Sekarang Jam 10:55pm dan lebih kurang jam 09:30pm tadi Syah baru bangun coz balik dari dinner tadi tetiba kepala Syah sakit sangat sebelah kiri sampai ke mata sakitnya. So Syah hanya ambil panadol dan mandi lepas tu membaringkan diri. Lepas bangun tadi Syah ambil tuala dan rendam dalam air panas dan tuam di dahi dan mata. Sekarang ok sedikit dan lepas nie baru nak solat. Tak tahulah lately selalu sakit kepala pula, dah lama tak sakit macam nie.
Petang tadi Muss ambil Syah di Kolej dan kebetulan CD pun datang ke Jalan Semarak coz dia tumpang kawannya ke Menara Celcom untuk bayar bill. So CD datang ke bas stop jalan semarak untuk tunggu Muss. Kebetulan dia ada sama dan Syah cadangkan makan kat luar sahaja. We all makan young tau foo di Wangsa Maju.
On the way ke Wangsa Maju, Syah nampak ada kemalangan jalanraya. Seorang lelaki cina terbaring ditepi jalanraya dengan kakinya berdarah teruk. Tak tahulah dilanggar kereta atau motor tapi apa yang Syah lihat ada sebuah basikal dan motor dekat mangsa tu. On the way ke Wangsa Maju, Muss minta Syah beli ayam goreng - nasi kukus kat gerai tepi jalan tu. Dahlah tunggu lama dan bila Syah kata nak dada ayam tu dia bagi kat orang lain yang katanya dah tunggu lama. Bengang Syah bla jer dan inform Muss tak payah beli ayam goreng tu. Menyampah betul!!!!!!!!!!!!.
No comments:
Post a Comment