Thursday, November 18, 2010
Ke Kelinik Zariff - 18.11.2010
Sambut Aidil Adha Sultan/Kerabat Bersama Raakyat - 18.11.2010


Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Tunku Temenggung Johor YTM Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim berkenaan menyerahkan daging korban dalam Majlis Korban Perdana Bersama Rakyat Johor di Plaza Angsana Johor Baharu. Pagi Ne - 18.11.2010
Wednesday, November 17, 2010
Prince William Engaged (bertunang) - 17.11.2010

Majlis perkahwinan ini akan diuruskan oleh Clarence House. Clarence House merupakan kediaman rasmi Prince of Wales, Duchess of Cornwall, Prince Willian dan Prince Harry. Sebelum ini Clarence House merupakan kediaman rasmi Queen Elizabeth dan bonda baginda Queen Mother . Prince Harry disebut-sebut sebagai Best Man Prince William dihari bahagian itu nanti. Majlis perkahwinan mungkin akan diadakan pada Musim Bunga atau Musim Panas tahun hadapan. Semuga pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin dan perkahwinan itu akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Seperkara yang perlu kita ingat, Jodoh, Ajal dan Maut itu ditentukan oleh ALLAH yang Maha Esa dan kita hanya mampu merancang yang terbaik untuk kita dan pasangan sahaja dan apa yang terjadi dikemudian hari adalah ketentuan Yang Telah Tersurat Untuk Kita.
Sultan Brunei Solat Sunat Aidil Fitri dan Sembelih Haiwan Korban - 17.11.2010

Sakit Syah - 17.11.2010
Pagi Raya Aidiladha di Makam Raja Alang - 17.11.2010
Anda tahu tak tak siapa Raja Alang nie........ Tu yang kita selalu sibuk beli makanan terutamanya bila tiba bulan puasa di Jalan Raja Alang dekat Chow Kit Road yang terkenal dengan jualan juadah berbuka puasa, inilah Makam (kubur) individu yang namanya diambil untuk nama jalan tu. Semenjak Syah ke Makam ini sekitar 1990an beginilah keadaannya. Sebahagian binaan makam telah pecah dihempap oleh pokok dan tidak dibaiki kerana mungkin kosnya terlalu mahal. Makan Almarhum ini sebijik menyerupai Makam Sultan Sulaiman Selangor di Makam DiRaja Kelang, Kampung Jawa dan sedikitpun tiada bezanya samada dari segi saiz mahupun ukirannya. Makamnya sebenarnya tiga tingkat dan binaan bahagian atas sekali telah pecah dan ada diletakkan bersebelahan makam.
Nampak tak longokan batu di kiri Syah tu. Nisan Almarhum juga telah tinggal satu sahaja dan telah ditanam separuh kedalam binaan makam seperti gambar diatas tu. Dahulu ada Syah lihat nisan satu lagi tu tapi sekarang tidak tahu mana perginya. Tanah perkuburan ini memang terkenal sekitar Kuala Lumpur kerana banyak VVIP dikebumikan disini termasuklah Mubbin Shapperd, Datuk Harun bekas MB Selangor, Carlos anak Musa Hitam yang meninggal kerana Kondo runtuh di Highland Tower, Tan Sri P Ramlee, Pn Sri Solama, Rosyatimah, Kerabat DiRaja Selangor, Kerabat-Kerabat DiRaja Lain dan Kaum Kerabat Tun Dr Siti Hasmah pun ada disini dan banyak lagi Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin disamping penduduk sekitar.
Selepas solat, Syah jalan kaki dari KLCC ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang yang terletak berhampiran Ibupejabat Bank Simpanan Nasional. Sampai sahaja Syah ingat nak beli bunga dan air mawar tapi duit dalam poket ada note 50 sahaja sebab duit RM10.00 Syah dah masukkan dalam tabung masjid tadi. So Syah masuk dulu dan melawat kawasan sekitar sebelum ke Makam Raja Alang. Dah lama Syah tak kesini. Disepanjang jalan ramai peniaga menjual bunga, minuman dan mainan pun ada seperti belon di kawasan perkuburan tu. Tak kurang juga peminta sedekah begitu ramai duduk dipintu masuk tanah perkuburan.
Syah sempat bertanya penjual disitu dan mereka memaklumkan Jualan dikawasan ini hanya pada waktu perayaan seperti hari ini sahaja. Syah bersihkan Makam Raja Alang dengan membersihkan daun dan kotoran diats binaan makam, cabutkan pokok-pokok kecil yang tumbuh dicelah-celah binaan makam dan membuang daun yang layu/kering atas makam dan betulkan pokok yang ditanam atas makam. Lepas tu rasa tak sedap hati tak siram air mawar dan tabur bunga dan daun pandan atas makam Al-Marhum lalu Syah ke luar tanah perkuburan dan tanya pada seorang penjual tu harga bunga dan air mawar. Bunga sebungkus RM2.00 dan dalamnya ada bunga dan daun pandan manakala air mawar RM2.50.
sebelum tu Syah tanya ada tukar RM50.00 dan dia kata tak ada dan Syah ke penjual lain dan katanya ada tukar RM50.00. Syah beli dua bungkus bunga dan dua botol air mawar seperti dalam gambar diatas sebelah kanan tu. Syah taburkan sedikit daun pandan dan bunga pada beberapa makam sekitar makam Almarhum. Syah kemudian ambil gambar makam dan sempat minta bantuan orang disitu untuk ambilkan gambar Syah seperti diatas tu. Sebelum balik Muss call katanya hendak ke Ampang, rumah Kak Ngah dan Syah kata tak mengapa lah Syah tak ikut. Sebelum balik Syah ronda satu tanah perkuburan ambil gambar sebelum jalan kaki ke LRT KLCC balik rumah. Dari LRT Syah naik teksi ke KL Resdience sebab rasa tak sihat sedikit.
Tuesday, November 16, 2010
Sesuatu Yang Memalukan Institusi DiRaja - 16.11.2010
Tak jadi Balik Rawang - 16.11.2010
Monday, November 15, 2010
Tah Apa-Apa Insuran Nie - 15.11.2010
Rezeki Hari Ini - 15.11.2010
Saturday, November 13, 2010
Makan Malam Di O'Briens - 13.11.2010
Sultan Muhammad Ke-V Tunaikan Ibadah Haji - 13.11.2010
Lunch - 13.11.2010
Petang Semalam - 13.11.2010
Sultan Selangor Batal Kehadiran ke Majlis Ulangtahun Ke-40 Yayasan Selangor - 13.11.2010
Sultan Brunei Jual Kereta Mewah Baginda - 13.11.2010

Gambar diambil dari Business Insider
Dalam laporan itu juga menyatakan kemungkina kereta-kereta berkenaan dijual oleh Pengiran Jefri yang sedang menghadapi kes mahkamah di New York, USA dimana beliau menyaman penasihat kewangannya, pasangan peguam Thomas Derbyshire dan Faith Zaman atas tuduhan mengelapkan wang RM22.4juta kepunyaan beliau dan tindakan saman balas pasangan tersebut kepada beliau sebanyak RM36.8 juta kerana didakwa tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada penasihat kewangannya itu.
Diantara kereta-kereta yang tersenarai untuk dijual adalah Ferrari Model Enzo, F50 dan F40, kereta lumba 575 Superamerica, 512 TR Spyder, 355 Challenge, Lamborghini Diablo SE 30, dua buah Lamborghini Countach 25th Anniversary Edition, dua buah Porsche 964 dan 911 Turbo S Leichtbaus, Nazca Iteldesign V12 dan Cizeta 16.
Tidak diketahui samada betul atau tidak broker berkenaan ingin menjual kereta-kereta Sultan Brunei atau orang lain. Benarkah Sultan Brunei ingin menjual koleksi peribadi baginda sebagai satu pelaburan atau Pengiran Jefri yang menjual kereta berkenaan untuk menampung kos mahkamahnya ......... Tidak siapa yang mengetahuinya kerana iannya adalah PRIVATE & CONFIDENTIAL.
Friday, November 12, 2010
Kes Saman Pengiran Jefri - 12.11.2010
Inilah dua individu yang dikatakan telah mengelapkan wang sebanyak RM22.4 juta milik adinda Sultan Brunei, Pengiran Jefri Bolkiah berusia 56 tahun yang terkenal dan dikatakan pernah memiliki 6000 kereta, 600 kediman, sembilan pesawat dan lima bot mewah disamping dicop sebagai sebagai seorang playboy. Mereka adalah Penasihat kewangan Pengiran Jefri iaitu seorang peguam terkenal Britain, Thomas Derbyshire berusia 43 tahun dan isterinya Faith Zaman 34 tahun. Derbyshire merupakan peguan jenayah terkenal dengan pendapatan kelapan tertinggi di Britain sebanyank RM 3.3juta setahun. Mereka berdua menetap di Hampstead, Utara London. Kedua-dua mereka telah diberhentikan oleh Pengiran Jefri pada tahun 2006.
Kedua-dua mereka telah di saman oleh Pengiran Jufri kerana dikatakan mengelapkan RM 22.4 juta wang Pengiran Jufri dan kes ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Manhattan. Pengiran Jefri diwakili peguam Linda Goldstin.
Dalam masa yang sama pasangan ini telah menafikan tuduhan tersebut dan telah menyaman balas Pengiran Jefri sebanyak RM 36.8 juta atas dakwaan Pengiran Jefri tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada mereka sebagai Penasihat Kewangan.
Entry Syah mengenai Kes ini semalam :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2010/11/pengiran-jefri-bolkiah-saman-penasihat.html
Baru-baru ini heboh diperkatakan di internet gambar-gambar patung erotik Pengiran Jefri dan seorang perempuan yang dikatakan sebagai tunangnya melakukan hubungan sex. Dikatakan ada 4 buah patung iaitu sebuah patung Pengiran Jefri dan sebuah lagi tunangnya dan dua buah patung lain yang memperlihatkan beliau melakukan hubungan tersebut dengan tunangnya.
Breakfast Today - 12.11.2010
Pagi tadi breakfast dengan JM5 tapi kena makan ubat sakit perut tu pula, so Syah sediakan apple hijau dengan soyabean untuk breakfast jam 11:00hrs nanti. Soyabean tu macam ice blanded pula kerana Syah letak di tempat frozen bila keluarkan tadi dah jadi ice blanded pulak. Syah juga buat Coleslaw untuk lunch nanti dan dah simpan dalam peti sejuk tu. Today Friday dan masa terasa singkat coz nak solat jumaat lagi dan cuaca diluar nampaknya mendung dan pagi tadi hujan lebat. Mungkin hari ini hendak jumpa May Wan di NY Boulevard Mid Valley dah lama tak jumpa dia.Persiapan Majlis Ibadah Korban Sultan Brunei - 12.11.2010
MC Today - 12.11.2010
Thursday, November 11, 2010
Hari Ini - 11.11.2010
Hari ini Syah uruskan petty cash office dan buat bayaran kepada anggota dan vendor untuk belian runcit dibawah RM200.00. Hari ini lunch di Noodles Suria KLCC Foodcourt dan makan macam biasa Meehon Soup Sayur dan minuma Nestly Bliss Low Fat Youghrt perisa buah kiwi. Di KLCC tadi sempat lihat Launching Purple Day oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah bt Abdul Rashid Shirlin. Program Charity Purple Day ini diadakan pada 11 hingga 14.11.2010 untuk membantu kanak-kanak Autism dan anda boleh membuat sumbangan dengan membeli t-shirt, mug dan lain-lain di Concourse Area Suria KLCC. Selepas perasmian kami dihiburkan oleh kior kanak-kanak Autism dan rsa macam nak menangis dengar mereka manyanyi. Selepas itu Ning Baizura pula mengambil tempat menghiburkan para tetamu dan masa nie Syah terus ke Foodcourt kerana takut tempat penuh. Balik office singgah di Bazar jualan dan beli kuih. Sekarang jam 18:08hrs dan kepala pula rasa sakit dan berdenyut tak tahu kenapa dan nak balik sekejap lagi. Today Syah balik KL semula. Petang tadi ada buang air besar dan rasa sakit tu datang tapi sedikit sahaja. Tak tahulah tapi tak ada apa-apa kot memang biasa cam tu. Bahagian kelopak bawah mata kiri Syah pula bila Syah bersin macam bergerak-gerak semenjak semalam. Ada masalah sarafnya kot. Biasa juga berlaku tapi bukan masa bersin dan Syah biarkan jer dia hilang sendiri. Pengiran Jefri Bolkiah Saman Penasihat Kewangannya - 11.11.2010

Gambar terbaru Pengiran Jefri sewaktu istiadat pemeriksaan perbarisan sempena Hari Keputeraan Kekandanya Sultan Brunei baru-baru ini di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.
Pengiran Jefri mendakwa Faith menggunakan wang beliau dengan menganjurkan temasya mewah pada hari ulang tahun kelahiran Faith ke 30 serta melakukan pengubahsuaian rumah. Derbyshire dan Fatih dituduh mengelapkan USD 4 juta atau RM12.3 juta untuk membeli 150 buah televisyen plasma untuk Hotel New York Palace melalui syarikat Golden Twist yang dimiliki oleh Faith secara rahsia. Mereka juga didakwa menyeleweng USD 5 juta atau RM15.4 juta atas urusan membeli beberapa buah rumah di California setelah diberi kepercayaan untuk menguruskan empayar perniagaan Pengiran Jefri.
Salah satu patung Pengiran Jefri di rumah agam di Long Island yang tersebar luas di internet sekarang ini.
Hakim Ira Gammerman yang mengadili perbicaraan itu memaklumkan bahawa beliau tidak akan melihat beberapa patung Pengiran Jufri yang sedang melakukan hubungan sex dengan tunangnya kerana iannya tidak berkaitan dan kes ini bukannya kes seks. Derbyshire, isterinya dan Faith telah ditegur oleh hakim kerana mendesak juri melihat patung berkenaan. Pihak peguam pula diingatkan supaya tidak melibatkan kehidupan peribadi mewah Pengiran Jufri kerana iannya tidak berkaitan dalam kes ini.
Wednesday, November 10, 2010
Raja Muda Perlis Hadir Program Bantuan dan Kemanusian ACMS - 11.11.2010
DYTM Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis bersama warga ACMS membuat pemeriksaan perubatan terhadap penduduk.
Yang di-Pertuan Agong Rasmi Hospital Ampang - 10.11.2010

Hari Nie - 10.11.2010

Tuesday, November 9, 2010
Balik Rawang - 09.11.2010
Sambutan Rasmi Presiden Austria di Dataran Parlimen - 09.11.2010
Lepas Geram Lunch - 09.11.2010

Monday, November 8, 2010
Datin Nik Rorhana Buat Laporan Polis - 08.11.2010
Tak Jadi Lunch - 08.11.2010

Sunday, November 7, 2010
Sultan Muhammad Ke-V DiPersembahkan Piala Malaysia - 07.11.2010
Muss dan Ayahanda Call - 07.11.2010
Chicken Tandoori and Naan Saapda - 07.11.2010
Selepas Solat Asar tadi ingat nak keluar jalan kaki exercise tapi tunggu sekejap sebab menonton cerita Ibuku Mee Segera, lawak giler tapi tak tengok sampai habis coz jam 1800hrs Syah keluar rumah. masa keluar hujan rintik-rintik tapi Syah teruskan juga. Dalam fikiran nak makan ayam tandoori dan roti naan tapi restoran depan rumah tu tak jual pulak hari ini. So Syah jalan kaki ke Medan Idaman. Untuk dinner petang tadi Syah makan Roti Naan, Ayam Tandoori, barli panas dan Green Tea. Syah minta bawang extra sampai dua kali, memang Syah suka makan bawang lebih jika makan ayam tandoori nih. Masa bayar Syah tanya mengapa Restoran Nie Nama Restoran Nasi Kandar Haji Tapah, Mamak tu inform asalnya Restoran ini di Tapah, Perak dan sekarang dibuka di Kuala Lumpur dan dikekalkan nama tu. Restoran ini terletak di Medan Idaman, Gombak Bt 16 tak silap Syah. Selain daripada orang tempatan, kebanyakan pelanggan di restoran ini adalah orang-orang arab dan afrika yang tinggal di apartment atau taman sekitar Medan Idaman. Untuk ayam tandoori, roti naan dan barli tu mereka caj RM8.00 manakal green tu Syah beli di 7E, RM2.40.Muss Outstation - 07.11.2010
Jam 1500hrs tadi Muss outstation dengan kawannya Zamri, Mula-mula tadi Zamri inform tak jadi bawa kereta dia coz rosak dan minta bawa kereta Muss. Kemudian dia call balik masa Muss sedang hendak load barang dalam keretanya beritahu dia guna kereta isterinya pula. Masa nak bertolak tadi sempat sembang dengan Zamri dan dia inform keretanya rosak dan bawa kereta isterinya. Kereta nie baru balik dari Terengganu semalam katanya coz balik kampung isterinya sempena cuti Deepavali. Hari Jumaat nanti baru Muss balik semula ke KL. Mereka ke Pasir Gudang naik Nissan Grand Livina WTJ 4482. Ok Take care Muss dan Zamri Semuga Perjalanan Kalian Selamat Pergi dan Balik Serta Dipermudahkan Segala Urusan Kalian, AMIN.PM Dibenarkan Keluar Hospital - 07.11.2010
Sultan Kedah Lawat mangsa Banjir - 07.11.2010
Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Hamimah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir, Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah semalam 06.11.2010. Mengikut statistik Majlis Keselamatan Negara semalam, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan seluruh Negeri Kedah menunjukkan penurunan iaitu daripada 39,743 orang kepada 33,121 orang dengan 90 buah pusat penempatan mangsa banjir beroperasi berbanding 100 sebelum ini. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memaklumkan bahawa 80% Bandar Alor Star masih lagi ditengelami air dengan beberapa jalan ditutup termasuk Jalan Stadium, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wanjah dan Lebuhraya Darul Aman. Jalan-jalan yang mula dibuka seperti Jalan Raja dari arah Selatan dan Jalan Langgar dari Utara. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar banjir di Kelantan, Kedah dan Perlis beransur pulih.Aksi Hamster - 07.11.2010


Brunch dan Muss Outstation - 07.11.2010
Hari ini Muss akan outstation ke Pasir Gudang, Johor. Plan asalnya Muss tak bawa kereta tapi last minute tadi jam 12:30 membernya Zamri call inform kereta dia rosak dan terpaksa pakai kereta Muss. Jam 2:00pm nanti dia datang untuk ke Pasir Gudang, Johor. Pagi tadi Syah ke Pasar Tani dan beli keperluan dapur. Syah belikan Nasi Lemak Sotong + Kerang serta seketul ayam goreng untuk brunch Muss dan Cd. Sampai jer rumah, Syah masakkan Kupang Chinese Style untuk Muss dan makan dengan nasi lemak tu. Syah tak makan coz diet dan ambil JM5 pagi tadi. Lunch nanti baru makan,kalau rajin masak kalau tidak makan buah jer.Saturday, November 6, 2010
Aktiviti Petang Sabtu - 06.11.2010

Lepas urusan bank Syah ke Surau KLCC untuk solat Asar dan kemudiannya Solat Maghrib pula. Di KLCC tadi ada promosi make-up dari Max dan Syah sempat bergambar dengan model The Battered Ship.Selepas tu Syah ke Signatures Food Court untuk dinner. Hari nie Syah makan Subway Sandwich - Vegi. Sebelum Maghrib Syah ke Kinokuniya sekejap untuk baca buku free sebelum solat Maghrib. Selepas solat Maghrib Syah bali ke KL Residence.
Lunch - 06.11.2010
Sorang kat rumah So............. Syah masak Oat dan Goreng Sayur Kobis + Carrot untuk lunch. Oat tu Syah masak sampai jadi macam nasi. Sayur tu Syah masak tumis dengan ikan bilis dan bawang sahaja. Masa masak Muss balik dan bawakan apple merah dan bukannya hijau sepertimana yang Syah pesan kerana katanya tak ada. Syah ajak dia makan tapi katanya dia sudah makan. So Syah makan apple tu dulu baru makan Oat dan sayur. Minum pula air suam dan green tea.Dapat Kuih Deepavali - 06.11.2010
Petang semalam semasa di ruang tamu KL Residence Syah terdengar ada orang panggil Abang ......Abang ..... ingatkan siapa rupanya anak lelaki jiran depan rumah Syah. Jiran Syah nie orang India beragama Hindu. Dia hulurkan dua container berisi Muruku, Kuih Rose dan Kacang Campuran. Tetiba emak dia kata saya minta maaf pasal mesin basuh? Hemmmmmm mesin basuh? Dialog dia cam Nie :-- Saya Minta maaf pasal mesin basuh depan balkoni awak. Suami saya complain pada Maintenance takut ada nyamuk. Suami saya pernah kena denggi dan semenjak itu dia fobia jika ada sesuatu yang akan menyebabkan denggi. Apa-apa yang dia buat dia selalu basuh tangan.
O IC........ kirannya mereka minta maaf dihari Deepavali macam kita minta maaf masa Hari Raya Aidilfitri. Patutlah Syah perasan mereka sekeluarga tak bertegur sapa dengan we all. Kalau jumpa pun buat sombong dan We all pun buat tak tahulah. Rupanya mereka rasa bersalah kerana suruh maintenance buang mesin basuh lama tu dan ingat we all marah mereka. Cuma Syah selalu tegur suaminya kalau terserempak manakala anak dan isterinya Syah tak pernah tegur kerana anggap mereka tu sombong coz something jer muka depa bila tengok we all. Mungkin Syah selalu tegur suaminya bila jumpa dia, tanya khabar, uncle pergi jogging ker?, kerja mana dan sambut deepavali kat mana menyebabkan dia suruh family dia minta maaf kot?
Syah jawab kat dia :-
- Kita orang tak kisah memang nak buangpun mesin basuh tu tapi tak tahu macam mana. Its ok. (sambil tersenyum)
Rupa-rupanya masa Deepavali semalam barulah Syah tahu mengapa mereka tu macam sombong dan tak meneguh we all, rupanya mereka misunderstanding ingatkan kami marah pasal mesin basuh tu. Actually kamipun tak kisah bila tengok tiba-tiba mesin tu dah tak ada, memang nak buang pun tapi tak tahu nak suruh siapa angkat. Apa-apapun inilah yang dikatakan semangat 1 Malaysia. Jika anda diluar sana ada masalah dengan jiran buat-buatlah berbincang dengan cara baik dan berterus-terang. Insyallah tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui permaufakataan dalam masyarakat kita yang unik ini yang tidak terdapat dinegara-negara lain didunia ini.
Breakfast JM5 Today - 06.11.2010
Semenjak semalam Syah breakfast dengan JM5 sahaja dan Syah akan ambil JM5 dalam masa 20 hari sahaja. Ialah asik makan jer kan jadi untuk menggurangkan kolestrol yang asik masuk jer tu Syah ambillah JM5. Bila Syah di KL Residence memang tak boleh lari dari makanan coz ada jer makanan didapur we all nie. Nak apa .............. burger, buah-buahan, stock mee goreng dan macm-macam ada cuma rajin tak rajin jer nak memasaknya. Sebentar tadi Muss ke pasar tani Taman Melawati dan ajak Syah sekali tapi Syah inform diet dan dia kata nak kirim apa Syah kata beli apple hijau jer. Hehehehehhe ....................Friday, November 5, 2010
Mantan Raja Perempuan Kelantan, YMM Raja Perempuan Tengku Anis - 05.11.2010

- Tengku Muhammad Faris Petra bergelar KDYMM Sultan Muhammad Ke-V. Sultan Muhammad Ke-V berkahwin dengan Kangsadai Pipitpakdee atau nama Melayunya Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin pada November 2004. Tengku Norudin adalah bapa saudara YMM Raja Perempuan Tengku Anis dari keturunan Raja Patani, Selatan Thailand Walau bagaimanapun beberapa tahun kemudian apabila Tengku Zubaidah tidak dilihat lagi dalam majlis-majlis rasmi Istana Kelantan umum mengatakan bahawa mereka telah bercerai. Walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung perkara ini. Ada juga gosip menyatakan bahawa Sultan Muhammad Ke-V sebenarnya telah berkahwin dengan pilihan hatinya sebelum mengahwini Tengku Zubaidah, jika iannya benar mengapa semasa pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V, baginda berseorangan ? Sultan Muhammad Ke-V diputerakan pada 06.10.1969.
- Tengku Muhammad Fa-Iz Petra bergelar Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Fa-Iz Petra. Dilantik pada 18.10.2010 sebagai Tengku Mahkota dan Pewaris Tahta Kerajaan Kelantan berkuat kuasa serta merta. Perlantikan ini telah melakar sejarah kerana buat pertama kalinya berlaku di Kelantan dimana Tengku Mahkota adalah dipilih dikalangan adik beradik Sultan kerana kebiasaannya Tengku Mahkota dipilih daripada Putera Sultan Memerintah. Diputerakan pada 20.01.1974.
- Tengku Muhammad Fakhry Petra, Mantan Tengku Temenggong Kelantan yang telah ditarik semua gelarannya oleh Sultan Muhammad Ke-V berkuat kuasa serta merta pada 30.09.2010. Beliau juga turut dilucutkan keahliannya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Menghadapi masalah dalam rumahtangganya sehinggakan isterinya seorang model Indonesia, Manohara Odelia Pinot melarikan diri kembali ke Indonesia kerana mendakwa didera oleh Tengku Fakhry. Beliau Diputerakan pada 07.04.1978.
- Tengku Amalin A'ishah Petri. Seorang Majistret di Kelantan dan merupakan Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Diputerikan pada 26.06.1984.
Pada 13.09.2010 Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 dengan gelaran KDYMM Sultan Muhamad Ke-V menggantikan Sultan Ismail Petra yang telah lama gering. Dengan pemasyhuran ini gelaran Sultan Ismail adalah DYMM Sultan Ismail Petra manakala gelaran baginda adalah Yang Maha Mulia (YMM) Raja Perempuan Tengku Anis ibni Almarhum Tengku Abd Hamid. Baginda tidak boleh lagi menggunakan gelaran KDYMM Raja Perempuan Kelantan kerana gelaran itu dikhaskan untuk suri (isteri) sultan yang memerintah sahaja.
Semasa Paduka Suami baginda diatas tahta kerajaan Kelantan, baginda berada di ranking keempat Senarai Susunan Kekananan Seri paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri dan isteri-Isteri Kepada Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri.
Pada 30.09.2010 DUN Negeri Kelantan telah sebulat suara meluluskan Elaun Khas Seumur Hidup untuk Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan berupa elaun bulanan seumur hidup, sebuah kediaman dan kemudahan-kemudahan lain secukupnya tanpa memberi keterangan secara terperinci kemudahan-kemudahan berkenaan kerana iannya berstatus sulit untuk pengatahuan umum. Keadaan ini membuktikan bahawa KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan Dato' Nik Aziz begitu perihatin terhadap kebajikan baginda berdua.
Lunch Wif Cd+Muss - 05.11.2010

Syah makan Meehon Sup Tulang dan Air Lai Chee Kang manakala Muss Meehon Sup Tulang, Ayam Goreng dan Laici Chee Kang manakala Cd, Nasi Putih Ikan Masin, Telur Dadar, Ayam Goreng , Sup Tulang dan Laici. Cd dan Muss makan kongsi dan Syah jamah-jamah jer ayam tu. Kena diet juga bro kalau tak badan jadi cam dulu balik. Heheheheh. Kali ini Cd belanja semuanya RM32.00. Masa nak balik kat tepi kereta ada gerai goreng pisang dan kuih muih. Muss dan Cd singgah lagi beli goreng pisang dan kuih muih tapaw bawa balik. Sekarang jam 05:11pm dan Syah hendak solat Asar sekejap..............
Solat Jumaat - 04.11.2010
SEKALI PANDANG MACAM HENDSOME JUGA SYAHKAN BERJUBAH BAGAI NIH? Heheheheh Any Comment .............
Aktiviti Hari Ini - 05.11.2010
Najib Masuk Hospital - 05.11.2010
Dinner @ Steamboat - 05.11.2010
- More Pic @ My Facebook Album
- Facebook - Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj


