Friday, October 21, 2011

Tuanku Mizan Menerima Mengadap Duta Besar Arab Saudi

21.10.2011, Jumaat - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenaan menerima mengadap Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia Mohamed Reda Abu Al-Hamayel yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun ini. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran dari University of King Abdul Aziz, Jedah memulakan perkhidmatannya sebagai Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia mulai 15.06.2006. Istiadat Mengadap diadakan di Istana Negara berlangsung hampir 45 minit.

Nota :- Informasi dari Bernama

No comments: