Wednesday, May 4, 2016

YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa Mangkat

Gambar Almarhumah bersama salah seorang cucundanya bertarikh 23 April 2016 - Sumber facebook Faris Alam Shah.

04 May 2016, Rabu :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail telah mangkat lebih kurang jam 11:15 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Almarhumah merupakan kekanda kepada Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  Almarhumah diputerikan pada 27 Februari 1942 dan berkahwin dengan kerabat diraja Johor, Almarhum Tunku Sulaiman bin Tunku Abu Bakar pada 20 May 1962 di Istana Negara, Kuala Lumpur.  

Mengikut jadual, Jenazah akan berlepas daripada Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 12:15 tengahari dan dijangka tiba dikediaman rasmi Almarhumah di Sri Kesayangan. Penghormatan terakhir bagi rakyaat dijadualkan berlangsung pada jam 01:15 petang hingga 02:30 petang manakala untuk kerabat diraja pada jam 03.30 petang hingga 04:00 petang. Jenazah akan dimandi dan dikafankan sekitar jam 02:30 petang hingga 03:30 petang.

Jenazah dijadualkan berangkat ke Masjid Tuanku Syed Putra pada jam 04:00 petang. Solat jenazah akan diadakan pada jam 04:45 petang dan seterusnya istiadat permakaman di Makam Diraja Arau.

Takziah diucapkan kepada kaum keluarga Almarhumah YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail diatas kemangkatan ini, semuga kalian bersabar menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah .............



Semuga Rohnya Almarhumah YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :- P Koala /royalark

No comments: