Tuesday, February 10, 2015

Ziarah Makam YMM Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan

Al-Fatihah


Semuga Rohnya Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

10 Februari 2015, Selasa :-

Kebetulan pada Ahad lepas 08 Februari 2015 Syah ke Shah Alam, Selangor kerana ada Pameran Buku Selangor di Shah Alam Convention Center (SACC) dan sudah terlanjur datang ke Shah Alam, Syah ziarah ke Makam Diraja Shah Alam.  Daripada SACC Syah berjalan kaki ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan terus ke Makam Diraja melalui Pintu 5 & 6 Masjid berkenaan. Pintu gerbang makam berada betul-betul diseberang jalan berhadapan pintu berkenaan. Lokasi makam berada agak jauh sedikit kedalam daripada pintu gerbang utama. Kali terakhir Syah ke Makam ini adalah pada 02 Oktober 2011 untuk ziarah makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.

Tahun ini, sekali lagi Syah mengambil kesempatan ini untuk ziarah ke Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Ketika ziarah Syah pada 2011, makam Almarhumah belum siap lagi.  Almarhumah merupakan bonda kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.  Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor diputerikan pada 1923 dan mangkat pada 31 May 2011 bersamaan 27 Jamadilakhir 1432 Hijrah dalam usia 88 tahun. Almarhumah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Almarhumah merupakan Kerabat Diraja Selangor disebelah ayahandanya dan Kerabat Diraja Perak disebelah bonda Almarhumah. Ayahanda Almarhumah adalah Tengku Badar Shah ibni Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke-5) manakala Bonda Al-Marhumah adalah Raja Embin Izmah binti Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Almarhumah merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Walau bagaimanapun Almarhumah telah berpisah dengan Almarhum Sultan Salahuddin sewaktu Almarhum Sultan menjadi Raja Muda lagi. 

Hasil daripada perkongsian hidup dengan Almarhum Sultan Salahuddin, Almarhumah dikurniakan dengan tiga orang putera dan enam orang puteri dimana dua daripadanya mangkat ketika masih bayi.  Anakanda Almarhumah adalah seperti berikut :-

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
YAM Tengku Sulaiman Shah
YAM Tengku Abdul Samad Shah
YAM Tengku Puteri Sofiah
YAM Tengku Zahariah (Ku Yah)
YAM Tengku Puteri Arafiah
YAM Tengku Puteri Aisha

Pada tahun 2001, Almarhumah dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor  Selepas DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menaiki tahta Negeri Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Disember 2002  Almarhumah  kemudiannya telah dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.)

  

Batu Nisan Bahagian Kepala Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. 


Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah dilihat daripada pandangan tepi. 


Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah dilihat daripada pandangan sisi.



Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah dilihat daripada pandangan hadapan.



02 Okt 2011 - Ziarah Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.



08 Feb 2015  - Dihadapan Pintu Masuk Makam Diraja... Cuaca panas terik.

No comments: