Thursday, October 6, 2011

Buka Puasa ari Nie

06.10.2011, Khamis - Shukur Alhamdullilah ................... Sempat berbuka puasa di Rawang Residence hari nie. Syah balik awal hari nie dan sampai ke Rawang Residence jam 19:00hrs dan terus ke Pasar Malam. Dalam bas Abang bawa bas tu tanya Syah cepat balik hari nie ? dan Syah jawab minta keluar awal tadi. Semalam masa balik dia ada cakap kat Syah, aku tengok ko nie yope naik bas pertama awal pagi dan balik pulan bas last, sambil dia ketawa. Untuk buka puasa nie Syah beli Sate 10 cucuk - 5 Ayam dan 5 Daging, Nasi Impit dua dan Laksa serta Air Tebu. Manakala Nenas tu beli di Pekan Rawang tadi RM2.00. Biskut Raya tu member Syah, Kak Rose bagi sebab pagi tadi nampak biskut tu atas meja dia dan tanya biskut apa tu dan dia kata ambillah tetapi Syah puasa. Petang tadi dia suruh Syah ambil sedikit bawa balik buka puasa. Kacang Tumbuk dalam pembalut merah tu pula Syah beli semalam RM10.00 (3pcs/RM1.00). Kak Engku, Raja Nurjanah dalam FB berseloroh dengan Syah bila tengok juadah berbuka puasa Syah, katanya "banyak tu juadah berbuka. Balas dendam ke?" sekarang jam 22:13 dan perut rasa senak sebab banyak makan kot? Dah beli Syah makan jer lah takkan nak buang kan? Next time tak mo beli banyak makanan untuk berbuka lagi lah yek?

No comments: