26.07.2019, Jumaat :-
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah bersama putera dan puteri Baginda.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenaan menganugerahkan gelaran raja bergelar kepada anakanda-anakanda baginda.
Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bersama adinda-adinda Baginda.
Penganugerahan ini dilakukan dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 2019 yang berlangsung di Balairong Seri Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu pada 22 Julai 2019 bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun hijrah.
Tengku Muhammad Mua'az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Gelaran : Tengku Sri Setia Mahkota Raja
Panggilan Ringkas : Tengku Setia Mahkota
Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Gelaran : Tengku Puteri Utama Raja
Panggilan Ringkas : Tengku Puteri Utama
Tengku Fatimatuz Zahra' binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Gelaran : Tengku Puteri Daulath Raja
Panggilan Ringkas : Tengku Puteri Daulath
Sumber : Bernama/Instagram