15 Oktober 2014, Rabu:-
Pada jumaat lepas bersamaan 10 Oktober 2014, Baginda Queen Elizabeth II telah berkenaan menganugerahkan darjah kebesaran Grand Cross of the Most Distinguished Order of St Michael and St George kepada bintang filem Hollywood, Angelina Jolie sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda Queen Elizabeth II pada tahun ini. Majlis penganugerahan diadakan di Istana Buckingham, London. Angelina Joli yang berusia 39 tahun merupakan wakil khas kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian dan beliau juga bersama bekas Setiausaha Luar British, William Hague merupakan pengasas bersama Inisiatif Mencegah Keganasan seksual di zon perang.
Turut serta dalam majlis ini adalah suami Angelina Joli, Aktor Brad Pitt yang baru dikahwininya pada Ogos lepas dan enam orang anak mereka. Walau bagaimanapun gambar suami dan anak-anaknya tidak dimasukkan kedalam photo rasmi sempena penganugerahan ini. Angelina Joli juga telah dinobatkan oleh Majalah Forbes sebagai bintang Hollywood yang memperolehi pendapatan paling tinggi pada tahun lepas.
Sumber :- Royaltynu
No comments:
Post a Comment