Saturday, October 31, 2009

30.10.2009 - Spectacles

Kebetulan Optik Sinar Buka Counter Di Menara TM. So Syah Memang Dah lama Geram Dengan Cermin Mata Syah Yang Problem Kantanya Kerana Coatednya Problem dan Bercalar. Dah 2 Kali Ganti Di Focus Point, KLCC. So Syah Check Power dan Ganti Kantanya Tak Mahu Yang Coated Lagi.Setelah DiPeriksa Rupanya Mata Sebelah Kiri Syah Dah Kena Rabun Dekat Dulu Sebelah Kanan Saja. Hemmmm.
Sebenarnya Syah Tak Selesa Dengan Kanta Focus Point Kerana Kalau Kita Nak Pandang Ketepi Kena Alihkan Muka Betul-Betul Tepat Pada Objek Yg Nak Dilihat Jika Jeling2 Kabur. Hanya Sesiapa Yang Pakai Focus Point Kanta Fahamlah Maksud Syah Nie. By The Way 13.11.2009 Syah Ada Appointment Dengan Pakar Mata Di Hospital Selayang. Dah Hampir 1 Tahun 2 Bulan Syah Ulang Alik ke Sana. Suspect Glaucoma. Syah Sentiasa Berdoa Supaya Tak Kena Penyakit Tu. Doa-Doakan Lah Sama Yer.

Syah Tukar Kantanya Kena RM280.00. Baru Bayar RM50.00 Deposit. Hari Rabu Siap. Syah Pakai dua Jauh dan Dekat.Mereka Beri Kanta 2 Color Bawah Putih dan Atas Grey. Mulanya Syah Nak Putih Semua Tapi Mereka Kata Kena Gelap Sedikit Sebab Syah Ada Silau Kalau Tak Nanti Bila Pakai Nampak Bayang-Bayang. So Ok Lah. Tapi Sebenarnya Syah Jarang Pakai Coz Tak Berapa Suka Kerana Berlekuk Kat Tepi Hidung. Hehehhehe

Friday, October 30, 2009

30.10.2009 - Baju Melayu

Hari Nie Syah Ke Tempat Kerja Pakai Baju Melayu Masa Pertabalan Tuanku Muhriz Tempohari. Ramai Orang Puji. Ada Kata Nak Gi Kawinlah, Ada Kata Macam Pengantinlah dan Ada Juga Kata Macam Pahlawan. Syah Bukan Hendsome Mana Pun Biasa-Biasa Jer.
Pakai Baju Melayu Coz Sepatutnya Syah DiRumah Rawang, Jadi Seluar Kerja Pakai Semalam Syah Dah Masuk Dalam Mesin Basuh. Tak Jadi Balik Pula So Pagi Nie Seluar Kerja Dah Tak Ada, Jeans Pula Ketat...Opsss Dah Gemuk Sket. Hari Jumaat TM Boleh Pakai Jeans. So Tak Ada Pilihan Baju Melayu Pertabalan Tu Jer Lah Syah Pakai. Songkok Tak Pakai Coz Rimas Dlm LRT.Ok dah 05:40pm Syah Nak Ke Mid Velly Ada Appointment Di New York Skincare Jam 06:30pm.

30.10.2009 - Mahkota Dewa

Petang Tadi Jumpa Kak Sal Di TM Annexe 2. Dia Minta Datang Kerana Nak Bagi Mahkota Dewa. Sejenis Buah Dari Indonesia Yang Telah DiKeringkan, Sesuai Untuk Penyakit Seperti Kanser, Penyakit Kulit, Kencing Manis, Darah Tinggi, Radang Hati, Sakit Sendi, Arthritis Gout, Jantung dan Gangguan Ginjal. Dia Tahu Mengenai Kanser CD. Jika Hendak Tahu Lebih Lanjut Cari Di Google - Mahkota Dewa.
Masa Datang Tadi Dia Sedang Bercakap Di Telefon. Kak Sal Nie Ada Ketumbuhan DiBuah Dadanya. Sekarang Nie Dia Berubat Secara Moden dan Tradisional. Macam-Macam Dia Cuba Termasukkan Cendawan Susu Harimau Yang DiPerolehi Dari Orang Asli DiPahang. Keadaan Ketumbuhan Tu Semakin Mengecil. Shukur Alhamdulilah.

Syah Doakan Semuga Kak Sal Sembuh Sepenuhnya. Kak Salpun Dah Nak Transfer Ke Kuala Terengganu Dalam Masa Terdekat Nie Kerana Mengikut Suaminya Yang Berpindah Ke Sana... Miss You..... Kak Sal Beri Sedikit Mahkota Dewa Tu Pada Syah. Katanya Sesuai Untuk DiAmalkan Bukan Sahaja Pada Yang Sakit.


Inilah Rupanya Mahkota Dewa Tu. Ambil Sedikit Mahkota Dewa Lebih Kurang 5 Keping dan Rebus Dengan Air (Lebih Kurang 1 Liter) atau Tuang Air Panas. Boleh DiGunakan Beberapa Kali Sehingga Airnya Tidak Pahit. Boleh DiMinum Bila-Bila Masa. Syah Nak Ambil Sedikit dan Selebihnya Nak Bagi CD. lagi Satu Kak Sal Pesan Pesakit kanser Juga Sesuai Berendam Dalam Kolam Air Panas. Kan Dalm Air Tu ADa Sulfur. Kalau Orang Sakit Kulitpun Boleh Pulih.


CD - 29.10.2009

Actualy Malam Nie Nak Balik Rawang. Azrin Call Dia Ada Di Ampang Nak Berurut. Dia Ajak Balik Sekali. So Syah Balik Rumah KL Dulu. Sampai Lebih Kurang Jam 8:30pm. Tengok Rumah Senyap Jer dan CD Dalam Bilik. Dia Keluar dan Syah Suruh Dia Makan Kek Yang Syah Bawa dan Laksa Tak Boleh Sebab Pedas. So Dia Ambil Kek Sedikit Sahaja.
Memang Nampak Tak Sihat Dia. Suarapun Macam Nak Serak dan Selalu Pegang Perutnya. Mungkin Fikirannya Masih Terganggu Dengan Kanser Ususnya. Petang Tadi Dia Ke HKL Sekali Lagi. Petang Tadi Syah Call Ayahanda Minta Dia Buat Sembahayang Hajat Supaya CD Sembuh. Syah Pun Buat Juga. Jam 10:00pm Azrin Call Nak Ambil, Syah Kata Tak Payahlah Dah Malam Sangat, Esok Jer Balik Rawang. Jam 11:00 My Bro Balik Dari Outstation Bawa Makanan Gulai Ikan Fatin Tak Silap Syah. CD Bangun Masak Nasi. Muss Makan Tapi Syah Tak Coz Dah Malam Sangat.

Thursday, October 29, 2009

26.10.2009 - DYTM DPMM Menghadiri Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz

DYTM Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Negara Brunei Darussalam Telah Mewakili Ayahandanya Ke Istiadat Pertabalan KDYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir Yang Berlangsung Di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti Pada 26.10.2009.
DYTM DPPM di Temani Oleh Isterinya YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
Berangkat sama mengiringi DYTM DPMM dan YTM PAIPA Sarah ke Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ialah YAM Pengiran Muda Abdul Qawi. Barisan Tengah Tiga Dari Kiri.

Memasuki Istana Besar Seri Menanti.

Berbual Bersama YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin, YAM Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran dan YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Bersama DYMM Tuanku, DYMM Tunku Ampuan Besar, Wakil Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama.


DYTM DPMM Berbual Mesra Bersama DYMM Tuanku Muhriz.
DYTM PAIPA Sarah Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Tengku Aishah Rohani.
DYTM DPMM dan YTM PAIPA Sarah Menuju Ke BalaiRong Seri Istana Besar Seri Menanti.
Keberangkata Masuk KDYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan DYMM Tunku Ampuan Besar Ke Balairong Seri Diiringi Oleh YAM Putera Yang Empat, YM Anak Raja Bergelar Serta Didahului Oleh Orang Empat Istana Untuk Istiadat Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

DYTM DPMM dan YTM PAIPA Sarah Bersama YAM Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz, YM Tunku Puan Muda Nurul Hayati Tunku Dato' Bahador (Isteri YAM Tunku Laxamana) dan YAM Tunku Dara Tunku Tan Sri Dato' Seri Naquiah bt Al-Marhum Tuanku Jaafar.
Dengan Khusuk Memerhatikan Istiadat Pertabalan DiLaksanakan

Mengaminkan Doa Selepas Istiadat Pertabalan DiSempurnakan

DYTM DPMM dan YTM PAIPA Sarah Menuju Ke Banquet Hall Istana Besar Seri Menanti Untuk Jamuan Tengahari.

Di Dalam Banquet Hall. DYTM DPMM Sedang Memperkatakan Sesuatu Kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah.

YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Bersama Tetamu Di Meja Santapan.

Keberangkata Pulang DYTM DPMM dan YTM PAIPA Sarah.

27.10.2009 - KDYMM PSB Sultan Brunei Menghadiri Majlis Santapan DiRaja

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam dan Raja Isteri Serta Pengiran Isteri Telah Berkenan Berangkat Menghadiri Majlis Santapan DiRaja Sempena Pertabalan KDYMM Tuanku Muhriz Di Banquet Hall Istana Besar Seri Menanti Pada 27.10.2009.

Hitz.fm - 28.10.2009

Hari Ini Hitz.fm - Hitz Cruiser Two Datang Ke Menara TM. Siap Buat Announce Guna Voicecast Lagi. Kata Pukul 1:10pm Tapi Hampir Jam 1:45 Baru Sampai. So Orang pun Dah Tak Ramai Coz Dah Nak Masuk Kerja Jam 2:00pm.

Ini Crewnya. 2 Orang Jer. Mereka Sedang Memanggil Orang Ramai Untuk Menyertai Program Mereka.
Banyak Aktiviti Mereka. Games dan Quiz. Siapa Dapat Jawap Ada Gift. Sometimes Mereka Just Give Away Jer Souvenir Tu.

Soalan Yang Ini Pulak Dia Tanya Semua Audiences Guess Apa Colour Underweare Mamat Atas Cruiser Tu. Ada Teka Macam-Macam Warna dan Dia Bagi Hint Ada 2 Colour. Jawapannya Black & White. Hehehehhehe Dapat Hadia Orang Tu.Salah Satu Daripada Games Mereka. Bila Dia Kata Close dan Tutup Tangannya Audiance Mesti Open Tangan Mereka Begitulah Sebaliknya. Siapa Salah Keluar. Pemenang Dapat Hadiah Special.

Inilah Pemenangnya. Tiket Menyaksikan Konsert Bunkface Tak Silap Sabtu Nie. Masa Nie Syah Dah Nak Naik Office Coz Dah Pukul 2:10pm. Tak Tunggu Sampai Habis.

Wednesday, October 28, 2009

Gambar Lama - 28.10.2009

Pagi Nie Terima E-Mail Dari Azahar Fowardkan Gambar Lama Syah Dengan Member-Member. Masa Nie Baru2 Tahun Kerja di TM.

Duduk Dari Kiri : Mohd Azahar Zakaria, Ahmad Saufi Hj Idris, Zaidy Razak (Sekarang Di Saujana Golf Resort, Subang) dan Azliem Azniel Ariffin.
Berdiri Dari Kiri : Syah, Kamarul Zaman Mohd Amin (Sekarang Di Focus Learning Consulting Sdn Bhd) dan Ridzuan Bidin (Sekarang di Aidilmega Enterprise)
Waktu Nie Di HR, Organization Development Unit. Buat Work Study. Pergi Merata Tempat Monitor Staff Buat Kerja Untuk Tentukan Keperluan Kakitangan Sesuatu Bahagian. Tension pun ada Seronokpun Ada. Macam-Macam Ada.

Tuesday, October 27, 2009

Perjalanan Ke Seri Menanti - 25.10.2009

25.10.2009 Syah Nak Ke Seri Menanti Untuk Majlis Pertabalan Tuanku Muhriz. Jam 02:00pm Minta Azrin Hantar Ke Rumah KL Coz Safuan Akan Datang Fetch Syah DiSana Jam 03:00pm. By D Way Syah Ke Seri Menanti Bersama Safuan Dari Safuan Studio.com. Dia Nie Wedding Planner dan Boleh Juga Jadi Cameraman dan Makeup Artist. Sesiapa Yang Hendak Mendapatkan Perkhidmatannya Boleh Menghubungi Beliau Di Talian 012 385 3005. Cerita Mengenai Pertabalan Nanti Syah Buat Sebab Sibuk Dengan Tugas.

Sampai DiSelayang Azrin Ajak Lunch DiKedai Minang. Syah Belanja.Safuan Call Lambat Sedikit Kerana Ada Hal. Jam 04:00pm Baru Dia Sampai. Masa Bertolak Hujan Lebat.



Syah Booking Hotel Tiara Tapi My Bro Muss Inform Kiara Inn Lebih Baik dan Minta Dia Bookingkan. Stay di Bahau Kerana Accommodation di Seri Menanti dan Kuala Pilah Full House. Sampai di Seri Menanti Lebih Kurang Jam 06:30pm.



Sampai Saja Terus Ke Istana Seri Menanti. Sempat Ambil Few Gambar Sahaja.
Di Kawasan Hadapan Istana Seri Menanti. Khemah Untuk Majlis Santapan Selain Daripada Dewan Santapan.

Sempat Berposing DiSekitar Kawasan Istana Sementara Menunggu Pass Masuk Untuk Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz Daripada En Mukhsein Johari.
Syah DiHadapan Pintu Balai Rongseri Istana Besar Seri Menanti.
Macam Inilah Rupanya Balai Rongseri Istana Besar Seri Menanti Dari Luar.
DiBelakang Syah Tu Istana Besar Seri Menanti. Kakitangan Sedang Sibuk Membuat Persediaan Bagi Majlis Pemeriksaan Barisan Oleh Tuanku Muhriz Sebelum Istiada Pertabalan Esok.
Istana Besar Seri Menanti
Syah DiLaluan Utama Ke Istana Besar Seri Menanti
Syah DiHadapan Istana Besar Seri Menanti.

Dari Istana Singgah Sebentar Membeli Makanan. Inform Hotel Datang Lewat Sedikit dan Mereka Kata Kalau Tak Datang Jam 08:30 Mereka Akan Cancel Booking. Hehehehhehe. Lebih Kurang 10 Mini Jer Kat Sini Dah Maghrib pun.
Check In Kat Hotel dan Tunjukkan Kad TM Dapat Corporate Rate RM75.00/Room dan downpayment RM50.00. Lepas Tu Gi Maka Kat Restoran Tom Yam Berhampiran Hotel.

We All Makan Kat Pondok Kebetulan Ada Kosong. Waiter Ni Tengah Buat Order. Syah Order Nasi Goreng Kampung, Barli Panas dan Cucur Kodok. Wan Order ABC, Fruit Jus dan Otak-Otak. Dia Tak Nak Makan Kerana Kenyang Katanya. Dia Beli Rangka Ayam Goreng dan Seketul Ayam Goreng Masa Di Seri Menanti.Makan Sama-Sama Kat Hotel Tadi.

Inilah Rupanya Tempat Kita Orang Makan Tu. Lepas Makan Balik Hotel Semula. Try To On Line Tapi Bad Connection. Tidur Awal Coz Esok Nak Nak Bertolak Pagi-Pagi lagi Ke Istana Besar Seri Menanti. Estimation Time 30 -45 Minit Dari Hotel (Bahau).