Tuesday, March 30, 2010

Enggagement Session - 30.03.2010

Hari ini Division Syah mengadakan program HC PLD Enggagement Session 1/2010 di Dewan Rumpun Jati, TM TRaining Center, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan secara langsung melalui VC ke semua Bahagian Human Capital Planning & Leadership Development di seluruh Malaysia. Program diadakan every quarterly. Warna Merah telah dipilih sebagai warna tema program hari ini. Dalam ucapannya VP kami memberitahu sebenarnya dia tiada baju warna merah dan hendak pakai tali leher merah sahaja tapi atas nasihat secretarynya, Syuhada Mohamed dia beli juga baju merah malam tadi.... Amboiiiiii
Setiap unit dibawah HC PLD adalah diwajibkan membuka gerai makanan di samping main menu yang disediakan oleh pihak penganjur - Nasi Beryani. Semenjak petang semalam semua sibuk menyediakan gerai masing-masing. Kami menamakan gerai kami Warung Warisan dengan konsep ala-ala kampung. Warung Warisan menyediakan Ketupat Palas, Rendang Minang Daging & Ayam dan Kuih Bahulu. Walau bagaimanapun we all tak menang. Hehehehe tak apalah yang pentingnya we all ada semangat sepasukan menyediakan Gerai Warisan. Pemenang menerima hamper - Group Pn Zue yang menang. Pn Zue inform kami next quarter dia tak mahu buka gerai kerana nak beri laluan pada orang lain menang dan Syah beritahu dia Amboiiii nak jadi macam Siti Norhaliza lah pula tak mahu bertanding kerana nak beri orang lain menang. Semua ketawa.
Program dijangka bermula jam 09:30am, walau bagaimanapun ianya bermula hampir jam 10:00am. Acara dimulai dengan lawatan Vice Presiden kami Dr. Zainal Abu Zarim ke gerai-gerai bersama panel penilai yang terdiri daripada direct report Dr. Zainal. Sebelum Dr. Zainal menyampaikan ucapan seperti biasa kami diwajibkan menyanyi lagu Kebangsaan dan lagu KRISTAL TM. Wakil-wakil region pula mula berucap melalui VC. Selepas itu disampaikan pula anugerah anggota eksekutif dan bukan eksekutif cemerlang.

Tahniah Rohizat Ismail kerana memenangi anugerah anggota cemerlang kategori bukan eksekutif. Kemudiannya Dr menyampaikan kad ucapan hari lahir kepada anggota HC PLD bagi suku tahun pertama termasuklah Kak Has dan Abg Tukiman. Ramainya birthday bulan Jan-Mac 2010. Bagi anggota dikawasan pula, kad ucapan telah dikirimkan terlebih dahulu melalui pos laju. Selepas itu semua menyanyikan laju selamat hari lahir dan birthday girls/boys diberi cup cake berlambang TM setiap seorang. Sebelum majlis berakhir, Unit Sorcing and Talent Management telah mengadakan cabut bertuah kepada pengunjung gerai mereka. Riuh rendah dibuatnya ........ untuk suka-suka sahaja, baguslah macam tu untuk hilangkan tension sekali-sekala kan. Function tamat hampir jam 02:00pm dan kami semua mengemas gerai masing-masing.

No comments: