Sunday, April 20, 2014

Wajah Terbaru Azrinaz Mahzar Hakim

20 April 2014, Ahad :-

Kepada yang selalu tertanya-tanya mengenai Azrinaz Mazhar Hakim inilah wajah terbaru bekas Isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Gambar ini diambil sewaktu Azrinaz menghadiri Majlis Malam Wartawan Malaysia 2014 yang berlangsung di One World Hotel, Genting Highland pada 18 April 2014. 

Azrinaz Mazhar Hakim berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum berkahwin Azrinaz merupakan seorang wartawan dan penyampai berita di TV3. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei dalam usia 26 tahun manakala Sultan Brunei ketika itu berusia 59 tahun dengan perbezaan umur sebanyak 33 tahun. 

Jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditangan Allah dan kita sebagai manusia cuma merancang sahaja, Allah yang menentukannya segalanya. Begitulah juga dengan jodoh diantara Azrinaz dan Sultan Brunei yang telah berakhir pada 16 Jun 2010 setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga. Azrinaz telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata hasil perkongsian hidup beliau bersama Sultan Brunei iaitu :-
  1. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel - diputerakan pada 01 Jun 2006.
  2. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah - diputerikan pada 28 Januari 2008.

Pemberitahuan berhubung perceraian ini telah dimaklumkan kepada rakyat Brunei melalui RTB (Radio dan Televisyen Brunei) pada 16 Jun 2010 jam 20:00hrs. Berita ini disampaikan oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. Dalam ucapanya beliau memaklumkan "Maka pada petang Rabu 03 haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar".

Semasa bergelar isteri Sultan Brunei, Azrinaz menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar, D.K.M.B, The Order of Renaissance (First Degree) (Jordan), P.H.B.S. Walau bagaimanapun segala gelaran diraja dan pingat kebesaran yang diberikan kepada Azrinaz telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian.

Mungkin ada yang bertanya dimana beliau sekarang, Beliau sebenarnya sudah pulang ke Malaysia dan tidak tinggal di Brunei lagi. Kedua-dua anakanda beliau berada di Negara Brunei Darussalam dibawah penjagaan bekas suaminya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Syah mendoakan agar Azinaz Mahzar Hakim tabah menghadapi sebarang dugaan dan berjaya dalam hidup. Amien.

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum...sebenarnya she remarried with a Bruneian.