07 Mac 2015, Sabtu :-
Pada 02 Mac 2015 Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor bagi menyampaikan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.
Darjah kebesaran ini merupakan kurniaan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah manakala Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mewakali KDYMM Tuanku Abdul Halim untuk menyampaikan darjah kebesaran berkenaan kepada DYMM Tuanku Ibrahim.
Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment