Saturday, May 31, 2014

Susunan Kekananan Raja-Raja Melayu Berikutan Pemasyhuran Paduka Seri Sultan Perak Ke-35


Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K.II (Selangor), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P.(Perlis), Ph.D (Harvard).


31 May 2014, Sabtu :- 

Ini adalah senarai baru kedudukan susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi sembilan buah negeri Beraja di Malaysia berikutan Pemasyhuran Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-35 pada 29 May 2014 bersamaan 29 Rejab 1435M. 



1. YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XIV
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand)
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb. Februari 1959, tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-V (kali pertama) pada 21.09.1970 dan tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV (kali kedua) pada 13hb Disember 2011)

2. SULTAN PAHANG
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang). 
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7hb. Mei 1974 dan ditabalkan pada 6hb. Mei 1975)

3. SULTAN TERENGGANU
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 15hb. Mei 1998 dan ditabalkan pada 4hb. Mac 1999).

4. RAJA NEGERI PERLIS
  • Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb. April 2000 dan ditabalkan pada 7hb Mei 2001).

5. SULTAN SELANGOR
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb. November 2001 dan ditabalkan pada 8 Mac 2003)

6. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
  • Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan pada26hb Oktober 2009).

7. SULTAN JOHOR
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar  
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010)

8. AL-SULTAN KELANTAN
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 13hb. September 2010).

9. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
  • Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K.II (Selangor), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P.(Perlis), Ph.D (Harvard).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 29hb Mei 2014).

10. PEMANGKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN * . 

* Tugas ini dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuatkuasa mulai 12.12.2011
yang dianggotai oleh :-
  1. Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri DiRaja Sallehuddin ibni Almarhum SultanBadlishah (Tunku Temenggong Kedah)
  2. Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Laksamana Kedah)
  3. Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah 
Pengerusi Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman,Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj   ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Bendahara Kedah Darul Aman) telah mangkat pada 21 May 2014 lepas.


Sumber :- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia / Maharum Bugis Syah

Friday, May 30, 2014

Sultan Brunei Hadiri Istiadat Penghormatan Terakhir Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah



Click gambar untuk imej yang lebih besar

30 May 2014, Jumaat :-


Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghadiri Istiadat Penghormatan terakhir sempena kemangkatan  Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah.  Turut serta mengiringi baginda di Balairong Seri Istana Iskandariah,  Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Kelihatan turut serta memberi penghormatan terakhir bersama Sultan Brunei adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Tuanku Nazrin Ziarah Makam Almarhum Tuanku Azlan Shah



Click gambar untuk imej yang lebih besar

30 May 2014, Jumaat :-

Hai ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menziarahi makam Almarhum Paduka Ayahanda tersayang baginda di Makam Diraja Kuala Kangsar ataupun juga dikenali sebagai Makam Al-Ghufran. Kelihatan baginda begitu sedih dan hiba serta mengalirkan air mata ketika berada disisi dimakam Almarhum. Turut serta mengiringi baginda adalah Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah. Makam disebelah belakang baginda adalah makam adinda baginda, Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang mangkat pada 30 Mac 2012.

Sumber : Syahril FB / Bernama




Thursday, May 29, 2014

Sultan Perak Ke-35 Di Masyhurkan




29 May 2014, Khamis :-


Shukur Alhamdulillah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah di masyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35.  Pengisytiharan dilakukan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan. Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak yang baru serta Istiadat Permakaman ini disiarkan secara langsung bagi tatapan seluruh rakyat Malaysia.

berkelulusan B.A. (Hons) in Philosophy, Politics and Economics, Oxford University; Master in Public Administration dari the Kennedy School of Government, Harvard University;  Ph.D. in Political Economy and Government dari  Harvard University. Baginda mendirikan rumahtangga dengan Tuanku Zara Salim pada 18 Mei 2007 dan dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Baginda sekarang berusia 58 tahun tetapi baginda kelihatan lebih muda dari usia sebenar baginda.

Tanda tanya siapakah Paduka Sultan Perak ke-35 terjawab pada hari ini.  

Sumber :- Siaran Langsung RTM & TV3 / Syahril / Bernama Radio

Keranda Almarhum Tuanku Azlan Shah Diletakkan Di Balairong Seri Istana Iskandariah Untuk Istiadat Penghormatan Terakhir




29 May 2014, Khamis :-


inilah dia keranda Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang diletakkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk Istiadat Penghormatan Terakhir. Keranda Jenazah Almarhum Tuanku Azlan Shah yang ditutup dengan kain songket bewarna kuning telah dibawa masuk ke Balairong Seri Istana Iskandariah oleh lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia.  Keranda Jenazah Almarhum Almarhum Tuanku Azlan Shah kemudiannya diletakkan dihadapan singahsana  di atas peterana tiga anak tangga berwarna kuning diraja. Kain Putih dengan lambang diraja negeri Perak diletakkan diatas keranda Almarhum Sultan Azlan Shah.

11 pegawai daripada pasukan keselamatan kemudiannya membawa masuk darjah-darjah kebesaran Almarhum dan diletakkan di atas bantal bewarna kuning diraja yang mengelilingi keranda Almarhum Tuanku Azlan Shah.  36 jejawat yang membawa payung kebesaran diraja kemudiannya mengambil tempat berarak masuk ke Balairong Seri. Bacaan al-Quran berkumandang diudara setiap masa dibacakan oleh beberapa kumpulan termasuk pelajar tahfiz, anggota kariah beberapa buah masjid dan Jabatan Agama Islam Perak.

Terdahulu Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd. Ali, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja berangkat masuk ke Balairong Seri Istana Iskandariah.

Sumber :- Sinarharian.com / Adely

Datuk Seri Najib Ziarah Jenazah Tuanku Azlan Shah



29 May 2014, Khamis :-

Sebentar tadi Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menziarahi jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk Istiadat Penghormatan Terakhir. Perdana Menteri dan Isteri sedang dalam rangka lawatan rasmi negara ke Cina bergesas pulang malam tadi untuk menghadiri Istiadat Penghormatan Terakhir dan beliau akan kembali semula ke Cina untuk meneruskan lawatan rasmi negara.

Sumber :- Friend of BN / Raja Putra Shah

Kerja-Kerja Bagi Istiadat Permakaman Almarhum Sultan Azlan Shah di Makam Diraja Berjalan Lancar





Sila click gambar untuk imej yang lebih besar.

29 May 2014, Khamis :- 


Shukur Alhamdulillah kerja-kerja bagi Istiadat Permakaman Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah di Makam Diraja Kuala Kangsar berjalan lancar bermula daripada petang semalam hingga malam tadi.  Kerja-kerja menggali liang lahad, pemasangan khemah dan karpet dikawasan permakaman berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Sumber :- Aedly FB

Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak Yang Baharu Hari ini


Click gambar untuk imej yang lebih besar



Dalam Kenangan
Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984  selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah pada 31 Januari 1984. Istiadat berlangsung sebelum jenazah Almarhum Sultan Idris Shah di makamkan.


29 May 2014, Khamis :-


Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak yang baru berikutan kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 28 May 2014 akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah pada hari ini 29 May 2014 sebelum Jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja untuk Istiadat Permakaman.  Satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak telah diadakan lewat petang semalam bagi menentukan pengganti Almarhum Sultan Azlan Shah. Mesyurat dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin ini diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Perlantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak yang baru adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2) seperti di bawah:

“Fasal VI (1) Manakala mangkat kita dan mangkat seseorang daripada ganti-ganti kita yang gemilang,  maka jenazah kita dan jenazah-jenazah ganti-ganti kita yang gemilang hendaklah di simpan dengan tiada dimakamkan mengikut sebagaimana adat Melayu sehingga seorang ganti telah dipilih dan dilantik,  dan inilah kita mengikrar dan memerintahkan bahawa hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan menjalankan kuasa-kuasa dan menyempurnakan tanggungan-tanggungan Raja Pemerintah itu di antara kemangkatan seorang Raja Pemerintah  dengan lantikan seorang Raja Pemerintah baharu.

 (2)  Manakala berlaku kemangkatan yang demikian itu dan jikalau kita atau mana-mana daripada ganti-ganti kita melucutkan milik-milik Raja,  hak-hak,  kuasa-kuasa dan kebebasan-kebebasan bagi Raja,  Raja Pemerintah itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Dewan Negara seperti yang disyaratkan di bawah ini,  dan hendaklah apabila dilantik dinyatakan seperti itu mengangkat dan menanda tangani apa-apa sumpah yang harus ditetapkan oleh Dewan Negara itu dari satu masa ke satu masa dengan syarat bahawa sumpah yang demikian itu hendaklah mengandungi perkataan-perkataan yang akan mengikat perasaan Raja Pemerintah itu dan kemudian daripada itu Raja Pemerintah itu hendaklah ditabalkan mengikut adat Melayu.

Tetapi hendaklah disyaratkan pula bahawa dalam timbangan-timbangannya berkenaan dengan pilihan seorang Raja Pemerintah itu,  hendaklah Dewan Negara itu memberi timbangan-timbangannya yang pertama kepada sesiapa Bakal Sultan mengikut susunan yang tersebut di bawah ini,  yang keduanya kepada sesiapa Raja yang Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya dan kemudian daripada itu hendaklah dijalankan seperti yang disyaratkan dalam Fasal VII, VIII dan IX dalam Bahagian ini.”   

Pemilihan Raja Pemerintah yang baharu itu hendaklah di laksanakan dengan secepat mungkin.  Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII seperti berikut :

“Fasal LXIII.  Maka Dewan Negara itu tidaklah boleh dipanggil bermesyuarat melainkan dengan Titah Perintah Raja pemerintah itu.

Dengan syarat bahawa bila pekerjaan Dewan Negara itu berkenaan dengan lantikan atau pemberhentian seorang Raja Pemerintah atau lantikan seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja,  atau lain-lain pekerjaan yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah itu, atau apa-apa pekerjaan lain yang pada mesyuaratnya disifatkan berfaedah yang Raja Pemerintah itu tidak bercampur, maka hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan memanggil Dewan Negara itu bermesyuarat dengan syarat bahawa Dewan Negara itu hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Buat masa ini pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-



  1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga merupakan Pemangku Raja Perak.
  2. Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Almarhum  Raja Muda Musa.
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
  4. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah.
Siapapun diantara pewaris tahta yang akan dipilih oleh Dewan Negara Perak sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan  yang baru diharap baginda dapat meneruskan kesinambungan Pemerintahan Almarhum Tuanku Azlan Shah yang amat dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya dan Perak amnya.  

Al-Fatihah ...........




Sumber :- Bernama / Sembang Kuala / Biografi Bergambar Sultan Azlzn Shah / Maharum Bugis Syah

Wednesday, May 28, 2014

Garis Panduan Berpakaian Ketika Ziarah Almarhum Sultan Azlan Shah


28 May 2014, Rabu :-

Hari ini Pejabat Menteri Besar Perak telah mengeluarkan beberap garis panduan berpakaian kepada anda yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah seperti berikut :-
  • Lelaki Islam perlu memakai pakaian kebangsaan berwarna gelap, bersamping warna gelap tanpa corak benang emas atau perak serta bersongkok hitam dengan lilitan kain putih atau riben selebar satu inci.
  • Lelaki bukan Islam pula perlu memakai sut berwarna gelap dengan bertali leher hitam atau berseluar panjang dan berbaju tangan panjang dengan dililit kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju tangan kiri.
  • Perempuan Islam perlu berbaju kurung atau berkain sopan dan bertudung hitam.
  • Perempuan bukan Islam hendaklah berpakaian sopan serta memakai lilitan kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju kiri.


Penghormatan terakhir oleh orang ramai akan diadakan pada esok hari bersamaan 29 May 2014 mulai Jam 11:00hrs hingga 14:00hrs di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. 

Sumber :- Bernama /Jejaktinggalan rasul.blogspot

Jenazah Almarhum Tuanku Azlan Syah Selamat Sampai Ke Kuala Kangsar


28 May 2014, Rabu :-


Jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah telah selamat tiba ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada jam 20:15hrs tadi.Jenazah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur lebih kurang jam 17:08hrs. Jenazah dibawa menggunakan Van Jenazah Kementerian Pertahanan.





Manakala kerja-kerja untuk Istiadat Permakaman Tuanku Azlan Shah sedang giat dilaksanakan di Makam Diraja Kuala Kangsar.

Sumber :-KK Tetap Dihati/ Friend of BN / Bernama / Syahril

Tuanku Azlan Shah Mangkat


28 May 2014, Rabu :-


Al-Fatihah





Dukacita Dimaklumkan Bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah telah Mangkat sebentar tadi jam 13:30hrs di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun. Baginda mangkat disisi Isteri tersayang, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta anakanda-anakanda Almarhum yang lainnya.

Pengumuman Rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui RTM. Esok diistiharkan sebagai cuti umum bagi negeri Perak sempena permakaman Almarhum Tuanku Azlan. Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari bermula hari ini manakala bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari bermula hari ini. Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Esok Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi jam 09:00hrs untuk para pembesar negeri dan orang kenamaan manakala untuk orang ramai bermula jam 11:00hrs hingga 14:00hrs.  Bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan & Raja-Raja serta pembesar negara asing akan bermula jam 14:00hrs hingga 15:00hrs.  Istiadat Permakaman akan dijalankan selepas Solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar pada 29 May 2014 bersamaan 29 Rejab 1435H.

Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.



Sumber :- Istana Iskandariah / Bernama / malaysiakini

Berita Kemangkatan Sultan Azlan Tidak Benar


28 May 2014, Rabu :-


Baru-baru ini tersebar berita mengenai kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Berita yang disebarkan melalui media sosial dan elektronik ini adalah palsu, tidak benar dan rekaan semata-mata. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sekarang berusia 86 tahun dan sedang sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara atau IJN. Malam tadi Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah menziarahi Paduka Ayahanda baginda di IJN.

Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh ALLAH. Diharap janganlah kita membuat sebarang spekulasi berhubung kesihatan Tuanku Sultan Azlan Shah malah marilah kita bersama-sama mendoakan agar Tuanku Sultan Azlan Shah diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Amien.

Jika berlaku sebarang kemangkatan Sultan/Raja di Malaysia, Menteri Besar kepada negeri berkenaan akan membuat pengumuman secara rasmi berhubung kemangkatan berkenaan. Selagi tiada pengumuman rasmi berhubung kemangkatan sesorang Sultan/Raja, jangan sekali-kali mempercayai berita yang disebarkan terutamanya di media sosial dan elektronik dan jangan sesakli kita cuba berkongsi maklumat yang tidak benar kesahihannya terutama di laman sosial seperti facebook, twitter dan seumpamanya.

KEMASKINI :- Pengumuman Rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui RTM berhubung Kemangkatan Tuanku pada jam 13:30hrs di IJN.  Al-Fatihah .................

Sumber :- Gambar dari Bernama 

Tuesday, May 27, 2014

TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Gelaran Tun


27 May 2014, Selasa :- 

Tahniah diucapkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diatas penganugerahan darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun pada 26 May 2014. Bermula semalam, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dikenali dengan panggilan Tuan Yang Terutama Tun Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. TYT Tun Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai  Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 01 Mac 2014 untuk tempoh empat tahun setelah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014. 

Anugerah disampaikan oleh  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri Istana Negara. Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ; Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satim dan Isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Sumber :-e-browse Berita Harian / Majlis Raja-Raja.gov.my

Sunday, May 25, 2014

Tengku Marsella Lawat Panda Gergasi Feng Yi dan Fu Wa



25 April 2014, Ahad :-

Petang tadi YM Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah isteri kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menemani suami beliau melawat Pusat Konversasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara, Hulu Klang, Kuala Lumpur. Kelihatan YM Datin Seri Tengku Marsilla ber selfie bersama suami dan Panda berkenaan. Datuk Seri Hishammuddin mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke  Pusat Konversasi dan Pameran Panda Gergasi berkenaanPanda Gergasi yang diberi nama Feng Yi (Betina) dan Fu Wa (Jantan) tiba di Malaysia pada 21 May lepas melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 07:53 hrs. Feng Yi dan Fu Wa diterbangkan dari tempat asalnya di Chengdu, Cina menggunakan pesawat khas MASKargo  330-200 (MH6462). Panda Gergasi ini akan dikuarantin selama sebulan ditempat khas yang disediakan oleh Zoo Negara di Pusat Konversasi berkenaan.

Pada mulanya  Feng Yi dan Fu Wa dijadualkan sampai ke Malaysia pada 16 April 2014 tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan Cina terpaksa menumpukan perhatian dalam usaha-usaha mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Cina  pada 08 Mac 2014. Feng Yi dan Fu Wa   dipinjamkan oleh Kerajaan Cina kepada Malaysia bagi tempoh 10 tahun melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Panda Gergasi ini juga menjadi simbolik hubungan diplomatik antara kedua negara sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia - Cina.

Marilah kita beramai-ramai melihat sendiri Panda Gergasi Feng Yi dan Fu Wa apabila iannya dibuka untuk lawatan pada bulan hadapan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dalam kenyataanya pada Jumaat lepas memaklumkan Harga tiket belum ditetapkan lagi tetapi tidak lebih daripada RM20.00 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak. 

Sumber :- Pic dari Hishammuddin Hussein Fan Page

Tengku Abdullah Dipilih Sebagai Presiden FAM 2014/2018


25 May 2014, Ahad :-

Menjunjung Kasih Merafak Sembah dan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diatas perlantikan baginda sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM. Baginda dipilih sebagai Presiden FAM bagi tempoh 2014/2018 selepas berjaya dalam pemilihan Jawatan berkenaan pada Kongres Tahunan FAM ke-50 di Shah Alam pada hari ini dengan menewaskan anakanda saudara baginda, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. 

Pada mulanya, Tengku Mahkota Pahang memperolehi 24 undi manakala Tunku Mahkota Johor mendapat 15 undi.  Walau bagaimanapun pemilihan semula terpaksa dilakukan kerana keputusan undi tidak memperolehi dua pertiga undian sepertimana yang diperuntukkan dalam Artikel 39.2 bagi pemilihan Jawatan Presiden FAM. Undian kali kedua juga memihak kepada Tengku Mahkota Pahang dengan memperolehi 27 undi menewaskan Tunku Mahkota Johor yang memperolehi 12 undi.

Bekas Presiden FAM, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM seumur hidup.

Barisan kepimpinan baru FAM bagi penggal 2014/2018 selepas pemilihan yang diadakan dalam Kongres Tahunan FAM ke-50 pada hari ini adalah seperti berikut :-


Presiden:
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Pahang)

Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)

Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)

Anggota Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

Sumber :- Malaysiakini/ Utusan Malaysia Online / Bernama

Belasungkawa - Kenangan Mesra Tengku Puan Nor Saadah


25 May 2014, Ahad :-

Hari ini Mingguan Malaysia telah mengeluarkan sartu artikal bertajuk Belasungkawa - Kenangan Mesra Tengku Puan Nor Saadah.  Artikel berkenaan boleh didapati pada sisipan Rencana muka 4. Sila click gambar untuk membaca artikel berkenaan.  Terima kasih Utusan Malaysia.

Sumber - Mingguan Malaysia

Pangiran Sufri Sempurnakan Majlis Asian Games 2014 Fun Run.


Sila Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

25 May 2014, Ahad :-

Pagi tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) telah berkenan menyempurnakan majlis larian Asian Games 2014 Fun Run. Majlis diadakan di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Bagawan.

Asian Games 2014 Fun Run diadakan sebagai salah satu kempem mempromosikan Sukan SEA yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan pada 19 September hingga 04 Oktober 2014. Larian sejauh 3km ini bermula dari Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien dan berakhir di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah sukan, sekolah rendah, para atlet, persatuan-persatuan sukan dan lain-lain.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/The Brunei Times/Maharum Bugis Syah

Thursday, May 22, 2014

Takziah Kepada Yang Teramat Mulia Toh Puan Bendahara Kedah, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah


22 May 2014, Khamis :-

Takziah diucapkan kepada  Yang Teramat Mulia Toh Puan Bendahara Kedah, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah diatas kemangkatan suami tercinta  Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman pada 21 May 2014.  Terbayang kesedihan diwajah Toh Puan Noor Suzanna Abdullah dan kami semua mendoakan agar Toh Puan Noor Suzanna bersabar dan menerima dugaan ini dengan hati yang tabah.

Al-Fatihah ..............

Semuga Rohnya Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.



 Sumber :- Pic dari Astro Awani

Sultan Brunei Menerima Mengadap Ketua Turus Tentera British


22 May 2014, Khamis :-


Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Sir Peter Wall, Ketua Turus Tentera British di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Sir Peter Wall mula memegang jawatan sebagai Ketua Turus Tentera British semenjak 2010.

Turut serta dalam majlis ini adalah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Mohd. Tawih Abdullah ; Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan  Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah  Haji Umar serta Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Group Captain, Michael Christopher Longstaff.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brnei / Gov.UK

Al-Fatihah Kepada YTM Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

(30 Jun 1939 - 21 May 2014)

22 May 2014, Khamis :-


Al-Fatihah 


Semuga Rohnya 
Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah
ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. 
Amien



Wednesday, May 21, 2014

Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman Selamat Dimakamkan

21 May 2014, Rabu :- 

Istiadat Permakaman Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan pada jam 17:20hrs tadi di Makam Diraja Langgar dengan penuh adat istiadat diraja negeri Kedah Darul Aman. Turut serta menzirahi jenazah Almarhum adalah Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra ; Raja Perempuan Perlis, Duli Yang  Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.  

Bonda Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj, Tengku Asmah binti Almarhum Sultan Badrul Alam Shah adalah anakanda kepada Sultan Terengganu ke-14 yang memerintah Terengganu pada 1920 hingga 1942 manakala Ayahanda Raja Perempuan Perlis, Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Badrul Alam Shah adalah adik beradik dengan Tengku Asmah. Almarhum dan Raja Perempuan Perlis adalah sepupu. Manakala Tuanku Abdul Halim adalah adik beradik berlainan bonda dengan Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj.

Takziah diucapka kepada keluarga Diraja Kedah diatas kemangkatan Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah ........... Semuga Rohnya Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya. Kelihatan Tuanku Abdul Halim mencium jenazah adindanya di Istana Kuala Cegar sekembalinya baginda dari lawatan rasmi negara ke Singapura. Baginda bergesas pulang dari Singapura dan menyingkatkan lawatan rasmi yang dijadualkan berakhir esok.


Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit ketika Istiadat Penghormatan terakhir.


Jenazah dibawa keluar dari Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit untuk Istiadat Permakaman.


Jenazah dibawa keluar daripada Istana Anak Bukit menuju Makam Diraja Langgar untuk Istiadat Permakaman Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah.



Jenazah dibawa masuk ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan.


Istiadat Permakaman dijalankan



Kelihatan  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyiram air mawar dimakam Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah sambil diperhatikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Sumber :- Bernama / Maharum Bugis Syah / P Ramona /Aedyl Ajmael Muhamad Fazielah