15 Januari 2016, Jumaat :-
Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un. Dukacita dimaklumkan bahawa putera bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah mangkat pagi tadi jam 11:55am. Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin mangkat di hospital Canselor Tuanku Muhriz [dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia], Kuala Lumpur dalam usia 31 tahun. Almarhum diputerakan pada 03 September 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Jenazah akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk urusan pemakaman pada hari ini yang akan diadakan secara tertutup untuk kerabat terdekat sahaja.