Saturday, November 9, 2013

Persatuan Kerabat Diraja Kedah Akan Didaftar Semula



09 November 2013, Sabtu :-

Persatuan Kerabat Kedah atau sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kerabat Diraja Kedah telah dibatalkan keahliannya oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS pada 26 September 2013 kerana perjalanan persatuan tidak mengikut pentadbiran disamping berlakunya penyelewengan termasuk melibatkan penggunaan lambang persatuan pada kenderaan bukan ahli dan kutipan tajaan bagi kepentingan peribadi. Bekas Timbalan Yang Dipertua persatuan berkenaan, Tuan Syed Idrus bin Syed Baharom dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa persatuan baru akan diwujudkan dengan menggunakan nama Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan akan didaftarkan semula pada hari Khamis, 14 November 2013 bersamaan 10 Muharram 1435H.

Tambah Tuan Syed lagi, berikutan pembubaran ini, sesiapa yang didapati menggunakan lambang persatuan itu pada kenderaan masing-masing boleh dikenakan  tindakan undang-undang mengikut akta pertubuhan 1966. Tuan Syed dalam kenyataannya memaklumkan Persatuan ini mula ditubuhkan pada tahun 1997 menggunakan nama Persatuan Kerabat Diraja Kedah.  Walau bagaimanapun pada Julai lepas atas titah perintah Sultan Kedah yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mengugurkan perkataan Diraja bagi persatuan ini dan dikenali dengan panggilan Persatuan Kerabat Kedah sahaja. 

Tuan Syed Idrus akan menerajui persatuan baru ini sebagai Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan beliau meminta agar ahli persatuan yang berjumlah 700 ahli supaya mendaftarkan semula keahlian masing-masing.

Sumber :- Kosmo

2 comments:

dijah said...

masalah ini perlu dibendung..
kalau tidak, akan semakin ramai yang mengambil kesempatan..

MegatBisnesOn9 said...

Boleh saya tahu bagaimana nak berdaftar dan di mana sebab sebab tak daftar keturunan kami tak tahu nak mengadu pada siapa ,....