05 Jun 2014, Khamis :-
Sultan Kedah yang juga
merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan
melantik adinda baginda, Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku
Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang baru. Perlantikan ini berikutan kemangkatan penyandang
jawatan berkenaan Almarhum Yang Teramat
Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan
Badlishah pada 21 May 2014. Semalam Pejabat Menteri Besar Kedah mengeluarkan
kenyataan kepada media berhubung perlantikan ini. Perlantikan Yang Teramat
Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin sebagai Pengerusi Jemaah
Pemangku Sultan Kedah Darul Aman berkuatkuasa
mulai 21 May 2014.
Tahniah diucapkan kepada Yang
Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan
Badlishah diatas perlantikan ini.
Senarai Ahli-Ahli Jemaah
Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang
terkini adalah seperti berikut :-
Yang Teramat Mulia
Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan
Badlishah, SHMS., SSDK., PSM.,PAT.,BCK., KPK.,
Tunku Temenggong Kedah
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan
Kedah Darul Aman
Yang Teramat Mulia
Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan
Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK.,
Tunku Laksamana Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
Yang Teramat Mulia
Tunku Panglima Besar
Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH.,DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.Ph.D (UUM)., Hon.PhD(KUIN)
Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH.,DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.Ph.D (UUM)., Hon.PhD(KUIN)
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
Sumber :- Berita Harian / Maharum Bugis Syah
No comments:
Post a Comment