04 Februari 2017, Sabtu :-
Hari ini Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli merasmikan Pameran Potret Diraja Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - Imej of Majesty. Majlis perasmian pameran berlangsung di Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah.
Sebanyak 100 keping potret yang mengambarkan perjalanan kehidupan Tuanku Sultan dari zaman remaja sehingga menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebanyak dua kali akan dipamerkan untuk tatapan umum. Pameran ini dibahagikan kepada empat segmen dan akan dijalankan sehingga hujung tahun ini. Pameran ini juga dijangka akan menjadi salah satu daya tarikan pelancung dari dalam dan luar negara ke negeri jelapang padi ini.
Pameran ini akan dibuka kepada umum bermula esok 05 Februari 2017 dan masuk adalah percuma. Galeri dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula jam 10:00hrs hingga 17:00hrs.
Pameran ini akan dibuka kepada umum bermula esok 05 Februari 2017 dan masuk adalah percuma. Galeri dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula jam 10:00hrs hingga 17:00hrs.
Sumber : Bernama / UtusanOnline / MBS