Sunday, December 15, 2013

Perkahwinan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

15 Disember 2013, Ahad :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkahwin buat pertama kalinya semasa berusia 19 tahun dengan sepupu baginda iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada 28 Julai 1965 di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ketika itu berusia 19 tahun. Hasil perkahwinan ini KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dikurniakan dengan dua orang putera dan empat orang puteri.

Sultan Brunei berkahwin buat kali keduanya dalam usia 35 tahun dengan Puan Mariam binti Abdul Aziz pada 28 Oktober 1981 di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Puan Mariam ketika itu berusia 25 tahun. Hasil daripada perkahwinan ini Puan Mariam dikurniakan dengan dua orang putera dan dua orang puteri.

Baginda kemudiannya berkahwin buat kali ketiga dengan Puan Azrinaz Mahzar Hakim pada 20 Ogos 2005 di salah sebuah Istana Sultan Brunei yang kini dikenali sebagai Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika berkahwin Puan Azrinaz berusia 26 tahun manakala Tuanku berusia 59 tahun. Hasil daripada perkahwinan ini Puan Azrinaz dikurniakan dengan sepasang cahayamata.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.


Disebelah kiri adalah Puan Hajjah Mariam semasa menjadi isteri kedua Sultan Brunei menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Mariam binti Hj Abdul Aziz manakala disebelah kanan adalah Puan Azrinaz dimana beliau semasa menjadi isteri kedua Sultan Brunei menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mahzar binti Hakim Mahzar.

Walau bagaimanapun jodoh Sultan Brunei dengan dua orang isteri baginda terputus ditengah jalan. Sultan Brunei bercerai dengan Puan Hajah Mariam pada Februari 2003 setelah mendirikan rumahtangga selama 21 (duapuluh satu) tahun.  Manakala pada 16 Jun 2010 baginda telah menceraikan Puan Azrinaz setelah hidup bersama selama hampir 5 (lima) tahun.

Berita mengenai perceraian diantara Sultan Brunei dan Puan Azrinaz telah dimaklumkan kepada rakyat Brunei melalui RTB (Radio dan Televisyen Brunei) pada jam 08:00pm 16 Jun 2010. Berita ini disampaikan oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. Dalam ucapanya beliau memaklumkan "Maka pada petang Rabu 03 haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar".

Dengan penceraian ini,  segala gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada kedua-dua bekas isteri baginda telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian.  Buat masa ini Puan Hajah Mariam menetap di Brunei manakala Puan Azrinaz telah pulang ke Malaysia. Anak-anak Puan Azrinaz kini dibawah jagaan Sultan Brunei dan Raja Isteri.

Kini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan satu-satunya isteri kepada Sultan Brunei.

8 comments:

Anonymous said...

Kasihan....

tengkusyah said...

Tak ada apa yang hendak dikasihan kan ....... :-) kerana Jodoh, Ajal dan Maut sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Anonymous said...

to the blogger, the ex wifes of Paduka Seri Sultan of Brunei after their divorce are not addressed as Puan but as Dayangku followed by their name. this is written in all formal documents pertaining them after their separation. Harap Maklum.

Png Hj Iskandar, Brunei.

Anonymous said...

ye ke? tak pernah pulak i dengar dlm news they say dayangku mariam or dayangku azrinaz?!? .. mcm puan hjh mariam jer ..

tengkusyah said...
This comment has been removed by the author.
tengkusyah said...

Kepada Saudara yang menggunakan nama Png Hj Iskandar telebih dahulu terima kasih Syah ucapkan kerana sudi singgah ke blog Syah dan memberi sedikit komentar.

Sepengetahuan Syah tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung geleran Dayangku kepada bekas isteri Sultan Brunei. Tetapi ada dimaklumkan bahawa segala gelaran dan pingat kebesaran mereka ditarik semula.

Jika Puan Hajjah Mariam mungkin boleh menggunakan Dayang tetapi bukan Dayangku manakala Puan Azrinaz memang tidak boleh digelar Dayang. Jika saudara orang Brunei tentu saudara mengetahui perkara ini.

Harap Maklum dan maaf jika komentar saya ini menyingung perasaan orang lain.

greenyapple mila said...

terima kasih dengan infonya..

Anonymous said...

Png Hj Iskandar... err.. Png tu apa ? kalau benar saudara Pengiran.. masakan tdk tau... the ex wifes of KDYMM bukan (Paduka Seri Sultan of Brunei) after their divorce are addressed as Puan not as Dayangku followed by their name... Wassalam...
to the bloggr... good job...