Click gambar untuk imej yang lebih besar
09 September 2014, Selasa :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Turut serta mengiringi Dato' Seri Jamil Khir adalah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Hajah Haznah binti Md. Hashim; Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri; Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Malaysia, Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaafar dan Pengurus, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Dato’ Abibullah bin Haji Samsudin.
Sumber :- Pelita Brunei/Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment