Friday, October 7, 2011

Sultan Kedah Ziarah Jenazah Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak

07.10.2011, Jumaat - Hari ini Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenaan menziarahi jenazah Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak di Istana Riswin. Turut kelihatan dalam rombongan diraja Kedah adalah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Sultanah Hajah Haminah binti Hamidun dan Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz.

Selain daripada Tuanku Sultan Kedah turut menziarahi Jenazah Almarhumah adalah Raja Negeri Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Manakala dari Pahang pula diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Gambar dari Bernama - Klick gambar untuk imej yang lebih besar.

No comments: