Friday, October 7, 2011

Kawasan Permakaman Telah Siap Sepenuhnya

07.10.2011, Jumaat - Beginilah keadaan sekitar Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang telah siap sepenuhnya untuk Istiadat Permakaman Almarhumah YMM Almarhumah Raja Perempuan Muzwin mengikut adat istiadat diraja Perak. Sekarang jam 16:20hrs dan tak lama lagi selepas Solat Zohor Jenazah akan dibawa dari Masjid Ubudiah ke kawasan permakaman ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Menurut pihak Istana Iskandariah cuaca agak mendung buat masa ini. Istiadat ini dihadiri oleh Sultan dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Raja Muda dan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja-Raja Bergelar & Kerabat-Kerabat Diraja Perak, Menteri Besar Perak, Exco Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai-Pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan, Menteri Besar Johor dan Sultan Johor yang merupakan menantu kepada Al-Marhumah YMM Raja Perempuan Muzwin disamping rakyat Perak.

Al-Fatihah Kepada Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.
Nota ; gambar dari Raja Nur Jannah

2 comments:

Anonymous said...

Selepas solat Jumat...

tengkusyah said...

Nope........ Selepas Solat Asar. Jenazah bertolak dari Istana Riswin selepas solat Jumaat. Kemudian diarak ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan kemudiannya dimakamkan selepas Asar.