Inilah dia Makam Almarhum Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 10 (18 April 1967 -27 Disember 2008) dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke 10 (26 April 1994 - 24 April 1999). Almarhum mangkat dalam usia 86 tahun pada 27 Disember 2008 dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti. Gambar ini Syah ambil daripada seorang blogger dan Syah tidak berkesempatan untuk ziarah ke makam ini lagi. Sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas Syah ada menelefon Encik Damhore Abd Hamid seorang usahawan yang membina makam-makam /pusara di Malaysia dan Brunei. En Damhore maklumkan kepada Syah dia yang membuat makam Almarhum Tuanku Jaafar. Syah mengenali En Damhore kerana kesemua makam nenda dan bonda saudara Syah dibuat oleh En Damhore sendiri. Jika ada yang berminat untuk membuat makam / pusara anda boleh hubungi En Damhore ditalian 012 2679480.
Gambar dibawah sekali adalah gambar Syah disisi makam Almarhum Tuanku Jaafar. Syah ziarah kemakam Almarhum pada 2010 selepas menghadiri Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar pada 26.10.2010 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Begitulah bentuk makam sementara Almarhum sebelum binaan makam ini didirikan.
Al-Fatihah................ Semuga Roh Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Muhammad Qul Amirul Hakim / MBS

No comments:
Post a Comment