Wednesday, April 28, 2010
Pagi Nie - 28.04.2010
Tuesday, April 27, 2010
Muss ke HKL jam 12:50 am - 27.04.2010
Monday, April 26, 2010
Hari Ini - 26.04.2010
Sunday, April 25, 2010
Tahniah BN & P Kamalanathan - 25.04.2010
PM Dan Timbalan TM meraikan kemenangan P Kamalanathan dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor selepas beliau diumumkan memenangi pilihanraya kecil P094 itu di Pusat Pengiraan Undi Dewan Serbaguna dan Reakreasi Hulu Selangor. Kamalanathan berumur 44 tahun merupakan Ketua Penerangan MIC dan Pengurus Perhubungan Awam di Serba Wangi Sdn Bhd (anak syarikat BERNAS)Dinner - 25.04.2010

Semalam - 25.04.2010
Bila Syah nak ambil pic dia bukan main tutup lagi mukanya tapi akhirnya dapat juga snap gambar dia. Lepas di caj RM 98.01 sen coz semalam dah caj RM0.99 hehehehehe Syahpun beredar tapi sempat juga dia tanya nak minum tak dan Syah inform tak apa lah. Amoi...Amoi.....
Macam biasalah, lepas tu Syah bawa Azrin makan kerana itu syarat-syarat nak ke Sungai Wang tadi. jam 05:28pm we all sampai ke kedai Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Bukit Bintang. Makan Nasi Ayam dua, Wantan Soup, Longan Ice dan Asam Boi semuanya RM26.00.
Selepas makan Syah ke KL Pavilion coz Syah nak beli produk muka di Clinique @ Lot 4.45, Level 4 Pavilion KL. Syah beli moisturizer RM 178.00. Dapatlah percuma toner kecil. Selain dari itu Syah datang sini coz nak ambil hadiah birthday dari Clinique. Tu yang warna putih tu - manicure set.
On the way ke Sungai Wang Plaza Syah singgah di Lot 10 dan kemudiannya ke Isetan. So Syah beli beg sandang Arnold Palmer untuk gantikan beg Adidas yang dan rosak zipnya. Harga asalnya RM RM119.00 tapi ada diskaun 50% dapatlah RM59.50. Lepas tu beli t-shirt crocodile dengan harga RM49.00 offer juga dan harga asalnya RM109.90. Tak kisahlah stock lama ker atau fesyen lama yang penting kualiti kainnya. Tu yang beli tu lagipun kalau tak offer tak beli kot. Lepas tu ambil kereta di Sg Wang Plaza dan balik Rawang. On the way balik Muss inform ayahandanya masuk HKL. Sampai rumah saja jam 09:00pm dan AF baru nak Mula.Saturday, April 24, 2010
Birthday - 24.04.1967
Birthday tak kemana duduk rumah jer hari ini. Pagi tadi Syah balik ke Rawang. Semalam Syah gunting rambut di Snips, Sungai Wang Plaza, Bukit Bintang. Tapi sekejap tadi lebi kurang jam 12:18 tengahari salon tu call dan minta Syah datang hari ini juga coz mereka tersalah charging kad kredit Syah dari RM99.00 dia caj RM0.99 sen sahaja. Syah cakap datang esok sahaja tapi amoi tu kata kena datang hari ini juga kerana nak closing account. Tipu jer tu ..... tapi macam Syah cakap tadi hati kena baik, ini masa dia buat salah dan kita tolong mana tahu satu hari nanti kita buat salah orang lain pula tolong kita dan jangan sesekali mengharap orang yang kita tolong tu tolong kita balik, itu tak ada dalam diari hidup Syah. Kalau nak ikut hati tak payah datang sebab dia yang buat silap tapi tak elokkan buat macam tu coz kita hidup nie kalau boleh janganlah cari musuh. Syah inform dia I akan datang before 07:00pm. Ye lah kan Syah kat Rawang, Selangor sekarang nie buknnya KL.
Selepas gunting rambut Syah ke Matsuda Sungai Wang Plaza. Syah memang suka pakai seluar jenama mereka untuk seluar kerja. Dah lama tak pakai coz member-member selalu komplain seluar tu nampak ketat benjol sana-sini dia orang cakap. Tapi tak per lah. heheheheh. Nak pakai style tu balik lah. Syah beli dua - RM239.80.
Wednesday, April 21, 2010
Lagi Lapuran CD Sultan Kelantan - 21.04.2010
Tuesday, April 20, 2010
Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu - 20.04.2010
- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini
- Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Monday, April 19, 2010
PC Fare - 19.04.2010
Petang semalam 18.04.2010 Syah dan Azrin ke KL Convention Center kerana ada PC Fair yang diadakan semenjak Jumaat Lepas. Bak kata orang rabaklah juga poket beli gadget untuk netbook Syah. Syah beli Netbook Proctective Sleeve - RM 29.00, Notebook Cooling Pad - RM35.00, Portble Slim Super Multi Burner (warranty 3 years) - RM180.00, External Hard Disk Cover - RM25.00 dan Beg Sandang Golla - RM 150.00. Azrin juga beli beg yang sama untuk laptop dia. Actually masa beli Burner tu duit dah nak habis tinggal RM80.00 sahaja so pinjam duit Azrin dahulu tapi tetiba datang idea cadangkan Azrin beri Syah hadiah birthday 24.04.2010 nanti inadvance. So............... dia setuju dan kata ok lah dan pulangkan semula RM 80.00 pada Syah. Thanks. Heheh dapat hadiah awal.
Dari KLCC, Coz we all parking kat situ, ingat nak dinner @ Pak Ya tapi Syah tak tahu jalan nak ke sana, Call CD dan Mus tak ada respond pula. So makan kat gombak saja area Sekolah Teknik Gombk dekat UIA tu. Nak makan ikan kerapu tapi tak ada stock yang ada hanya kembung jer. Selamat duit sket coz Syah belanja hari nie coz itu syarat-syarat wajib yang telah ditetapkan untuk ke PC Fare..............hehehehhe. So order Ikan Kembung Masak Pedas, Telur Dadar, Sup Ekor dan Udang Goreng Tepung, Nasi Putih dan nasi Goreng Cina. Minum Teh Panas, Nescafe Ice, dua gelas air panas dan 2 gelas Kopi O. Semuanya RM26.00. TYT Pulau Pinang Masuk Hospital - 19.04.2010

Anak jati Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang ini diputrakan pada 15 April 1938. Beliau dilantik oleh Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 17 April 2001 sehingga kini selama tiga penggal. Beliau juga merupakan Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Beliau berkahwin dengan Toh Puan Majimor bt Shariff dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata.
Bersama-samalah kita berdoa supaya TYT disembuhkan penyakitnya dan dipanjangkan umur. AMIN.
Happy Birthday Tuanku Azlan - 19.04.2010
Hari ini 19.04.2010 merupakan Hari Keputeraan ke-82 tahun Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak ke 34. Sempena hari yang istemewa ini, Syah nak berkongsi maklumat mengenai baginda kepada anda semua. Tidaklah 100 peratus tetapi sekadar untuk mengenali baginda secara ringkas.
Al-Marhumah YTM Bonda Raja, Toh Puan Besar Hatijah bt Dato' Setia Wangsa Ahmad Setelah menamatkan peperiksaan Senoir Cambridge baginda menyambung pelajaran ke MCKK selama satu tahun bagi melayakkan baginda memasuki universiti dan waktu inilah ayahanda baginda ditabal sebagai Sultan Perak ke-32 pada 31 Mac 1948. Dengan status sebagai seorang Putera Sultan Perak, keadaan ini telah menaikkan lagi semangat baginda untuk menjadi seorang yang berpendidikan tinggi. Keadaan ini lebih mudah apabila ianya mendapat sokongan daripada ayahandanya.
- Raja Kecil Bongsu - 19 Ogos 1962
- Raja Kecil Tengah - 01 Februari 1963
- Raja Kecil Sulong - 01 Januari 1978
- Raja Kecil Besar - 01 Ogos 1978
- Raja Muda - 01 Julai 1983
- Paduka Seri Sultan Perak - 03 Februai 1984 Sehingga sekarang.
Boleh dikatakan bahawa baginda merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menjawat dua jawatan tertinggi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia iaitu sebagai Ketua Hakim dan Yang DiPertuan Agong bagi Malaysia.
Sunday, April 18, 2010
Tuanku Azlan Hadir Majlis Bacaan Yasin - 18.04.2010
Saturday, April 17, 2010
Tuan Muda Pahang Diampunkan - 17.04.2010
- Zul Ariff perlu memohon maaf kepada DYTM Tengku Mahkota pahang dan Kaum Kerabatnya (keluarga)
- Zul Arif perlu membuat AKU JANJI tidak mengulangi lagi perbuatan berkenaan
- Zul Arif mesti bersetuju untuk diberikan rawatan kaunseling
Tempoh akhir tahanan reman Zul Ariff berakhir pada 15.04.2010 dan hasil siasiatan polis mendapati tiada penglibatan pihak ketiga dibelakang tindak-tanduk beliau. Beliau telah bergerak sendiri melakukan penyamaran itu tanpa pengetahuan kaum keluarganya. Supaya isu ini tidak berpanjangan, Pihak Istana menasihatkan beliau agar tidak membuat sebarang kenyataan akhbar . Tengku Abdullah dilaporkan tidak akan berjumpa Zul Ariff kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana Zul Ariff telah memohon maaf .
Menurut Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Leftenan Kolonel (B) Nor Hashim Abdul Aziz, Zul Ariff telah menghantar sendiri surat dan aku janji kepada Tengku Abdullah melalui beliau pada 16.04.2010. Zul Ariff telah membuat aku janji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya. Beliau juga menzahirkan rasa kesal diatas perbuatannya serta memohon maaf kepada Tengku Abdullah dan Kerabat DiRaja. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supertendan Zulkifli Taha memaklumkan bahawa Zul Ariff masih dibawah pengawasan pihak polis dan perlu melaporkan diri dari masa kesemasa dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak polis.
Thursday, April 15, 2010
Dinner @ Pak Ya - 15.04.2010
Tuanku Mizan serah surat perlantikan 13 Hakim - 15.04.2010
Turut serta dalam upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim.
Tengku Marjan Buat Lapuran Polis - 15.10.2010
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan dalam kenyataannya kepada akhbar memaklumkan kes itu akan diserahkan kepada polis Kelantan untuk siasatan lanjut memandangkan kejadian yang dilaporkan berlaku di negeri berkenaan.
Monday, April 12, 2010
Tunku Azizah - Tuan Muda - 12.04.2010
Baginda sempat memberi komen terhadap remaja pintar yang menyamar sebagai anak angkat KDYTM Tengku Mahkota Pahang dengan menggunakan gelaran Tuan Muda . Menutrut baginda remaja berkenaan pernah mengutus surat kepadanya untuk mengadap. Walau bagaimanapun baginda mengarahkan setiausahanya memfailkan surat berkenaan tampa tindakan susulan. Baginda juga memaklumkan memang baginda ada membuat lapuran polis mengenai penyamaran berkenaan dan berpesan supaya "Tuan Muda" itu tidak diapa-apakan kerana mungkin dia kurang sihat. Baginda terpaksa membuat lapuran polis demi menjaga nama baik Istana Pahang.Sunday, April 11, 2010
Pasar Malam Country Homes - 11.04.2010
Selepas beli aircond Bak ajak Azrin untuk ke pasar malam country homes. Hemmmm elok juga idae tu bolehlah Syah tumpang sekaki untuk menjenguk tenant Syah di Country Homes. Sampai jer ke Country homes terus ke rumah sewa Syah dan bertanya khabar pada penyewa dan dia inform everything ok. Mereka nampak terperanjat Syah datang dan Syah inform tak payahlah buka pintu just nak tanya khabar sahaja kerana kebetulan hendak ke pasar malam. Rumah baru diapun belum siap lagi so mungkin 2 atau 3 bulan lagil siaplah rumah mereka dan Syah kenalah iklan cari tenant yang baru. MUSS Sakit Lutut - 11.04.2010
Malam Tadi - 11.04.2010
Sebelum ke rumah Azrin, Syah makan kat area rumahh Syah jer - Garing Permai. Ingat warung tu buka AF tapi tengok bola sepak N9 vs Kedah rupanya. Syah makan Mee Kung Fu, Milo Ice dan Azrin Kueh Teow Kung Fu, Teh & Teh O Ice Limau. Untuk parents dan adik Azrin, dia ta paw jer. Sempat pinjam 3 VCD dari Azrin sebab tak nak asik tengok TV 8 dan 9 jer. TV 8 banyak cerita cina rupanya.
Menyamar Tuan Muda - 11.04.2010
- Membuat lawatan ke rumah warga kurang upaya di kampung Hijrah, Kuantan pada 05 April 2010 dengan diiringi oleh seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.
- Melawat dan mengurniakan pangkat kepada pelatih di Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating pada 29 Mac 2010. Beliau sendiri telah menjemput Ketua Pengarah JLKN, Datuk Haji Hadi Awang Kechil di lapangan terbang yang datang khas dari Kuala Lumpur untuk majlis berkenaan.
Saturday, April 10, 2010
Marhum Affifullah Shah - 10.04.2010

Sultan Idris diputerakan pada 17 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Merupakan putera sulung kepada Marhum Kadasallah iaitu Sultan Perak ke-30, Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibni Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1. Bondanya merupakan isteri ketiga Sultan Idris, Raja Perempuan Raja Puteh Umi Kalsom binti Raja Kulup Muhammad.
Serba sedikit mengenai Al-Marhum
Perlantikan :-
- Raja DiHilir Perak pada 10.05.1934 sewaktu berusia 10 tahun
- Raja Bendahara Perak pada 17.10.1938
- Raja Muda Perak pada 15.07.1948
- Sultan Perak pada 04.01.1963 - ditabalkan pada 26.10.1963
Pendidikan :-
- Sekolah Melayu Bukit Chandan -03.01.1931
- Sekolah Clifford
- Maktab Melayu Kuala Kangsar
- Mengikuti kursus dalam bidang Kerajaan Tempatan, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Pertanian di Universiti Londan (1934 - 1951)
- Ditauliahkan FMSVF dalam ketenteraan pada 1951 dan kemudiannya mendapat latihan ketenteraan di Depoh Askar Melayu DiRaja Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kerjaya
- Sultan Perak ke 33 (1963 - 1984) menggantikan sepupu Baginda Marhum Ghafarullah, Paduka Seri Sultan Yusoff Izuddin Shah iaitu ayahanda kepada Sultan Perak Sekarang Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- Konel Yang DiPertua Rejimen Jurutera Malaysia (1963-1984)
- Mejar Askar Melayu DiRaja.
- Pesuruhjaya Perkhidmatan Penghulu Negeri Perak (1951 - 1958)
- Ahli Rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Perak (1952 - 1957)
- Pengerusi Jemaah Pangkuan Negeri (1956)
- Pemangku Sultan Perak (1953)
- Ahli Dewan Negara Perak (semenjak ditubuhkan pada 1953)
- Penolong Pemungut Hasil Tanah di Kuala kangsar (1934 - 1945)
Anugerah
- CMG oleh kerajaan British
- PJK - Pingat Jasa Kebaktian - Baginda merupakan kumpulan pertama penerima pingat berkenaan apabila Kerajaan Perak pertama kali memulakan tradisi pengurnian bintang dan kebesaran pada tahun 1952.
Hobi
- Amat mencintai bidang muzik, seni foto dan seni lukis yang dikatakan diwarisi dari Ayahanda baginda - Sultan Perak ke-30 dan dan Nenda baginda, Sultan Perak ke-28.
- Amat mencintai Sejarah terutamanya Sejarah Kesultanan Perak. Dizaman pemerintahan baginda banyak makam-makam Al-Marhum Sultan Perak telah dibaikpulih.
- Sukan bermotor air
- Memburu / memancing (menangkap ikan)
- Menanam Orkid
Seri Paduka Sultan Azlan Muhibuddin Shah bersama-sama keempat-empat isteri Marhum Affifullah semasa Istiadat Permakaman DiRaja Al-Marhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah di Makam DiRaja Bukit Chandan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak.
Selepas kemangkatan baginda, Dewan Negara yang bersidang telah mengesahkan perlantikan Raja Muda Perak, Tun Raja Azlan Shah menjadi Sultan Perak ke 34 sehingga sekarang dengan gelaran Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuff Izuddiin Ghafarullahulahu Shah. Tuanku Azlan Shah juga pernah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong IX dalam tempoh lima tahun bermula 26.04.1989 hingga 25.04.1994.
Wednesday, April 7, 2010
Al-Sultan Kelantan Bersiar-Siar - 07.03.2010

Gambar diambil dari Utusan Malaysia
Pelancaran Buku Pak Lah - 07.04.2010
Hari ini masa sampai office, Saiful tanya Syah free tak pagi nie coz dia minta Syah dan Kak Rus ke Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk Majlis Pelancaran Buku Bergambar “Pak Lah”. Hari ini Syah tak bawa kamera pula, tak per lah. Patulah masa datang office tadi Syah nampak Bas Multimedia College. Actually semua GLC diwajibkan menghantar wakil untuk majlis berkenaan. So we all bertolak jam 10:00am dan Syah kira ada 27 orang semuanya. Masa kira Saiful kata 25 orang sahaja dan Syah inform dia jumlah tu tak masuk kita berdua. Huahuahua…… Jumlah sebenarnya ramai lagi yang pergi tapi mereka menaiki kenderaan sendiri.
Buku Bergambar “Pak Lah” ini memaparkan gambar-gambar YAB Mantan Perdana Menteri ke 5 kita YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badwi sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi beliau dalam kerajaan. Kira biographi bergambar lah nie. Buku ini memaparkan sebanyak 400 keping gambar dan harganya RM150.00 senaskah. Ingat nak beli tapi tak bawa duit lebih dan cuba pinjam kat member tapi merekapun sama tak bawa duit lebih. Di RTM ada ATM Maybank tapi out of order. Tak mengapalah tak ada rezeki lain kali la kot.
Pelancaran buku nie dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Turut serta dalam majlis ini adalah Tun Jeanne Abdullah, Datin Seri Utama Masnah Rais, Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil GLC.
- Upacara di mulai dengan lagi Negaraku dan lagu satu Malaysia
- Bacaan Doa
- Ucapan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato Seri Utama Rais Yatim
- Persembahan Boria dan Puisi oleh Siso
- Biographi ringkas Pak Lah – masa pengacara inform Pak Lah bertemu jodoh dengan Tun Jeanne, Pak Lah pegang manja tangan isterinya dan isterinya nampak malu-malu, Syah nampak dari jauh manakala yang lain asik khusuk memandang skrin. Romantik juga Pak Lah nie.
- Ucapan pelancaran buku cofee table Pak Lah
- Sesi fotografi
Majlis tamat lebih kurang jam 01 :00 tengahari dan kami semua beredar untuk majlis jamuan makan tengahari. Masa nak ambil makanan tempat Syah dah kehabisan nasi. Syah tak kisah coz memang Syah tak maka nasi cuma ambil ayam goreng sahaja. Yang lain terpaksa bertukar tempat untuk ambil nasi.
Monday, April 5, 2010
Istiadat Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah - 05.04.2010

- Istiada bermula seawal jam 08:30pagi dengan Penjawat-Penjawat DiRaja mengambil tempat di Balai Rongseri Istana Alam Shah, Kelang Selangor diikuti ketibaan Dif-Dif, Para Jemputan dan Menteri Besar Selangor pada waktu itu, YAB Dato' Abu Hassan Omar dan YABhg Datin Hajjah Wan Nor Hj Daud.
- YAM Tengku Panglima DiRaja diiringi oleh YAM Tengku Seri Andika DiRaja dan Yang Dimuliakan EngkuMaha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja mengadap dan mempersilakan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah ke Balai Rongseri.
- Keberangkatan tiba kedua Tuanku dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah (Sekarang bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj) di mulai dengan paluan nobat "Raja Berangkat" dan Lagu Kebangsaan Negeri Selangor
- YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor dititah mengadap untuk menjalankan Istiadat.
- Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Mufti Negeri Selangor, YAM Tengku Panglima DiRaja, Yang Dimuliakan Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja dititah mengadap.
- Kemudiannya DYMM Sultan Selangor meletakkan TIARA di jemala (kepala) DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah.
- Setelah selesai kedengaran 18 das tembakan meriam menandakan perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah telah disempurnakan mengikut adat istiadat DiRaja Selangor.
- Selepas tembakan Mariam lagu kebangasaan negeri Selangor dimainkan.
- Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Mufti Negeri Selangor mengambil tempat membaca doa kesukuran kerana Istiadat telah disempurnakan tanpa sebarang halangan.
- Istiada Merenjis Air Mawar telah didahului oleh YAM Tengku Seri Andika DiRaja Selangor Tengku Dato' Shahruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaeiddin Shah, YAM Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj dan YAM Tengku Aris Temenggung Tengku Muhamad Yusof Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.
- Ucapan tahnia daripada YAB Menteri Besar Selangor, wakil-wakil daripada waris-waris, kerabat-kerabat, orang-orang besar, dan YDH Dato'-Dato' Diraja oleh YAM Tengku Besar Putra.
- Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) yang membawa gelara Dato' kepada penerima lelaki dan wanita pula membawa gelaran Datin Paduka di hadapan nama mereka. Seramai 13 orang telah dikurniakan darjah kebesaran ini sempena Istiadat Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah. Penerimanya adalah YDH Dato' Hj Baharin Hj Mat Akhir, YDH Tan Sri Datin Sri Cempaka Hjh Kontik Kamariah Ahmad, Y.Bhg Datuk Zakiah Hanum Hj Abdul Majid, Y.Bhg Datin Jamaiyah Daud, En Manjit Singh Herban Singh, En Ghazi Ishak, En Zulkifly Rafique, En Azhar Muhammad, Tn Hj Abdul Hanif Hj Abdullah, Ir. Othman Merican, En Jason Goh Teck Chai, Dr. Cam Soh Thiam Hong dan En Chen Yeng Khan.
- Setelah selesai Istiadat Pengurniaan Darja Kebesaran, bacaan doa dibaca oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor diiringi oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri dan Al-Fadhil Iman Paduka Tuan.
- Keberngkatan pulang DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah diriingi oleh DYTM Raja Muda Selangor.
- Dif-Dif dan Para Jemputan berdiri hormat apabila lagu Kebangsaan Neger Selangor dimainkan dan diikuti dengan Paluan Nobat "Raja Berangkat"
- Dif-Dif dan Para Jemputan kemudiannya beredar ke Majlis Santpan Tengahari.
Elia Tetap Tuntut Haknya Sebagai Isteri - 05.04.2010
Cik Puan Elia Suhana Ahmad sewaktu di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu Semalam. - Gambar dari Kosmo.
Cik Puan Elia Suhana tetap menegaskan bahawa dia akan terus memperjuangkan haknya selagi beliau bergelar isteri kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan. Beliau memaklumkan bahawa ini adalah satu konspirasi pihak ketiga untuk menafikan haknya sebagai isteri Sultan dan tidak percaya bahawa Tuanku sanggup menceraikan beliau. Semenjak Tuanku pulang dari Singapura dan bersemayam di Istana Mahkota, beliau belum dapat berjumpa dengan suaminya kerana dihalang oleh pihak ketiga walaupun beliau mendapat perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu untuk bersama Tuanku secara giliran setiap pagi Sabtu hingga pagi Isnin.
Saturday, April 3, 2010
Aktiviti Hari Ini - 03.04.2010
Hamster Mati - 03.04.2010
Rumah Azrin - 03.04.2010
Amsyar Balik Sarawak - 02.04.2010
Friday, April 2, 2010
Din Beramboi selamat dikebumi - 02.04.2010
Suasana pilu di upacara pengkebumian Din Beramboi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong Selangor. Gambar Diambil Dari Mygossip.com
Al-Fatihah Buat Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Semuga Allah S.W.T Mencucuri Rahmat Keatas Rohnya dan Dihimpunkan Bersama Orang-Orang Yang Soleh. Amin. Sesunguhnya Pemergian Allahyarham Merupakan Satu Kehilangan Besar Dalam Industri Hiburan Tanahair. Takziah buat keluarga Allahyarham. Dan kepada kita semua sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga memerangi demam denggi yang semakin menular sekarang ini. Semuga kita semua dijauhkan dari sebarang bencana. Amin.
