Tuesday, May 17, 2016

Buku Dapur Istana Alam Shah : Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor

 

17 May 2016, Selasa :-

Tengahari tadi Syah  minta kawan Syah, Abang Yusof untuk menghantar Syah ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Subang Jaya untuk membeli buku Dapur Istana Alam Shah :  Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor. Buku ini ditulis oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan hasil jualan buku ini akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.  Buku ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 15 May 2016 di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.

Marilah kita bersama-sama membeli sambil menderma kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).  Buku ini berharga RM400.00 dan didatangkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untuk mendapatkan buku ini anda boleh menghubungi atau pergi terus ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Lot 746, Jalan USJ 1/18, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.  Anda juga boleh menghubungi Pentadbir rumah amal ini, En Dzulkarnain Bin Mansor di talian 03-56312664 / 012-289 7253 atau e-mail : ractarku@yahoo.com.

Sumber : MBS

No comments: