Saturday, October 8, 2011

Tuanku Nur Zahirah Rasmikan Festival Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia 2011

08.10.2011, Sabtu - Semalam Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli merasmikan Festival Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia 2011. Festival Ke-17 edisi Musim Luruh ini diadakan selama 4 hari bermula semalam hingga 10.10.2011 ini. Semenjak 1997, festival ini telah diiktiraf secara rasmi dalam Malaysia Book of Record sebagai sebuah festival yang mengumpulkan pengiat industri barang kemas yang melibatkan 15 buah negara. Selepas perasmian KDYMM Tuanku Nur Zahirah telah dibawa melawat sekitar festival ini. So apa lagi Kakak-Kakak, Mak Cik-Mak Cik Moh kita ke Festival Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia 2011 yang diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur atau cakap orang putihnya Kuala Lumpur Convention Center bersebelah KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Nota :- Gambar dari Bernama

No comments: