Sunday, April 27, 2014

Soto Ayam dan Begedil Antara Menu Majlis Jamuan Negara Tuan Yang Terutama Barak Obama Di Istana Negara


27 April 2014, Ahad :-

Inilah susunatur meja makan sempena Majlis Jamuan Negara Tuan Yang Terutama Barak Obama, Presiden Amerika Syarikat yang diadakan malam tadi di Istana Negara dan dihadiri oleh 650 orang jemputan khas. Menurut Penyelia Istana Negara, Leftenan Kolonel Mastura Mohd Said sebahagian menu adalah masakan barat dimana menu utamanya adalah Stik daging, ayam dan ikan mengikut citarasa tetamu dengan sos yang kurang pedas. Manakala hidanga sup diganti dengan Soto Ayam dan Begedil kerana itu adalah makanan kegemaran Presiden Obama yang meminati makanan tradisional Indonesia iaitu Bakso. Pisang Goreng dan Ice Cream Vanila telah dipilih sebagai pencuci mulut.

Menurut Leftenan Kolonel Mastura lagi menu pada malam semalam menyerupai menu sempena lawatan Prince William dan Kate Middleton pada 2012 cuma Nasi Daging digantikan dengan Soto Ayam dan Begedil. Menurut beliau lagi adalah menjadi kebiasaan menghidangkan sedikit hidangan tradisional Melayu dalam menu bagi memertabatkan makanan Malaysia dimata pemimpin dunia dalam setiap majlis makan malam untuk pemimpin negara luar yang diadakan di Istana Negara.


Hotel Shangri-La telah diberi kepercayaan untuk menyediakan makanan pada majlis berkenaan. Masakan disediakan di dapur Istana Negara sendiri dan diselia oleh pihak Istana Negara. Pelayan Istana Negara yang lebih dikenali dengan panggilan "boy" ditugaskan melayan tetamu kehormat di pentas utama manakala pelayan untuk para jemputan khas dikendalikan oleh pihak Hotel Shangri-la.

Leftenan Kolonel Mastura memaklumkan bahawa menu bagi majlis ini telah dipersembahkan untuk mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas.  Setelah mendapat perkenan Tuanku Abdul Halim, diadakan pula ujian rasa makanan (food testing) pada hari Rabu. Sebelum itu pihak Istana Negara telah menghantar e-mail berhubung menu berkenaan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan telah menerima kelulusan penuh daripada pihak kedutaan berhubung menu berkenaan.

Syah cuma dapat berkongsi gambar meja makan dan suasana dalam majlis ini manakala gambar menu pada malam semalam Syah tidak dapat.

Sumber :- Kosmo/DS Hishamuddin/Syahril

No comments: