07 Ogos 2014, Khamis :-
Hari ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Istana Negara amat dukacita dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyentuh institusi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman sosial. Baru-baru ini gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah di cut and paste sebagai mangsa kemalangan ngeri jalanraya dengan pelbagai kata-kata kurang manis serta dimuat naik dilaman facebook.
Sehubungan dengan itu pihak Istana telah membuat laporan Polis pagi tadi berhubung perkara ini dan meminta kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
Sumber :- Bernama / MBS
Sumber :- Bernama / MBS
No comments:
Post a Comment