24 Oktober 2014, Jumaat :-
Tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda Bustamam yang telah melangsungkan Istiadat Bertunang dan Istiadat Pernikahan (Akad Nikah) baginda hari ini 24 Oktober 2014 bersamaan 29 Zulhijjah 1435. Kenderaan Rasmi Tunku Mahkota Johor dilihat memasuki Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor pada jam 10:00hrs. Pasangan diraja ini dilihat berangkat keluar dari Istana Bukit Serene sekitar jam 12:00hrs setelah sah bergelar suami isteri.
Turut serta berangkat ke Istiadat ini adalah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Isteri Kepada DYMM Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah serta Kerabat Diraja dan keluarga pengantin perempuan. Turut serta adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco kerajaan negeri dan tetamu-tetamu kenamaan lain. Istiadat Bertunang dan Istiadat Pernikahan dihadiri oleh Kaum Keluarga Diraja dan Jemputan Khas sahaja.
Istiadat Pernikahan disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin.
Click Gambar untuk Imej yang lebih besar
Sumber :- therakyatpost.com (Azrol Ali) /johorsoutherntigers.com.my / Utusanonline / Majlisraja-raja.gov.my
No comments:
Post a Comment