Hari Ini Syah Sarapan Sekali Lagi Di Gerai Mamak Depan MINDEF. Tapi 2 day Bukan Nak Cerita Pasal Kita Orang Makan Tapi Nak Kasi Tahu Semua Macam Mana Nak Masak Roti Canai. Dah Minta Kebenaran Dari Mamak Nie Untuk Ambil Gambar. Jommmmm....
Mula-Mula Adunan Roti Canai Di Letakkan DiAtas Meja.
Doh Yang Kecil Tadi Di Canai Sehingga Lebar.
Selepas Itu Adunan Tadi Di Tebar Sampai Nipis. Menebar Macam Orang Pompuan Dulu-Dulu Basuh Kain. Heheheheheheh
Kemudian Ianya Dilipad dan DiKetepikan
Bila Ada Permintaan Adunan Tadi Akan DiMasak Menggunakan Minyak Yang Sedikit DiAtas Kuali Lipir. Selepas Masak Mamak Nie Akan Menepuk-Nepuk Roti Tu Dengan Kedua-dua belah Tangannya. Nape Ketawa...........
Yang Ini Pula Ikut Permintaan Customer. Nak Roti Sekping atau DiPotong-Potong
Yang Ini Roti Canai Potong dan Kuah Asing
Yang Ini Pula Terms Dia Roti Canai Banjir. Bukan Kelantan dan Terengganu Jer Tau Banjir ......
No comments:
Post a Comment