Wednesday, June 18, 2014

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Yang Ke-235

18 Jun 2014, Rabu :-

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Yang Ke-235 bermula hari ini di Istana Negara dan mesyuarat pada hari pertama ini telah dipengerusikan oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.  Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu diadakan selam dua hari bermula hari ini dan akan berakhir esok 19 Jun 2014 telah dihadiri oleh semua Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Kesemua Yang Dipertua Negeri hadir ke mesyuarat ini. Semua Ketua Negeri diiringi oleh Ketua Kerajaan Negeri masing-masing. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan berangkat ke mesyuarat ini esok.

Terdahulu, pada 16 Jun 2014 telah diadakan Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-235. Pada 17 Jun 2014 pula diadakan Mesyuarat Pre-Council sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-235.  Malam ini pula Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun akan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sumber :- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia/Bernama

No comments: