Sunday, March 29, 2015

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Singapura


29 Mac 2015, Ahad :-

Semalam 28 Mac 2015, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke Singapura untuk menghadiri Upacara Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri Singapura Mendiang Lee Kuan Yew pada hari ini. Mendiang Lee Kuan Yew meninggal dunia pada hari Isnin, 23 Mac 2015 dalam usia 91 tahun.  Turut mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tuanku Abdul Halim dan rombongan berangkat tiba di Singapura pada jam 17:00hrs dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob dan para pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Terdahulu pada sebelah paginya, Tuanku Abdul Halim telah berkenaan merasmikan Temasya Sukan Sungai sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-87 di Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah.


Sumber :- Bernama

No comments: