30 Ogos 2013, Jumaat :-
Hari ini Syah menerima balasan kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Kad baginda pada tahun ini berlatar belakangkan istana-istana diraja Kelantan seperti Istana Negeri, Kubang Kerian ; Istana Telipot, Kota Baharu ; Istana Balai Besar, Kota Baharu ; Istana Kota Lama, Kota Baharu ; Istana Jahar, Kota Baharu dan Istana Batu, Kota Baharu. Dibahagian hadapan kad baginda yang bewarna kuning diletakkan Jata Yang Maha Mulia Sultan Kelantan bewarna merah keemasan.
1 comment:
Assalamualaikum. Maaf bertanya, sekiranya kita berhajat untuk menghantar Kad Hari Raya kepada DYMM Sultan, adakah kita perlu menghantar kad tersebut menggunakan alamat Istana Rasmi DYMM Sultan atau alamat pejabat baginda?
Post a Comment