Sunday, October 30, 2011

Negeri Sembilan Tewaskan Terengganu

30.10.2011, Ahad - Adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang. Begitulah juga dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 malam tadi. Negeri Sembilan menewaskan Terengganu bagi menjadi juara menebus kekecewaan mereka pada tahun lepas yang kecundang ditangan Kelantan. Ingatkan kalau Terangganu menang ianya akan jadi buah tangan terakhir buat Tuanku Mizan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 tetapi macam cakap tadi adat pertandingan.

Jelas kelihatan kekecewaan pemain dan penyokong Terengganu apabila pengadil menamatkan permainan dengan gol 2-1. Ialah mana taknya datang dari jauh dan pada awal permainan, pemain mereka Ashaari Shamsudin menjaringkan gol yang ditungu-tungu hampir satu jam permainan berlangsung. Kemudiannya ada pula bola yang masuk pintu gol Terengganu yang disifatkan sepatutnya tak berlaku. Jaringan pertama Negri Sembilan di berikan oleh S. Gunalan dan kemudiannya beberapa minit sebelum permainan tamat Khairuddin memberi jaringan kemenangan kepada Negeri Sembilan.

Apa-apapun Syabas kepada kedua-dua pasukan yang bertanding malam tadi. Semuga arena bolesepak Malaysia akan terus bertahta hingga ke arena antarabangsa. Gambar nie Syah ambil semasa siaran langsung di saluran Astro 801 dan kelihatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan hadiah sambil diperhatikan oleh Tunku Besar Seri Menanti YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz manakala dibelakang baginda kelihatan pasukan Negeri Sembilan bergembira dengan kemenangan mereka ini.

No comments: