Wednesday, March 24, 2010

Update Kes Cik Puan Elia - 24.03.2010

Semenjak menggontai task force di TM Training College memang bz sangat dan bila balik letih dan tak sempat nak update blog. Mengenai Isu hangat di Kelantan ini sahaja yang dapat Syah garab untuk semua :-


Pada 11 Mac 2010 seorang perempuan bernama Nik Rohana bt Wan Abdul Rahman, 60 tahun, telah memfailkan tuntutan lafaz cerai talak tiga KDYMM Sultan Kelantan terhadap Isteri keduanya Cik Puan Elia Suhana bt Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. Malaysian Insider dalam artikelnya memaklumkan bahawa wanita ini merupakan isteri kepada seorang bergelar dato' dan merupakan bekas eksekutif disalah sebuah syarikat usahasama di Kelantan yang mana sekarang ini syarikat tersebut telahpun menjadi sebuah syarikat swasta dibawah naungan kerajaan negeri dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Mahkamah telah menetapkan 21 Mac 2010 untuk mendengar kes berkenaan.
*******
Pada 21 Mac 2010 Cik Puan Elia telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan bagi mendengar sebutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Kelantan yang difailkan oleh planitif, Nik Rohana. Manakala pihak defenden pula yang diwakili oleh peguam Fakhrul Azman Abu Hassan telah memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap Cik Puan Elia yang difailkan oleh plaintif sebelum ini. Permohonan ini dibuat kerana permohonan lafaz cerai itu dilakukan oleh pihak ketiga dan bukan suami kepada defendan (Cik Puan Elia Suhana). Mahkamah menetapkan 04 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak planitif menerima salinan permohonan pembatalan lafaz cerai itu. Pihak mahkamah juga memutuskan agar kes ini didengar bersama tuntutan defendan yang meminta pihak Istana akur keputusan mahkamah yang membenarkan Cik Puan Elia melawat suaminya KDYMM Sultan Kelantan.
*****
Terdahulu, pada 21 Februari 2010 mahkamah telah mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, pengawal peribadi baginda, En Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan seorang pekerja Istana, Pn Zaiton Hussein Merican kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. Walau bagaimanapun pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah pada 07 Mac 2010 ketiga-tiga individu berkenaan tidak hadir ke Mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam KDYMM Raja Perempuan Kelantan sahaja. Sehubungan dengan itu, mahkamah telah menetapkan tarikh 04 April 2010 untuk sebutan semula kes berkenaan. Dari sinilah bermulanya cerita Cik Puan di cerai talak tiga oleh KDYMM Sultan Kelantan.
*****
Sebenarnya Mahkamah yang sama pada 04 Februari 2010 telah membenarkan Cik Puan secara rasmi melawat KDYMM Sultan Kelantan selama tiga hari seminggu iaitu dari jam 7 pagi Sabtu hingga Jam 7 pagi Isnin. Walau bagaimanapun perintah itu tidak dapat disempurnakan kerana dihalang oleh pihak ketiga.
*****
Pada 13.03.2010 lepas Cik Puan Elia Suhana dan peguamnya Fakrul Azman tidak dibenarkan masuk ke Istana Mahkota walaupun telah menunjukkan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan untuk melawat KDYMM Sultan Kelantan. Pengawal memaklumkan kepada Cik Puan dan rombongan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk dan meminta maaf kerana menjalankan tugas yang diamanahkan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan.
*****
Cik Puan Elia Suhana dalam kenyataannya, masih menaruh harapan untuk melawat suaminya dan mengangap kegagalan beliau bertemu Tuanku adalah disebabkan konspirasi untuk menafikan haknya sebagai seorang isteri. Beliau memaklumkan bahawa kehidupannya sebelum ini amat bahagia sekali disamping suami tercinta, KDYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Tuanku Yahya Petra. katanya "rumahtangga saya dengan tuanku tidak ada masalah sebelum ini tetapi kini saya tidak dapat lagi bertemu baginda walaupun tuanku telah balik ke Istana Mahkota.

No comments: