Saturday, October 22, 2011

Putera Mahkota Arab Saudi Mangkat

22.10.2011, Sabtu - Innaa Ilayhi Wa Innaa Ilayhi Raaji'oon, Menurut laporan talian Agensi Berita Saudi, Dewan Diraja Arab Saudi mengumumkan Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Aziz dalam usia 80an hari ini. Almarhum juga merupakan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi dan merupakan orang penting dalam badan pusat pembuat dasar kerajaan Arab Saudi.

Almarhum mangkat di New York, Amerika Syarikat awal pagi ini akibat kanser dalam usia 80an (ada yang menyatakan umur Almarhum 86 tahun). Khabar angin menyatakan bahawa Putera Mahkota Sultan koma semenjak Julai lepas lagi. Dengan kemangkatan ini meninggalkan tanda tanya siapakah pengganti Almarhum sebagai pewaris tahta. Permakaman Jenazah Almarhum dijadualkan pada hari Selasa 25.10.2011 apabala jenazah diterbangkan semula ke Arab Saudi. Almarhum dikatakan mengidap barah usus.

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang baru sahaja menjalani pembedahan belakang baginda Isnin lepas bersamaan 17.10.2011 dijangka memanggil persidangan Majlis Kesetiaan untuk melantik seorang Putera Mahkota berikut kemangkatan adinda baginda ini. Majlis Kesetiaan ini dibentuk pada 2006 apabila Raja Abdullah menjadi Raja. Majlis ini ditugaskan mengundi meluluskan pilihan raja sebagai putera mahkota atau sebaliknya mencalonkan pilihannya sendiri. Raja Abdullah dilaporkan semakin pulih.

Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dalam ucapan takziahnya kepada Kerajaan Arab Saudi memaklumkan bahawa dengan kemangkatan ini merupakan satu kehilangan besar pemimpin yang ulung.

Entry Syah berhubung khabar angin menyatakan Putera Mahkota berada dalam Koma :-

1 comment:

Unknown said...

Al-Fatihah.....
Salam Takziah kepada Seluruh keluarga Diraja Arab Saudi...atas Kemangkatan Almarhum Sultan ibn Abdul Aziz Al-Saud