Thursday, December 31, 2009

New Year Eve - 31.12.2009

New year eve. hehehehhe sedap bunyinya. Actually tak kemanapun untuk celebrate tahun baru. Every year memang tak kemana. Clubing jauh sekali dah lama ditinggalkan adapun sekali sekala jer. Tupun very seldom, boleh kira dengan jari. Actually my bro nak ke rumah baru Kak Long Fadilah nak tengok landscape yang ada problem. Rumah tu sedang dalam renovation tak duduk lagipun. Kak long suruh pergi pukul 0600pm tapi bila call anaknya kata mereka pergi sendiri dan dah terlanjur ada di Wangsa Maju, Syah dan Muss singah ke Wangsa Walk sebelum ambil CD di KOSAS.
Sampai kat Wangsa Walk memang banyak restoran dan tempat makan. So terasa nak makan sandwich di Subway.

Kitaorang makan footlong bread with tuna, coke & ice lemon tea. Semuanya RM24.50 kongsi makan dan bayar dengan Muss.

Tak sampai 5 minit jalan jumpa kiosk hot & roll. Actually rasa lapar lagi makan di Subway tadi tak kenyang. Satu kali hua, dua kali hua, 3 kali hua.. huahuahua. Beli satu jer kongsi dengan Muss. Crispy chicken and cheese. Harganya lupa tapi tak silap Syah RM6.50 kot.

Nak cikit .......... Lepas nie ambil CD di KOSAS. Masa di Wangsa Walk jumpa Hajar, our ex-practicle student dan sekarang berkerja di Cyberjaya. Tak sempat nak ambil gambar dia.Sampai rumah kak long lebih kurang jam 10:30pm tapi budak-budak tak sampai lagi. So tunggu diaorang depan rumah kak long. Dirumah kak long Syah download gambar yang diambil petang tadi dalam laptop sambil buat kerja peribadi sedikit. Tak lama pun coz CD dah ajak Muss balik.Muss re-arrange landscape kak long kerana ada masalah. Apa yang vendor janji nak provide tak macam yang dia cakap. 2, 3 kali pergi jumpa dan call akhirnya bukan dia betulkan tapi dia hantar barang sahaja. So kena DIY sendiri. Tak berbaloi rasanya kos RM3000.00

CD keletihan dan ada sedikit moody semenjak semalam berehat di ruang tamu kak long.
Budak-budak bermain dibilik mereka. Jam 11:30pm kita orang balik ke rumah KL dan sambut tahun baru kat rumah sambil tengok tv dan dengar bunyi mercun.

Elia Suhana Isteri Kedua Sultan Kelantan - 31.12.2009

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Y.Bhg Datuk Bung Moktar Radin dengan aktres jelita Zizie Izette. Belum habis lagi ceritanya kita dihidangkan pula dengan kisah pernikahan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr. Rosli Allani S.Abdul Kadir dan Ilyani Mohd. Nor yang diarahkan berpisah sementara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu Kelantan. Terdahulu dari itu kisah saman YTM Tengku Temengunh Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap isterinya seorang model Indonesia, Manohara Odelio Pinot.

DYMM Sultan Kelantan bersama Isteri Kedua dan Mertua.
(Gambar diambil dari Utusan Malaysia)

Pagi 30hb Disember 2009 sewaktu di JPJ Wangsa Maju, Kawan Syah, Kak Hasmah telefon suruh Syah beli akhbar Utusan Malaysia kerana katanya ada cerita mengenai perkahwinan Sultan Kelantan. Terkejut Syah, memang Syah ada dengar berita Tuanku ada berkahwin tapi Syah ingat cerita tu hanya guruan orang-orang kelantan. Apabila menatap akhbar pagi tu baru Syah confirm Tuanku telah berkahwin satu lagi pada 23 Disember 2007. Baginda berkahwin dengan Elia Suhana bt Ahmad Abdul Hamid (30 tahun) di Kota Baharu dengan mas kahwin RM20,000.00. Bapanya telah mewalikan pernikahan tersebut dengan dua orang saksi iaitu Wan Abdul Mantan Chik dan Mahmud Ali. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Hasnan Ramli.

Isteri Pertama Sultan Kelantan
DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis bt Tengku Abdul Hamid

Baguslah benda baik buat apa nak disorokkan. Inilah jodoh namanya. Biar rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khusunya mengenali Elia Suhana bt Ahmad Abdul Hamid sebagai isteri kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Baginda sekarang sedang mendapatkan rawatan di hospital Mount Elizabeth, Singapura kerana gering semenjak Mei 2009 dan keadaan Baginda dilapurkan beransur pulih. Syah doakan agar KDYMM Tuanku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki semuga dianugerahkan putera/puteri yang comel bersama Elia Suhana.

Tuesday, December 29, 2009

Mantan Sultan Terengganu - 31.12.2009

Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal. Siapakah Tengku Ali sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu. Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.
Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu. Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain

Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali. Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta, kekayaan mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Ini adalah makam Tengku Ali. Makam ini telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato' Setia Pahlawan YM Tengku Dato' Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK. Tengku Dato' Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.


Tulisan di atas buku berkenaan dibuat dalam dua tulisan iaitu rumi dan jawi seperti berikut :-Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ingatan kasih mesra dan doa restu dari ahli keluarga serta rakyat jelata yang mengenali Almarhum Tengku Ali Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sultan Terengganu yang ke-14, telah diputerakan dalam tahun 1914 Sultan dan Pemerintah bagi Negeri Terengganu serta jajahan takluknya mulai 26hb September, 1942 sehingga 5hb November, 1945. Mangkat pada hari Jumaat 17 hb Mei 1996 jam 12.45 tengahari. bersaman 29 Zulhijjah 1416. Muslimin muslimat yang mengenali baginda sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu wata'ala mencucuri rahmat ke atas roh baginda amin ya rabbil alamin.
Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tiadak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945. Menurut penjaga makam, ini adalah makam salah seorang yang terlibat menjatuhkan Tengku Ali. Makam ini berada tidak jauh dari Makam Tengku Ali.

Thursday, December 24, 2009

Senarai Susunan Kekananan Raja2 & TYT - 24.12.2009

Disini Syah ingin berkongsi dengan semua berhubung susunan kekananan (seniority) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri pada peringkat persekutuan. Maklumat ini Syah perolehi dari Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri seperti berikut :-
1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb Disember 2006 dan ditabalkan pada 26hb April 2007.
2. Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb Februari 1959.
3. Sultan Pahang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.
Naik Tahta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 07hb Mei 1974 dan ditabalkan pada 06 Mei 1957.
4. Al-Sultan Kelantan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 29hb Mac 1979 dan dimahkotakan pada 30hb Mac 1980.
5. Sultan Johor
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 11hb Mei 1981.
6. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
Naik Takhta Kerajaan Negeri PErak Darul Ridzuan pada 03hb Februari 1984 dan ditabalkan pada 09hb Disember 1985.
7. Raja Negeri Perlis
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb April 2000 dan ditabalkan pada 07hb Mei 2001.
8. Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb November 2001 dan ditabalkan pada 08hb Mac 2003.
9. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29hb Disember 2008 dan ditabalkan pada 26hb Oktober 2009.
10. Pemangku Raja Terengganu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Dilantik pada 12hb Disember 2006
11. Yang DiPertua Negeri Sarawak
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 02hb April 1977 hingga 01hb April 1981.
Dilantik semula pada 05hb Disember 2000 selama tempoh 4 tahun
Dilantik semula pada 05hb Disember 2004 selama tempoh 2 tahun
Dilantik semula pada 05hb Disember 2006 selama tempoh 2 tahun dan
Dilantik semula pada 05hb Disember 2008 selama tempoh 1 tahun
12. Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 01hb Mei 2001
Dilanti semula pada 01hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 01hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun
13. Yang Di-Pertua Negeri Sabah
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 01hb Januari 2003 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 01hb Januari 2007 selama tempoh 4 tahun
14. Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 04hb Jun 2004 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 04hb Jun 2008 selama tempoh 4 tahun

Wednesday, December 23, 2009

Istana Raja Muda Perak - 23.12.2009

Pada 19.12.2009 Syah singgah ke Teluk Intan, Perak dalam perjalanan balik ke Sabak Bernam, Selangor. Syah sempat melawat Bekas Istana Rasmi Raja Muda Perak. Istana ini dibawah pentadbiran kerajaan negeri.Beginilah rupanya Istana berkenaan yang telah lama tidak berpenghuni. Teringat Syah semasa kecil-kecil dahulu pernah lalu disini dan Istana ini tidaklah sedaif sekarang. Istana ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, Perak berhampiran Sekolah Convent dan St Anthony Teluk Intan. Keluasan kawsan Istana ini dikatakan lebih dari 1 ekar. Menurut pihak Istana memang ada arahan untuk meruntuhkan bagunan berkenaan tetapi tidak dapat dilaksanakan lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Maklumat yang Syah terima daripada Istana, Raja Muda Perak terakhir bersemayam di Istana ini adalah Raja Muda Musa. Walau bagaimanapun ini bukanlah maklumat rasmi.
Beginilah keadaan persekitaran bangunan usang ini. Sakit mata memandang dan tidak sepatutnya sebuah tempat yang satu masa dahulu amat dihormati dan dimuliakan dengan sejarahnya tersendiri berakhir sebegini rupa - terpinggir.
Disebabkan sudah lama tidak berpenghuni, Istana ini didiami pokok-pokok yang hampir menutupi keseluruhan bangunan. Scary ............. kan, mungkin ada penghuni lain.... I reserve my comment.
Beginilah keadaan dalam Istana. Pada pandangan Syah pihak kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan dalam usaha membangunkan kawasan ini. Jika tidak ianya akan menjadi sarang penagih dadah atau sebarang aktiviti tidak bermoral/sihat kerana kawasan ini memang mudah untuk dimasuki tanpa sebarang kawalan.

Monday, December 21, 2009

Dinner @ kampung - 19.12.2009

Malam nie Syah, Kak Ngah Normah dan Muss ke Sungai Besar. Kak Ngah hendak keluarkan duit di Bank Islam, Syah pula ke May Bank dan Muss nak beli pakaian di Sungai Besar. Anak-anak Kak Ngah Syah suruh tinggal rumah temankan Ejon (bonda Kak Ngah yang juga bonda saudara Syah) Dah malam dah hampir jam 08:30pm. So Syah invite Kak Ngah dan Muss Makan Malam di area Sungai Besar. Ingat nak makan kedai mamak tapi Kak Ngah kata dia tak makan kedai mamak. So Syah cari kedai Tom Yam di area Sungai Besar - Restoran Pelangi. Hari ini Syah dan Muss makan nasi putih, Kak Ngah order nasi goreng pataya. Selain daripada itu Syah order ikan siakap stim limau, udang goreng tepung, kerabu mangga, tom yam campur dan kailan goreng biasa. Kak Ngah minta air suam dan Syah kopi radix manakala Muss order teh. Syah order 2nd time kopi radix tapi katanya dah habis. Muss minta call rumah minta cek handphonenya sebab tak ada dalam kereta. Dia cek dikedai pakaian tadipun tak ada. Call rumah tak jawap dan call Haziq minta tengokkan dan phone tu ada dalam beg galas Muss. Lega dia. Sambil makan kami menonton sehati berdansa. Call Ejon inform balik lewat. Sempatlah tengok tarian romantik sampai habis manakala tarian asli tak sempat nak tengok coz nak balik dah. Jam 09:31pm kitaorang balik. Sedap juga makan kat kedai nie. Semuanya RM51.40.

Memori Toya - 19.12.2009

Semasa di Teluk Intan My Bro, Muss sempat mengimbau semula kenangan silam semasa dia kanak-kanak. Disinilah tempat dia bersekolah dan dibesarkan oleh ayahandanya selepas penceraian kedua ibubapanya. Secara kebetulan Uncle Shariff dapat bertukar ke Shell Installation, Jalan Batak Rabit, Teluk Intan. Ini sekolah rendah Muss, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Sekolah menengahnya tak sempat nak singgah SMK Sultan Abdul Aziz.
Disinilah Mus atau dalam family kita panggil Toya dibesarkan bersama Kak Long Fadilah, Kak Ngah Faziah dan Zul. Disini Uncle Shariff hantar anak-anak mereka mengaji di Kampung Kastam dan sebenarnya ada rahsia ........... diantara mereka Muss lah yang selalu ponteng tak pergi mengaji tapi Uncle tak tahu. Sekarang rumah ini telah menjadi milik orang lain dan Uncle Shariff menetap dikampung isteri barunya di Pahang.

Mee Rebus Mastan Ghani - 19.12.2009

Mee Rebus atau Rojak. Hemmmm Sedapnya........ terliur kita dibuatnya. Biasanya bila sebut mee rebus atau rojak kita refer kat kedai mamak lah mana lagikan. kalau kat gerai orang melayu biasanya famouse dengan mee kari atau mee jawa. Tapi kalau di KL jika nak makan mee rebus kena hati-hati kerana rasanya tak sama macam mee rebus kat kampung. Mamak kat KL buat Mee Rebus buat syarat jer, rasanya hampas. Di Teluk Intan ada tempat yang Mee Rebus atau Rojaknya Meletopsssssssss. Makan sekali memang ingat sampai bila-bila. Lokasi kedai ini berhampiran Menara Condong Teluk Intan. Restoran nie namanya Mastan Ghani Mee & Rojak. Memang asli mee rebusnya. Inilah sebahagian daripada petugas di restoran ini. Yang dikiri sekali tu, cashier inform Syah dia bertugas sudah hampir 40 tahun di restoran ini.
Muss makan mee rojak dengan kuih udang lebih dan sirap limau. Syah pula, mee rebus dan cendol - Very the mamak style.
Mee Rebus dan Rojak harganya RM3.00, Cendol, Bandung dan Air Nenas RM3.50, Air Tin RM1.50 dan Air Manis, Laici dan Sirap Limau RM1.00. Inilah dia Mastan Ghani pengasas mee dan rojak Mastan Ghani dan dibawah tu rakan kongsinya masa dulu. Dua-dua dah jadi Allahyarham. Syah ambil gambar nie di restoran berkenaan. Di Teluk Intan sahaja restoran ini ada 3 cawangan tak silap Syah. Bilalah agaknya mereka nak buka cawangan di KLCC atau Pavalion. Mesti untung banyak. Harga makanan di restoran nie taklah mahal sangat - affordable. check it out kat bawah nie. Jadi kepada pembaca semua kalau singgah ke Teluk Intan, Perak, jangan lupa menikmati mee rebus atau rojak di Mastan Ghani. Sure anda takkan rasa hampa dengan rasanya. Tanya jer orang Teluk Intan mereka mesti tahu kat mana lokasi restoran ini. Nak buat tempahanpun boleh just call 012 - 5562608

Menara Condong - 19.12.2009

Dalam perjalanan menuju Sabak Bernam, My Bro Muss kata nak ikut balik melalui Teluk Intan, Perak. Dia nak tengok rumah yang pernah duduki semasa ayahandanya bertugas di Teluk Intan, Perak. So kita orang ikut highway. Dulu masa Syah kecil bandar ini dikenali sebagai Teluk Anson dan kemudianya sekarang telah di Tukar ke Teluk Intan kerana tidak mahu mengekalkan nama PENJAJAH.Tempat pertama we all melawat Menara Condong. Dulu masa Syah kecil pernah nenekanda bawa ke sini tapi tempat nie taklah sefamouse sekarang. Orang tak pandangpun menara nie masa tu. Salah seorang penderma utama menara ini adalah seorang kontraktor cina bernama Leong Choon Cheong serta kontraktor Ceylon. Ada dua pendapat berbeza mengenai tarik pembinaannya. Ada yang menyatakan tahun 1885 dan ada yang menyatakan 1892.
Dulu ianya dikenali sebagai Jam Tinggi tapi sekarang Menara Condong mungkin kerana bentuk fizikalnya yang condong seperti menara pisa. Nama asal Teluk Intan adalah Teluk Anson. Ditukar kerana tak mahu ada ciri-ciri penjajah. Dulu Muss, Kak Long Fadilah, Kak Ngah Faziah dan Zul tinggal di Teluk Intan kerana ayahandanya bertugas di Shell. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara. Pada masa dahulu penduduk tempatan telah membeli jam berkunci di London buatan Firma J.W. Benson - Ludgatehill London untuk diletakkan di menara ini. Actually, diantara tujuan asal pembinaan menara ini adalah sebagai sebuah tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau, Bagi memperingati jasa pentadbir masa itu (British), Bagi membekalkan air untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran, sebagai penentu waktu (time keeper) dan sebagai mercu tanda bandar. Dalam masa tertentu loceng akan dibunyikan. Sebenarnya loceng nie kecil jer cuma anda semua nampak besar sebab Syah ambil gambar dari dekat. Menara ini pernah dijadikan sebagai pejabat pengakap di tingkat 2 pada tahun 1940 dan pada tahun 1977 - 1992 dijadikan sebagai Pejabat Cawangan Perancangan Keluarga (National Family Planning Board) Dibahagian bawah sekali ada kolam air. Syah lihat banyak duit syiling kat dalamnya. Adalah agaknya visitor yang beranggan sambil buat wish masa baling duit tu. So kepada sesiapa yang datang melawat Teluk Intan jangan lupa singgah di Menara Condong yer. Masuk ke Menara ini tidak dikenakan sebarang bayaran cuma register nama dan bilangan visitor sahaja. Nampak tak tangga menuju ke aras atas menara condong. Ianya diperbuat dari kayu. Gayat bro......... tangga berpusing dan curam sangat. Syah terfikir kalaulah bangunan nie collapse habis lah Syah kat dalam nie.
Jika kita naik sampai ke atas, kita akan dapat melihat Bandar Teluk Intan dari pelbagai arah. Ganbar diatas menunjukkan Salah satu view bandar Teluk Intan dari atas Menara Condong.

Breakfast @ Steven's - 19.12.2009

Pagi ini Syah and Muss balik kampung ke Sabak Bernam. Sebelum tu we all hantar CD ke Pandan Indah kerana ada kelas memandu. So kebetulan ke sana Muss invite breakfast @ Steven's Corner.
Muss & CD. By the way gambar-gambar nie diambil dari kamera baru Muss. Baru beli semalam.
Syah makan Tosei dan Milo O. Makin tembam dah Syah kan? My Bro punya, roti canai banjir.
CD pula mee goreng mamak.
Restoran nie pernah masuk program jalan-jalan cari makan tv3. Iannya terletak di Jalan Pandan Indah 1/22, Pandan Indah. Kalau nak tengok websitenya pun ada @ http://www.stevenscorner.com/. Semasa my bro nak bayar, baru Syah perasan yang restoran nie bukan restoran mamak rupanya. Syahpun lupa sebenarnya nama tupun dan Stevens...... kan.

Friday, December 18, 2009

Pembaziran - 18.12.2009

Semasa Syah breakfast di Keramat, Kuala Lumpur Syah nampak paip air nie macam diubah suai jer. Tapi mengapa dibiarkan ianya terbuka dan tidak ditutup. Syah rasa air tu tak melalui meter sebab itu dibiarkan sentiasa terbuka macam itu atau tuan punya paip nie terlupa nak tutup paip tu.
Pembaziran seperti ini tidak seharusnya berlaku. At least tuan punya paip nie buatlah lapuran kat PUAS takpun panggil plumber untuk seattlekan problem nie atau buat sendiri jer. Bila kerajaan tak salurkan air bersih komplain bila dah ada air bersih bazirkan pula macam nie. Kejadian ini berlaku disalah sebuah kedai berhampiran kawasan ini. iaitu Jalan AU3/14, Keramat, Kuala Lumpur

Trainig di TMTC - 17.12.2009

Hari ini 16 hingga 17.12.2009 Syah ada training di Pusat Latihan TM atau TM Training Center. Macam biasa Syah dari Rumah KL tumpang my Bro kerana TMTC dan tempat kerjanya dekat sahaja.

Macam biasa Syah breakfast di gerai depan Kementerian Pertahanan. Syah mamam bihun goreng and my bro macam biasa roti canai banjir. Dalam kelas wif my buddy KY. Syah mengikuti kursus Understanding Risk Management in TM. 1st day agak boring coz kena buat presentation. 2nd day best instructor brief mengenai insuran dan benefit yang diberikan kepada kakitangan TM jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
2nd day pagi my bro invite breakfast di AU3 keramat. Nama gerai tu Nasi Lemak Sotong. Gerainya berhampiran Jalan AU3/14. Memang bersih tempatnya. Ada jual bermacam jenis kuih, Nasi Lemak berlauk dan lontongpun ada. Nak ubah selera datanglah ke gerai nie, belum cuba belum tau. Malam pun buka kecuali Ahad malam Isnin tutup. Syah tak larat nak makan. Beli cokodok sahaja. Yang sebelah tu my brother punya. Nasi lemak dan sotong. Sotong tu tak silap Syahlah dia minta sotong yang ada telur. Funnykan ada juga kedai yang sediakan juadah macam itew. Tapi kadang-kadang katanya ada juga bukan telur dalam sotong tu tapi anak ikan yang dimakan sotong tu. Hehhehehe nasib lah labu. Today Encik Nurrin dari HQ - Briefing mengenai insurance. Best tak boring. 1st day training Syah minta keluar awal coz nak seattle account closing di office dan 2nd day kelas habis awal lebih kurang jam 1:00pm. Sebelum masuk office Syah singgah makan kat gerai di stesyen LRT Kerinchi. 2 hari Syah mamam mee nie.