Tuesday, September 28, 2010

Raja Muda Perlis Melawat Cina - 28.09.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah mengetuai deligasi kerajaan negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam lawatan kerja ke Cina bermula 20.09.2010 hingga 27.09.2010. Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Iskandar Sarudin. Dalam rangka lawatan kerja ini, Tuanku dan rombongan telah mengadakan lawatan ke masjid-masjid dan bertemu dengan masyarakat Islam di Shanghai, Xian dan Beijing. Baginda juga menemui usahawan-usahawan dan ahli perniagaan Islam China, ahli-ahli perniagaan Malaysia di Cina dan para pelajar Malaysia di Cina. Baginda dan rombongan juga sempat meluangkan masa melawat Tembok Besar Cina dan Muzium Terracotta di Xian, melawat Expo Shanghai 2010 dan melancarkan promosi masakan Perlis di Tianyu Gloria Grand Hotel di Xian pada 22.09.2010. Sebelum mengakhiri lawatan kerja ini, baginda telah berkenan melawat pejabat Hal Ehwal Luar (FOA) Kementerian Pertahanan Nasional Cina pada 26.09.2010. Dalam lawatan ini baginda dan rombongan telah diberi taklimat berhubung operasi FOA oleh Mej. Gen. Jia Xioning. Baginda dan rombongan telah selamat pulang ke Malaysia semalam 27.09.2010.

Sunday, September 26, 2010

Cd Open House - 26.09.2010

Sorry guys, today busy sedikit tak dapat nak update blog banyak-banyak because bantu Cd buat Open House @ KL Residence. Baru start sebentar tadi. Cd panggil member dan staff dia di 7E Area Ampang tempat lama dia dulu. Today menu, Laksa, Nasi Impit/Lemang, Nasi Putih, Paprik, Gulai Lemak Ketam, Kari Ayam, Sup Ekor, Lala Masak Pedas, Asam Pedas Ikan, Serunding Daging, Keropok Lekor , Sayur Lemak dan Buah Tembikai. Syah hanya masak Paprik dan Ketam sahaja. Penat lah coz dari pagi tadi lagi kemas satu rumah.

Saturday, September 25, 2010

Sultan Brunei Menghadiri Mesyuarat Ketua Negara ASEAN-USA - 25.09.2010

Ketibaan Sultan Brunei di John F Kennedy International Airport, New York

Semalam 24.09.2010 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN-Amerika Syarikat kali kedua. Mesyuarat diadakan pada hari berkenaan di Hotel Waldorf Astoria, New York dan telah dipengerusikan oleh Presiden Nguyen Minh Triet dari Vietnam, selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Barack Obama. Di Mesyuarat ini, kalangan ketua negara ASEAN dan Amerika Syarikat dijangka menumpukan perbincangan mengenai langkah-langkah bagi mempertingkatkan dan mengeratkan lagi dasar Amerika Syarikat terhadap hubungannya dengan ASEAN. Turut serta adalah Perdana Menteri Malaysian yang amat kita kasihi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Naib Presiden Indonesia Boediono, Presiden Laos Choummaly Sayasone, Presiden Vietnam Nguyen Minh Triet, President Filipina Benigno Aquino III, Menteri Luar Myanmar U Nyan Win, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.

Jiran Angkat Kain - 25.09.2010

Sekaran jam 04:52pm dan Syah hendak solat Asar sebentar lagi. Sebenarnya asik leka update blog, Syah tak sedar hujan kat luar rupanya. Actually Syah sedar hujan bil hendak start AEL untuk panaskan enjin dia. Syah lihat ada baju dibalcony. Rupa-rupanya jiran Syah dari kaum India yang tinggal di tingkat atas tu angkatkan baju-baju Muss yang Syah cuci pagi tadi. Kebetulan Syah di balcony dan dia panggil dari atas dan tanya Syah tertidur ker dan Syah angguk sahaja sambil ucapkan terima kasih. Tak sangka dia angkatkan kain tu. Kadangkala memang kita tak pernah terfikir untuk angkatkan kain jiran kita bila hari hujan dan yang kita tahu hanya kain basuhan kita jer kan....... heheheheh Inilah yang dimaksudkan 1 Malaysia nie kan.

Ok lah nak solat dulu.

Sakit Syah - 25.09.2010

Ubat Syah sudah habis dan Syah still kadangkala rasa sakit exspecially selepas buang air kecil atau buang air besar. Rasa sakitnya kadangkala nilu, kadangkala pedih, gatal pun ada kadangkala. Masa Ayahanda datang ke KL khamis lepas dia begitu risau dengan keadaan Syah. Masa di rumah my sister di Selayang Syah rasa sakit lagi selepas buang air besar dan kecil. Masa ini Syah teringat Dr Faridah dari Kelinik Zariff pernah cadangkan Syah dulu untuk minum Cranberry Juice untuk masalah Urine Infection. So balik dari Selayang my Sister hantar sampai Sogo dan Syah jalan kaki ke Central Market dan singgah di Gurdian Farmasi berhampiran LRT Masjid Jamek untuk cari jus ini dan ada stock besar sahaja dan harganya mahal. Dulu Syah pernah minta Azrin belikan yang kecil. So Syah jalan kaki ke CM dan ke Gurdian bersebelahan CM. Still sama juga ada stock yang besar sahaja dan Syahpun belilah dengan harga RM79.90 untuk 1 liter coz sudah tiada pilihan. Minumnya 50ml tiga kali sehari. Shukur alhamdulilah rasa ok dan rasa sakit selepas buang air kecil/besar sudah semakin berkurang dan minta-minta ianya berterusan tetapi rasa sengal dan nilu (dalam keadaan biasa dan bukannya semasa buang air kecil) still ada terutamanya disebelah kiri Syah dan kawasan peha. Ya Allah Sembuhkan Lah Penyakit Ku Ini dan Tabahkan Lah Hati Ku Menghadapi Dugaan Mu Ini.

Isteri ke-12 Raja Mswati III didapati Curang - 25.09.2010

Cerita mengenai kecurangan seorang isteri ini berlaku dimana-mana sahaja tak kira orang kaya, orang miskin, rakyat biasa mahupun raja. Curang ini sebenarnya bukanlah sahaja atas faktor sesorang perempuan itu inginkan hidup yang lebih selesa dan mewah tetapi mungkin disebabkan perkara-perkara yang melibatkan peribadi mereka. Kepada anda semua, jaga dan hargailah isteri anda supaya perkara seperti ini tidak berlaku. Nak salahkan perempuan sepenuhnya dalam hal seperti ini bagi Syah tidaklah adil, Lelaki juga harus melihat pada diri mereka sendiri apakah kelemahan/kekurangan yang ada pada kita sehingga pasangan kita sanggup melakukan kecurangan. Walau bagaimanapun ada juga suami yang berbuat baik dan sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya pada isteri, tetapi si Isteri tetap juga menduakan suaminya. Dalam perkahwinan, kemewahan dan harta bukanlah merupakan satu jaminan untuk bahagia selama-lamanya. Inilah yang terjadi kepada salah seorang isteri kepada Raja Swaziland, Raja Mswati III. Swaziland merupakan sebuah negara kecil di Benua Afrika Selatan yang bersempadan dengan Afrika Selatan dan Mozambique. Swaziland merupakan negara terkurung daratan atau Landlock Country, bolehlah dimaksudnya negara yang tidak mempunyai laut dan terdapat 47 buah negara didunia adalah landlock country.


Raja Mswati III dalam Pakai Tradisional Swazi

Inkhosikati (queen) LaDube atau nama sebenarnya Nothando Dube, Isteri ke 12 His Majesty The Ngwenyama (King) of Swaziland, Raja Mswati III didapati telah berlaku curang dengan Menteri Kehakiman dan juga merupakan sahabat karib (semenjak kecil) dan rakan perniagaan suaminya. Dube telah ditangkap bersama pasangan kekasih gelapnya Ndumiso Mamba di Hotel Royal Villas, Mbabane, Swaziland dalam bulan Ogos 2010. Ejen-ejen keselamatan membuat tangkapan berkenaan didalam salah sebuah bilik di hotel yang dimiliki oleh Raja Mswati III itu. Dalam serbuan itu, Mamba didapat menyorok didalam satu ruangan khas yang dibuat dibawah tilam berkenaan. Gambar-gambar penangkapan itu berkenaan tersebar luas di internet. Semasa tangkapan dibuat, Raja Mswati II berada di Taiwan atas urusan rasmi negara.

Nothando Dube

Dube dikatankan sering menyelinap keluar dari Istana Lozitha semasa ketiadaan Mswati dengan menyamar menggunakan pakai tentera untuk memudahkan dia keluar /masuk dari Istana tanpa disyaki. Di luar Istana ada sebuah kereta akan menunggu beliau untuk dihantar ke Hotel Royal Villas yang jaraknya hanya 10km sahaja dari istana berkenaan.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Raja Mswati III telah memecat Menteri Kehakimannya dan dijangka akan dihukum penjara atas kesalahannya bermukah dengan Isteri Raja. Dube pula diletakkan dibawah pengawasan 24 jam dibawah jagaan Bonda Raja, Empress Ntombi Tfwala atau lebih dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaTfwala supaya dia tidak dapat melarikan diri keluar dari Swaziland. Hukuman keatas beliau masih belum ditetapkan lagi. Sebelum ini dua orang dari isteri Raja Mswati III juga pernah melakukan perkara yang sama dan dapat melarikan diri keluar negara.

Raja Mswati III dilahirkan pada 19.04.1968 berumur 42 tahun masih kuat mengamalkan tradisi berkahwin ramai dan seorang yang terkenal dengan kehidupan yang mewah. Ayahandanya dahulu mempunyai 70 orang Isteri. Buat masa ini baginda mempunyai 14 orang isteri. Menjadi Raja pada 25 April 1986 menggantikan Ayahandanya Sobhuza II. Raja Mswati III mengamalkan sistem Absolete Monarch, walau bagaimanapun baginda terikat dengan adat tradisi Swazi dimana baginda tidak mempunyai hak untuk menentukan pengganti baginda.

Raja Mswati III berkahwin dengan Nothandoo Dube (22 tahun) pada 11.06.2005 semasa berumur 17tahun dan masih bersekolah lagi dan selepas perkahwinannya, beliau dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaDube. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan sepasang cahayamata iaitu Princess Makhosothando (2005) dan Prince Betive (2007). Dube merupakan bekas ratu cantik remaja Swaziland semasa beliau berumur 16 tahun.

Raja Zarith Sofiah Canselor Baru UTM - 25.09.2010

Gambar Syah ambil dari TV di KL Residence

Hari ini RTM 1 dalam segmen Semasa 10 membuat lintas langsung Majlis Konvo UTM dan Majlis Pemasyhuran Isteri DYMM Sultan Johor dan juga merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah sebagai Canselor UTM yang baru sebelum Majlis Konvo ke-45 UTM bermula sebentar tadi. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan anakanda-anakanda baginda turut serta dalam majlis ini. Pada mulanya Syah ingat RTM membuat lintas langsung 100% majlis ini tapi sekejap-sekejap sahaja. Majlis Konvo UTM diadakan mulai hari ini 25.09.2010 hingga 28.09.2010.28.09.2010.

Tahniah Syah Ucapkan Kepada
YMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah di atas perlantikan Baginda sebagai Canselor UTM ke-4, Semuga dengan perlantikan ini akan dapat mempertingkatkan lagi mertabat UTM sebagai Institusi Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia

HC PLD Open House - 25.09.2010

Semalam Jumaat, 24.09.2010 office Syah Human Cpital Planning & Leadership Development (HC PLD) mengadakan jamuan Hari Raya secara potluck. Majlis bermula agak lewat hampir jam 12:30 tengahari kerana boss ada meeting. Secara peribadi, Syah tak berapa setuju kalau nak buat majlis makan pada hari Jumaat pagi kerana nak solat lagi, nak makan lagi semuanya dalam keadaan tergesa-gesa, apatah lagi kalau majlis bermula agak lewat tetapi kalau selepas solat Jumaat rasanya lebih baik. Asalnya Syah nak bawa fruit tapi sebab semalam Syah temankan Ayahanda appointment di HKL dan petangnya Syah tak sihat jadi tak ada masa nak beli benda tu, so pagi semalam sebelum ke office Syah singgah di bakery beli cream puff sahaja. Memang banyak makanan ialah setiap seorang bawa satu juadah dan bila kumpul ramai-ramai jadi banyaklah.
Sempena jamuan hari raya ini we all sambut sekali birthday our beloved big boss, Dr Zainal Abu Zarim. Umurnya seperti kata Datuk Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. Disamping itu kami juga membuat majlis penghargaan untuk practical student yang akan menamatkan latihan industri mereka dia HC PLD. Majlis ini adalah untuk division kita orang sahaja, dan tidak jemput orang lain pun maklumlah zaman berjimat cermat di TM sekarang ini. Pada sebelah petangnya macam biasa sessi membungkus lebihan makanan yang banyak tue untuk dibawa pulang.
Lepas tu Syah dan Ruzauddin @ Din, macam biasa ke surau Menara TM untuk solat Jumaat. Biasanya we all akan jumpa seorang lagi member, Rohizad tapi tak nampak hari ini mungkin dan masuk saf kerana we all turun lewat ada jamuan. Biasanya we all solat diluar surau sahaja dan bawa sejadah siap-siap dari office. Dulu pernah sekali masa tengah solat, hujan turun dengan lebatnya dan bila nak sujud lantai sudah dipenuhi air tapi untung sudah rakaat akhir. We all teruskan juga. Hehehhehe............ semua basah kuyup.By the way Din akan ditukarkan ke tempat lain pada 01.10.2010 nie ke TM Annexe dibelakang Menara TM sahaja.

Kemalangan di Jalan Duta - 25.09.2010

Malam tadi Syah, Cd dan Muss ke Pantai Baharu kerana hendak mengambil barang Syah yang tertinggal dioffice. Dalam perjalanan balik jalan jem gile. Pada mulanya ingatkan ada kereta rosak rupanya ada kemalangan ngeri berlaku di Jalan Duta tak silap Syah. Syah hanya sempat mengambil dua gambar kereta ini sahaja dari dalam kereta. Ada banyak kenderaan terlibat dalam kemalangan ini. Kaca bertaburan diatas jalan dan ada satu kereta tu orang ramai cuba membuka bumbungnya yang sudah remuk dan penyek, mungkin ada mangsa didalamnya (Syah tak sempat ambil gambar). Kata Cd dalam salah satu gambar yang Syah ambil nie ada perempuan didalamnya mungkin tersepit tapi Syah tak perasaan pula kerana kereta bergerak dan Syah nak cepat ambil gambar. Mungkin kemalangan ini berlaku kerana jalan licin, baru lepas hujan. Sama-samalah kita tunggu berita di TV atau dalam akhbar hari ini untuk berita lengkap selanjut. Gambar yang diambil ini memang kesian kita lihat tapi ada lagi yang Syah tak sempat nak ambil memang menyayat hati kita melihatnya. So kepada anda semua, walaupun jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditangan Tuhan tetapi ambillah langkah berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang-orang yang kita sayangi.Syah doakan agar semua mangsa selamat dan jika ada berlaku kematian, Syah ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar dengan dugaan ini.

Friday, September 24, 2010

Aktiviti Semalam - 24.09.2010


Semalam Syah ke HKL kerana Ayahanda akan menjalani pemeriksaan susulan di Kelinik Pakar Ortopedik. Hari Rabu Intan dan hubbynya Am ambil Ayahanda dan Encik di Kampung. Intan dari rumahnya dan Syah dari KL Residence. SYah naik bas dari Gombak dan turun di HKL. Masa Syah sampai Ayahanda belum tiba lagi.

Lama juga menunggu dan akhirnya tiba giliran Ayahanda. Doktor melakukan beberapa ujian terhadap Ayahanda. Ayahanda inform masih rasa kebas sedikit tapi tidaklah sekebas sebelum operation. Setelah dibuat pemeriksaan doktor mendapati keadaan Ayahanda ada peningkatan dan semakin sembuh, dr maklumkan untuk sembuh memang memakan masa yang lama. Ayahanda perlu mengambil ubat mengikut saranan dr. Next appointment on 24.03.2010 dan Ayahanda perlu buat x-ray kerana dr hendak melihat bahagian tulang ditengkuk yang mereka operation tempohari.
Macam biasa kalau di HKL tempat favourate place untuk we all lunch adalah di gerai padang TPCA dekat area Kampung Baru. Menu utama disini Ayam Goreng Kampung. Best Punya ............. Ayahanda inform siap-siap dengan Syah dan Intan masa dalam kereta, katanya nanti dia yang akan bayar lunch tu dan dia kata jangan bergaduh sebab berebut nak belanja dia. Heheheheh Lawak betul Ayahanda ..................

Selepas makan we all menuju ke Multimedia College, Jalan Semarak coz Ayahanda hendak melawat tempat dia bertugas 15 tahun lepas. Rindu dia agaknya dan Syah bawa dia masuk ke Multimedia College. Dulu Ayahanda bertugas di sini dan waktu itu kolej ini dikenali sebagai Pusat Latihan Telekom. My sister, Intan membesar didalam Kolej ini dari sekolah rendah hingga menengah kecuali SYah yang dibesarkan oleh Nenda Syah di Sabak Bernam, Selangor. Kak Lang Ella dan Muss juga pernah tinggal di rumah Ayahanda didalam Kolej ini. Diblock V ini dulu, rumah Ayahanda di Aras 16. Agaknya dia rindu dengan bangunan ini sebab itu dia minta we all semua naik ke tingkat atas block ini. Dulu, masa we all stay disini, KLCC tiada sekarang dengan jelas boleh nampak mercutanda Kuala Lumpur itu dari Block V.

Ayahanda, Encik dan Intan dihadapan Asrama Block V. Disinilah tempat Ayahanda tinggal semenjak bertugas di Kolej ini hingga pencen sebelum pulang ke kampung di Sabak Bernam. Terbayang kegembiraan dia bila melihat pembangunan yang berlaku di kawasan kolej ini. Dengan bangganya dia inform security yang menjaga Asrama tu bahawa dia bertugas disini 15 tahun lepas.
Dari Multimedia College, we all bertolak ke rumah Intan di Selayang. Ayahanda minta Syah lepak di rumah Intan. So Syah pun ikutkanlah. Jam 06:00pm Syah minta Intan dan hubby dia hantar Syah ke Warta Selayang untuk ambil bas ke KL tapi Intan dan Am hantar Syah terus ke KL dan turunkan SYah di Sogo. Dari Sogo Syah naik LRT untuk balik ke KL Residence. Sebelum tu Syah beli Cranberry Juice Guardian Farmasi kerana Syah masih lagi sakit bila buang air kecil. Jus ini elok untuk urine infection kerana Kelinik Zariff pernah cadangkan Syah minum juice nie dulu. Masa dirumah Intan, petang tu Syah buang air besar/kecil dan sakit tu datang semula. So teringat pula dengan juice nie. Sekarang beransur ok. Macam tulah keadaan Syah kejap sakit kejap tidak sampai Ayahandapun naik risau dengan keadaan Syah.

Kad Hari Raya Sultan Johor - 24.09.2010

Sebentar tadi lebih kurang jam 04:30pm Syah menerima kad Hari Raya daripada Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu, Johor. Ini adalah kad balasan daripada Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Bertuah rasanya kerana ini adalah kad pertama baginda selepas di masyhurkan sebagai Sultan Johor dan Syah akan simpannya sebagai kenang-kenangan.



Kakitangan TM Meningal Dunia - 24.09.2010

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja Syah di Kumpulan TM, Cik Adeebah binti Alam Shah telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 23.09.2010 bersamaan 14 Syawal 1431H, jam 10:15 malam akibat penyakit Limpoma & Jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Allahyarham bertugas sebagai Pembantu Pegawai Pentadbiran daripada Unit Pentadbiran TMF Autolease Ibu Pejabat . Jenazah Allahyarham telah ditempatkan di rumah keluarganya di alamat No. 5 Jalan Matin 5/2, Taman Sri Nadim, Ulu Langat, Selangor. jenazah Allahyarhamtelah selamat disemadikan pada hari ini selepas Solat Jumaat.


Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami & TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Salam - 24.09.2010

Semalam Syah cuti coz menghantar Ayahanda untuk follow-up di HKL dan malamnya Syah tak berapa sihat dan broadband 012 ada masalah sedikit. Maaf semua mungkin petang nanti baru Syah update blog. Sekarang bz kat office untuk open house division Syah. Jumpa lagi.

Wednesday, September 22, 2010

MPN Tidak Akan Cabar Petisyen Tuanku Ismail - 22.09.2010

Sepertimana dalam entry Syah pada 21.09.2010, Datuk Param Cumaraswamy, Peguam yang mewakili Mantan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada Tuanku Muhammad Faris Petra mempunyai kuasa untuk meminda atau menambah perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi membolehkan baginda dimasyhurkan dan dilantik sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin, 13.09.2010 lepas.


Ekoran daripada petisyen ini, Majlis Perajaan Negeri (MPN) melalui setiausahanya, Datuk Mohd Aiseri Alias menegaskan bahawa MPN tidak akan mencabar petisyen yang telah difailkan oleh Tuanku Ismail Petra melalui peguamnya Datuk Param di Mahkamah Persekutuan pada 21.09.2010 lepas. Beliau menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh MPN adalah termasuk dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan dan Pindaan Dalam Perkara 23A tersebut. Katanya lagi, MPN tidak meragui keputusan yang dibuat sebelum ini dan mengangap ianya adalah muktamad. Sehubungan dengan itu, tidak ada sebarang pihak boleh mempertikaikannya.

Mantan Raja Nepal dilarang Menghadiri Majlis Keagamaan - 22.09.2010

Inilah yang dikatakan nasib, bila berkuasa semua orang hormat bila tiada kuasa orang tak pandang sebelah matapun sebab itulah ada sesetengah pihak mempertahankan kuasa yang ada pada mereka atau ketua mereka supaya mereka juga akan mendapat menafaat dari tempias kekuasa seseorang itu. Sedih atas apa yang berlaku kepada Mantan (bekas) Raja Nepal, Gyanendra yang telah digulingkan pada 2008 oleh Perhimpunan Perlembagaan Nepal yang mengambil keputusan untuk menyingkirkan system monarki Nepal dengan mengujudkan sebuah republic Nepal hingga hari ini.

Gyanendra Bir Birkam Shah Dev semasa zaman kegemilangannya sebagai King of Nepal


Semalam 21.09.2010 Kerajaan Nepal telah menghalang beliau daripada menghadiri satu majlis keagamaan yang dikenali sebagai Majlis Kesyukuran Tahunan disebuah kuil di Katmandu. Upacara sembahyang dan doa ini adalah sebagai tanda bermulanya Perayaan Indra Jatra bagi membolehkan raja dan pemerintahnya ditadbir dengan aman dan damai. Semasa era pemerintahan beraja di Nepal, Raja Nepal akan menerima doa seorang kanak-kanak perempuan bernama Kumari disebuah kuil sebagai satu program rasmi negara. Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Jayamukunda Khanal, berkata keputusan untuk melarang mantan Raja Nepal daripada menghadiri majlis itu dibuat atas sebab keselamatan tetapi enggan memberi keterangan lanjut. Insiden ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan kemarahan serta mendapat kutukan keras daripada penyokong raja dan sami kuil berkenaan.

Raja Zarith Sofea Canselor UTM yang Baru - 22.09.2010

Tahniah kepada Isteri DYMM Sultan Johor dan juga merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah diatas perlantikan baginda sebagai Canselor UTM yang baru bagi menggantikan Bonda Mertua Tiri baginda YMM Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad yang telah tamat tempoh perlantikan pada 30.09.2010 lepas. Perlantikan yang berkuat kuasa mulai 01.06.2010 ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis Pengisytiharan Canselor Baru UTM akan diadakan pada hari Sabtu ini 25.09.2010 sebelum Majlis Konvo ke-45 UTM bermula. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan turut serta dalam majlis ini dimana Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membacakan watikah perlantikan berkenaan. Program dijangka bermula seawal jam 08:00am.

Menurut Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Zaini Ujang, Perlantikan YMM Raja Zarith Sofea bertepatan dengan latar belakang baginda yang berpendidikan tinggi, mempunyai minat dalam bidang penulisan dan aktif dalam bidang sukarelawan & badan amal. Beliau berharap agar dengan perlantikan ini YMM Raja Zarith Sofiah akan dapat meningkatkan imej UTM dan memertabatkan UTM setaraf dengan pusat pengajian terkemuka didunia.

Sakit Syah - 22.09.2010

Ubat yang doktor beri sudah habis tapi kadangkala Syah still rasa sakit juga. Semalam sakit tu kerap datang, kadangkala rasa sakit dan kadangkala tidak bila Syah buang air kecil. Bila sakit tu datang kena tahan saja dan ia akan hilang dengan sendirinya. Semalam Ayahanda call dan bertanya khabar dan Syah inform perkara ini dan dia minta Syah bersabar. Esok Ayahanda ada appointment di HKL, my sis Intan dan hubby dia fetch Ayahanda dan Encik di kampung. Tak tahulah .......... minta-minta ok lah masalah sakit Syah nie secepat mungkin. AMIN.

By the way semalam ingat nak balik ke Rawang tapi tak jadi coz nak jumpa member yang baru balik dari UK tapi last minute cancelled dan Syah lepak sekejap di office kemudiannya balik ke KL Residence. Kebetulan hari Selasa ada pasar malam di area LRT Taman Melati dan Syah singgah untuk beli Laksa dan wade'. Syah beli laksa lebih sedikit. Harganya RM3.00 tapi Syah minta dia kuah dan laksa lebih, so kakak tu cadangkan Syah beli dengan harga RM3.50 dan Syah beli dua untuk CD sekali. Sampai rumah Cd tak balik lagi. Lepas solat Magrib sambil menonton Berita Syah makan laksa tu, memang banyak. Heheheheheheh........ Lapo kata orang Perak ......mungkin siang tadi tak makan makanan berat kot? Bila Cd balik dia kemas sangkar kucing dan lepas tu baru makan. Cd tanya banyak yer laksa nie? dan Syah beritahu dia memang special order. Lepas tu Syah basuh kain.

Tuesday, September 21, 2010

Kad Raya Tunku Zain - 21.09.2010

Cantik tak gambar ini. Ini bukan gambar lama tapi gambar baru yang di hitam putihkan supaya nampak klasik. Gambar ini Syah scan daripada kad balasan ucapan hari raya yang Syah baru terima tadi daripada YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz, anakanda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. YAM Tunku menggunakan kad daripada IDEAS atau Institut for Democracy and Economic Affairs dimana beliau (kiri sekali) adalahFounder Presidentnya, manakala ditengah adalah Wan Saiful Wan Jan, Founder CEO dan kanan sekali Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad, Founder Director. Thanks YAM Tunku kerana sudi balas kad raya Syah.

Tuanku Ibrahim Kunjungi Tuanku Muhammad Faris - 21.02.2010

Semalam 20.09.2010 Sultan Johor, DYMM Tuanku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melakukan kunjungan muhibah kepada Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Tuanku Ismail Petra. Tujuan lawantan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan diantara Johor-Kelantan yang memang sedia terjalin semenjak dari dahulu lagi. Baginda Sultan Johor dan rombongan yang terdiri dari lapan orang pegawai dan pembesar negeri sebenarnya dari Bangkok, Thailand dan singgah ke Kota Baharu dengan menaiki pesawat peribadi untuk pulang ke Johor. Seramai 300 orang pegawai dan pemimpin kerajaan negeri menyambut ketibaan Sultan Johor disamping Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa'iz Petra dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob. Rombongan diraja tiba di Lapagan Terbang Sultan Ismail Petra lebih kurang jam 01:10pm dan kemudiannya bertolak ke Istana Kota Lama untuk Majlis Sanatpan Tengahari.

Petisyen Mencabar Pemasyhuran Al-Sultan Kelantan - 21.09.2010

Semalam 20.09.2010, Datuk Param Cumaraswany, salah seorang peguam yang mewakali Mantan Al-Sultan Kelantan memaklumkan bahawa Tuanku Ismail Petra telah memfailkan petisyen bagi mencabar pemasyhuran anakandanya, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru di Mahkamah Persekutuan. Tuanku Muhammad Faris Petra telah di masyhur dan dilantik sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 menggantikan Ayahandanya yang telah lama gering (sakit) pada 13.09.2010 lepas. Dalam sidang akhbar yang diadakan di Kelab Taman Tasik Perdana semalam, Datuk Param memaklumkan bahawa Tuanku Ismail Petra merupakan Al-Sultan Kelantan yang sah dan telah mengarahkan barisan peguam baginda untuk mefailkan petisyen berkenaan. Turut serta dalam sidang akhbar itu adalah kekanda Tuanku Ismail, Tengku Marjan yang memang menentang pemasyuharan berkenaan bersama suaminya Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah yang telah dikeluarkan daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan. Tengku Abdul Aziz merupakan bapa saudara kepada Mantan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan kekanda kepada Tengku Razaligh Hamzah atau Ku Li, MP Gua Musang.

Barisan peguam Tuanku Ismail Petra terdiri daripada Raja Aziz Adruse (ketua), Datuk Param Cumaraswamy, Datuk Hazeeq Pillay, Abdul Halim Bahari, Nizam Bashir, Malik Imtiaz Sarwar, Gobind Singh Deo dan Abdul Rahsid Ismail. Semasa sidang akhbar semalam Raja Aziz tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan manakala Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar tidak dapat hadir kerana terlibat dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Semakan kes ini akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 23 Oktober ini. Menurut Datuk Param petisyen tersebut untuk menentukan samada Tuanku Muhammad Faris Petra mempunyai kuasa untuk meminda atau menambah perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian kedua). Artikel 3(2) Bahagia Yang Kedua menyatakan perlembagaan itu boleh dipinda oleh Sultan dengan persetujuan dan penyertaan Majlis Penasihat Raja. Menurut Datuk Param terdapat dua isu undang-undang yang timbul daripada pindaan undang-undang Perkara 23A ini dan pemasyuharan Al-Sultan Kelantan yang baru iaitu :-
  1. Memandangkan Tuanku Ismail telah memfailkan petisyen, adalah terlalu awal untuk Tuanku Muhammad Faris menggunakan Perkara 23A.
  2. Komposisi MPN dipertikaikan, boleh memilih dan melantik Pemangku Sultan sebagai Sultan.

Monday, September 20, 2010

Nik Aziz Lawat Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati - 20.09.2010

Hari ini Menteri Besar (MB) Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meluangkan masa melawat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak untuk mengucapkan takziah atas kepemergian orang yang mereka sayangi. Turut serta bersama rombongan YAB Dato’ MB adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Dia mati teranaya, oleh itu kita doakan segala dosa-dosanya minta Tuhan ampunkan dan pahalanya minta dilipatgandakan” kata YAB Dato' MB kepada pemberita di kediaman Allahyarham.

Hasil siasatan polis mendapati Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai telah dibunuh dengan kejamnya pada malam 30.08.2010 bersama tiga individu lain iaitu pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin (44 tahun), Pegawai Bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad (38 tahun) dan Peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim (32 tahun). Kempat-empat mereka telah dipukul hingga mati sebelum dibakar dan abu mereka dibuang kedalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor. Kesemua mangsa dilaporkan hilang semenjak 30.08.2010 selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dengan suspek utama kes ini iaitu seorang peguam dan juga broker tanah berbangsa India yang menggunakan gelaran Datuk palsu. Pihak polis telah menahan 12 individu yang terlibat dalam pembunuhan ini. Pihak polis telah menemui cebisan tulang dibeberapa lokasi berdasarkan keterangan suspek yang merupakan pekerja ladang peguam berkenaan. Walau bagaimanapun keputusan profil DNA mangsa masih belum dikeluarkan lagi oleh Jabatan Kimia kerana mereka perlu menjalankan beberapa ujian selanjutnya yang mengambil sedikit masa.

Kad Raya Tuanku Muhriz - 20.09.2010

Click Pic for Larger View

Sebentar tadi Abg Zaaba serahkan Syah sekeping kad Raya dan bila lihat disampulnya, Syah tahu ianya dari Royal House of Negeri Sembilan kerana ada cop Pejabat DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Bila dibuka rupanya Kad balasan ucapan Selamat Hari Raya daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir. Happy sangat dan Syah akan simpan kad ini sebagai kenang-kenangan kerana ianya merupakan kad ucapan Hari Raya pertama Tuanku Muhriz selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26.10.2009 dimana Syah sendiri menyaksikan Istiadat Pertabalan itu di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Mizi datang Rumah - 20.09.2010

Semalam 19.09.2010, waktu chatting dengan Mizi di Facebook @ CC di Tbunt Network, Platinum Walk, Setapak, Syah sempat invite Mizi datang beraya ke KL Residence. Mizi inform akan sampai pada jam 08:30pm - 09:00pm. So selepas habis tempoh 3 jam mentenet dengan bayaran hanya RM5.00 Syah terus balik rumah untuk mandi dan solat maghrib. Masa Syah dalam bilik air dengar bunyi orang buka pinta, rupa-rupanya Cd balik ngan kawan-kawan dia, Yuss dan wifenya serta seorang lagi perempuan yang Syah tak kenal. Selepas Syah solat Insyak baru Mizi dan member dia datang raya dan kami sempat menonton Mentor Raya di TV3. Mizi yang berbaju putih tu.

En Ismail Jamaluddin Meninggal Dunia - 20.09.2010

Allahyarham Ismail bin Jamaluddin

Dukacita dimaklumkan salah seorang warga di Syarikat Syah bertugas di Kumpulan TM En Ismail bin Jamaluddin telah kembali ke rahmatullah pada 13 September 2010 bersamaan 04 Syawal 1431H. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 09:30pm di Hospital Pakar Selayang kerana Asma dan jangkitan kuman. Allahyarham berumur 53 tahun dan bertugas sebagai Penyelia Teknik, Unit Network Operation Central Region (RNO Transmission KL1). Jenazah Allahyarham telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tandop, Batu 3 Tandop, 05400 Alor Setar, Kedah. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat kami dan sukar untuk dicari ganti. Syah memohon anda semua untuk menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Sultan Azlan Shah Naik tren ETS balik Ipoh - 20.09.2010

Jika beberapa bulan yang lepas heboh diperkatakan mengenai Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim memandu sendiri keratapi dan sekaligus mendapat lesen membawa keratapi tetapi semalam 19.09.2010 Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mencemar duli mencatat sejarah sebagai Sultan pertama menaiki tren ETS atau perkhidmatan keratapi elektrik daripada Kuala Lumpur ke Ipoh. Turut serta mengiringi Tuanku Azlan Shah adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Raja Puan Besar Perak, DYTM Tuanku Zara Salim Davidson. Sebelum ini anakanda Tuanku, Ku Ashman dan keluarga telah menggunakan perkhidmatan tren ETS ini untuk pulang berhari raya bersama keluarganya di Ipoh pada malam hari raya lepas.

Gambar diambil dari KOSMO

Teringat Syah pada Almarhum Tuanku Jaafar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga pernah menggunakan perkhidmatan Komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban untuk pulang ke Negeri Sembilan setelah menamatkan tempoh perkhidmatan Al-Marhum sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke 10 pada tahun 1999.

Syah cadangkan agar Tuanku Mizan pula sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia membuat lawatan mengejut ke KTM dan lihat sendiri bagaimana perkhidmatan komuter terutamanya pada waktu puncak. Tuanku mungkin menggeleng kepala melihat gelagat manusia yang berebut-rebut menaiki komuter dan keadaan komuter itu sendiri yang selalu tidak menepati masa dan kerap mengalami masalah teknikal menyebabkan penumpang bertambah ramai kerana lari dari jadual asalnya.

Berbalik semula kepada cerita ETS nie, Tren ETS telah diperkenalkan sebulan yang lalu dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanya memakan masa lebih kurang dua jam. Tren ETS memberikan perkhidmatan sebanyak 6 kali sehari dari KL Central ke Ipoh. Perjalan dari stesyen Kuala Lumpur bermula jam 06:20am dan berakhir pada jam 09:00pm manakala perkhidmatan dari Ipoh bermula seawal jam 04:00am dan berakhir pada jam 06:30pm. Jika anda ingin mencuba perkhidmatan ERS ini anda boleh mengambil kesempatan sempena tambang promosi yang diberikan oleh KTM sebanyak RM30.00 sehala sehingga Tahun Baru Cina. JOM kita Naik ETS ke Ipoh.

Persidangan Khas DUN Kelantan berhubung Isu Kebajikan Mantan Al-Sultan Kelantan - 20.09.2010

Mantan Al-Sultan Kelantan
Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Tuanku Yahya Petra
Buat masa ini gelaran baru baginda setelah turun daripada Tahta Kerajaan Ngeri Kelantan masih belum diputuskan lagi


Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi bagi meminda undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan negeri berhubung isu kebajikan Mantan Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Persidangan khas ini dijangka akan diadakan pada 27.09.2010 (Isnin), walau bagaimanapun notis rasmi berhubung perkara ini belum dikeluarkan lagi. Pindaan ini adalah bertujuan untuk menggunakan wang daripada budget “Wang Yang DiSatukan” untuk digunakan sebagai elaun seumur hidup Mantan Al-Sultan Kelantan. Bersama-samalah kita tunggu keputusan persidangan khas DUN Kelantan ini yang akan menentukan kebajikan Tuanku Ismail Petra yang telah turun tahta kerana masalah kesihatan.

Sunday, September 19, 2010

Muss Outstation ke Terengganu - 19.09.2010


Hari ini Muss outstation ke Terengganu. Ikut plan asal kawan officenya Anis datang fetch dia jam 12:00 tengahari tetapi apabila dia call Anis inform ada orang datang rumah dan jam 01:00pm baru bertolak dari rumah dia di Shah Alam. Disebabkan ada masa lagi, Muss hantar kereta Kak Long Fadilah ke 2nd housenya di Madu Mas Condo. Selepas Zohor kawannya datang ambil Muss. Dari KL mereka akan singgah ke Kuantan kerana hendak ambil seorang lagi member mereka Razak Osman sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu. Sekarang jam 05:25pm dan Muss sudah berada di Cherating, on the way ke Kuala Terengganu. Mereka akan menjalankan tugas-tugas audit ke Felda Sawit Jerangau Barat, Ajil, Terengganu. Ok take care Muss dan kawan-kawan, Syah doakan agar perjalanan kalian selamat dan dipermudahkan segala urusan and semua.
Inilah Brunch menu untuk hari ini. Pagi tadi Syah ke Pasar Tani Danau Kota dan beli sate ayam dan daging. Ketupat tu ballance Muss buat open house hari tu. Sebagai tambahan Syah masak Mee Goreng kegemaran mereka iaitu Mee Goreng Basah Berkicap.

Sakit Syah - 19.09.2010

Mengenai sakit Syah ianya semakin berasnsur sembuh dan kadang kala rasa sakit tu ada juga. Sebelum Asar tadi Syah biang air kecil dan rasa sakit demula, lepas tu Syah buang air besar dan kecil dan still rasa sakit. Sakitnya bisa dan pedih. Tak tahu nak buat apa diam kan sahaja coz rasa sakit tu akan hilang sendiri. Sekarang Syah di CC Tbunt Network, Platinum Walk, Setapak untuk update blog dan Facebook coz broadband Celcom Muss bawa outstation dan Broadband Maxis pula Syah tersalah set. Sepatutnya selepas buat setting untuk searching internet Syah kena tunggu sms tapi terlupa terus on. Habis RM10.00 dalam masa kurang dari 10 minit kot. Heheheheh kesilapan teknikal.

Syah @ Pavi Ngan Muss dan Cd - 19.09.2010

Petang semalam Muss hendak ke Citibank dan lepas tu ke Rumah Kak Ngah Faziah untuk ambil cermin matanya yang tertinggal tapi separuh jalan baru perasan dia tak bawa kad Citibank dan malas nak berbalik semula ke rumah. Kebetulan Cd call member dia dan member dia inform hendak ke Pavillion KL ada fashion show. So Syah dan Cd ajak Muss ke Pavillion. Lagipun dah lama we all tidak kesana. Sementara menunggu function tu start we all makan di food cort Pavi.
Inilah dia function yang Syah maksudkan tu. MASIF 2010 yang diadakan di Pavillion KL. Mak Aiiii ............... Hem no comment ... hehehehhe. Best Giler. Ada fashion show dan juga persebahan daripada artis Indonesia, Filiphina, Thailand dan Malaysia. Dari Malaysia Datuk Khatijah Ibrahim. Wow power habis suara dia, MC malam ini Yasmin Yusuff. Tetamu VVIP adalah Ku Ashman atau YAM Dato Seri Ashman Shah ibni SUltan Azlan Shah tetapi wife dia tak nampak pula malam nie. Selepas function habis hampir jam 10:00pm tak silap Syah dan diluar Pavi ada konsert rock tapi we all tak tunggu coz nak balik cepat.





Saturday, September 18, 2010

Sultan Kelantan Solat Jumaat - 18.09.2010

Gambar diambil dari Berita Harian
Kiri Sekali adalah Tengku Bendahara Kelantan dan disebalah beliau adalah Al-Sultan Kelantan

Semalam (17.09.2010) Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Baharu, Kelantan. Ini adalah solat Jumaat pertama baginda selepas Tuanku Muhammad Faris Petra dilantik dan dimasyhurkan sebagai Al-Sultan Kelantan yang ke-29 pada Isnin lepas bersamaan 13.09.2010. Turut mengiringi adalah adinda baginda, Tengku Bendahara Kelantan, YTM Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad yang telah dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana semalam memaklumkan bahawa pejabat Sultan Kelantan telah menerima banyak ucapan tahniah daripada rakyat yang menyatakan sokongan dan taat setia mereka kepada Al-Sultan Kelantan yang baru. Shukur Alhamdulilah sa sama-samalah kita doakan agar Tuanku Muhammad Faris Petra dapat memerintah negeri Kelantaan dan tanah jajahan takluknya dengan aman dan damai. AMIN.


............... DIRGAHAYA TUANKU PATIK ..............

M Rajoli meninggal Dunia - 18.09.2010

Semua orang kenal M Rajoli, dari budak-budak sampailah yang sudah berumur. Beliau merupakan seorang pelakon serba boleh dan dapat menghayati setiap watak yang diberikan kepada beliau tak kiralah sebagai orang miskin, orang kaya, lelaki tua yang miang, ahli korporat mahupun pak imam. Pagi tadi lebih kurang jam 01:00am, Syah terdengar berita di Astro mengenai pemergian M Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohd Zain. Terperanjat juga Syah mendengarnya tapi apa-apapun ajal, jodoh, maut dan pertemuan telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA. Allahyarmah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang pada jam 10:45pm disisi isteri pertamanya Hashimah Mohd Din dan anak bungsunya Muhd Arif. Anak jati Pasir Mas, Kelantan ini mula bergiat dalam bidang seni pada tahun 1964 dengan memegang watak kecil sebagai pengesek biola dalam filen Ibu Ayam arahan Allahyarham Salleh Ghani. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Hashimah Mohd Daud dan Wan Cik Daud bekas pembaca berita RTM, empat orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) serta tujuh orang cucu. Lebih sedih lagi, semalam cucu Allahyarham telah dilahirkan lebih kurang jam 12:00 tengahari. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat sebelum Zohor hari ini. Allahyarham meninggal duni dalam usia 64 tahun setelah disahkan menghidap barah otak tiga tahun lepas dan kaser berkenaan telah melarat hingga merosakkan saraf Allahyarham menyebabkan Allahyarham lumpuh seluruh badan dan terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.

Al-Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

Friday, September 17, 2010

Pengelola Istana Diraja Kelantan Warded - 17.09.2010


Syah selalu mengelarkannya sebagai orang kuat Istana Kelantan iaitu Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Dato' Abdul Halim Hamad. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Baharu, Kelantan semenjak malam Rabu lepas 16.09.2010. Pada pagi berkenaan beliau mengadu sakit kepala dan kepenatan sewaktu hendak bertolak ke pejabatnya di Istana Balai Besar lalu ke pusat perubatan berkenaan untuk menjalani pemeriksaan. Doktor telah menasihatkan agar beliau berehat di hospital buat sementara waktu. Beliau mengaku semenjak akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan tugas yang harus diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kadangkala tidak sempat berehat. Malam tadi, Al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah mencemar duli meluangkan masa melawat Dato' Halim di hospital berkenaan dan baginda mendoakan supaya Dato' Halim semuga cepat sembuh. Menurut doktor yang merawat beliau, Dato' Halim tidak mengalami sebarang masalah pada jantungnya dan berada dalam keadaan stabil. Beliau akan dibenarkan keluar dari hospital dalam waktu terdekat ini.

Thursday, September 16, 2010

Majlis Perpisahan Dato' Ku Jaafar - 16.09.2010

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei dan juga merupakan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Isteri Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, telah berkenan mengadakan Majlis Santap Tengah hari bagi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Dato Ku Jaafar Ku Shaari serta isteri, Datin Zakiah Dato Haji Alias dan Duta Besar Thailand, Phithak Phrombubpha serta isteri, Prapassorn Phrombubpha yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di Brunei. Majlis diadakan di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan semalam bersamaan 15.09.2010. Dato Ku Jaafar Ku Shaari berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam sejak Ogos 2007.

Muss Open House - 16.09.2010

Banyak benda nak dikongsi dalam blog tapi semenjak dua menjak nie Celcom Broadband kat area KL Residence Syah macam ada problem jer ... lambat dan tak boleh nak searching. Semalam Muss buat open house untuk keluarga terdekat jer di KL Residence. Dari waktu lunch sampailah jam 10:00pm dan penat rasanya. Masa lunch tu dia buat untuk member-member office dia sahaja dan pada sebelah petangnya baru family datang. Menu biasa sahaja - Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Set Nasi Lemak, Sambal Sotong Kering, Serunding Daging dan waktu malamnya pula Syah buat Mee Goreng Basah. Untung ada Nadia & The Geng tolong tapi Nadia tolong sampai majlis selesai. Selepas habis kemas, Cd dan Nadia ke rumah Kak Ngah Faziah pula coz nak bantu Kak Ngah buat preparation open house dia today.

Cd, Mus dan Baby Nana di Ruang Tamu KL Residence.

Wednesday, September 15, 2010

Sultan Brunei Melawat Makam - 16.09.2010

Semalam 15.09.2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke Majlis Tahlil bagi kedua Paduka Ayahanda/Bonda Baginda, iaitu Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja. Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien mangkat pada 7 September 1986 dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula mangkat pada 13 September 1979. Keberangkatan Baginda ke Makam telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.
Majlis bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan tahlil dan doa tahlil yang dipimpin Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned. Selepas itu baginda.Selepas itu Baginda telah berkenan menjirus air mawar (di Brunei dipanggil air asah-asahan) ke makam ayahanda dan bonda Baginda, diikuti oleh anakanda-anakanda dan adinda baginda iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

Pelantikan dan Permasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra dipertikai - 15.09.2010


YTM Tengku Marjan binti Al-Marhum Sultan Yahya, Bonda saudara Al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra menggangap perlantikan dan perasyhuran anakanda saudaranya sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 sebagai tidak sah. Alasan Tengku Marjan adalah bahawa perlantikan Tuanku Sultan tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan. Katanya, Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta. Beliau menyifatkan sesiapa yang terlibat dalam menyingkirkan Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan adalah sebagai penderhaka. Suami Tengku Merjan, Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah yang telah dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri menanggap apa yang berlaku merupakan sejarah baru dalam Kesultanan Kelantan. Menurut beliau, tidak pernah berlaku di Kelantan dimana Sultan baru dilantik ketika Sultan yang sah masih hidup.


  • MB Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya semasa di Istana Negeri menganggap dengan perlantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faiz Petra sebagai Al-Sultan kelantan yang baru telah dapat merungkaikan kemelut yang melanda Institusi diRaja Kelantan. Beliau mengingatkan supaya tiada sesiapa yang perlu mempertikaikan perkara ini bak kata pepatah "Rumah Siap Pahat Berbunyi" Kata MB "Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,"

  • Datuk Mohd. Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.

    Menurut Datuk Aseri, pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan. Antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri Kelantan.

Balik KL - 15.09.2010

Semalam 14.09.2010 Syah, Kak Lang Ella dan Razak balik ke rumah masing-masing. Syah bertolak dahulu coz Syah hendak singgah ke Makam Nenda dan Mamat hendak berjumpa Ayahanda dan Encik kerana hendak beri duit raya. Ini adalah rumah pusaka Al-Marhum Nenda Syah di Sabak Bernam, Selangor. Rumah ini ditukang sendiri oleh Nenda bersama seorang sahabatnya En Kasim. Disinilah tempat kami semua berkumpul setiap kali balik kampung. Selepas Nenda mangkat, Al-Marhumah Che Zan Al-Hajjah atau Syah panggil Ucu (Aunty Sah) menjaga rumah ini coz tanah dan rumah ini adalah miliknya dan rumah ini dibuat khas untuk kedua ayahanda/bonda beliau. Sebelum kemangkatan Ucu, rumah ini telah ditukar milik oleh Ucu kepada Kak Long Zainab, cucu sulung Al-Marhum nenda. Sekarang rumah pusaka ini dibawah pentadbiran Kak Long Zainab.
Semalam Syah inform Kak Long Zainab yang kami semua akan singgah dirumahnya di Ijok untuk beraya. Masa Syah sampai, Razak sudah ada dan kemudiannya baru Kak Lang Ella tiba. Kami bertolak ke destinasi masing-masing selepas solat Asar. Syah ke Bandar Sunway kerana hendak menghantar barang-barang Mamat ke rumah sewanya. Selepas itu we all bertolak ke KL Residence Syah. Selepas lepak seketika, Mamat balik semula ke Sunway naik motor dia.

Perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan ke-29 - 14.09.2010

Tahniah
Kepada Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra diatas pemasyhuran Baginda sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 pada hari Isnin 13.09.2010 menggantikan Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Ismail Petra yang gering semenjak setahun yang lepas kerana mengidap angin ahmar dan masalah jantung. Pengistiharaan Al-Sultan Kelantan yang baru telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu istiadat yang diadakan di Balairong Seri, Istana Balai Besar, Kota Baharu, kelantan pada jam 12:30 tengahari.

  • Pengistihraan Al-Sultan Kelantan oleh MB Kelantan : Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.
Perlantikan dan Permasyhuran Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad Faris Petra adalah atas persetujuan Majlis Perajaan Negeri (MPN) berdasarkan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. MPN dalam mesyuarat yang dihadiri oleh 15 orang ahli MPN dan dipengerusikan oleh Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim pada 13.09.2010 jam 09:00am di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim telah sebulat sura bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru menggantikan Paduka Ayahandanya yang sedang gering. Keputusan yang telah dibuat oleh MPN adalah muktamad dan sepatutnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ianya mengikut perlembagaan dibawah undang-undang tubuh kerajaan negeri.


Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan
  • Jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.