ini.  Di booth lain ada juga Syah nampak buku ini dijual tetapi mereka tidak memberi sebarang diskaun. Pesta buku ini bermula 26 April lepas dan akan berakhir pada 05 Mei 2013 dan jika anda ingin memiliki buku ini dengan harga diskaun bolehlah datang ke booth GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd. Jangan lepaskan peluang keemasan seperti ini kerana memang susah hendak mendapatkan diskaun bagi buku-buku "cofee table" yang baru dipasarkan seperti ini walaupun dari penerbit atau pengedarnya kecuali jika kita membeli dengan kuantiti yang banyak.

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Ke-87 Tahun YAM Tengku Aris Temenggong Selangor

28 April 2013, Ahad :-

Selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan yang ke 87 tahun kepada Tengku Aris Temenggong Selangor Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Alhaj ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor diputerakan pada 28 April 1926 oleh bondanya yang ketika itu bergelar Tengku Ampuan Selangor iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshiidul Aadzam (Sultan Perak). Malam Semalam telah diadakan sambutan hari keputeraan YAM Tengku Aris Temenggong Selangor di Holiday Villa Hotel & Suites di Subang dan tepat jam dua belas diadakan upacara memotong kek hari keputeraan.  Majlis ini dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Yang Amat Mulia. Kelihatan Yang Amat Mulia bersama salah seorang menantunya yang dikenali sebagai Raja Putra Shah dalam majlis yang diadakan malam semalam. 

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke-87 tahun kepada Tengku Aris Temenggong Selangor Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Alhaj ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah semuga Yang Amat Mulia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberkan kesihatan yang baik.  Amin.

Entry Syah mengenai Tengku Ampuan Fatimah :- 

sumber :- Tengku  Soraya / Raja Putera Shah

Saturday, April 27, 2013

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-85 Tahun


27 April 2013, Sabtu :-

Satu Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang ke-85 tahun telah diadakan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenaan berangkat kemajlis ini. Turut serta adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Dato' Raja Ahmad Nazim bin Raja Ashman Shah.

Sumberr :- Fairul / Wan Khairul

Sultan Johor Dianugerahkan D.K.1 Terengganu

27 April 2013, Sabtu :-

Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang ke-51 semalam, seramai 324 orang telah terpilih untuk menerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang akan diadakan pada 09 Julai depan. Istiadat penganugerahan darjah kebesarn ini akan diadakan di Balai Istiadat, Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan  Iskandar mendahului senarai penerima darjah kebesaran Terengganu dan merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Pertama (DK).

Darjah kebesaran ini mengandungi Kalung (rantai), Bintang, Selempang dan Lencana (Dokoh).  Setiap penerima darjah kebesaran ini hendaklah memakai Bintang Darjah Kebesaran Kerabat berkenaan disebelah kiri pakaian luar dan Lencana yang terganung pada pita (Selempang) dipakai bersandang di atas bahu kiri ke rusuk kanan.  Bagaimanapun pada masa tertentu lencana itu hendaklah digantungkan pada kalung(rantai).

Sumber :- Berita Harian / Bernama

Thursday, April 25, 2013

Sultan Iskandar Berangkat Pulang Ke Johor Setelah Menamatkan Tempoh 5 Tahun Sebagai Yang di-Pertuan Agong

25 April 2013, Khamis :-

Pada 25 April 1989, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang telah menamatkan tempoh 5 tahun baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII telah berangkat pulang ke Johor dari Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 13:05hrs disambut oleh anggota kerabat diraja dan raakyat negeri Johor dengan lagu  "Bangsa Johor" dan Negaraku" diikuti dengan tebakan meriam sebanyak 21 das.  Bacaan doa selamat disempurnakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Johor, Dato' Haji Mohamed Khuzairi Haji Dainuri.  Baginda kemudiannya memeriksa kawalan keselamatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri.

Baginda dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII dalam Persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-129 berkuat kuasa mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.  Baginda menggantikan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Biras Baginda yang telah menamatkan tempoh lima tahun sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 April 1984. Baginda kemudiannya pula telah digantikan oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX bermula 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun.

Sumber :- Arkib Negara / Portal Yang di-Pertuan Agong

Wednesday, April 24, 2013

Hari Ulangtahun Keputeraan Syah

24 April 2013, Selasa :-


Salam dan Selamat Tengahari kepada semua.  Shukur Alhamdulillah hari ini merupakan hari ulangtahun keputeraan Syah yang ke-46 tahun.  Banyak yang bertanya mengapa Syah nampak lebih muda dari usia Syah.  Syah pun sendiri tidak tahu kenapa tetapi berterima kasih kepada Allah S.W.T. atas anugerah yang telah diberikan kepada Syah. Syah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang anda berikan  kepada tengkusyah.blogspot.com. Tanpa anda semua siapalah tengkusyah.blogspot.com.

Almarhum Sultan Abu Bakar (Johor) Melawat Turki

Salah satu pemandangan didalam Istana Yildiz di Istambul. Istana ini dibina pada akhir abdad ke-19 dan awal abad ke-20. Iannya merupakan tempat persemayaman Sultan Turki dan kaum kerabat diraja. Yildiz membawa maksud "Bintang".

24 April 2013, Rabu :-

Tahukah anda bahawa pada 24 April 1893, Sultan Johor, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Daing Ibrahim dan rombongan telah melakukan kunjungan hormat kepada Sultan Turki, Sultan Abdul Hamid II di Istana Yildiz, Istambul. Dalam kunjungan ini Sultan Abu Bakar telah dikurniakan Darjah Utama Khilafah Othmaniyyah yang merupakan bintang kebesaran Osmanieh Kelas 1 manakala Syed Mohammed Al-Sagoff dan  Kapten F. De Vee Creighton yang merupakan ADC Komandan Johor Military Force menerima pingat kebesaran Medjidie Kelas ke-2, Dr. Nightingale menerima pingat kebesaran Osmanieh Kelas ke-3 dan Setiausaha Sulit  Sultan Abu Bakar, Inche Kasim menerima pingat kebesaran Medjidie Kelas ke-3.


Sultan Abu Bakar dan rombongan telah diberi sambutan meriah dan mendapat penghormatan daripada Sultan Turki sewaktu baginda berada di Turki.  Atas titah perintah Sultan Abdul Hamid II, Sultan Abu Bakar telah diiringi oleh General Ahmed Ali Pasha dan pasukan berkuda sepanjang Sultan Abu Bakar dan rombongan berada di Turki.

Sumber :- Kesultanan Johor / Loveisspeed.blogspot.com

Tuesday, April 23, 2013

Gambar Terbaru Bekas Raja Permaisuri Agong Ke-11, YAM Permaisuri Siti Aishah


23 April 2013, Selasa :-

Kepada anda yang rindu dan ingin melihat wajah Bekas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-11 iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah ini adalah wajah terbaru Yang Amat Mulia yang diambil semalam 22 April 2013 oleh Kuess, anakanda kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah, Sultan Perak ke-33.  Menurut Kuess, dalam pertemuan ini, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah berkenan menyampaikan ucapan khas untuk  rakyat yang masih mengenali baginda. Ucapan ringkas ini telah dimuat naik dalam Youtube oleh Kuess dibawah tajuk "Eksklusif : Ucapan Ringkas  Permaisuri Siti Aishah".  Titah ringkas baginda  adalah seperti berikut :-
  • Alhamdulillah, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan padu daripada peminat-peminat saya.  Insyallah doakan saya selamat dunia akhirat dan dijauhi dari azab api neraka dan dimatikan dalam keadaan Husnul Khatimah atau mati syahid.  Amin ya rabbal alamin.
Syah mendoakan agar Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah hendaknya.  Amin.

Monday, April 22, 2013

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Syed Zahiruddin Meninggal Dunia

22 April 2013, Isnin :-

Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan telah meninggal dunia dikediaman keluarganya dalam usia 95 tahun pada malam Sabtu lepas bersamaan 20 April 2013 dan telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara jam 12:00hrs. Sebelum meninggal dunia, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara semenjak 10 hari lepas kerana menghadapi masalah buah pinggang dan sakit tua. Allahyarham merupakan Orang Besar Empat (Negeri Perak) yang membawa gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.  Allahyarham dilantik ke jawatan berkenaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 1984 dan Allahyarham juga merupakan Ahli Dewan Negara Perak. Allahyarham juga merupakan Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-4 (1975 - 1984).

Allahyarham dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian, Perak.  Anak jati Perak ini merupakan anak sulong dari enam adik beradik hasil perkongsian hidup diantara Syed Hassan bin Syed Ibrahim dan Raja Halimah binti Raja Abdullah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Halimah Md. Noh berusia 88 tahun, 10 orang anak serta lebih 30 orang cucu dan cicit.

Al-Fatihah ......... Semuga Roh Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Entry Syah terdahulu berhubung jawatan Bendahara di Perak :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2012/05/raja-bendahara-perak-terakhir-dyam-raja.html

Sumber :- Kosmo / Sembang Kuala / MBS

Sunday, April 21, 2013

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin Sempena 100 Hari Kemangkatan Tengku Khaladiah Berjalan Lancar

21 April 2013, Ahad:-

Shukur Alhamdulillah Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin  sempena 100 hari kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah berjalan lancar malam tadi. Majlis yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang ini dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Allahyarhamah dan tetamu jemputan.  Makam Allahyarhamah di Makam Diraja Klang masih lagi dalam proses pembinaan.

Al-Fatihah............ Semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Raja Alauddin / Gambar dari Tengku Yasmin

Saturday, April 20, 2013

Sultan Brunei Tinjau Persiapan Asian Summit Kali Ke 22

20 April 2013, Sabtu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mencemar duli berangkat ke bangunan baru Jabatan Perdana Menteri dan meninjau persiapan Asian Summit kali ke 22 yang akan diadakan di bangunan Baru Jabatan Perdana Menteri pada 24 hingga 25 April 2013. Dalam lawatan ini, KDYMM Paduka Seri Sultan Brunei telah berkenan menandatangani plak keberangkatan ke bangunan ini.

Turut serta mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Majlis Tahlil & Bacaan Yasin Sempena 100 Hari Kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah

20 April 2013, Sabtu :- 

Malam ini nanti selepas Solat Maghrib akan diadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin  sempena 100 hari kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.  Majlis akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, Selangor.  Allahyarhamah mangkat pada 17 Januari 2013 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor dalam usia 88 tahun.

Al-Fatihah............ Semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Raja Alauddin / MBS

Friday, April 19, 2013

Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-85


19 April 2013, Jumaat:-


DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Sultan,n Yang Di-Pertua dan Raja Pemerintah
Negeri Perak Darul Ridzuan
Sempena
Hari Keputeraan Yang Ke-85 
"Semuga Allah Merahmati Tuanku"


Sembah Takzim Daripada

Prince Maharum Bugis Syah