25 May 2016, Rabu :-
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang juga merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menyampaikan pingat-pingat berkenaan dalam satu majlis yang diadakan di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
Turut berangkat adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Turut serta adalah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.
Seramai 678 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan telah diberikan penghargaan dan penghormatan dalam majlis yang diadakan pada 23 May 2016 (hari ketiga) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam Ke-69 Tahun. Senarai Pingat dan jumlah penerima adalah seperti berikut :-
- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) - 68 penerima terdiri daripada 33 Anggota Jabatan Perdana Menteri & 35 Anggota Kementerian Pertahanan.
- Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) - 610 penerima terdiri daripada 75 anggota Jabatan Perdana Menteri, 152 anggota Kementerian Pertahanan, 12 anggota Kementerian Kewangan, 23 anggota Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, 78 anggota Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, 175 anggota Kementerian Hal Ehwal Ugama, 18 anggota Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, 37 anggota Kementerian Perhubungan dan 40 anggota Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sumber : Pelitabrunei
No comments:
Post a Comment