Monday, May 16, 2016

Sultan Selangor Lancar Buku Masakan Diraja


16 May 2016, Isnin :-

Malam tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan melancarkan buku Dapur Istana Alam Shah Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor.  Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berangkat ke majlis pelancaran berkenaan yang diadakan di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.  Buku ini mengandungi lebih daripada 60 jenis masakan dan hasil jualan buku ini akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.

Buku ini ditulis oleh adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Nor Zehan bagi mengembalikan dan berkongsi kelazatan hidangan Istana Selangor kepada umum.  Istana Selangor begitu terkenal dengan hidangan istemewa bagi setiap majlis yang diadakan dari dahulu hingga kini.  Menurut Tengku Puteri Nor Zehan, bondanya Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Rahimah akan mengambil masa yang lama dalam menyediakan sesuatu menu untuk setiap majlis Istana bagi memastikan iannya merupakan menu yang sempurna.

Menurut Tengku Puteri Nor Zehan lagi, kenangan yang paling indah yang tidak dapat dilupakan adalah semasa hari perkahwinan beliau dimana Almarhumah bondanya sendiri menyelia hidangan makanan pada majlis berkenaan yang diadakan di Istana Alam Shah.

Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz (Langkat) bersama Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.



Makam Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Rahimah di Makam Diraja Klang

Sumber : BH Online / Zatashah / Maharum Bugis Syah

No comments: