25 Februari 2015, Rabu :-
Video berdurasi 1minit 21 saat ini memaparkan Laungan Allahu Akbar sebanyak 3 kali oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien semasa Hari Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh anakanda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada 01 Januari 1984. Baginda melaungkan kalimah "Allahu Akhbar" tepat jam duabelas tengah malam sebanyak tiga kali diikuti oleh rakyat dan para tetamu jemputan menandakan Negara Brunei Darussalam kini menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien diistiharkan sebagai Sultan Brunei ke-28 pada 06 Jun 1950 berikutan kemangkatan kekanda baginda Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam. Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin mangkat pada hari Sabtu, 03 Jun 1950 di Singapore General Hospital kerana tiada tindak balas terhadap pemindahan darah yang dilakukan dan Al-Marhum telah koma beberapa jam sebelum mangkat. Al-Marhum berada di Singapura kerana dalam perjalanan untuk berangkat ke England.
Disebabkan kesemua anakanda Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin adalah perempuan maka Baginda (Pengiran Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) yang ketika itu bergelar Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura telah dipilih sebagai Sultan Brunei yang baru menggantikan kekanda baginda mengikut adat istiadat diraja Brunei.
Istiadat Naik tahta baginda berlangsung pada 06 Jun 1950 dihadapan jenazah Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin sebelum jenazah diusung ke Kubah Makam Diraja untuk Istiadat Permakaman mengikut adat istiadat diraja Brunei. Istiadat berpuspa (Pertabalan) Baginda telah dijalankan pada 31 Mei 1951. Semasa berada diatas tahta, baginda menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien III.
Pada jam 10:00 pagi 04 Oktober 1967 bertempat di Istana Darul Hana, Baginda telah membuat satu kejutan besar kepada rakyar Brunei dengan membuat pengisytiharan Turun Tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulong baginda, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Hassanal Bolkiah yang ketika itu berusia 21 tahun sebagai Sultan Brunei yang baru. Istiadat Pengisytiharan Sultan Brunei ke-29 telah diadakan di Istana Darul Hana pada 05 Oktober 1967. Istiadat Perpuspaan atau Pertabalan Sultan Brunei yang baru berlangsung pada 01 Ogos 1968 dimana Baginda sendiri memahkotakan Paduka Anakanda Baginda diatas Petrana Lapau.

Setelah turun tahta baginda menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Baginda dilantik sebagai Menteri Pertahanan Brunei yang pertama dan sentiasa mengiringi anakanda baginda dalam urusan rasmi kerajaan termasuklan urusan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Semasa berada diatas tahta selama 17 tahun, baginda telah berjaya membangun dan memodenkan negara Brunei Darussalam sehingga terkenal dengan gelaran ARKITEK BRUNEI MODEN.
Baginda yang diputerakan pada pada 23 September 1914 telah mangkat dalam usia hampir 72 tahun pada 07 September 1986. Jenazah Baginda telah dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada 08 September 1986 dengan penuh adat istiadat diraja Brunei. Baginda Queen Elizabeth II menggangap kehilangan baginda sebagai "Sad Loss for Britain" manakala KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dalam titah baginda sebagai mengenang sumbangan Al-Marhum Paduka Ayahanda baginda menyatakan "His name will be a source of national pride and he will be talk about though the ages".
Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
Al-Fatihah

Sumber : Khairul / MBS / Memoir Seorang Negarawan /Ak Kamaluddin NBD
No comments:
Post a Comment