Monday, October 17, 2011

1st Public Kisses Perkahwinan Diraja dan Poligami di Bhutan

17.10.2011, Isnin - Gambar disebelah merupakan "1st Public Kisses" Pasangan Pengantin Diraja Bhutan, Comelkan ......So Sweet.. Hehehe........... Pada Sabtu lepas dianggarkan seramai 10,000 orang warga Bhutan membanjiri stadium utama di Thimpu, Bhutan bagi meraikan majlis perkahwinan raja mereka His Majesty Druk Gyalpo Jugme Khesar Namgyal Wangchuck dan Her Majesty Queen Jetsun Pima. Istiadat perkahwinan mengikut adat istiadat diraja Bhutan secara tradisional diadakan di sebuah bandar purba di Punakha Dzong pada hari Khamis lepas bersamaan 13.10.2011. Majlis keraian sempena perkahwinan telah diadakan selama tiga hari dan berakhir pada Sabtu lepas 15.10.2011 dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Utama di Bandar Thimpu yang merupakan ibu negara Bhutan.

Dalam majlis penutup ini baginda telah sempat mengabadikan kenangan "1st public kisses" baginda berdua di stadium ini. Para hadirin telah dihidangkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Bhutan yang unik dan penuh dengan warna warni. Pasangan diraja dilihat turun ke padang stadium untuk sesi beramah mesra dengan para hadirin selama hampir satu jam sebelum majlis berakhir dengan kesemuanya menari dalam satu bulatan mengikut tradisi Bhutan. Bhutan merupakan sebagai sebuah negara yang terpencil di pergunungan Himalaya dan dihimpit oleh negara India dan Cina semakin menuju kearah pembangunan dan lebih terbuka dan pembaharuan inilah yang dikehendaki oleh Ayahanda baginda apabila dia melepaskan tahta kepada anaknya yang mendapat pendidikan di Oxford itu.

Tahukah anda telah menjadi satu tradisi di Bhutan seorang lelaki atau perempuan boleh berpologami mengahwini pasangan yang terdiri daripada adik beradik sekaligus. Sebagai contohnya Ayahanda baginda, His Majesty the Fourth Druk Gyalpo Jigme Singye Wangchuck telah mengahwini empat orang wanita adik beradik pada 1979 dan kesemuanya dimahkotakan sebagai Queen dalam istiadat yang sama. Tradisi yang diamalkan di Bhutan ini dikatakan bagi menjamin harta mereka hanya diwarisi oleh satu keluarga sahaja. Tradisi ini masih lagi diamalkan, walau bagaimanapun dengan perkahwinan diraja ini dilihat sebagai satu langkah perubahan tradisi kuno ini apabila pada Mei lepas baginda dalam kenyataannya mengenai perkahwinan ini memaklumkan bahawa Jetsun Pima akan menjadi satu-satunya isteri baginda. Mungkin selepas ini, tradisi poligami seperti ini tidak lagi popular di Bhutan selaras dengan arus permodenan mereka.

Dinasti Wangchuk diasaskan pada 1907 dimana kesemua Raja-Rajanya mengamalkan Poligami. Baginda merupakan putera sulung Ayahandanya daripada isteri ketiga. Isteri-Isteri Ayahandanya adalah merupakan anak-anak kepada pasangan Yab Ugen Dorji dan Yun Thuiji Zam iaitu :-
  1. Her Majesty Ashi Dorji Wangmo Wangchuck - diputerikan pada 20.12.1955 dan merupakan anak kedua Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera (HRH Prince Dasho Jigyel Ugyen Wangchuck - Pewaris Kedua tahta Bhutan) dua seorang puteri.
  2. Her Majesty Ashi Tshering Pem Wangchuck - diputerikan pada 20.12.1957 dan merupakan anak ketiga Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera dan dua puteri.
  3. Her Majesty Tshering Yangdon Wangchuk - diputerikan pada 21.06.1959 dan merupakan anak keempat Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera (Raja Bhutan sekarang) dan dua puteri.
  4. HM Ashi Sangay Choden Wangchuck - diputerikan pada 11.05.1963 merupakan anak kelima Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.

No comments: