01 Jun 2014, Ahad :-
Bila bercakap mengenai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah kita terbayangkan baginda sebagai seorang lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta menjadi tumpuan ramai dimana juga baginda berada. Keputusan Dewan Negara Perak memilih baginda sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 merupakan satu keputusan yang bijak bagi meneruskan legasi pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang kita sedia maklum merupakan Ketua Hakim Negara ke-5. Perlantikan ini nampak gangil dan tidak pernah berlaku sebelum ini dimana seorang Sultan Perak yang dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru adalah anak kepada Sultan yang mangkat kerana sistem pengganti Raja di Perak agak unik iaitu mengikut giliran diantara Raja-Raja Bergelar dan bukannya diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.
Pepatah Melayu ada menyebut, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu (melainkan Allah). Ini adalah suratan takdir yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Apabila berlaku perkara luar biasa seperti ini ada diantara kita beranggapan terdapatnya sesuatu yang tidak kena terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda Perak seperti yang tersebar di media sosial dan elektronik baru-baru ini. Malahan sebelum ini juga ada desas-desus yang mempersoalkan kedudukan Tuanku Nazrin sebagai Raja Muda Perak dimana Sultan Perak adalah ayahanda baginda sendiri. Berbagai tomahan yang tidak berasas telah dilemparkan berhubung isu tetapi ternyata iannya tidak benarl sama sekali. Seperkara lagi, jika Tuanku Nazrin tidak dimasyhurkan sebagai Sultan Perak oleh Dewan Negara Perak, ini juga merupakan sesuatu yang aneh dimana Raja Mudah tidak diangkat sebagai Sultan.
Mari kita lihat kedudukan pewaris-pewaris tahta negeri Perak bagi memahami perkara sebenar berhubung isu ini.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ketika itu dikenali sebagai Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar pada 16 Februari 1984 ketika berusia 28 tahun. Gambar ini diambil pada tahun 1984 sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan buat pertama kalinya. Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuak ke-34 pada 03 Februari 1984. Kelihatan Raja Nazrin Shah bergambar bersama-sama Raja-Raja Bergelar yang lainnya iaitu dari kiri sekali Raja Kecil Tengah, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa ; Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Sulong, Raja Izzuddin ibni Almarhum Sultan Idris Shah ; Raja Kecil Besar , Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Kecil Bongsu, Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah.
Kedudukan Raja-Raja Bergelar sebagai Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut turutan adalah seperti berikut :-
- Sultan Perak
- Raja Muda Perak
- Raja Di Hilir
- Raja Kecil Besar
- Raja Kecil Sulong
- Raja Kecil Tengah
- Raja Kecil Bongsu
Apabila Sultan Azlan Syah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984 kedudukan Pewaris tahta pada ketika itu adalah seperti berikut :-
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah(03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin (03 Feb 1984)
- Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
- Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
- Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
- Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
- Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain (03 Feb 1984)
Nota :- Tarikh dalam kurungan adalah tarikh lantikan Raja Bergelar / Sultan
Raja Nazrin Shah menandatangani watikah perlantikan sebagai Raja Muda Perak 11 Mei 1987 ketika berusia 31 tahun.
Istiadat Menjunjung Duli Sempena Perlantikan Raja Nazrin Shah sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin mangkat pada 12 April 1987 dalam usia 57 tahun kedudukan Raja-Raja Bergelar sepatutnya naik satu anak tangga tetapi keadaan tidak berlaku sedemikian.
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak -
Raja Ahmad Saifuddin - Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
- Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
- Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
- Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
- Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain(03 Feb 1984)
Sepatutnya Raja Ahmad Hisham yang ketika itu merupakan Raja Di Hilir akan dilantik sebagai Raja Muda dan Raja Nazrin Shah akan naik satu tangga menjadi Raja Di Hilir dan begitulah yang lain-lainnya. Walau bagaimanapun Raja Ahmad Hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai Raja Muda diatas faktor usia baginda yang telah lanjut dan telah memberi laluan kepada Raja Kecil Besar iaitu Raja Nazrin Shah untuk menjadi Raja Muda manakala beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Kedudukan pewais tahta adalah seperti berikut :-
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah(15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
- Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
- Raja Kecil Sulong - Raja Jaafar (1988)
- Raja Kecil Tengah- Raja Iskandar Dzulkarnain (11 May 1987)
- Raja Kecil Bongsu - Raja Ashaman Shah (11 May 1987)
Kedudukan Raja Kecil Bongsu yang kosong telah diisi oleh Raja Ashaman Shah (Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah).
Raja Ahmad Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada tiga orang individu untuk menjadi Raja Muda dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Raja Di Hilir iaitu Raja Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah), Raja Ahmad Saifuddin dan Raja Nazrin Shah. Perkara ini dilakukan kerana faktor usia beliau yang sudah lanjut dan tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik.
Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan yang memerintah pada ketika itu adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak luar biasa dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.
Raja Ahmad Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada tiga orang individu untuk menjadi Raja Muda dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Raja Di Hilir iaitu Raja Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah), Raja Ahmad Saifuddin dan Raja Nazrin Shah. Perkara ini dilakukan kerana faktor usia beliau yang sudah lanjut dan tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik.
Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan yang memerintah pada ketika itu adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak luar biasa dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.
Sebab itulah ada yang membuat rumusan bahawa terdapat ketidak adilan terhadap sistem giliran pengganti raja di Perak semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Diharap anda dapat memahami perkara ini seperti penerangan diatas dan tidak mudah mempercayai sebarang kontroversi terhadap isu ini.
Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun apabila paduka ayahanda baginda ditabalkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9. Beberapa tahun kebelakangan ini sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014, Raja Nazrin Shah sekali lagi menjadi Pemangku Raja Perak disebabkan tahap kesihatan Sultan Azlan Shah tidak begitu mengizinkan untuk baginda menjalankan tugas-tugas rasmi.
Selepas kemangkatan Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham pada 21 September 1997 dalam usia 91 tahun, kedudukan pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
- Raja Kecil Sulong - Raja Iskandar Dzulkarnain (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Tengah- Raja Ashaman Shah (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Bongsu - Kosong
Pada masa ini Raja Jaafar telah mendahului Raja Izzuddin sebagai Raja Di Hilir dan Raja Izzuddin kekal sebagai Raja Kecil Besar. Raja Izzuddin dilantik sebagai Raja Kecil Bongsu pada 1963 ketika berusia 9 tahun. Selepas Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak pada 1984, Ahli Dewan Negara Perak dan Sultan telah melantik Raja Nazrin Shah, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain sebagai pewaris tahta (lihat senarai diatas sekali). Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar mengatasi Raja Izzuddin yang kekal sebagai Raja Kecil Sulong ketika itu. Raja Izzuddin tidak dinaikkan ke jawatan Raja Kecil Besar kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ayahanda beliau, Sultan Idris II juga pernah menarik semula gelaran Raja Bergelar kepada Raja Izzuddin tetapi gelaran itu diberikan semula kepada Raja Izzuddin. Walau bagamanapun kedudukan pewaris tahta Perak berubah berikutan perlucutan jawatan Raja Izzuddin sebagai Raja Kecil Besar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Sulong - Raja Ashaman Shah(16 Mac 2010)
- Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Bongsu - Kosong
Senarai pewaris tahta kemudiannya berubah setelah kemangkatan Raja Ashaman pada 30 Mac 2012 dimana jawatan Raja Kecil Sulong dikosongkan.
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Sulong - Kosong
- Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Bongsu - Kosong
Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014 dalam usia 86 tahun, Dewan Negara Perak telah bermesyuarat pada lewat petang 28 May 2014 di Istana Iskandariah untuk melantik Sultan Perak yang baru. Sebelum pengisytiharan dibuat pada 29 May 2014, rakyat tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menjadi Sultan Perak yang baru berikutan ada desas-desus yang menyatakan bahawa Raja Nazrin Shah tidak akan dipilih oleh Dewan Negara Perak sebagai Sultan yang baru. Teka teki berkenaan terjawap apabila Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumaman mengisytiharkan Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dalam usia 58 tahun, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dalam usia 58 tahun, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
Diharap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mengapa Sultan Nazrin menggantikan paduka ayahanda baginda sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan dan segala tomahan yang dilemparkan terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda selama ini adalah tidak benar sama sekali.
Sumber :- malaysiacrisis.blogspot.com/DYMM Sultan Azlan Shah - Biografi Bergambar/Royalark/Maharum Bugis Syah
No comments:
Post a Comment