Friday, October 21, 2011

Solat Jumaat di Masjid Negara

21.10.2011, Jumaat - Solat Jumaat tadi Syah solat di Masjid Negara dan macam biasa dari LRT Kerinchi ke Central Market dan kemudiannya jalan kaki ikut Pos Malaysia dan Dayabumi ke Masjid Negara. Sampai je Syah makan Meehon Sup dan beli air kelapa. Rehat sekejap dan beli kacang kuda rebus dan saja duduk kat salah satu gerai disitu. Hampir nak berlaku pergaduhan diantara peniaga disitu. Adalah seorang pekerja bisu nie bila boss dia tanya mana botol air lagi kerana kebiasaannya mereka bawa dua tong. Terus dia macam naik angin dan kata peniaga minuman dibelakang mereka tu ambil tong air mereka. Dia kemudiannya macam tak puas hati terus ambil tong air peniaga tu dan tuang airnya nak cek samada itu air atau air gula sebab peniaga tu infor itu air gula.

Rupa-rupanya memang air gula dan banyak dicurahkannya dan Peniaga tu macam nak naik angin jer tapi nampak kesabarannya. Kalau orang lain dah lama kena letup lelaki bisu tu. Menurut bosnya yang Syah dengar cakap dengan isterinya dia bagitahu lelaki bisu tu kata peniaga tu curi tong mereka dan isi dengan air gula. Syah sempat dengar lelaki tu cakap kat isterinya tak boleh jadi nie, dia nie macam tak boleh dikawal, katanya refering to lelaki bisu tadi. Macam-macam hal kan? Untung tak bertumbuk kat situ tadi. Gerai tu jual nasi ayam dan popia basah/goreng.

Lepas makan, Syah singgah kegerai dalam kawasan masjid sebab dah lama usha gerai tu tetapi tak tahu jual apa. Rupa-rupanya jual nasi arab.....Wowwwwwwwwwwww............. tetapi Syah dah makan taklah nak beli nasi tu tetapi tak tahulah next time kalau datang lagi kesini nak gak cuba. Nampak sedap jer dan Syah nampak dalam periuk tu mereka tanak nasi arab tu ngan ayam dan daging sekali. Ada Ayam, Kambing dan Lembu. Syah dengar ada pelangan tu beli Nasi dan Air RM11.00 kot tak silap Syah. Biasalah tu, nasi Arab memang mahal. Lepas ambil air sembahyang Syah macam biasa ke Makam Pahlawan membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan Allahyarhamah dimakam berkenaan dan kemdiannya masuk ke Dewan Solat Utama Masjid Negara mendengar taskirah sebelum khutbah Jumaat dan diakhiri dengan Solat Jumaat.

Lepas solat biasanya Syah selalu minum percuma akar kayu yang mereka beri kepada pelanggan yang hendak mencuba. Akar kayu yang telah diproses khas untuk lelaki, perempuan dan untuk keluarga. Untuk lelaki dan perempuan tu tau-tau jer lah yer. Ingat nak beli gak satu hari nanti dan rasanya taklah pahit sangat sesuai untuk buang angin dan macam-macam khasiat akar kayu sepertimana amalan orang-orang zaman dahulu cuma ianya telah diinovasikan dalam bentuk kodial dan tak perlu nak rebus-rebus lagi akar kayu itew. Kalau nak cuba mailah ke Masjid Negara dan gerai-gerai disini hanya beroperasi sempena solat Jumaat sahaja.

No comments: