Monday, May 30, 2016

Tuanku Abdul Halim Rasmikan The St Regis Langkawi

Click gambar untuk Imej yang lebih besar

30 May 2016, Isnin :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah  berkenan mencemar duli merasmikan hotel mewah  bertaraf enam bintang The St Regis Langkawi di Jalan Pantai Kok, Pulau Langkawi.  Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.

Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. The St Regis Langkawi merupakan projek usaha sama di antara Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Ministry of Finance Incorporated dan Rajawali Group, sebuah syarikat dari Indonesia. Hotel mewah ini telah disiapkan sepenuhnya dalam masa 19 bulan.

Menurut Perdana Menteri  yang juga merupakan Menteri Kewangan memaklumkan bahawa pembinaan hotel mewah ini merupakan satu permulaan kepada usaha mewujudkan lebih banyak lagi infrastruktur pelancongan yang bersesuaian dengan citarasa pelancong berpendapatan tinggi. Pihak kerajaan juga akan menambah jadual penerbangan terus antarabangsa ke pulau ini bagi meningkatkan kunjungn pelangong dari luar negara dan secara tidak langsung meletakkan Pulau Langkawi dalam peta dunia pelancungan. Keadaan ini juga akan dapat memberi peluang pekerjaan terutama pekerjaan bergaji tinggi kepada penduduk tempatan dan menambahkan lagi permintaan terhadap kraftangan Malaysia.


Sumber : Bernama

No comments: