Tuesday, September 28, 2010
Raja Muda Perlis Melawat Cina - 28.09.2010
Sunday, September 26, 2010
Cd Open House - 26.09.2010
Saturday, September 25, 2010
Sultan Brunei Menghadiri Mesyuarat Ketua Negara ASEAN-USA - 25.09.2010
Semalam 24.09.2010 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN-Amerika Syarikat kali kedua. Mesyuarat diadakan pada hari berkenaan di Hotel Waldorf Astoria, New York dan telah dipengerusikan oleh Presiden Nguyen Minh Triet dari Vietnam, selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Barack Obama. Di Mesyuarat ini, kalangan ketua negara ASEAN dan Amerika Syarikat dijangka menumpukan perbincangan mengenai langkah-langkah bagi mempertingkatkan dan mengeratkan lagi dasar Amerika Syarikat terhadap hubungannya dengan ASEAN. Turut serta adalah Perdana Menteri Malaysian yang amat kita kasihi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Naib Presiden Indonesia Boediono, Presiden Laos Choummaly Sayasone, Presiden Vietnam Nguyen Minh Triet, President Filipina Benigno Aquino III, Menteri Luar Myanmar U Nyan Win, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.
Jiran Angkat Kain - 25.09.2010
Ok lah nak solat dulu.
Sakit Syah - 25.09.2010
Isteri ke-12 Raja Mswati III didapati Curang - 25.09.2010
Dube dikatankan sering menyelinap keluar dari Istana Lozitha semasa ketiadaan Mswati dengan menyamar menggunakan pakai tentera untuk memudahkan dia keluar /masuk dari Istana tanpa disyaki. Di luar Istana ada sebuah kereta akan menunggu beliau untuk dihantar ke Hotel Royal Villas yang jaraknya hanya 10km sahaja dari istana berkenaan.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan Raja Mswati III telah memecat Menteri Kehakimannya dan dijangka akan dihukum penjara atas kesalahannya bermukah dengan Isteri Raja. Dube pula diletakkan dibawah pengawasan 24 jam dibawah jagaan Bonda Raja, Empress Ntombi Tfwala atau lebih dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaTfwala supaya dia tidak dapat melarikan diri keluar dari Swaziland. Hukuman keatas beliau masih belum ditetapkan lagi. Sebelum ini dua orang dari isteri Raja Mswati III juga pernah melakukan perkara yang sama dan dapat melarikan diri keluar negara.
Raja Mswati III dilahirkan pada 19.04.1968 berumur 42 tahun masih kuat mengamalkan tradisi berkahwin ramai dan seorang yang terkenal dengan kehidupan yang mewah. Ayahandanya dahulu mempunyai 70 orang Isteri. Buat masa ini baginda mempunyai 14 orang isteri. Menjadi Raja pada 25 April 1986 menggantikan Ayahandanya Sobhuza II. Raja Mswati III mengamalkan sistem Absolete Monarch, walau bagaimanapun baginda terikat dengan adat tradisi Swazi dimana baginda tidak mempunyai hak untuk menentukan pengganti baginda.
Raja Mswati III berkahwin dengan Nothandoo Dube (22 tahun) pada 11.06.2005 semasa berumur 17tahun dan masih bersekolah lagi dan selepas perkahwinannya, beliau dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaDube. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan sepasang cahayamata iaitu Princess Makhosothando (2005) dan Prince Betive (2007). Dube merupakan bekas ratu cantik remaja Swaziland semasa beliau berumur 16 tahun.
Raja Zarith Sofiah Canselor Baru UTM - 25.09.2010
HC PLD Open House - 25.09.2010
Kemalangan di Jalan Duta - 25.09.2010
Friday, September 24, 2010
Aktiviti Semalam - 24.09.2010
Selepas makan we all menuju ke Multimedia College, Jalan Semarak coz Ayahanda hendak melawat tempat dia bertugas 15 tahun lepas. Rindu dia agaknya dan Syah bawa dia masuk ke Multimedia College. Dulu Ayahanda bertugas di sini dan waktu itu kolej ini dikenali sebagai Pusat Latihan Telekom. My sister, Intan membesar didalam Kolej ini dari sekolah rendah hingga menengah kecuali SYah yang dibesarkan oleh Nenda Syah di Sabak Bernam, Selangor. Kak Lang Ella dan Muss juga pernah tinggal di rumah Ayahanda didalam Kolej ini. Diblock V ini dulu, rumah Ayahanda di Aras 16. Agaknya dia rindu dengan bangunan ini sebab itu dia minta we all semua naik ke tingkat atas block ini. Dulu, masa we all stay disini, KLCC tiada sekarang dengan jelas boleh nampak mercutanda Kuala Lumpur itu dari Block V.
Kad Hari Raya Sultan Johor - 24.09.2010
Kakitangan TM Meningal Dunia - 24.09.2010
Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami & TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.
Salam - 24.09.2010
Wednesday, September 22, 2010
MPN Tidak Akan Cabar Petisyen Tuanku Ismail - 22.09.2010
Mantan Raja Nepal dilarang Menghadiri Majlis Keagamaan - 22.09.2010
Gyanendra Bir Birkam Shah Dev semasa zaman kegemilangannya sebagai King of Nepal
Semalam 21.09.2010 Kerajaan Nepal telah menghalang beliau daripada menghadiri satu majlis keagamaan yang dikenali sebagai Majlis Kesyukuran Tahunan disebuah kuil di Katmandu. Upacara sembahyang dan doa ini adalah sebagai tanda bermulanya Perayaan Indra Jatra bagi membolehkan raja dan pemerintahnya ditadbir dengan aman dan damai. Semasa era pemerintahan beraja di Nepal, Raja Nepal akan menerima doa seorang kanak-kanak perempuan bernama Kumari disebuah kuil sebagai satu program rasmi negara. Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Jayamukunda Khanal, berkata keputusan untuk melarang mantan Raja Nepal daripada menghadiri majlis itu dibuat atas sebab keselamatan tetapi enggan memberi keterangan lanjut. Insiden ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan kemarahan serta mendapat kutukan keras daripada penyokong raja dan sami kuil berkenaan.
Raja Zarith Sofea Canselor UTM yang Baru - 22.09.2010
Majlis Pengisytiharan Canselor Baru UTM akan diadakan pada hari Sabtu ini 25.09.2010 sebelum Majlis Konvo ke-45 UTM bermula. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan turut serta dalam majlis ini dimana Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membacakan watikah perlantikan berkenaan. Program dijangka bermula seawal jam 08:00am.
Menurut Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Zaini Ujang, Perlantikan YMM Raja Zarith Sofea bertepatan dengan latar belakang baginda yang berpendidikan tinggi, mempunyai minat dalam bidang penulisan dan aktif dalam bidang sukarelawan & badan amal. Beliau berharap agar dengan perlantikan ini YMM Raja Zarith Sofiah akan dapat meningkatkan imej UTM dan memertabatkan UTM setaraf dengan pusat pengajian terkemuka didunia.
Sakit Syah - 22.09.2010
By the way semalam ingat nak balik ke Rawang tapi tak jadi coz nak jumpa member yang baru balik dari UK tapi last minute cancelled dan Syah lepak sekejap di office kemudiannya balik ke KL Residence. Kebetulan hari Selasa ada pasar malam di area LRT Taman Melati dan Syah singgah untuk beli Laksa dan wade'. Syah beli laksa lebih sedikit. Harganya RM3.00 tapi Syah minta dia kuah dan laksa lebih, so kakak tu cadangkan Syah beli dengan harga RM3.50 dan Syah beli dua untuk CD sekali. Sampai rumah Cd tak balik lagi. Lepas solat Magrib sambil menonton Berita Syah makan laksa tu, memang banyak. Heheheheheheh........ Lapo kata orang Perak ......mungkin siang tadi tak makan makanan berat kot? Bila Cd balik dia kemas sangkar kucing dan lepas tu baru makan. Cd tanya banyak yer laksa nie? dan Syah beritahu dia memang special order. Lepas tu Syah basuh kain.
Tuesday, September 21, 2010
Kad Raya Tunku Zain - 21.09.2010
Tuanku Ibrahim Kunjungi Tuanku Muhammad Faris - 21.02.2010
Petisyen Mencabar Pemasyhuran Al-Sultan Kelantan - 21.09.2010
Barisan peguam Tuanku Ismail Petra terdiri daripada Raja Aziz Adruse (ketua), Datuk Param Cumaraswamy, Datuk Hazeeq Pillay, Abdul Halim Bahari, Nizam Bashir, Malik Imtiaz Sarwar, Gobind Singh Deo dan Abdul Rahsid Ismail. Semasa sidang akhbar semalam Raja Aziz tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan manakala Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar tidak dapat hadir kerana terlibat dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
- Memandangkan Tuanku Ismail telah memfailkan petisyen, adalah terlalu awal untuk Tuanku Muhammad Faris menggunakan Perkara 23A.
- Komposisi MPN dipertikaikan, boleh memilih dan melantik Pemangku Sultan sebagai Sultan.
Monday, September 20, 2010
Nik Aziz Lawat Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati - 20.09.2010
“Dia mati teranaya, oleh itu kita doakan segala dosa-dosanya minta Tuhan ampunkan dan pahalanya minta dilipatgandakan” kata YAB Dato' MB kepada pemberita di kediaman Allahyarham.
Hasil siasatan polis mendapati Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai telah dibunuh dengan kejamnya pada malam 30.08.2010 bersama tiga individu lain iaitu pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin (44 tahun), Pegawai Bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad (38 tahun) dan Peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim (32 tahun). Kempat-empat mereka telah dipukul hingga mati sebelum dibakar dan abu mereka dibuang kedalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor. Kesemua mangsa dilaporkan hilang semenjak 30.08.2010 selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dengan suspek utama kes ini iaitu seorang peguam dan juga broker tanah berbangsa India yang menggunakan gelaran Datuk palsu. Pihak polis telah menahan 12 individu yang terlibat dalam pembunuhan ini. Pihak polis telah menemui cebisan tulang dibeberapa lokasi berdasarkan keterangan suspek yang merupakan pekerja ladang peguam berkenaan. Walau bagaimanapun keputusan profil DNA mangsa masih belum dikeluarkan lagi oleh Jabatan Kimia kerana mereka perlu menjalankan beberapa ujian selanjutnya yang mengambil sedikit masa.
Kad Raya Tuanku Muhriz - 20.09.2010
Mizi datang Rumah - 20.09.2010
En Ismail Jamaluddin Meninggal Dunia - 20.09.2010
Sultan Azlan Shah Naik tren ETS balik Ipoh - 20.09.2010
Persidangan Khas DUN Kelantan berhubung Isu Kebajikan Mantan Al-Sultan Kelantan - 20.09.2010
Sunday, September 19, 2010
Muss Outstation ke Terengganu - 19.09.2010

Inilah Brunch menu untuk hari ini. Pagi tadi Syah ke Pasar Tani Danau Kota dan beli sate ayam dan daging. Ketupat tu ballance Muss buat open house hari tu. Sebagai tambahan Syah masak Mee Goreng kegemaran mereka iaitu Mee Goreng Basah Berkicap. Sakit Syah - 19.09.2010
Syah @ Pavi Ngan Muss dan Cd - 19.09.2010
Petang semalam Muss hendak ke Citibank dan lepas tu ke Rumah Kak Ngah Faziah untuk ambil cermin matanya yang tertinggal tapi separuh jalan baru perasan dia tak bawa kad Citibank dan malas nak berbalik semula ke rumah. Kebetulan Cd call member dia dan member dia inform hendak ke Pavillion KL ada fashion show. So Syah dan Cd ajak Muss ke Pavillion. Lagipun dah lama we all tidak kesana. Sementara menunggu function tu start we all makan di food cort Pavi.
Inilah dia function yang Syah maksudkan tu. MASIF 2010 yang diadakan di Pavillion KL. Mak Aiiii ............... Hem no comment ... hehehehhe. Best Giler. Ada fashion show dan juga persebahan daripada artis Indonesia, Filiphina, Thailand dan Malaysia. Dari Malaysia Datuk Khatijah Ibrahim. Wow power habis suara dia, MC malam ini Yasmin Yusuff. Tetamu VVIP adalah Ku Ashman atau YAM Dato Seri Ashman Shah ibni SUltan Azlan Shah tetapi wife dia tak nampak pula malam nie. Selepas function habis hampir jam 10:00pm tak silap Syah dan diluar Pavi ada konsert rock tapi we all tak tunggu coz nak balik cepat.
Saturday, September 18, 2010
Sultan Kelantan Solat Jumaat - 18.09.2010
Kiri Sekali adalah Tengku Bendahara Kelantan dan disebalah beliau adalah Al-Sultan Kelantan
Semalam (17.09.2010) Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Baharu, Kelantan. Ini adalah solat Jumaat pertama baginda selepas Tuanku Muhammad Faris Petra dilantik dan dimasyhurkan sebagai Al-Sultan Kelantan yang ke-29 pada Isnin lepas bersamaan 13.09.2010. Turut mengiringi adalah adinda baginda, Tengku Bendahara Kelantan, YTM Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad yang telah dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana semalam memaklumkan bahawa pejabat Sultan Kelantan telah menerima banyak ucapan tahniah daripada rakyat yang menyatakan sokongan dan taat setia mereka kepada Al-Sultan Kelantan yang baru. Shukur Alhamdulilah sa sama-samalah kita doakan agar Tuanku Muhammad Faris Petra dapat memerintah negeri Kelantaan dan tanah jajahan takluknya dengan aman dan damai. AMIN.
M Rajoli meninggal Dunia - 18.09.2010
Al-Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.
Friday, September 17, 2010
Pengelola Istana Diraja Kelantan Warded - 17.09.2010

Thursday, September 16, 2010
Majlis Perpisahan Dato' Ku Jaafar - 16.09.2010
Muss Open House - 16.09.2010
Wednesday, September 15, 2010
Sultan Brunei Melawat Makam - 16.09.2010

Pelantikan dan Permasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra dipertikai - 15.09.2010

- MB Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya semasa di Istana Negeri menganggap dengan perlantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faiz Petra sebagai Al-Sultan kelantan yang baru telah dapat merungkaikan kemelut yang melanda Institusi diRaja Kelantan. Beliau mengingatkan supaya tiada sesiapa yang perlu mempertikaikan perkara ini bak kata pepatah "Rumah Siap Pahat Berbunyi" Kata MB "Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,"
- Datuk Mohd. Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.
Menurut Datuk Aseri, pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan. Antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri Kelantan.
Balik KL - 15.09.2010
Perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan ke-29 - 14.09.2010
Pengistihraan Al-Sultan Kelantan oleh MB Kelantan : Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.
Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan
- Jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.
