Wednesday, March 31, 2010

Nik Aziz Dahului Terima Darjah Kebesaran - 31.03.2010

Tahniah Syah ucapkan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, YMM Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Baharu Kelantan pagi tadi. Beliau telah mendahului senarai penerima darjah kebesaran negeri berkenaan.
Hari ini sahaja seramai 84 0rang telah dianugerahkan bintang dan darjah kebesaran Negeri Kelantan. Manakala seramai 555 individu lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Aiseri mengumumkan senarai penerima darjah kebesaran dan bintang berkenaan dalam satu sidang media yang diadakan di Istana Balai Besar, kota Baharu, Kelantan. Beliau memaklumkan, perlu ditekankan disini bahawa Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan ianya hanya merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri.

Turut dianugerahkan Darjah Kebesaran hari ini ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dianugerahkan Dato’ Lela Negara. Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.



Bagi Anugerah Darjah-Darjah Kebesaran lainnya :-

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.)
  • Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
  • Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.)

  • Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra
  • Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra
  • Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.)

  • Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.)

  • Datuk Sukri Mohamed, Peguambela
  • Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.)

  • Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)

  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.)

  • Mejar (B) Md Anizam Ab Rahm, Anggota Exco kerajaan negeri
  • Mohd Nassuruddin Daud, Speaker Dewan Negeri Kelantan
  • Nik Abdul Kadir Nik Mohama, Bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan
  • Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor
  • Yahya Othman, bekas Adun Banggol Judah

Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.)

  • Tuan Guru Hashim Abu Bakar, Mudir Pondok Pasir Tumboh

Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.)

  • Seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.
    Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Jaksa Pendamai (J.P.)

  • Seramai 10 orang menerima pelantikan termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

  • Che Abdullah Mat Nawi - Exco Kelantan
  • Dr Mohamed Fadzli Hassan - Exco Kelantan
  • Wan Ubaidah Omar - Exco Kelantan

Raja Nazrin Rasmi Persidangan ADUN - 31.03.2010

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah telah berkenan berangkat ke istiadat pembukaan rasmi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan yang Ke-12 semalam 30.03.2010 pada jam 09:30am di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut mengiringi Baginda adalah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda berdua telah disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli. Sepertimana biasa, Sebelum berangkat masuk ke dewan persidangan, Baginda melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta sambil diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia Cawangan Kedah.
Keadaan diluar dan dalam dewan adalah terkawal. Wakil-wakil media tidak dibenarkan berada didalam dewan persidangan dan telah diletakkan didalam senuah bilik khas. Walau bagaimanapun terdapat satu insiden di mana ADUN Tronoh, V. Sivakumar bangun dan berjalan menuju ke tempat duduk Speaker, Datuk R. Ganesan. Walau bagaimanapun beliau terpaksa kembali semula ke tempat duduknya sebaik sahaja bentara mengumumkan kemasukan Pemangku Raja Perak bagi menyampaikan titah ucapan perasmian. Sivakumar sebenarnya mengacah mahu merampas kerusi Speaker DUN Perak semasa Datuk R. Ganesan menjemput Pemangku Sultan Perak dan Tuanku Zara bagi upacara perasmian. Walau bagaimanapun tindakan Sivakumar itu ditegur bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar (Pas-Pasir Panjang) yang bimbang ia dilihat oleh baginda berdua.

MPN - 31.03.2010

MPN? apa tu yer. MPN atau Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah merupakan satu institusi penting yang mengesahkan pelantikan seeorang Sultan, pengganti Sultan, Pelantikan Pemangku Raja dan penamatan pelantikan. Pada 26.03.2010, Pengerusi MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan pelantikan YAM Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim sebagai Yang DiPertua (YDP) MPN yang baru menggantikan Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah yang telah dibatalkan perlantikannya sebagai YDP MPN berkuatkuasa mulai tarikh 25.03.2010. Keadaan ini berlaku kerana kesilapan beliau sendiri yang telah mengisytiharkan secara persendirian pada 25.03.2010 penamatan pelantikan YMM Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja yang didakwa dilakukan atas titah Sultan Kelantan pada 24.03.2010 dan beliau telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan mengantikan YMM Tengku Muhammad Faris Petra. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan.

Tengku Abdul Halim

Pada 29.03.2010 Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Khairy pula telah dilantik sebagai salah seorang anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) ke 18. Beliau merupakan seorang Juruterbang Malaysia Airline System (MAS) berumur 47 tahun. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad memaklumkan Tengku Ahmad Farizanudean, akan dianugerahkan darjah kebesaran Kelantan iaitu Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Kelas Pertama dalam istiadat pengurniaan hari ini di Istana Balai Besar, Kota Baharu Kelantan.

Terdahulu, 16 September 2009, Pemangku Raja Kelantan, telah membatalkan perlantikan adindanya, Tengku Temengung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dalam Majlis Perajaan Negei Kelantan.

Ahli-ahli MPN terdiri daripada :-

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Timbalan Pengerusi

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra

Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra

Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz

Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra.

Datuk Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra

Datuk Wan Hashim Wan Ahmad

Datuk Tengku Faridah Almarhum Sultan Ibrahim

Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad

Peguam Datuk Sukri Mohamed.

Tuesday, March 30, 2010

Dinner @ Sri Rampai - 30.03.2010

Sekarang Jam 10:55pm dan lebih kurang jam 09:30pm tadi Syah baru bangun coz balik dari dinner tadi tetiba kepala Syah sakit sangat sebelah kiri sampai ke mata sakitnya. So Syah hanya ambil panadol dan mandi lepas tu membaringkan diri. Lepas bangun tadi Syah ambil tuala dan rendam dalam air panas dan tuam di dahi dan mata. Sekarang ok sedikit dan lepas nie baru nak solat. Tak tahulah lately selalu sakit kepala pula, dah lama tak sakit macam nie.

Petang tadi Muss ambil Syah di Kolej dan kebetulan CD pun datang ke Jalan Semarak coz dia tumpang kawannya ke Menara Celcom untuk bayar bill. So CD datang ke bas stop jalan semarak untuk tunggu Muss. Kebetulan dia ada sama dan Syah cadangkan makan kat luar sahaja. We all makan young tau foo di Wangsa Maju.

On the way ke Wangsa Maju, Syah nampak ada kemalangan jalanraya. Seorang lelaki cina terbaring ditepi jalanraya dengan kakinya berdarah teruk. Tak tahulah dilanggar kereta atau motor tapi apa yang Syah lihat ada sebuah basikal dan motor dekat mangsa tu. On the way ke Wangsa Maju, Muss minta Syah beli ayam goreng - nasi kukus kat gerai tepi jalan tu. Dahlah tunggu lama dan bila Syah kata nak dada ayam tu dia bagi kat orang lain yang katanya dah tunggu lama. Bengang Syah bla jer dan inform Muss tak payah beli ayam goreng tu. Menyampah betul!!!!!!!!!!!!.

Warung Warisan - 30.03.2010

Inilah Warung Warisan hasil warga kerja kami di FCBS, Financial Control & Business Support. Konsep Gerai kami ala-ala kampung dan menyediakan, Kuih Bahulu, Ketupat Palas, Rendang Minang Ayam & Daging. Untuk menyempurnakan lagi konsep ala-ala Melayu tu kami letakkan tepak sirih sebagai pelengkap tema. Kami banyak menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuhan hijau dan bunga untuk deco Warung Warisan. Walau bagaimanapun gerai kami tidak menang pertandingan nie tapi yang pentinnya semangat kerja sama yang kami tunjukkan bagi menyediakan Warung Warisan adalah kemenang yang tidak ternilai.
Bak kata orang belajar dari kesilapan. Insyallah mana yang kurang tu akan kami perbetulkan untuk sessi akan datang. By the way Thanks to our Boss Moin, Fiza, Shaiful, Abg Talib, Fad, Abg Zul, Kak Ros dan practicle student Miza & Yaya yang membantu dalam merialisasikan Warung Warisan menjadi satu kenyataan. Walaupun bilangan anggota kita tidak seberapa tetapi berkat semangat kerjasama, sikap positif, responsif dan respect & care antara kita, kita dapat sama-sama menyumbang menjayakan program ini. Memang kita semua sibuk, bak kata orang tak cukup tangan mana nak buat gerai lagi dan sebagai orginazer bagi memastikan uruskan majlis berjalan lancar al maklumlah dah Business Support namanya kannnn. hehehehhe.

Enggagement Session - 30.03.2010

Hari ini Division Syah mengadakan program HC PLD Enggagement Session 1/2010 di Dewan Rumpun Jati, TM TRaining Center, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan secara langsung melalui VC ke semua Bahagian Human Capital Planning & Leadership Development di seluruh Malaysia. Program diadakan every quarterly. Warna Merah telah dipilih sebagai warna tema program hari ini. Dalam ucapannya VP kami memberitahu sebenarnya dia tiada baju warna merah dan hendak pakai tali leher merah sahaja tapi atas nasihat secretarynya, Syuhada Mohamed dia beli juga baju merah malam tadi.... Amboiiiiii
Setiap unit dibawah HC PLD adalah diwajibkan membuka gerai makanan di samping main menu yang disediakan oleh pihak penganjur - Nasi Beryani. Semenjak petang semalam semua sibuk menyediakan gerai masing-masing. Kami menamakan gerai kami Warung Warisan dengan konsep ala-ala kampung. Warung Warisan menyediakan Ketupat Palas, Rendang Minang Daging & Ayam dan Kuih Bahulu. Walau bagaimanapun we all tak menang. Hehehehe tak apalah yang pentingnya we all ada semangat sepasukan menyediakan Gerai Warisan. Pemenang menerima hamper - Group Pn Zue yang menang. Pn Zue inform kami next quarter dia tak mahu buka gerai kerana nak beri laluan pada orang lain menang dan Syah beritahu dia Amboiiii nak jadi macam Siti Norhaliza lah pula tak mahu bertanding kerana nak beri orang lain menang. Semua ketawa.
Program dijangka bermula jam 09:30am, walau bagaimanapun ianya bermula hampir jam 10:00am. Acara dimulai dengan lawatan Vice Presiden kami Dr. Zainal Abu Zarim ke gerai-gerai bersama panel penilai yang terdiri daripada direct report Dr. Zainal. Sebelum Dr. Zainal menyampaikan ucapan seperti biasa kami diwajibkan menyanyi lagu Kebangsaan dan lagu KRISTAL TM. Wakil-wakil region pula mula berucap melalui VC. Selepas itu disampaikan pula anugerah anggota eksekutif dan bukan eksekutif cemerlang.

Tahniah Rohizat Ismail kerana memenangi anugerah anggota cemerlang kategori bukan eksekutif. Kemudiannya Dr menyampaikan kad ucapan hari lahir kepada anggota HC PLD bagi suku tahun pertama termasuklah Kak Has dan Abg Tukiman. Ramainya birthday bulan Jan-Mac 2010. Bagi anggota dikawasan pula, kad ucapan telah dikirimkan terlebih dahulu melalui pos laju. Selepas itu semua menyanyikan laju selamat hari lahir dan birthday girls/boys diberi cup cake berlambang TM setiap seorang. Sebelum majlis berakhir, Unit Sorcing and Talent Management telah mengadakan cabut bertuah kepada pengunjung gerai mereka. Riuh rendah dibuatnya ........ untuk suka-suka sahaja, baguslah macam tu untuk hilangkan tension sekali-sekala kan. Function tamat hampir jam 02:00pm dan kami semua mengemas gerai masing-masing.

Monday, March 29, 2010

Syah @ ASTRO - 27 - 28.03.2010

Today Syah di ASTRO untuk beri moral support kepada Fikri yang dapat masuk segmen Jangan Lupa Lirik - JLL. Jam 10:00am we all bertolak dari Rawang ke Bukit Jalil dengan dua buah kereta. Azrin, Syah and parents dia satu kereta manakala Firdaus, Fikri dan Ashura satu kereta lagi. Amsyar tak boleh pergi kerana tak cukup umur, so Mak Long and Pak Long jaga dia di Rumah. Gambar kat bawah tu masa di Lobby ASTRO, Macam hendsome jer kan......................... hua hua hua teringat lirik lagu indonesia, Wali Band - Mencari Jodoh : Ibu-ibu bapak-bapak, Siapa yang punya anak, Bilang aku, aku yang tengah malu, Sama teman-temanku, karena cuma diriku ................................
Cuaca bukanlah main panasnya. Walau bagaimanapun kami disediakan F&B oleh pihak ASTRO. Bolehlah daripada tak ada. Perihatin juga dia orang nie. Lebih kurang jam 02:00pm masuk studio rakaman, tapi tunggu punya tunggu tak start-strt lagi. Mereka maklumkan ada technical problem. So mereka minta kami semua keluar dulu dan akan dipanggil kemudian. Masa di luar Firdaus call kat tak jadi dan mereka minta datang semula hari Isnin tapi Fikri inform mereka dia tak available on Monday kerana ada exam. Jadi rakaman terpaksa dibuat esok, Ahad jam 06:00pm. Actually rakaman hari ini ditunda kerana nak beri laluan kepada rancangan Khas JLL untuk Artis. Ooooooooo itu macam haaa. So we all pun baliklah semula ke Rawang coz dah penat menunggu tadi, so tak joinlah rakaman Jangan lupa lirik untuk artis tu.

On the 2nd day - Kami bertolak lebih kurang jam 04:00pm. Syah dan Azrin dari KL manakala parents dia dari Rawang. Azrin ke KL Coz dia ada program Bone Scan Promotion di Setiawangsa dan Syah @ Rumah KL dan sempat masak Ketam Masak Lemak, Pari Asam Pedas & Kailan Goreng Belacan makan dengan nasi putih. CD buat nasi goreng dan cucur bilis. Actually tak ada plan nak masak cuma nak beli telur ayam jer dengan Muss (untuk buat cucur bilis CD) tapi bila dah tiba Pasar Tani lain pula ceritanya. Actually Muss tak boleh makan sea food kerana gaut tapi Syah kesihan tengok dia pegang-pegang ketam lalu Syah beli jer tiga ekor. Sian dia.
Berbalik pada cerita JLL tadi, Sampai sahaja di ASTRO tak ramai yang hadir. We all tunggu bawah khemah yang disediakan manakala pihak catering sedang sibuk menyediakan F&B untuk kami, artis dan krew. Tak lama kemudia rombongan penontonpun sampai tak silap Syah ada dua Bas. Mereka ini dari Cheras dan Batang Kali, semuanya remaja-remaja. Mereka-mereka nielah yang akan keluar dalam TV nanti sebagai penonton dan mana yang agak berumur mereka letakkan ditempat yang camera biasanya tak focus. Syah dapat masuk dalam kumpulan remaja nie mungkin mereka confuse dengan umur Syah kot. Hehehhe tu jer yang nak bagi tau sebenarnya. Nanti tengoklah kat TV yek. Rakaman bermula jam 08:00pm dan selesai jam 10:30pm. Rancangan di hostkan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Haji Nawawi manakala artis jemputan Shela - one in a million atau senang cakap anak ND Lala. Pelampung Fikri, Abangnya Firdaus.

Fikri dapat melepasi tahap RM10K. Aznil bertanya jika dia hendak teruskan atau tidak dan jika gagal dia hanya akan membawa pulang RM5K sahaja. Walau bagaimanapun dia ingin mencuba tetapi dia gagal semasa diperingkat RM25K. Walau bagaimanapun dia berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Cuma nasib tak menyebelahi dia, tak ada rezeki kata orang. Sebenarnya dia dah dapat lirik tu dan kemudiannya tak berapa pasti sehingga dia menggunakan talian hayat pertama iaitu meminta Firdaus menyanyikan semula lagu itu. Lagu Sheila On 7 - Melompat Lebih Tinggi. Ada 10 tapak kosong dan semuanya betul kecuali ayat terakhir iaitu Tentangan. Disebabkan ini lagu Indonesia dan liriknya mestilah mengikut lirik bahasa asal, lirik sebenarnya Tantangan bukan Tentangan. Kerana kesilapan satu huruf sahaja iaitu E (sepatutnya A) Fikri pulang dengan RM5K sahaja. Lima ribu pun siapa nak bagi macam tu jer kannnnn. So Tahniah Fikri. Kalau nak tahu rules game nie siapa yang pernah masuk tak dibenarkan menyertainya untuk kali kedua walaupun ditahun yang lain. Dengarnya tahun depan Ashura dan Azrin nak masuk Jangan Lupa Lirik. Apa-apapun best of luck lah yer.

Thursday, March 25, 2010

New York & HSBB Launching - 24.03.2010

Today minta keluar awal dengan booss - Norafizh coz ada appointment di New York @ Midvalley jam 06:30pm. Malam nanti ada perasmian HSBB oleh YAB Perdana Menteri di Dataran Merdeka dan disiarkan di tv secara siaran langsung. Kami semua diwajibkan hadir.
Today Syah buat eye treatment dengan May. Treatment habis lebih kurang jam 07:15pm. Dari NY Syah ke Midvalley dan ambil teksi ke Dataran Merdeka. Dalam teksi sempat sembang dengan apek yang bawa teksi pasal LRT. Kebetulan jalan sesak dan kereta bergrak perlahan. Syah inform dia yang Syah biasa guna LRT tapi lately perkhidmatan LRT selalu ada ganguan dan masalah. Selamba jer dia jawab .......... beli barang secondhand mestilah macam tu, selalu rosak. Hehehehhe.

Jalan jem dan Syah turun di CM lebih kurang jam 08:00pm dan jalan kaki ke Dataran Merdeka. Call Izat dan jumpa dia, Kak Has, Ruzauddin, Fatin, Q'ain, Nani, Zul dan ramai lagi di Enterance perasmian HSBB. Ramailah anggota-anggota TM kat Dataran Merdeka malam nie. Secara kebetulan Syah terjumpa kawan lama boy dan bertanya khabar dia. Memang lama tak jumpa dia dan makin berisi nampaknya.

Wednesday, March 24, 2010

Update Kes Cik Puan Elia - 24.03.2010

Semenjak menggontai task force di TM Training College memang bz sangat dan bila balik letih dan tak sempat nak update blog. Mengenai Isu hangat di Kelantan ini sahaja yang dapat Syah garab untuk semua :-


Pada 11 Mac 2010 seorang perempuan bernama Nik Rohana bt Wan Abdul Rahman, 60 tahun, telah memfailkan tuntutan lafaz cerai talak tiga KDYMM Sultan Kelantan terhadap Isteri keduanya Cik Puan Elia Suhana bt Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. Malaysian Insider dalam artikelnya memaklumkan bahawa wanita ini merupakan isteri kepada seorang bergelar dato' dan merupakan bekas eksekutif disalah sebuah syarikat usahasama di Kelantan yang mana sekarang ini syarikat tersebut telahpun menjadi sebuah syarikat swasta dibawah naungan kerajaan negeri dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Mahkamah telah menetapkan 21 Mac 2010 untuk mendengar kes berkenaan.
*******
Pada 21 Mac 2010 Cik Puan Elia telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan bagi mendengar sebutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Kelantan yang difailkan oleh planitif, Nik Rohana. Manakala pihak defenden pula yang diwakili oleh peguam Fakhrul Azman Abu Hassan telah memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap Cik Puan Elia yang difailkan oleh plaintif sebelum ini. Permohonan ini dibuat kerana permohonan lafaz cerai itu dilakukan oleh pihak ketiga dan bukan suami kepada defendan (Cik Puan Elia Suhana). Mahkamah menetapkan 04 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak planitif menerima salinan permohonan pembatalan lafaz cerai itu. Pihak mahkamah juga memutuskan agar kes ini didengar bersama tuntutan defendan yang meminta pihak Istana akur keputusan mahkamah yang membenarkan Cik Puan Elia melawat suaminya KDYMM Sultan Kelantan.
*****
Terdahulu, pada 21 Februari 2010 mahkamah telah mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, pengawal peribadi baginda, En Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan seorang pekerja Istana, Pn Zaiton Hussein Merican kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. Walau bagaimanapun pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah pada 07 Mac 2010 ketiga-tiga individu berkenaan tidak hadir ke Mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam KDYMM Raja Perempuan Kelantan sahaja. Sehubungan dengan itu, mahkamah telah menetapkan tarikh 04 April 2010 untuk sebutan semula kes berkenaan. Dari sinilah bermulanya cerita Cik Puan di cerai talak tiga oleh KDYMM Sultan Kelantan.
*****
Sebenarnya Mahkamah yang sama pada 04 Februari 2010 telah membenarkan Cik Puan secara rasmi melawat KDYMM Sultan Kelantan selama tiga hari seminggu iaitu dari jam 7 pagi Sabtu hingga Jam 7 pagi Isnin. Walau bagaimanapun perintah itu tidak dapat disempurnakan kerana dihalang oleh pihak ketiga.
*****
Pada 13.03.2010 lepas Cik Puan Elia Suhana dan peguamnya Fakrul Azman tidak dibenarkan masuk ke Istana Mahkota walaupun telah menunjukkan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan untuk melawat KDYMM Sultan Kelantan. Pengawal memaklumkan kepada Cik Puan dan rombongan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk dan meminta maaf kerana menjalankan tugas yang diamanahkan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan.
*****
Cik Puan Elia Suhana dalam kenyataannya, masih menaruh harapan untuk melawat suaminya dan mengangap kegagalan beliau bertemu Tuanku adalah disebabkan konspirasi untuk menafikan haknya sebagai seorang isteri. Beliau memaklumkan bahawa kehidupannya sebelum ini amat bahagia sekali disamping suami tercinta, KDYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Tuanku Yahya Petra. katanya "rumahtangga saya dengan tuanku tidak ada masalah sebelum ini tetapi kini saya tidak dapat lagi bertemu baginda walaupun tuanku telah balik ke Istana Mahkota.

LRT Stuck - 24.03.2010

Semenjak semalam orang ramai merungut LRT Stuck dari Jam 08:00am hingga 11:00am baru ok. Semalam CD kata mereka menyediakan perkhidmatan shuttle bus dari Stesyen Melati ke Ampang Park. Tak tahu apa masalahnya. Pagi nie stuck lagi coz bila Syah naik ke platform macam tak boleh nak lalu kerana ramai orang menunggu train. Syah turun dan tanya security tapi katanya train ok dan dia cadangkan Syah menggunakan platform yang menuju ke last station iaitu stesyen Putra. So terpaksalah buat macam tu, kalau tidak, tak tahu pukul berapa baru dapat naik train. Macam inilah keadaan passenger di Stesyen LRT Melati yang tak dapat masuk kerana train alreaddy full. Untung Syah ikut idea security tadi.... hehheheheh. Syah terjumpa Yaya practicle student Syuhada dalam train tersepit dicelah-celah manusia yang ramai tu, sian dia. Disebabkan keadaan tidak mengizinkan tak dapat ambil gambar dia. Kesian passenger dari stesyen-stesyen seterusnya tak dapat naik tren dan kalau dapat naikpun hanya seorang dua sahaja, itupun kalau ada passenger lain yang turun. Pihak pengurusan LRT harus mengambil tindakan segera bagi memantau masalah ini dan menaik taraf sistem pengurusan LRT yang merupakan salah satu sistem perkhidmatan pengangkutan awam utama di Malaysia.

Monday, March 22, 2010

HSBB Induction Course - 22.03.2010

Today Syah, Azrin dan Fikri ke KL. Fikri balik UITM Lendu, Melaka dan Syah hari ini @ taskforce di Kolej. Sampai di kolej bilik tak buka lagi dan Syah difahamkan oleh Puan Raja, Dik No (Norafizah) mungkin cuti dan Nik also inform mungkin Dik No half day coz sekarang berada di Teluk Intan, Perak. So Syah minta kunci bilik dari Nik dan terus berjumpa Kak Has, Afizan, Syaiful, Tukiman, Q'aini & Widda di Dewan Kayangan (wow... nama dewan dia) coz pagi ini ada sesi HSBB Induction Course batch ke 6. Induksi untuk juruteknik yang baru dilantik oleh TM.
So Syah tolong mereka buat registration dan jadi assistant untuk MC kendalikan audio. Induction nie dirasmikan oleh Norain Harun boss Kak Has. Selepas sesi perasmian mereka bertolak jam 12:00 tengahari ke TM Training College di Taiping, Perak. Program ini memakan masa selama 3 minggu. Dua buah bas digunakan untuk ke Taiping iaitu dari Plusliner dan TM Training Center. Selepas menghantar mereka ke Bas Syah berjumpa Nik untuk mengambil laptop dan terus ke Q106 untuk menyambung semula tugas Syah di Taskforce. So......kepada semua Welcom to TM and Best of Luck kepada semua para peserta program induksi ini semuga menjadi warga TM yang mengamal dan menerapkan nilai-nilai teras TM iaitu total commitment to customer, respect and care dan uncompromising integrity sebagai satu budaya kerja di TM.

Putrajaya - 21.03.2010

Petang nie Azrin invite Syah ke Putrajaya wif his family untuk menyaksikan pameran belon panas diPresint 12. We all ke Putrajaya dengan dua buah kereta. On the way kesana hari sudah mula hujan dan bila sampai Putrajaya cuaca mendung. Lepas parking dan jalan hampir 5 minit baru sampai ke tempat exhibition. Sampai sahaja hujan turun dengan lebatnya dan we all duduk dalam khemah sahaja sampai hujan reda. Hampir satu jam dan hari semakin gelap. So satu biji belonpun Syah tak nampak. Ada gerai ice creame offer ice cream FOC kepada pengunjung sebab dia tahu tak sapa nak beli punya. Azrin, Fir dan Fikri ambil kereta dan fatch we all dikhemah.
Dari Presint 12 we all nak makan nasi beryani gam yang terkenal di Putrajaya. Tak datang sini tak sah kalau tak singgah. Nasinya memang sedap dan ada pelbagai lauk pauk tapi masa we all smpai banyak yang sudah habis tapi bolehlah. Semuanya 7 orang makan RM155.00. Azrin belanja.

Sunday, March 21, 2010

Ayahanda dan Muss - 21.03.2010

Pagi tadi Ayahanda call inform dia nak balik Sabak Bernam pagi nie dan jam 12:33tgh tadi Ayahanda call inform dan sampai jam 12:00 tgh tadi. Intan hantar balik kampung. Intan balik Kl hari ini juga. My Bro Muss pula outstation ke Kelantan. Katanya jam 12:00 tgh nak bertolak.
Semuga Allah selamatkan perjalanan Muss dan kawan-kawannya pergi balik dari KL-Kelantan-KL, begitu juga my Sis dan hubbynya yang akan bertolak ke KL sebentar nanti.

My New Net Book - 20.03.2010

Akhirnya hari ini Dell hantar Netbook Syah ker rumah. Mengikut appointment antara jam 02:00pm - 05:00pm tapi jam satu lebih dah datang. Oklah tu. Lepas nie senanglah sedikit nak access ke internet coz sebelum nie desktop kat dalam bilik study. Sekarang dimana-mana sahaja boleh buka internet - kat bilik tv, ruang tamu, atas katil atau di depan rumah. hehehehehe


Renovation Rumah Azrin - 20.03.2010

Hari ini Syah sempat menjenguk ke belakang rumah Azrin yang sedang dalam proses pengubahsuaian. Azrin buat renovation hadapan rumah, penambahan untuk dapur basah dan besarkan bilik bawah dan alihkan bilik air. Parents dia nak pindah ke bawah coz tak larat nak turun naik tangga. Cost semuanya RM23K asal 23,700. Sebelum tu dia ke MPS untuk dapatkan kelulusan - Buku Pelan -RM25, sticker MPS - RM5, Surat Kelulusan - RM50 dan Cagaran - RM500.

Dinner/Kak Ngah Dtg Rumah - 19.03.2010

Sepatutnya today ada appointment dengan NY tapi batalkan coz rasa macam tak nak ke sana sebab mata Syah rasa tak selesa. Call Muss dia inform CD keluar dengan Kak Ngah ke KLCC. So Syah ajak Muss makan di Chinese Muslim Food di Melati Utama coz masa beli Satay di Satay Kajang semalam nampak restoran tu........ tu yang teringat nak makan kat sana petang nie.
Muss kononnya taknak makan kononnya coz nak diet. Restoran nie namanya de templer terletak di No. 17G & 19G, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, Setapak,KL. Syah makan Nasi Goreng Cina - RM 5 & Kasturi Asam Boi - RM4.00 dan Muss pula Thai Fried Rice - RM5.00, Watermelon Juice - RM3.50 & Sky Juice -RM0.40. Satu lagi telur dadar (standard 3 butir)- RM6, Semuanya RM23.90. Bolelah tapi Muss kata tak berapa kena dengan taste dia.

Malam tu pula Kak Ngah Faziah, Nabila & Nadia datang rumah hantar CD balik. Mereka lepak kat rumah sekejap coz hari hujan lebat sambil bercerita pasal kucing.

Kucing Mata Lain/Anak Salim Mati - 18-19.03.2010

Today Ayahanda ada appointment di HKL, Syah tak dapat datang. Intan, Am dan bonda temankan ayahanda. Petang nie Syah ke Selayang bersama Muss & CD. For Dinner Syah beli Satay Kajang - 40 daging, 10 perut, 20 daging & 2 ketul nasi impit dan Intan beli Kuih Teow Goreng. Sedap kueh teownya pedas. Mus tambah banyak kali. Hehehehe
Sampai sahaja di Selayang, masa nak parking nampak sekor ibu kucing dan tiga ekor anaknya. Bila tanya Intan katanya kucing tak bertuan. Intan inform ada seekor anaknya mata color sebelah lain. Satu biru dan satu macam hijau nak ke coklat, bulunya warna putih dan tak ada satu tompokpun warna hitam dan kakinya agak pendek. Mus kata bertuah kalau bela, so dia bawa balik. Dipendekkan cerita anak kucing tu tak boleh get along dengan kucing yang lain sampai macam nak roboh sangkar sebab semua kucing macam histeria. So Muss ambil keputusan nak pulangkan semula kucing tu pada Intan tetapi sebelum tu esok paginya dia inform Kak Ngah samada nak kucing tu, kak Ngan tak mau dan dia call Kak Long dan Kak Long suruh hantar ke rumahnya. Syah inform Intan dan intan kata kalau mereka tak nak pulangkan semula kucing tu pada dia sebab ramai orang kat kawasan tu nakkan kucing tu.

Malang tak berbau, masa bawa kucing mata lain color tu ke rumah, CD kemas sangkar. Lepas habis kemas baru CD perasaan salah seekor anak Salim yang bermata biru sudah nazak. Tak tahu kenapa, mungkin terpijak oleh kucing-kucing yang lain kot. Menangis CD bila kucing tu mati lebih kurang sejam kemudian. Muss gali lubang depan rumah sebelah bilik tidur Syah. Syah letakkan pokok buluh sebagai tanda. Masa Syah tidur malam tu ada terdengar suara anak kucing mengiau, mungkin anak kucing mata lain tu atau anak-anak Salim kot.


Sup Mamak Popia - 16 - 17.03.2010

Today Muss belanja Syah makan Sup Mamak. SEDAP Punya ............. katanya di area Setapak. Syah pun dah lama tak mamam sup nie, dulu selalulah diarea hadapan Komplek Wilayah tapi lupa pula nama jalan tu. Specialnya kat kedai nie ada Popia Basah. Memang laris macam goreng pisang panas. Muss order sup campur, CD Sup Ayam & Nasi Putih dan Syah order Sup Kosong & mee goreng mamak. Popia satu set setiap sorang. Satu set ada dua popia. Sup dia sedap dan pekat, popia superb tapi mee goreng mamaknya HANCUS. Geram betul Syah. Masa nak bayar Syah cakap you punya mee goreng bukan mamak punya, macam nie sayapun boleh buat kat rumah, mereka inform sebenarnya tukang masak yang buat mee goreng tu Indonesian. Sepatutnya informlah customer tak ada mee goreng mamak coz membazir jer sedap lagi Syah masak kat rumah. Restoran Hussin ini terletak berhampiran Court Mammoth dibelakang Masjid Setapak. Pagi esoknya breakfast degan Muss @ Mindeff. Macam biasa dia makan roti canai banjir dan teh ice dan Syah minum kopi o sahaja itupun tak habis dan minta mamak tu bungkuskan. Today sepatutnya Syah balik office tapi terpaksa ke Kolej sekajap sebab ada dokumen yang tertinggal. Masa berjalan ke Kolej perut Syah sakit memulas dan Syah balik semula ke Bangunan Felda coz kat situ ada toilet. Sakit perut tak tahan mungkin makam sup semalam kot? Lepas ambil dokument di Kolej Syah balik rumah tukar pakaian coz rasa tak selesa buang air kat tempat yang Syah tak biasa. Heheheheheh.....................

Saturday, March 20, 2010

Sangkar Baru - 15.03.2010

Today Muss beli sangkar baru untuk kucingnya yang semakin bertambah ke angka 12. Sampai di Stesen LRT Melati Syah call Muss dan dia minta Syah ke Platinum Walk kerana dia sedang berbincang mengenai kitchen cabinetnya. Dia minta Syah naik teki coz dia sedang berdiskusi dengan sales girl tu. Dari Platinum Walk ke Medan daman untuk beli Sangkar kucing.

Apek tu minta RM580.00 dam Muss inform bapanya beri RM500.00 hari dan dia setuju coz ayahnya dah janji dengan Muss. Actually guna duit Syah dulu dan dapat gaji nanti Muss bayar balik. CD dan Syah adalah donate sedikit. Muss also bought tempat main kucing. Sekarang sudah ada dua sangkar besar dan diletakkan di balcony. Lepas beli sangkar, CD belanja we all makan di kedai tomyam. Ganaz juga makan malam nie, Ikan Stim Halia, Kailan Goreng, Telur Bungkus dan Udang Goreng Tepung. Thank CD.

Task Force -

Semenjak 08.03.2010 Syah bertugas di TMTC - TM Training College, Jalan Semarak kerana ada Task Force for Pending Item. Disini we all compile payment untuk student-student Multi Media College for KL Region bagi tahun 2007 - 2009. Target date 30.03.2010. Dari HQ Syah, Dek No and Moin, the rest TMTC staff. F&B provided.

Tuesday, March 16, 2010

Rumah Kak Ngah - 14.03.2010

Balik kampung tengok rumah Kak Ngah sedang dalam pembinaan. Shukur alhamdulilah sudah ada rumah sendiri, rezeki namanya. Tuah ayam nampak di tajinya tuah manusia siapa yang tahukan? ALLAH sahaja yang tahu. Biasalah bila dah buat rumah mesti bersepah...... Tapi taklah teruk sangat cuma jalan masuk rumah pusaka kami yang berlubang coz lori masuk.Pagi nie Muss tolong tutup lubang tu dengan pasir dan tanah sebab susah kereta nak lalu. Nasib baik Kak Long tak balik kampung, kalau tidak mesti dia marah jalan berlubang dan susah kereta nak masuk. hehehhehe... Jangan marah yer Kak Long nanti cepat tua. Itupun Razak tak tahu tu. huahuahua. Nanti bila rumah dah siap Kak Ngah nak buat kenduri sedikit tapi taklah panggil satu kampung cuma adik beradik dan keluarga sahaja. So Razak, Kak Lang dan Kak Long stand by lah yer....

Balik Kampung - 13.03.2010

Hari ini balik kampung di Sabak Bernam, Selangor. Mus, CD dan Syah. Sebelum tu singgah rumah rawang coz nak ambil ubat ayahanda. Sebelum sampai Sabak Muss singgah Sg Hj Dorani untuk beli seafood yang jadi favourate dia. We all lunch sekali di D'Muara, Sg Hj Dorani. sampai sudah petang ke kampung. Malam tu kami semua keluar ke Sg Besar coz Kak Ngah nak beli peralatan dapur rumah dia. Semua pergi dan serahkan kunci rumah pada Haziq kat kedai takut kita orang balik lewat. Muss ingat nak cari tempat makan di Sg Besar masa balik dulu tapi tak jadi coz tak jumpa kedai tu. So makan di Sabak Bernam sahaja.
Pagi Ahad Syah, Haziq dan Kak Ngah berurut dengan Mak Cik nie. Perut Syah ada problem. Sakit macam dulu semula. Rasa sakit dan senak. Mak Cik tu kata Angin berkumpul di bahagian kiri perut Syah tapi katanya biasanya ia terjadi di atas bahagian perut - sudu hati tapi Syah lain pula. Heran Makcik tu. Actually Syah tak boleh angkat berat kalau buat kerja berat-berat mesti rasa sakit dibahagian perut. Ingatkan dulu angin pasang dan ke Hospital tapi katanya bukan. Tak tahhulah. Ada dia bagi petua untuk urut sendiri katanya patunya 3 kali tapi disebabkan Syah kerja susahlah nak cuti. di suruh tuam perut Syah. Thanks Mak Cik.... rasa macam ok sedikit tapi masih sedikit senak. Lepas tu Syah ke rumah Ayahanda dan makam laksa kat pekan Sabak. Kak Ngah masak lunch untuk kami. Bertolak sebelum Asar dan singgah ke Makam nenda. On the way balik KL singgah rumah Kak Long di Bistari Jaya. Sampai lebih kurang jam 09:00pm.

From NY to Alice in Wonderland - .12.03.2010

Today ada appointment dengan May Wan dari New York Skin Solution @ The Boullevard, Mid Valley City jam 06:30pm. Macam biasa turun di LRT Bangsar dan naik teksi ke mid velly. Malas nak tunggu shuttle bus hari ine. Sampai awal jam 06:00pm.
Appointment habis lebih kurang 08:00pm. So esokkan cuti dan Syah jalan-jalan cari makan di Mid Valley Shopping Complex. Sambil ronda-romda 360 darjah jumpa promotion filem Alice in Wonderland - The Mad Hatter. Apa lagi ambil kesempatan macam orang lain ambil pic suasana di wonderland. Ramai yang tolong Syah ambilkan gambar mungkin mereka kesian tengok Syah ambil gambar sendiri. Heheheheheh memang 1 Malaysia.

Monday, March 15, 2010

Elia dihalang masuk Istana Kelantan - 14.03.2010

Pagi semalam 13.03.2010 Cik Puan Elia Suhana dan peguamnya Fakrul Azman (ditengah gambar) tidak dibenarkan masuk ke Istana Mahkota. Pengawal memaklumkan kepada Cik Puan dan rombongan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk dan meminta maaf kerana menjalankan tugas yang diamanahkan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan. Cik Puan dan rombongan tiba didepan pintu gerbang Istana lebih kurang jam 07:00am dan beredar 15 minit kemudian kerana tidak dibenarkan masuk walaupun menunjukkan surat mahkamah kepada pengawal.

Dengan nada terkilan dan sedih beliau memaklumkan kepada yang berada di pintu gerbang Istana Mahkota bahawa sebagai seorang isteri beliau mempunyai hak untuk bersama suami dan kehadirannya pada pagi Sabtu ini adalah berdasarkan perintah mahkamah yang membenarkan beliau melawat Tuanku Sultan Kelantan secara giliran setiap hari Sabtu hingga pagi Isnin. Katanya "Saya akan mendoakan kesihatan Tuanku, Semuga Tuanku mendapat Rahmat Allah SWT". Syah doakan semuga Cik Puan Elia Suhana Ahmad tabah menghadapi dugaan ini. Sabar adalah separuh dari Iman dan mungkin ini dugaan yang harus Cik Puan lalui dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Yang benar pasti akan mendapatkan haknya.

Wednesday, March 10, 2010

Sultan Kelantan Cerai Isteri - 10.03.2010

Gemparrrrrrrr. Berita terbaru mengenai perkahwinan Tuanku Sultan Ismail Petra. Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan bahawa beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad pada jam 3.30 petang semalam di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan atas titah KDYMM Sultan Kelantan sendiri. Zainul mendakwa Baginda telah melafazkan sendiri cerai berkenaan pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi. Mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada hari Ahad, 04 April 2010 jam 09:00am.
Sama-samalah Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran ini dan biarkan Mahkamah Syariah menjalankan tugas-tugasnya mengikut hukum yang ditentukan oleh Allah bukanya hukum yang ditentukan oleh manusia. Syah percaya Kelantan dibawah pemerintahan PAS (Parti Islam Semalaysia) yang adil dan bijaksana ini akan melaksanakan humum Islam yang adil dan saksama. Mudah-mudahan kebenaran memihak kepada yang benar. AMIN.

Today - 10.03.2010

Today nampak gayanya Syah sorang-sorang jer di KL dengan Kucing. Ahad hari tu Muss ke Kuantan outstation dan balik Jumaat nie. Hari Isnin Azrin ke Pahang juga sampai Jumaat buat sales dia dan tadi CD nak balik Kuantan jenguk emaknya yang sakit mungkin kena operate kakinya kerana kencing manis dan Jumaat baru balik. Syah dah booking Muss balik kampung Sabtu nie. Dia tiada bantahan coz Syah kena jaga kucing-kucing dia dalam dua hari ini, kira upah jaga kucing. Hehehehhehe.Pagi nie ingat nak trim misai tapi tersilap trim. Dari jadi "tobek" Syah buang semua misai tapi janggut kena tinggal jika tidal bertambah bulatlah Muka Syah takut nanti orang kata cute plak.

Salim buat hal - 08.03.2010

Today Syah dirumah KL. Balik jer buka pintu ada bau najis kucing. Rupa-rupanya Salim buat hal. Habis satu bilik disepahkannya dengan makanan dan pasir najisnya. Mungkin dia marah sebab CD kurung dia dalam sangkar dengan kitten. Naik pening kepala dibuatnya. Terus call Mus dan Muss inform CD balik sekejap lagi. Kittenpun habis basah.

Untung CD balik dengan staf-stafnya. Kebetulan dia nak belanja staff dia makan dan singgah rumah sekejap. Lagi bertuah stafnya juga ada pengalaman jaga 12 ekor kucing. Jadi mereka tolong mandi dan bersihkan 3 ekor kitten dan Salim. Seekor jer kena mandi sebab dah kritikal - hehehe basah yang lain dia orang lap dan sikatkan pasir yang melekat kat bulunya. Terima kasihlah pada staf-staf CD yang datang kalau tidak Entahlah tak dapat nak bayang. Kitten dan Salim dah makin mesra, tengok gambar atas tu. Tapi sian dia terpaksa susukan banyak anak. Miza, practicle student Syah kata nanti takut salim mati sebab susukan banyak anak. Entahlah. Actually semalam CD nak ambil mak kitten di Rawang tapi Muss tak bagi.

Sunday, March 7, 2010

Aktiviti Petang Ahad - 07.03.2010

Tengahari tadi ke rumah Azrin coz dia ajak sama untuk berbincang dengan contractor untuk renovate bahagian belakang dan depan rumahnya. Pada awalnya contractor charge RM23,700.00 tapi bila minta kurang dihanya boleh beri RM23K sahaja. Contractor tu jiran kami juga stay belakan rumah Azrin. Walau bagaimanapun untuk bahagian belakang rumah tu Azrin terpaksa mendapatkan kelulusan MPS. Esok Azrin nak ke Pahang outstation dan my bro Muss ke Pahang juga outstation tapi pergi petang tadi.
Lepas tu Syah balik dan solat kemudiannya menonton NONA sampai tertidur. Jam empat lebih baru bangun. Jam 05:30pm Azrin call kata nak ke Selayang tengok orang main layang-layang kemudian ke pasar malam country homes. Syah minta tunggu dulu sebab nak mandi. Kemudian Azrin call samada beg duitnya ada tertinggal kat rumah Syah tapi Syah kata tak ada. Akhirnya dia jumpa wallet tu kat rumah dia.

On the way ke Selayang hari hujan dan Azrin kata tak jadi ke Selayang dan Syah cadangkan ke TESCO Rawang jalan-jalan. Mereka ke TESCO dan Syah jalan-jalan kat bawah. Rasa lapar dan dah seminggu tak makan nasi so Syah makan kat medan selera TESCO. Nasi, Sayur dan kari daging RM4.60 dan minum air tebu RM1.60. Lepas tu singgah kat Pak Hailam Kopitiam beli Wholemil Pau - read bean dan kaya RM1.00 each.

Dah nak hampir 08:00pm dan kami bertolak ke pasar malam country homes untuk beli makan malam. Syah beli ayam goreng uncle bob. Makan sedikit jer dan lebih tu bagi kat Azrin. Syah beli nasi kerabu. Sampai rumah singgah kat kedai di taman garing permai untuk beli mineral water. Sampai dirumah dengar suara mak kitten dan Syah bagi dia makan. Dalam microwave ada meggi kembang ingat nak makan petang tadi tapi tak jadi. Sambil buat blog nie Syah menonton Raja Lawak Final. Jam 10:10pm tadi Muss call inform dia dah ada di Kuantan sampai jam 07:30pm katanya. Dia tanya siapa juara Raja Lawak, Syah inform belum tahu lagi coz pertanding sedang berjalan dan semuanya bagus-bagus belaka.

Raja Perempuan Kelantan Kemuka Bantahan - 07.03.2010

Peguam DYMM Raja Perempuan Kelantan, Zainul Rijal hari ini mengemukakan bantahan terhadap arahan tunjuk sebab kerana ingkar perintah mahkamah membenarkan hak lawatan kepada isteri kedua Sultan Kelantan, Che Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu hari ini bagi pihak ketiga-tiga defendan iaitu DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Muhammad Shahrizan Zainal dan Zaiton Husin Merican. Walau bagaimanapun ketiga-tiga responden tidak hadir ke Mahkamah.

Keadaan ini berlaku apabila Mahkamah Tinggi Syariah pada 04 Februari 2010 telah membenarkan Cik Puan Elia Suhana melawat suaminya yang menerima rawatan di hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu. Bagaimanapun Che Puan Elia Suhana mendakwa dihalang oleh ketiga-tiga defendan bertemu suaminya dan pada 21 Februari 2010 mahkamah telah mengarahkan ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab engkar perintah mahkamah.

Fakhrul Azman yang juga Peguam Che Puan Elia Suhana mempertikaikan ketidakhadiran ketiga-tiga defendan di mahkamah hari ini kerana menurutnya mana-mana pihak perlu hadir jika diperintah oleh mahkamah.

Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini, Hakim Syarie Mohd Yusof Awan menetapkan 04 April 2010 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. Sama-samalah kita lihat bagaimana kuasa mahkamah menyelesaikan isu ini yang melibatkan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Yang pasti kebenaran akan memihak kepada YANG BENAR, BETULLAH KAN?

BZ Seminggu Dua - 07.03.2010

Seminggu dua nie memang Syah BZ dan tak sempat update blog. Saya nak recall beberapa aktiviti Syah.

23.02.2010 - Appointment dengan Mei @ New York Skin Solution. Lama tak kesini coz ada urusan lain dan appointment ditunda.

27.02.2010 - Temankan Azrin family ke Sure Heboh di Bukit Jalil dan lepas tu dinner kat area Sekolah Teknik Gombak, Fikri dah rindu makan kat sekolah lama dia. Sedap nasi goreng USAnya tak kedekut toke nie- Seriouse.

28.02.2010 - Pagi nie Syah tekejut kerana kelopak mata kiri Syah bengkak. Syah ke kelinik panel TM naik bas pagi nie dan doktor kata infection. Oklah 2 @ 3 hari sembuh. Petang nya pula CD dan Muss datang Rawang. So Syah tumpang dia balik KL sekali. Ingat hendak bawa balik kitten tapi coz nak singgah TESCO Rawang tak jadi dan baru semalam mereka datang ambil kitten. So Muss beli grocery di TESCO dan lepas tu dinner @ Pak Li Kopitiam.

Saturday, March 6, 2010

Mus ambil Kitten - 06.03.2010

Today lunch Laksa kat rumah Azrin. Adik ipar dia Ashura masak. Masa kat rumah Azrin Muss call kata nak datang ambil anak kucing. Lebih kurang jam 04:30pm Muss sampai. Dia rehat sekejap sambil view beberapa VCD tamil yang dia beli di Jalan Masjid India. Syah sediakan strawberry tea untuk mereka dan Mus bawa Masalode.
Lebih kurang jam 05:35pm Muss dan CD nak balik rumah kl dan bawa dua ekor kitten tu tapi ibunya tak bawa sama, cuaca petang nie mendung dan haripun dah mula nak hujan. Kucing nie tak tahu siapa punya, dulu dia beranak kat rumah Syah dan pindahkan anaknya ke tempat lain dan baru-baru nie dia beranak lagi tapi tak tahu kat mana coz bila dia bawa anaknya ke rumah Syah, anaknya memang dah besar sedikit. Malam nie Syah call CD dan dia inform Salim susukan kiten-kiten tu bersama anak-anaknya. Shukur alhamdulillah. Kesian pula dengan mak kitten tu mengiau cari anaknya dan Syah dah bagi dia makan dan biarkan dia lepak dalam rumah. Bagi Syah lebih baik anak-anaknya di KL sebab ada orang jaga dan dalam sangkar kalau di Rawang nanti akan jadi kucing liar silap-silap dimakan anjing. Kat rumah KL Syah tengok kadangkala makanan kucing lebih mahal dari makanan kita orang dan minum bukan air paip tapi mineral water.

Princess Aiko Kena Buli - 06.03.2010

Hari ini sibuk satu dunia berita melapurkan Princess Aiko kena buli oleh beberapa orang budak lelaki disekolahnya menyebabkan beliau tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari. Jurucakap DiRaja Issei Nomua tidak memaklumkan bila Princess Aiko akan memulakan sesi persekolahan dan perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin. Beliau bersekolah di sekolah rendah elit Gakyshuin di daerah Shinjuku bahagian tengah Tokyo. Syah dapat rasakan bagaimana perasaan puteri raja nie. Dulu masa Syah darjah tiga pernah ada orang buli dan setiap kali datang sekolah kena bagi dia duit sampai satu tahap rasa macam tak tahan dan tak nak kesekolah sampai kena marah dengan Almarhum dan Almarhumah Nenda. Mereka bawa juga Syah ke Sekolah tapi Syah menangis tak nak sekolah macam orang hilang ingatan dan ayahanda saudara Syah, Almarhum Uda Mon yang juga seorang guru di sekolah tu akhirnya dapat pujuk Syah dan kes tu dapat diselesaikan dan Syah ke Sekolah macam biasa. satu hari jer tak sekolah.
Princess Aiko dan bondanya Princess Masako

Berbalik kepada puteri nie, mungkin ada yang tak kenal siapa dia. Ialah kan anak raja kat Malaysia nepun kita tak khatam semua inikan anak raja dari negara luar kan? Princess Aiko adalah anak perempuan tunggal Pewaris Tahta Maharaja Jepun, Crown Prince Narahito dan Princess Masako. Beliau diputerikan pada 01 Disember 2001. Satu kelahiran yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Jepun kerana ianya merupakan kelahiran seorang pewaris tahta yang dinanti-nantikan oleh Jepun. Selain daripada itu iajuga merupakan kelahiran yang amat ditunggu-tunggu oleh kedua ayahbondanya yang telah sekian lama berkahwin tapi tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Walau bagaimanapun Masyarakat Jepun dan kerabat DiRaja merasa agak hampa apabila yang lahir adalah seorang perempuan bukannya lelaki seperti yang diharapkan dan tiada peruntukan undang-undang membenarkan wanita menjadi Maharaja di Jepun.

Pewaris Tahta - Prince Hisahito

Kegagalan melahirkan zuriat lelaki menyebabkan bondanya, Princess Masako merana menghidap adjustment disorder dan diberi terapi anti tekanan perasaan. Situasi ini menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas rasmi selama hampir enam tahun. Sebenarnya Kerajaan Jepun dalam proses mengubal undang-undang membenarkan wanita menjadi pewaris tahta seperti di Negara-Negara Eropah bagi menyelesaikan isu pewaris tahta yang semakin meruncing kerana kesemua anak lelaki Emperor Akihito tiada zuriat lelaki. Walau bagaimanapun pada 06 September 2006, Princess Akishino @ Kawashima Kiko isteri adik lelaki Crown Prince Narahito, Prince Akishino melahirkan seorang bayi lelaki bernama Prince Hisahito dan secara langsung menyelesaikan isu pewaris tahta Chrysanthemum dan secara tidak langsung mengetepikan hak Princess Aiko dalam senarai pewaris tahta. Kasihan Syah lihat nasib yang menimpa keluarga Crown Prince Naruhito yang selalu dirundung malang. Apa-apapun sama-samalah kita doakan agar kebahagian dan kegembiraan melimpihi keluarga DiRaja ini walaupun ianya bukan satu agama dan bangsa dengan kita. Bagi Syah jika kita mendoakan kebaikan untuk orang nescaya ada orang lain pula yang akan mendoakan kebaikan untuk kita.

Home Sweet Home Tuanku Ismail - 06.03.2010

Shukur Alhjamdulilah kesihatan KDYMM Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra beransur pulih setelah hampir 10 Bulan mendapat rawatan intensif di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Baginda dan rombongan tiba di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan lebih kurang jam 12:30 tengahari pada 04 Mac lepas menggunakan pesawat khas kerajaan Malaysia. Semenjak mendapat rawatan di Singapura pada 24 Mei 2009, berbagai-bagai masalah telah melanda Institusi Beraja Negeri Kelantan yang disifatkan oleh media sebagai Kemelut Istana Kelantan dan secara tidak langsung menjadikan kerabat Diraja negeri ini menjadi tumpuan masyarakat Malaysia. Turut menyambut keberangkatan tiba Sultan kelantan adalah DYAM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, Kerabat DiRaja, ahli-ahli politik dan dianggarkan seramai 5000 rakyaat kelantan. Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sehari sebelum keberangkatan pulang Sultan Kelantan. Menurut setiausaha akhbarnya, En Ahmad Fadhli Shaari, Nik Aziz mengadu sakit disebelah dada kirinya sewaktu pemeriksaan jantung dikelinik jantung HUSM dan telah dirujuk oleh doktor untuk dimasukkan ke wad. Beliau dijangka dibenarkan pulang dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Kelihatan KDYMM Sultan Ismail Petra berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam ditolak menggunakan kerusi roda setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.