Semalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran
Muda ’Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menghadiri taklimat projek pembinaan kapal terbaru
Tentera Laut Diraja Brunei iaitu Kapal Peronda DARUTTAQWA di Bilik Persidangan,
Park Hotel, Bremen, Jerman. Taklimat disampaikan oleh Ketua Pemerhati Projek
Laut, Leftenan Kolonel (Laut) Azlan bin Haji Ahmad.
Selepas taklimat, Leftenan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen telah menghadiri Majlis
Pelancaran dan Penamaan Kapal Peronda DARUTTAQWA di limbungan Syarikat Pembina
Kapal Luerssen, Berne, Niedersachsen, Jerman, Selepas itu Leftenan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat menghadiri Majlis
Santapan Tengah Hari yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Syarikat Pembina
Kapal Luerssen.
Turut serta dalam taklimat ini adalah Timbalan
Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji
Sirat, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Tuan
Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (Bersara) Dato Paduka Haji Abdul
Jalil bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka
Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei,
Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd. Hanifah,
serta Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei yang lain.
Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji
Muhammad dalam kenyataannya memaklumkan
bahawa Pembinaan Kapal Peronda DARUTTAQWA ini adalah untuk melengkapkan lagi aset-aset
Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) disamping dapat mempertingkatkan lagi liputan
kawasan rondaan dan rutin rondaan. Ianya
juga akan dapat mempertingkatkan tahap
pelaksanaan tugas-tugas Tentera Laut Diraja Brunei seperti operasi, latihan dalam mahupun luar negara dan
juga pemeliharaan kapal-kapal. Tambah beliau lagi, fungsi utama kapal peronda
ini adalah untuk menjadi kapal latihan bagi anggota-anggota ataupun bakal-bakal
pegawai dan anggota TLDB. Kapal ini juga
mempunyai perubahan dari segi struktur
dalaman bagi menampung anggota-anggota latihan dimana terdapat ruang untuk
dijadikan bilik kuliah dan penambahan tempat tidur peserta.
Sumber :- Pelita Brunei
No comments:
Post a Comment