Monday, May 31, 2010

Mak Cik Salwa di Cari - 31.05.2010

Salah seorang pembaca blog Syah, Irene Ng minta tolong carikan kawan baik ibunya bernama Mak Cik Salwa. Beliau ada menyerahkan photo ibunya dan Makcik Salwa kepada Syah. Beliau memaklumkan gambar ini diambil sekitar tahun 1950. Makcik Salwa berdiri dibarisan belakang sebelah kiri manakala sebelah kanan belakang pula adalah Prisilla Hooi ibu Irene. Mereka adalah sahabat baik semasa menuntut di Sekolah Convent Teluk Intan, Perak tetapi telah terpisah. Bapa Mak Cik Salwa bertugas sebagai pemandu kepada Al-Marhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah atau Marhum Affifullah yang pada masa itu merupakan Raja Muda Perak dan bersemayam (menetap/tinggal) di Istana Raja Muda, Teluk Intan, Perak. Apabila Marhum ditabalkan sebagai Sultan Perak pada Oktober 1963, keluarga Makcik Salwa telah berpindah bersama-sama Marhum ke Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, Irene tidak mengetahui nama bapa Makcik Salwa. Kepada anda semua, jika ada maklumat berhubung individu dalam gambar ini mohon maklumkan kepada Syah. Segala kerjasama anda adalah diharapkan bagi merealisasikan impian ibu Irene bertemu semula dengan Sahabat Karibnya.

Barisan belakang sebelah kiri adalah Mak Cik Salwa manakala Prisilla Hooi berdiri dibahagian belakang sebelah kanan.

Mie Baby Girl - 30.05.2010

Inilah puteri sulung cousin Syah, Syahrul Azmi @ Mie bersama isteri tercinta Iema. Mereka khawin last year. Mie nie anak kepada Ayahanda Saudara Syah, Marhum Mon. Bertambahlah lagi ahli keluarga Maharum Bugis Syah. Syah masih belum ada kesempatan untuk melawat baby girl nie tapi insyallah akan sampai juga hajat nak jumpa dalam waktu terdekat ini. Baby girl ne namanya Wan Nuurhawa Farisya. Tahniah Mei kerana sudah jadi bapa sekarang. All the best yer.


Wan Nuurhawa Farisya

Gambar kenangan semasa majlis perkahwinan Mie dan Iema yang diadakan di Sungai Jeluk, Kajang, Selangor tahun lepas.

Sunday, May 30, 2010

Baby Tak Jadi Mandi - 30.05.2010

Hari Jumaat lepas Muss dah buat appointment dengan Animal Ark Pet Center di Platinum Walk, Setapak Indah untuk mandikan Baby Sawi, Baby Kailan dan Baby Hemster. Appointement jam 02:00pm. Syah, Cd dan Muss hantar mereka ke Animal Ark. Sampai jer kat tempat tu, brother baju merah nie inform tak boleh nak buat coz salah seorang staff tak datang. Dia maklumkan dah SMS kat Muss tapi biasalah Muss kalau dirumah HP mesti off - ini memang habbit dia. So we all pun baliklah kerumah coz nak marahpun tak boleh salah kita orang. Muss buat appointment lain tapi Syah tak pasti bila. Dalam kereta baby-baby nie semuanya muka macam cuak jer dan mengmeow sambil lidar terjelir. Tak taulah nape mungkin takut tak pernah naik kereta atau mereka ingat kita nak buang dia ker? .

Aktiviti arine - 30.05.2010

Pagi nie Syah ke Pasar Tani Setapak Indah dengan Chin coz nak belikan atuk kuih dan surat khabar. Sebelum ke pasar tani Syah keluarkan siap-siap bahan mentah dari freezer untuk lunch nanti. Cd as usual kemas rumah. Masa Syah balik, Muss suruh Cd goreng bihun untuk breakfast. So Syah tak jadi nak goreng karipap nanti banyak sangat pula.

Masa sedang masak untuk lunch, maintenance guy datang untuk install aircond baru dalam bilik Cd coz aircond lama dia dah rosak. Terlanjur mereka ada Muss minta service aircond living room sekali coz dah tak berapa sejuk.
Inilah lunch for today - telur dadar, ikan masin, kari ayam pekat, pari asam pedas dan sup tulang balance malam tadi. Atuk makan sup sahaja coz dia tak boleh ambil makanan keras dan pedas. Petang tadi approx 6:30pm hantar atuk kerumah Kak Ngah Faziah di Ampang. Sekarang Kak Ngah sedang sibuk preparation wedding anak lelaki sulungnya tak lama lagi. Ingat nak singgah rumah my sister, Kak Lang Ela tapi tak jadi coz dah malam sangat.

Atuk Datang Rumah - 29.05.2010

Masa Atuk (Uncle Shariff) datang Syah tak pasti jam berapa, approx 06:00pm kot. Muss beli ikan, daging, sayur dan lain-lain keperluan dapur. By the way Muss bawa jajan dari rumah orang kahwin tu. Ada cup cake, gula-gula, agar-agar dan sapu tangan tapi tak ada telur rebus. Lepas bersihkan tulang dan rebusnya untuk dibuat sup, Muss dan Cd kelur sekejap coz Cd nak beli air-cond.Kata Cd tulang tu kena rebus selama dua jam. Syah tinggal tak ikut mereka coz datuk ada dirumah. Syah sediakan bahan untuk sup dan masakan yang lain. Masa beli air-cond, kedai janji pasang malam nie tapi bila call maintenance guy tu dia kata esok pula dan kata kedai silap buat appointment bukan 09:00pm malam nie tapi 09:00am esok. Muss inform mereka jika datang malam nie di bayar RM100.00 seperti persetujuan dengan pekedai tadi dan jika datang esok Muss kata beri RM50.00 jer coz esokkan hari cuti, Kalau datang hari Isnin tak beri apa-apa coz harga sudah termasuk installation.
Tak lama selepas Muss keluar, Chin adik Muss datang bersama Kak Long Fadilah. Kak Long beri atuk ikan goreng dan nasi lembik untuk atuk yang ada problem usus. Chin student UiTM Shah Alam dan sekarang sedang cuti Sem. Atuk tak makan nasi malam nie, dia makan sup sahaja. Masa Syah kat dapur dan atuk hendak ambil air sembahyang dia kata dapur nie panas sebab tak ada ventilation udara tak betul. Syah ketawa jer.........Atuk tak balik ke Pahang coz next appointment dia pada 03.06.2010 di HKL. Hampir sebulan dah dia di KL.

Inilah menu malam nie - Sup Tulang Cd yang buat, Syah goreng Ikan Bawal, dan Ikan yang kecik tu coz tak tau nama apa ikan tue, kailan goreng sos tiram dan telur dadar. Muss complain sayur tu liat, mungkin Syah mask sekejap jer tadi. Makan dengan nasi putih. Syah suruh Muss, Chin dan atuk mamam dulu sementara Cd di balkoni bersihkan sangkar kucing. Jam 11:00pm tadi baru Syah dinner. Sup nie Cd belajar dari Kak Ngah Faziah....... Memang sedap Sup Cd nie. Seriouse......


Saturday, May 29, 2010

Wajah Baru - 29.05.2010


Sabtu Yg Busy - 29.05.2010

Hari ini sepatutnya Syah nak ikut Muss ke Seremban coz ada wedding. Pagi tadi Syah berjogging dan bila balik rumah nampak Cd tengah berkemas dan kemas kali ini macam luar biasa jer Syah lihat. Syah tanya nape dan katanya datuk nak datang. Datuk @ atuk tu refer kat ayahanda Muss. Dia sebenarnya sedang dalam treatment di HKL dan nak lepak kat rumah Muss weekend nie. Cd kemas bilik master bedroom dan ruang tamu sambil cuci kain dan Syah kemas bilik Syah dan dapur. Haaaaaaaaaa ko nampak bersih..... bolehpun kalau tak macam tongkang pecah. Hahhahahaha..... Punyalah banyak kain. Jam 11:00tgh Muss inform semua mandi coz nak ke Seremban. Syah inform tak jadilah coz kain dijemuran tu sapa nak jaga coz biasalah petang hujan. Masa create blog nie jam 04:17pm dan cuaca dah mendung dan gelap dengan guruh berdentum-dentum macam nak rain jer. Balik dari Seremban nanti Muss dan Cd fetch datuk dari rumah Kak Long Fadilah.
Ingat nak makan nasi beryani kat kedai mamak depan rumah tu tapi malas nak jalan kaki. So untuk breakfast Syah goreng karipap kentang dan minum kopi jantan. Waktu nie jam 12:00tgh sepatutnya dah lunch tapi biasalah kan......... Lepas angkat kain jam 03:00pm laparlah pulak, so Syah buat mee segera. Tuangkan air panas dalam mangkuk jer tutup sekejap dan ngap......... biasalah orang bujang makan tak kira sangat.

Inilah hasil basuhan hari ini yang menyebabkan Syah tak gi kenduri kahwin. Syah memang suka gi kenduri kahwin coz suka manakan telur rebus tu kalau rebus sendiri tak sedap means tak sesedap telur rumah orang kahwin. Tak tau memang dah jadi habbit semenjak dulu lagi. Nape tak caya................

Aktiviti Jumaat - 28.05.2010

Public Holiday hari ini rupanya............... Boring tak tau nak buat apa. So malam tadi kecek Muss untuk hantar Syah ke Rawang Residence. Cd kerja malam tadi dan pagi baru balik. Sebelum ke Rawang we all breakfast di AU3. Syah makan nasi lemak sotong, rendang daging dan telur mata. Muss - nasi lemak, sotong, kerang dan telur mata, Cd - nasi lemak, telur mata dan sotong dan Syah ambil nasi lemak sotong buat spare. Termasuk air semuanya RM20.80. Muss kadangkala breakfast kat sini sebab tu we all datang sini.
Sampai Rawang Residence sudah hampir jam 11:00tgh. So Syah kemas rumah, basuh kereta dan porch serta start enjine. Hari nie tak sempat solat Jumaat Syah cuma Zohor jer. Kat atas Syah kemas bilik tidur tetamu dan mini library. Yang lain next time coz tak sempat masa dan penat. Anai-anai tu Syah nak tengok ada tak minggu depan dan jika ada keluar sarangnya maknanya dia ada lagi dan tak mati dan Syah akan call vendor semula. Rehat sekejap dan we all balik KL dan masa nie Syah lihat orang dah balik solat Jumaat.Ingat nak bawa balik TV coz TV dalam bilik di KL Residence rosak tapi Muss tak bagi bawa dan katanya beli lain jer lah.

Sampai KL, Muss ke Ampang park sebab nak tukar something pada mousenya. Ingat nak minum kat food court tapi tukar idea makan laksa kat D'Lite, ground floor, Ampang Park. Restoran nie memang favourate Syah dan laksanya memang sedap. We all pesan dua mangkuk asam laksa, 1 roll chee chong fun (macam popia), ice lemon tea dan mineral water. Semuanya RN23.40.
Dari Ampang Park kami bertolak ke Carrefour Wangsa Maju. Muss beli tong sampah, makanan kucing dan grocery. Masa di Wangsa Maju, Muss purchase Home Medic Bio Health Heater - heat & cold theraphy - RM180.00. Sesuailah untuk mereka yang sakit-sakit badan dan sendi, penuam matapun ada. Kalau anda semua minat boleh layari laman web nie coz nak terangkan satu-satu panjang ceritanya dua hari tak habis kot?.... http://www.alenee4me@glenee2u.com atau boleh call 4023 0257.

Muss beli ice cream McDonald dan dalam kereta Muss suruh Syah buangkan bekas ais cream tu dan Syahpun turunkan tingkap dan bila nak tutup tingkap tu Jem - stuck. Alamak dahlah hari hujan dan Muss macam salahkan Syah pulak. Dari Careefour Cd terus drive ke kedai akssesori kereta Soon Lee, Tmn Setapak Indah. Apek tu inform sebenarnya getah tepi tingkap tu dah ketat sebab itu cermin tersangkut. Katanya tingkap tu perlu dibuka sekali sekala kalau tak macam nie lah jadinya. So cakap ngan Muss salah kereta dia. Apek caj RM25.00 dan Muss suruh Syah bayar. Hehhehehehe
Balik rumah Cd test penuam tu kat kaki Muss dan Syah pula test yang mata punya. Yang mata tu kena letak dalam peti sejuk tapi we all terlupa cover dia dengan plastic jadi melekatlah bau makanan seperti belacan kat benda tu. Tak leh nak wat pe guna jer lah labu...................

Thursday, May 27, 2010

Lupa Dompet - 27.05.2010

Today sampai lewat sedikit ke office lebih kurang jam 08:45pm. Lepas on komputer dan Syah nak ambil duit dan dapati dompet tak ada dalam beg galas Syah. Baru teringat, malam tadi masa beli roti john Syah letakkan dompet dipoket seluar Syah. Syah tukar seluar kerja everyday dan terlupa nak letakkan dalam beg galas. Alamak macam mana yek coz today nak bayarkan bill Celcom Muss dan bil telefon rumah Ayahanda beserta hp Syah yang dah kena sekat. So terpaksa balik rumah jawabnya.

Dalam train yang tak berapa ramai orang. Apa lagi ......................... inilah hasilnya.
Terus jumpa my boss Dik Nor dan minta permission keluar dan terangkan sebabnya. Dia kata ok. Sebelum keluar, Syah berikan borang keluar pejabat kepada Dik Nor untuk tandatangan. Masa nak keluar Yaya jumpa minta order refreshment untuk meeting Dr. Zainal jam 09:30, so call Hartono untuk supplykan refreshment - 2 kuih dan teh o. Masa sampai KL Residence Cd dah kerja ingat dia ada, kalau ada boleh tolong minta hantar ke LRT Station. Sebelum keluar sempat jenguk Nomi dan Blackie dalam bilik Cd. Macam biasalah buka pintu jer terus keluar terpaksalah tangkap dan masukkan semula dalam bilik. Bila keluar rumah jer......... jumpa teksi dan tahan. Masa naik teksi tu di sebelah jalan pula ada road block dan we allpun berceritalah pasal road block tu sampai pak cik tu terlupa nak tekan meter bila sampai stesyen. Katanya bayar RM3.00 jer lah. Dalam LRT lapar coz tak breakfast lagi so beli roti ikan bilis dan air lemon tea untuk makan dalam LRT. Dalam LRT tak dibenarkan makan tapi pandai-pandailah nak hidup kannnnnnnnn.
Patutlah ada benda tertinggal dan kena balik coz malam tadi ada mimpi. Biasalah dah pukul 06:00am tak taulah mimpi ker mengigau. Mula-mula macam Syah dan 2 orang kawan tak tau siapa (lelaki) dengan Kak Has. Kak Has tiba-tiba macam marah kat Syah dan kata tak payah ikut makan dan Syah macam terasa dan kata kata Syah dah kenyang dan nak tengok pameran dan dua orang tu pun ikut sama Syah. Masa kat pameran tu dua orang tu inform pasal Azrin, katanya budak PD kawan Azrin tu sebenarnya budak yang tak baik. Lepas tu nampak macam Sya lalu dan we all kata Sya marah tu. Lepas tu dengar bunyi phone. Rupa-rupanya my brother call. Mimpi pelik dan bercampur-campurkan..... tiga cerita sekali. Syah memang selalu mimpi -pelikkan?

Roti John - 26.05.2010

Malam nie lepas solat Isyak Syah keluar office approx 09:00pm. Harap-harap LRT dah ok. Masa nie tinggal Syah seorang di office kerana yang lainnya dah balik. Tiba-tiba lampu semua padam (padam tu switch off heheheheh) dengan sendirinya dan Syah pun ke bahagian depan dan on kan semula. Biasanya kalau tiada orang / pergerakan lampu akan automatik terpadam mungkin sensornya tak perasan ada Syah sorang dalam office nie. Cuak juga maklumlah ada macam-macam cerita hantu di Menara nie. Tapi Insyallah tak ada apa-apa coz kita tak ganggu dia dan dia tak akan ganggu kita. Kan..........................


LRT ok dan berjalan dengan lancar macam biasa. Tapi yang herannya bila sampai stesyen Melati nak keluar kena beratur panjang pula. Biasanya taklah macam nie mungkin LRT yang Syah naik nie empat gerabak sebab tu ramai orang kot?


Berhampiran dengan KL Residence, Syah nampak ada gerai burger dan keow teow goreng baru buka lately nie. Tak pernah belipun, tapi malam nie rasa macam nak cuba jer roti john dia. Syah minta roti john ayam tapi penjual tu kata ayam dah habis dan tinggal daging sahaja. Oklah tuuuuuuuuu .................. daging pun daging lah. Mahal tul bendallah nie sekarang RM 2.80 lebih kurang panjangnya 6 inci jer. Ok sedap roti johnnya dan bila kat rumah inform Cd pasal harganya dan Cd kata kalau bulan puasa nanti mesti naik harga. Syah tanya bila puasa dan Cd kata lebih kurang bulan Ogos. Hemmmmmmmmm dah tak lama lagi rupanya nak puasa.

Wednesday, May 26, 2010

LRT Problem - 26.05.2010

Jam 07:00pm tadi keluar office dan terjumpa Akmal Ex Practicle student yang telah bertugas di TM coz dia TM Scholar dan student Multi Media University, Cyberjaya. Dia jugalah yang tolong make-upkan blog Syah dulu. Jalan sama dia ke LRT station. Bila naik ke station Syah tengok orang dah ramai.......... Sah ada problem dan ada announcement train bergerak lambat dalam masa sejam. Mula-mula nak tunggu kemudian turun lepas tu naik balik sampai ada member perasan dan ketawakan Syah. Kalau tunggu mesti stranded giler campur panas lagi Jadi Syah ambil keputusan balik office terus dan lepas Insyak baru balik rumah. Ada few member kat office lagi tanya kenapa tak balik lagi dan Syah inform mereka Train ada problem. Keadaan di Stensyen LRT Kerinchi jam 07:21pm yang penuh sesak dengan penumpang yang semakin lama semakin ramai memenuhi platform. Malas nak jadi ikan sardin. Beginilah nasib kami yang menggunakan perkhidmat pengangkutan awam. Perkara seumpama ini memang kerap berlaku dan sepatutnya pihak bertanggung jawab lebih peka terhadap masalah seperti ini dengan memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan dan mesra pelanggan. Tambang semakin naik tapi perkhidmatan semakin merosot. Lu fikirlah sendiri...kuang...kuang...kuang.

NY Appointment - 25.05.2010

Hari ini ada appointment dengan May di New York Skin Solution. Kali nie buat eye treatment. As usual May yang attend Syah. Sempat complain kat dia pasal treatment last week. Biasanya mereka beri Syah bilik No. 1 tapi kali ini bilik no. 7. Jauh sedikit kebelakang dan ada kitchen rupanya kat dalam tu tempat staf mereka minum-minum. Masa mula-mula datang tu Syah tegur seorang budak, ingat budak tapi rupanya student U, UiTM Penang tahun 2. Katanya dia tunggu ayah dan adik perempuannya yang berumur 14 tahun kerana ada masalah jerawat yang sampai jadi macam parut pula dimuka. Syah nampak ayahnya bayar RM580.00 maknanya itu percubaan pertamanya dan biasanya mereka akan offer untuk 20 kali treatment yang mesti dibayar lebih kurang RM11,600.00. Bayaran sekali gus dan tak boleh bayar ikut treatment kerana dia package. Walau bagaimanapun kena pandai nego dengan mereka untuk dapatkan diskaun. Masa Syah habis treatment Syah masih nampak ayah dan brother dia di NY lagi , maknanya treatment dia belum habis lagi. Hampir jam 08:00pm Syah keluar dari NY jalan-jalan dan singgah ke JJ beli Adidas deodorant dan ubat gigi Colgate untuk gigi sinsitif tu coz gigih syah nilu kalau kena makanan sejuk/panas. Balik rumah ingat nak makan kat gerai dekat surau rupanya tutup so terus balik rumah dan buat meggi jer. Lepas tu goreng karipap segera sambil tengok TV kat ruang tamu with Cd dan kucing-kucingnya si nomi dan blacky. Kucing-kucing nie makin nakal lah suka memanjat. Tadi Syah tak nampak dan terkurung dia dalam bilik Syah, patutlah Cd cari tak jumpa. Alamak......................... TV Cd yang dalam bilik Syah tiba-tiba black out dan Cd kata mungkin TV dah lama dan masa tu di beli RM200.00 jer kat Ampang, Syah tanya china product ker dan katanya tak tau. Ingat nak ganti TV baru dan nak cari yang China made juga coz murah sket. Hehehhehehe...........

Another Belated Birthday Celebration - 25.05.2010

Hari ini Syuhada @ Sya, Secretary my Bigg Boss Dr Zainal belanja Syah makan di Chilis, Bangsar sempena birthday Syah 24.04.2010 lepas. Turut mengiringi kami (hehehhehehe macam anak raja lak) assistant Sya - Nash, practicle student Sya - Yaya dan TMTC staff Azwan. We all naik kereta Azwan. Memang canti kereta dia, tu kat bawah tu ha..............
Tunggu punya tunggu biasalah orang ramaikan.......... Bertolak lebih kurang jam 01:15pm dan balik office hampir jam 03:00pm. By the way Sya dah inform Boss dan hubby dia nak belanja Syah makan. Dia inform hubby dia guna sms sampai terhantar sms tu pada Syah. Dia tanya ada terima sms Sya tak, silap hantar sepatutnya untuk husband Sya tapi terhantar kat awak. Kesilapan teknikal heheheheh. Katanya dalam sms itew "Sahyar slalu tlg syg.. sng keje dgn dia, dats y nk clbrt n buy hm lunch.."
Inilah birthday kad yang mereka kasi kat Syah. Thanks u all. Memang happening keluar dengan budak-budak nie tapi Syah sebab tak berapa biasa dengan Azwan jadi tak bolehlah nak buat gila-gila macam dia orang. SEGAN...............
Inilah buku yang Sya hadiahkan pada Syah. Chronicle of The Russian Tzar. Biography mengenai Tsar Rusia atau raja-raja Rusia. Dulu sebelum Rusia jadi Republic mereka ada Raja dan Raja terakhir ini mati dibunuh bersama-sama keluarganya semasa dalam tahanan. Memang Syah nak beli buku nie lama dah tapi tunggu budget ada................... nampak gayanya dah ada orang sponsor gitu. Shukur Alhamdulillah kerana bertambah lagi koleksi buku-buku diraja Syah @ MBS Mini Royal Library di Rawang Residence.Thanks Sya. Patutlah hari tu Nash tanya Syah buku raja-raja ada jual kat mana dan tanya Syah pasal buku-buku nie dan katanya dia minat gak kisah raja-raja nie........... Setahu Syah bila plak budak nie minat raja-raja. Rupanya ada udang sebalik mee yer.........pandai yek . Harga buku nie RM86.50 @ Kinokuniya KLCC. Nash dah cuba cari kat book store yang lain tapi katanya buku nie hanya ada di Kinokuniya sahaja.

Inilah dissert we all makan ramai-ramai. Budak-budak nie make fun dengan benda nie. Hhehehe lawak betul dia orang..................... Ada yang kata macam sotong kurita dan ada yang kata macam topi jerman. Itew kek coklat dan aiskrim sebenarnya dan coated dengan coklat. Syah kata kat dia orang kerasnya coklat tu dan semua ketawa. Terkekek-kekek dia orang ketawa kerana ada makna lain kot?. Memang keras benda tu diketuk baru pecah. Selain tu macam-macam cerita ada ............. sampai cerita ada orang kentut dalam kereta masa outstation ke JB pun ada, makan siput sedut sampai baju kotaor lah dan macam-macam lagi. Ok lah Sekali lagi Terima Kasih Syah ucapakan pada Syuhada, Nash, Yaya dan Azwan. THANKS A LOT. Semuga anda semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki terutamanya Syuhada. Today Yaya inform Sya deman........... Alaaa sian dia .......... Syah doakan semuga Sya cepat sembuh. AMIN.

Monday, May 24, 2010

Practicle Student - 25.05.2010

Hari ini account closing bagi bulan Mei 2010. Macam biasalah busy sana-sini-situ nak submit document for payment dan mana yang tak sempat kena accrue kalau tak menjawab lah dengan Bahagia Akaun kerana tak comply with the policy and procedure. Masa di Processing Center Klang Valley (hantar payment) di TM Annexe 2, Fad call Syah inform ada empat orang practicle student. Hem................. empat. Hahhaha empat? Dia tak boleh nak attend budak-budak nie coz MC today dan minta Syah handle mereka. Syah jumpa dia di Lobby memang suara dia dah macam penyanyi rock.


Inilah dia tiga orang dari empat student itew. Seorang minta balik katanya nak ke UiTM Shah Alam untuk menyerahkan borang pengesahan penempatan latihan industri pelajar. Katanya tak ada kerja nak buat lagi coz banyak orang kat Business Controll nie cuti dan dia minta keluar. Syah minta dia isi form "Kebenaran Keluar Diwaktu Pejabat" dan suruh dia minta Boss - Moin sign dan serahkan semula form tu pada Syah for record purpose. Petang tadi sempatlah minta Shah buat filing & data entry payment Syah. Manakala Diana dan Tasya Syah bawa ke PCKV TM Annexe 2 coz nak tunjukkan kepada mereka kaunter tempat proses payement.

Inilah budak-dudak ITEW :-

  • Tudung pink tu namanya Nurdiyana bt Mohd Amin. Student Multimedia College - Diploma in Accounting with Multimedia. Pakaiannya hari ini glamour habis. Masa ke TM Annexe Syah tengok dia asik betulkan kain dia jer....rupanya benang kat kainnya tersangkut kat kasut dia dan benang tu tertarik jadi kainnya berkedut nampak macam beropol-ropol. Mata dia yang mahal tue..hehehehhe
  • Tengah tu Namanya Mohammad Shahizam bin Ahmad Ismail. Student Multimedia University di campus Cyberjaya. TM Scholar. Panggilannya Shah ....hemmmmmm sekarang ada tiga Syah di division nei dengan ejaan nama yg berlainan termasuk Secretary boss - Syuhada yang dieja Sya. Shah nie student BBA Finance with Multimedia. Budaknya nampak sempoi tapi tak tau arrrrr.
  • Si Baju hijau tu namanya Nor Ema Natasya bt Yahya. Sama college dengan Diana dan course yang sama. Pakaian hari nie pun glamour. Ko orang pakat ramai-ramai yek?
  • Yang tiada dalam gambar coz dah balik tu namanya Nurshida bt Abdul Kuddus. Finance jugak. Nak panggil apa tak tau lagi coz masa petang tadi dia tak ada.......Nur ker......Shida.... ker atau Ida.....

Pagi tadi Syah serahkan Personal Particulars Form for Practicle Student kepada mereka. Form nie Syah yang buat sendiri dan simpan sebagai rekod pelajar-pelajar yang pernah menjalani latihan industri di Bahagian Syah. Syah beri mereka masa seminggu untuk mengisi borang tu. Pagi tadi juga minta mereka ke Bahagian Keselamatan untuk apply temporary card untuk memudahkan mereka keluar/masuk office. Syah inform mereka walaupun mereka student account/finance tapi masa practicle mereka terpaksa juga buat benda yang lain termasuk tugas-tugas admin dan lain-lain perkara yang kita fikirkan mereka kena/perlu buat. Ok lah tue...................... yang penting awak semua kena belajar @ terpaksa belajar perkara-perkara yang tidak dipelajari di universiti seperti time management, stress management dan macam-macam lagi pengalaman sebagai pekerja. Selamat menjalani latihan industri di TM. All the best yaaaaa.....................

Elia Tokleh Masuk Istano - 24.05.2010

Semalam, sekali lagi Cik Puan Elia Suhana tidak dibenarkan memasuki Istana Mahkota walaupun telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Rayuan Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 20.05.2010. Apabila Cik Puan Elia dan rombongannya sampai di Istana Mahkota lebih kurang jam 12:55 tengahari, pintu pagar berkenaan telah ditutup. Turut mengiringi beliau adalah peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan dan Rosdan Sujak Raffi serta salah seorang kekandanya. Kedua-dua peguam berkenaan menemui pengawal dipintu gerbang utama dan memaklumkan hasrat kedatangan mereka tetapi tidak dihiraukan oleh pengawal berkenaan. Mereka kemudiannya beralih ke pintu pagar kedua dimana Fakhrul dan Rosdan bertemu dengan salah seorang kakitangan keselamatan bernama Kolnel Zahari. Zahari memaklumkan ada menerima surat berkenaan beberapa hari lalu dan memaklumkan bahawa Tuanku sendiri bertitah tidak mahu berjumpa dengan Cik Puan Elia. Cik Puan Elia yang berada disitu merasa sebak dan menangis sambil berbisik sesuatu kepada kekandanya. Walau bagaimanapun selang lima minit Zahari kembali semula dan meminta surat berkenaan kerana hendak ditunjukkan kepada Tuanku. Selepas 20 minit Zahari kembali semula ke pintu pagar dan memaklumkan kepada Fakhrul dan Roslan bahawa Tuanku Ismail tidak mahu bertemu dengan Elia Suhana. Katanya " Baginda bertitah tidak mahu berjumpa dengan Elia Suhana kerana dia telah diceraikan talak tiga"


Gambar dari Utusan Malaysia
Cik Puan Elia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa meskipun beliau begitu sedih dengan halangan demi halangan yang terpaksa ditempuh, namun ianya tidak akan mematahkan semangat beliau untuk menemui suaminya. Dari apa yang berlaku, Fakhrul pula memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil langkah selanjutnya termasuk membawa kes ini ke mahkamah kerana mengetepikan perintah mahkamah yang merupakan satu penghinaan. Untuk makluman semua pada 04.02.2010 Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah membenarkan Cik Puan Elia melawat suaminya secara rasmi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Perintah itu ditangguhkan oleh mahkamah pada 04.04.2010 kerana Datin Nik Rorhana memfailkan permohonan lafas cerai talak tiga Sultan Ismail kepada Cik Puan Elia pada 09.03.2010. Perintah ditangguh sehingga keputusan lafas cerai dibuat. Walau bagaimanapun pada 20.05.2010 Mahkamah Rayuan Syariah telah membenarkan perintah tersebut berjalan seperti biasa walaupun ianya ditangguhkan sebelum ini.

Sunday, May 23, 2010

'Abdul Mateen masuk Akademi Tentera Diraja Sandhurst - 23.05.2010

Gambar Terbaru pada 09 Mei 2010
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Pada 09 Mei 2010 lepas KDYMM Sultan Brunei telah berkenan mencemar duli menghantar anakanda baginda YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen untuk memasuki penggal pertama pengambilan ke-102 Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) di Surrey, United Kingdom. RMAS merupakan akademi tentera yang paling terkemuka didunia. YTM akan berada diakademi ini bermula 09 Mei 2010 hingga 15 April 2011. Kemasukan YTM ke RMAS merupakan kesinambungan tradisi Ayahanda dan kekandanya Pengiran Muda Abdul Azim yang pernah mendapat latihan ketentera disini. RMAS ditubuhkan pada tahun 1947 dan kebanyakan pelatih-pelatihnya merupakan individu ternama didunia terutamanya keluarga DiRaja, ahli politik, ahli perniagaan, ahli sukan, pemuzik dan seumpamanya. Kursus-kursus yang dijalankan disini mengambil masa selama 44 minggu yang meliputi subjek ketenteraan dan akademik. Pengambilan bermula pada Januari, Mei dan September setiap tahun. YTM diputerakan pada 10 Ogos 1991 dan merupakan Putera bongsu kepada Mariam Aziz bekas Isteri Sultan Hassanal Bolkiah.
Dari kiri Pengiran Anak Puteri 'Azemah, Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Sultan Brunei meninjau bilik penginapan puteranya di Old College RMAS.

Keberangkatan tiba Sultan Brunei ke Government House Akademi Tentera Diraja Sandhusrt, RMAS disambut oleh Komandan RMAS, Mejar Jeneral PC Marriot dan isteri. Selepas menandatangani buku pelawat baginda telah diberi taklimat mengenai Commissiong Course (kursus penauliahan). Selepas itu baginda berangkat melawat Old College yang merupakan kolej lama baginda sewaktu mendapat latihan di RMAS sekitar tahun 1967. Baginda mengambil kesempatan ini untuk meninjau kemudahan-kemudahan frasarana yang terdapat dikolej berkenaan termasuk bilik kediaman anakanda baginda seperti dalam gambar diatas. Turut mengiringi baginda adalah salah seorang puteri baginda, YTM Paduka Ser Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Elia Suhana - 23.05.2010

Hari ini Hakim Syarie, Abdullah Man dari Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan telah membuat keputusan menolak permohonan bantahan awal isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana bt Ahmad bagi membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga yang difailkan oleh Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada 09 Mac 2010 lalu. Lafaz cerai berkenaan didakwa dilafazkan oleh Al-Sultan Kelantan ketika masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 12 Februari 2010 dihadapan beberapa orang saksi termasuk Datin Nik Rorhana sendiri. Abdullah mengambil masa lebih kurang 15 minit ketika membacakan penghakimannya berhubung kes ini.

  • Katanya "Apa yang dilakukan oleh plaintif (Datin Nik Rorhana) tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana mendakwa telah mendengar lafaz berkenaan yang memohon agar hak Allah SWT itu dapat diselesaikan dengan baik. Ini bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak baik dan mahkamah boleh membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai pandangan"
  • Abdullah juga berkata, "dari segi perundangan adalah tidak wajar plaintif (Datin Nik Rorhana) membawa kes ini ke mahkamah kerana Sultan Kelantan selaku ketua agama, baginda dilindungi hak-hak mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan."

Sehubungan dengan itu, perbicaraan lafaz cerai berkenaan akan tetap diadakan pada 13 Jun 2010. Pihak Mahkamah dijangkan akan memohon untuk menghadap Al-Sultan Kelantan di Istana Mahkota, Kota Baharu, Kelantan bagi membolehkan siasatan dilakukan bersabit dakwaan lafaz cerai baginda itu.

Cik Puan Elia dan Datin Nik Rorhana bersama peguam masing-masing hadir di Mahkamah bagi mendengar kes bantahan awal lafaz cerai ini dan Cik Puan Elia Suhana kelihatan mengalirkan air mata apabila Hakim membacakan keputusan berkenaan. Menurut peguam syarie Cik Puan Elia, Fakhrul Azman Abu Hasan, mereka tidak akan membuat sebarang rayuan walaupun mendapat peruntukan selama 14 hari untuk berbuat demikian malah sudah bersedia menghadapi perbicaraan yang telah ditetapkan pada 13 Jun depan. Manakala Peguam syarie yang mewakali Datin Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan tujuh saksi dalam perbicaraan berkenaan.

Gambar Cik Puan Elia di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu pada hari ini bagi mendengar keputusan mahkamah bagi membatalkan permohonan cerai talak tiga beliau.

Bersama-samalah kita tunggu keputusan perbicaraan yang akan dijalankan pada tanggal 13 Jun 2010 semuga yang benar akan mendapat pembelaan sewajarnya dan jika itu adalah ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah SWT maka kita semua harus menerima keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai Qada dan Kadar yang telah ditentukan untuk Cik Puan Elia. Syah pasti Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu akan menjalan dan melaksanakan tanggungjawabnya mengikut hukum-hukum syarak. Kepada Cik Puan Elia banyak-banyaklah bersabar dan jangan lupa untuk menunaikan solat hajat supaya beroleh kebenaran.

Shahir Juara AF8 - 23.05.2010

Malam tadi (22.05.2010) Syah tidak ketinggalan untuk menyaksikan @ Astro 104, konsert akhir program TV realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dianggarkan seramai 10,000 orang penonton membanjiri Stadium Putra untuk menyaksikan konsert akhir ini. Sepertimana biasa, pengkritik malam ini terdiri daripada dua orang pengkritik tetap AF 8 iaitu Aznil Hj Nawawi dan Adlin Aman Ramlie manakala pengkritik undangan adalah Ning Baizura. Finalist pada musim ini adalah :-
  1. Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, dari Seremban, Negeri Sembilan
  2. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22, dari Johor Bahru, Johor
  3. Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus, 22, dari Kuching, Sarawak
  4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, dari Ranau, Sabah
  5. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22 dari Ipoh, Perak
  • Tengah : Juara AF8 - Shahir, Kiri : Naib Juara AF 8 - Adira dan Kanan : Tempat Ketiga - Daus
Bak kata pepatah "Tuah Ayam Nampak DiKakinya Tuah Manusia Tak Siapa Yang Tahu". Inilah namanya takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh sang pencipta yang Maha ESA. Inilah yang berlaku kepada Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir telah dinobatkan oleh pengundi-pengundi dari Malaysia, Singapura dan Brunei untuk ditahtakan sebagai Juara Akademi Fantasia Musim kelapan (AF8). Siapa sangka Shahir yang pada awalnya telah tersingkir dalam konsert ketujuh tetapi dibawa masuk semula kedalam akademi setelah mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘AF Masuk’ tertinggi iaitu sebanyak 68 peratus pada konsert kelapan. Shahir dilahirkan pada 05 September 1988 di Ipoh, Perak merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik. Graduan Diploma Kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa ini merupakan bekas angota kumpulan nasyid Saujana dan merupakan pelajar Pusat Asasi UIA. Malam tadi Shahir yang kelihatan gemuruh sebelum diumumkan sebagai pemenang telah mengalirkan air mata kegembiraan apabila pengacara sensasi AF8, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley mengumunkan bahawa beliau adalah Juara Akademi Fantasia musim ke-8. Dengan kemenangan ini Shahir membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian ke Hong Kong Disneyland, bekalan Brand’s Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket ke New York tajaan Maybelline New York dan beberapa hadiah menarik lain termasuk telefon bimbit LG Prada tajaan LG Electronics berserta trofi dan sijil penghargaan. Syah mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Shahir atas kemenangan ini semuga anda berjaya dalam dunia seni tanahair dan diperingkat antarabangsa.

Naib Juara jatuh kepada Adira dengan pulang hadiah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, baucar percutian tajaan May-belline dan beberapa hadiah menarik lain serta trofi dan sijil penghargaan. Manakala Tempat ketiga memihak kepada Daus dengan membawa pulang hadiah set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo dan beberapa hadiah lain serta tropi dan sijil penghargaan. Tempat keempat jatuh kepada Maulana dan Kelima Iwan yang mana masing-masing menerima tropi dan sijil penghargaan.

Pada tahun ini terdapat keistemewaan kepada para peserta akhir dimana mereka telah diberi peluang untuk mengeluarkan single dan video clip masing-masing dan tidak secara langsung mereka sudah bergelar artis. Video clip mereka telah dimainkan di Astro bermula jam 11:00pm malam tadi.

Dalam konsert akhir ini, setiap peserta akan menyampaikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk mereka dan satu lagu pilihan seperti berikut:-

  1. Shahir mempersembahkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings
  2. Adira menyanyikan lagu Ku Ada Kamu ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Tiru Macam Saya (Datuk Sheila Majid)
  3. Daus mendendangkan lagu Kenapa? ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU)
  4. Maulana menyampaikan lagu RSVP ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Susun Silang Kata (Aizat)
  5. Iwan mengalunkan lagu VIP ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Relaku Pujuk (Spider)

Semuga dengan kehadiran warga-warga AF8 ini kedunia seni tanahair sedikit sebanyak akan menyemarakkan lagi industri muzik negara kita keperingkat yang boleh dibanggakankan dan bertaraf dunia. Amin.

Saturday, May 22, 2010

NY & Adidas - 22.05.2010


Hari Khamis 20.05.2010 Syah ada appointment di New York jam 06:00pm. Tepat jam 05:30pm Syah keluar office dan kebetulan my Boss, Dik Nor suruh hantar dokumen ke Aras 6 Selatan dan Syah inform dia I balik terus yer dan dia sambil senyum dia kata ok. Syah ambil LRT ke Bangsar dan kemudiannya naik cab ke Mid Valley coz bas free lambat sangat sampai. Sampai jer di NY Syah dah nampak Mei di kaunter tapi Mei inform dia tak dapat attend Syah hari nie coz tangan dia luka. Entah yer ke tidak tak taulah Syah. Dia minta kawannya gantikan. Cara kawannya buat treatment macam budak baru jer coz tertumpah mask kat baju Syah lah dan dia guna cold steam kat Syah. Tak biasa arrrr........ tapi bila Syah tanya katanya dah lama kerja. Lantaklah dia. Tapi next appointment Syah inform mereka hendak Mei juga. Alamak.......Syah makin gemuklah. Risau pula......selalu pening kepala takut darah tinggi pula, dahlah border. Ingat nak diet lahhhhhhhhhh...........
Di NY Syah beli Refreshing Wash RM60.00 coz stock dah habis hampir seminggu. Masa di Mid Valley pula Syah beli set special edission South Africa Adidas sempena world cup nie ada promotion di Mid Valley. Harganya RM52.00. Dalamnya ada Eau de Toilette natural spry, Deo body spray dan key chain. Sebenarnya Syah salah beli ingatkan dalamnya ada deodorant rupanya body spray dah balik rumah baru perasan. Tak per lah. Masa beli benda nie mereka suruh Syah sepak bola untuk dapatkan free gift. Syah inform mereka tak payahlah, bukan apa Syah memang tak suka bola. Hehehe jangan marah yer kawan-kawan .......

Muss Outstation - 22.05.2010

Pagi nie hujan lebat tak henti-henti. Kawan Muss, Zamri dan family dia datang coz nak ambil salah seekor kucing Muss. Mula-mula dia nak anak kucing tapi Syah inform Muss anak kucing tak boleh ambil. Jadi Muss keluarkan Awok. Awok nie memang tak biasa dengan orang dan dia takut-takut. Sian Awok. Akhirnya Zamri kata tak nak coz Awok dah besar. Anak Zamri nak Nomi . hehehe ........... tak ada maknanya coz itu kucing kesayangan CD. Akhirnya mereka ambil keputusan nak ambil anak kucing yang ada di office Cd di 7E Ampang. Pagi nie CD sapukan ubat kutu pada anak-anak kucing. Ubat nie Miza yang belikan (ex-practicle student Syah). Cd kata banyak kutu tu keluar.
Mus pula nak outstation jam 10:00 pagi nanti. Muss dan Cd keluar beli sarapan dan Muss pesan suruh Syah gorengkan Karipap sardine dan kentang. Balik dari kedai Muss terus mandi coz nak bersiap. Masa goreng karipap, Muss dari bilik air minta buat telur mata untuk dia. Muss Ta paw nasi lemak dua dan kuih, katanya Cd diet. Masa nak makan dia tanya kenapa karipap kentang tu hitam sedikit. Syah inform dia masa goreng karipap tu minyak dia terkena mata Syah sedikit dan masa Syah bersihkan mata tulah karipap tu rentung sedikit sebab Muss tadi sebelum masuk bilik air dia besarkan api. Mata Syah ok cuma terkena minyak panas tu sedikit jer mericik kat bahagian tepi mata putih kat hidung tu. Untung tak kena banyak kat mata. Cepat-cepat cuci dan tak ada apa-apapun yang hendak dirisaukan. Syah ok jer.
Masa colleague Muss sampai ke KL Residence, hari masih lagi hujan. We all ramai-ramai hantar Muss ke kereta kawannya. Mus outstation ke Sungai Petani, Kedah dengan Hj Rosman. Minggu ini dia akan audit Kilang Getah Peloi Timur, Sungai Petani, Kedah. Jam 04:36pm tadi Muss call dia inform berada di bengkel kereta di Juru kerana tayar belakang kiri kereta Hj Roslan pecah masa di highway tadi. Untung tak ada apa-apa berlaku. Shukur Alhamdulilah. Semuga perjalanan Muss dan Hj Roslan selamat dan segala urusan mereka di dipermudahkan. Amin.

Anakanda Tengku Mahkota Pahang Masuk Hospital - 22.05.2010

Salah seorang anakanda kembar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Tengku Abdullah, telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam (21.05.2010) kerana menghidap demam denggi . Tengku Afzan dimasukkan ke HTTAA lebih kurang jam 01:00 petang selepas ujian darahnya didapati positif denggi. Sebenarnya beliau telah mengalami demam panas dengan suhu 39 darjah celcius semenjak tiga hari lepas. Walau bagaimanapun suhu badannya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan keputusan dibuat untuk merujukkan Tengku Afzan ke HTTAA. Baginda percaya bahawa Tengku Afzan mendapat jangkitan demam denggi daripada kembarnya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.

Gambar Lama Tengku Afzan bersama bonda tersayang Tengku Puan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu berusia 7 tahun.

Baginda tidak pasti dimana putera/Puterinya mendapat jangkitan tetapi memaklumkan kemungkinan di sekolahnya. Sehubungan dengan itu baginda menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran terutamanya dalam keadaan wabak denggi yang semakin berleluasa sekarang ini. Tengku Afzan diputerikan bersama kembar lelakinya pada 11 September 2001 merupakan puteri ke empat Tengku Mahkota Pahang dari Isteri Pertama baginda Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bt Al-Marhum Sultan Iskandar (Sultan Johor). Bersama Tunku Puan Pahang, baginda dikurniakan empat orang putera dan dua puteri manakala bersama isteri kedua baginda, Cik Puan Julia Rais (bekas artis malaysia) dikurniakan tiga orang puteri. Sebelum kelahiran putera/puteri baginda, Tengku Abdullah telah mengambil dua anak angkat dari Kerabat DiRaja Pahang.


Buat masa ini Tengku Afzan dilapurkan dalam keadaan stabil. Bersama-samalah kita memanjatkan Doa agar Tengku Afzan cepat sembuh. AMIN.

Friday, May 21, 2010

Lirikhatiku :- Tahajjud Cinta - 22.05.2010

Mulai hari ini setiap bulan Syah akan masukan lirik lagu yang Syah suka atau memberi makna dalam hidup Syah kedalam entry tengkusyah.blogspot.com. dengan title Lirikhatiku. lagu-lagu ini akan ditukar dalam masa sebulan, walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan. For the first time Syah memilih lagu Tahajjud Cinta daripada Siti Norhaliza.

Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Elia Dibenar Lawat Tuanku - 21.05.2010

Shukur Alhamdulilah dan Tahniah kepada Cik Puan Elia Suhana yang telah mendapat hak kebenaran melawat suaminya Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Inilah yang Syah katakana dalam entry sebelum ini jika Cik Puan dipihak yang benar maka kebenara akan memihak kepadanya. Kita harus menanamkan kepercaya kepada system perundangan di Negara ini yang tidak dipengaruhi oleh pihak lain dalam membuat keputusannya. Cik Puan dijangka akan cuba untuk melawat Tuanku Ismail di Istana Mahkota esok 22.05.2010 sepertimana arahan mahkamah.

Semalam Mahkamah Rayuan Syariah telah membuat keputusan agar hak lawatan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kepada Cik Puan Elia untuk melawat suaminya secara giliran bermula dari pukul 7 pagi setiap hari Sabtu sehingga pukul 7 pagi hari Isnin DITERUSKAN. Keputusan ini dibuat oleh Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohammad, Hakim Syarie, Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan, Wan Hassan Wan Mohamad. Mereka membuat keputusan berkenaan selepas menyemak afidavit dan nas undang-undang yang di`kemukakan oleh Cik Puan Elia dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Datuk Daud memaklukkan bahawa penanguhan bagi mendapatkan hak lawatan kekal tidak sepatutnya berlaku memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada seorang isteri yang sah.


Elia Suhana diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan sementara Tengku Anis diwakili dua peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan Cik Puan Elia melawat Tuanku Sultan secara giliran, walau bagaimanapun perintah tersebut gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh Raja Perempuan Kelantan, pengawal peribadi, Mohd. Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussein Merican.


Pada 4 April 2010, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan untuk menggantung sementara perbicaraan permohonan Cik Puan Elia bagi mendapatkan hak lawatan kekal terhadap suaminya sehingga 13 Jun 2010. Penggantungan prosiding itu dilakukan sementara menunggu keputusan bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap beliau.


Pada 21 Mac 2010, Cik Puan Elia melalui peguamnya telah memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan terhadapnya yang difailkan oleh seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman. Bersama-samalah kita berdoa agar Cik Puan Elia Suhana sabar menghadapi dugaan ini dan semuga beliau berjaya menemui suami tercinta . Amin.

Wednesday, May 19, 2010

Ramli Meninggal Dunia - 19.05.2010

Dimaklumkan bahawa pengawal Istana Kelantan, En Ramli Mohamad telah kembali kerahmatullah pada hari ini 19.05.2010 jam 03:30 pagi diwad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu Kelantan setelah koma semenjak dua hari lepas. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Pn Maznah Mustafa dan lima orang cahayamata.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah, pihak polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat). Walau bagaimanapun selepas kematian Allahyarham pagi ini pihak polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Al Fatihah kepada Allahyarham En Ramli Mohamad.
Semuga Roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
AMIN.
Dan Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham semuga tabah menghadapi dugaan ini. Yang pergi tetap akan pergi dan pada yang tinggal harus meneruskan kehidupan ini.

Ramli Mohamad Kritikal - 18.05.02010

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad memaklumkan bahawa En Ramli Mohamad berada dalam keadaan tenat semenjak hari Isnin (17.05.2010) dan berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Baharu, Kelantan. Beberapa organ penting beliau seperti paru-paru, buah pinggang dan hati telah dijangkiti kuman. Buat masa ini beliau berada dalam keadaan koma dan bergantung kepada mesin sokongan hayat. Dalam kejadian 01 Mei lalu En Ramli yang merupakan Pengawal Istana Kelantan yang diamanahkan untuk mengawal keselamatan keluarga Diraja Kelantan telah ditembak di bahagian dada sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah selesai bertugas di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bahru Kelantan. Pihak hospital mengambil masa mengeluarkan peluru berkenaan kerana ianya terkena organ penting beliau iaitu paru-parunya. Walau bagaimanapun pada 06 Mei 2010 pihak hospital telah berjaya mengeluarkan peluru berkenaan dan melaporkan beliau dalam keadaan stabil.
Gambar dari Kosmo
Datuk Halim telah dititahkan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra untuk menyampaikan sumbangan peribadi baginda sebanyak RM100,000.00 kepada keluarga En Ramli bagi meringankan beban keluarga beliau. Sumbangan telah diserahkan kepada isteri En Ramli, Pn Maznah Mustafa di HRPZ II hari ini. Pn Maznah telah melahirkan kesyukuran beliau terhadap keperihatinan Pemangku Raja Kelantan kepada keluarganya dan wang itu katanya memang penting untuk meringankan beban keluarganya.

Cd ke program motivasi - 19.05.2010

Hati ini Cd outstation ke Pangsun, Hulu Langat, Selangor kerana ada program motivasi untuk 7E Managers. Actually Syah memang tak berapa berminat dengan aktiviti-aktiviti macam nie, nak pula tu kena tidur dihutan. Malam tadi Cd tunjukkan Syah tali rafia yang telah diikat dan dibuat rambu-rambu katanya ada persembahan dikir barat dan siap bawa baju melayu color pink lagi. Heheheh Cd...cd... Pagi tadi jam approx 05:00am Syah ke toilet dan nampak dia dah bangun. Excited sangat ler tu kot. Jam 06:45am dia keluar rumah kerana nak fetch kawan-kawan yang lain ada tiga orang tumpang dia. Syah sempat pesan kat Cd, kalau ada aktiviti yang tak larat buat inform jer orginazer coz Cd ada masalah usus. Ok take care and all the best.

Tuesday, May 18, 2010

Sultan Brunei ke KL - 18.05.2010

Hari ini 18.05.2010, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah telah berkenaan untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghdiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke enam yang bermula hari ini sehingga 20.05.2010. Forum tiga hari ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengumpul bersama ekonomi-ekonomi Islam dan bukan Islam global menerusi perniagaan di bawah satu platform tunggal. WIEF juga menyediakan peluang dialog bagi perkara-perkara berkaitan dengan dunia Islam untuk ditangani di peringkat global. Adalah dijangkakan seramai 2,000 peserta akan menghadiri forum ini dan ianya akan menyentuh mengenai penyelesaian untuk menyediakan air yang bersih, perubahan iklim dan mendidik orang ramai dan seumpamanya. Forum ini juga merupakan asas utama ke arah menghubungkan dunia Islam dan bukan Islam. Selamat Datang ke Kuala Lumpur Tuanku.

Sultan Brunei kelihatan bersalaman sebelum menaiki pesawat khas Baginda ke Kuala Lumpur

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Raja Perlis - 18.05.2010

Pada 17 Mei 2010 bersamaan hari Isnin, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenaan menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-67 dan sempena 10 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis di Balairong Seri, Istana Arau, Arau, Perlis. Turut mengiringi baginda adalah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Seperti biasa istiadat didahulu dengan Istiadat Kawalan Kehormat sebelum Baginda berangkat memasuki Balai Rongseri.

Gambar dari Utusan Malaysia

Dalam istiadat ini, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan sebanyak 40 darjah kebesaran dan pingat kepada 40 orang penerima. Majlis santapan tengahari pula telah diadakan di Dewan Warisan, Kangar bersama-sama para jemputan.

Sunday, May 16, 2010

Lunch @ KL Residence - 17.05.2010

Alamak memang Syah nie absent minded coz baru ingat tak bayar dua credit card Citibank dan RHB. Biarlah kalau bayarpun kena late charges juga. Malas nak merayu, bulan depan jer lah bayar coz nak buat macam mana dah pelupa sangat. Hari nie nasi Syah jelantah. Muss tension jer dan dia kata tak nak makan nanti sakit perut dan dia nak ratah lauk jer. Sebenarnya nasi tu Syah masak separuh atas dapur dan transferkan ker periuk nasi elektrik tapi Syah lupa nak tekan suis onkat periuk tu. Jadi nasi tu masak separuh jer. Lepas tu Syah letakkan sedikit air dan onkan semula switchnya baru nasi masak dan Muss makan nasi itew. Hehehehe ............

Malam tadi Cd tidur rumah Kak Ngah Faziah. Pagi tadi balik. Syah dan Muss ke Pasar Tani beli keperluan dapur. Bila sampai rumah Muss inform dia beli ketam. Alamak Muss nie selalu buat mengejut macam tu kalau dia inform beli ketam dari tadi taklah ada masalah tak cukup bahan. Dah pesan kat dia tadi jangan beli ketam. So Syah suruh dia pergi kedai balik beli daun kari, asam keping dan udang kering. Mula-mula nak masak ketam lemak tapi Muss pula nak Ketam Kari pula dan dia minta campurkan dengan telur ikan dan bende. Pening betul dengan si Muss nie. For lunch today we all makan kerang rebus, ketam masak kari, kerabu ulam, daging masak merah dan telur ikan kari campur bende.

Kasutbaruku @ KLCC - 16.05.2010

Semalam Syah merayau-rayau @ KLCC. Mula-mulanya saja nak jalan-jalan tapi bila bila masuk Isetan ada sales rupanya. Ada yang offer 50% dan untuk member 70%. Apa lagi memang bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Syah beli Byford underware lima helai - RM19.90 , Charles Jourdan boxer dua helai - RM22.90, enam helai stokin Byford - RM37.80, T-shirt Soda dua helai - RM36.60, (asal RM122.00) Kasut Kulit Cian sepasang - RM104.95(asal RM349.90), Baju Kemeja Smalto dua helai - RM83.40(asal RM278.00). Semuanya RM305.55. Guna duit bonus. Hehheheheh.

Lepas shopping lapar.............. so makan kat food court. My favourate Meehon Soup @ RM6.50. Sedap punyaaaaaaaaaaaaaaaa. Lepas nie ke.......... Yang tu tak boleh cerita. Masa naik escalator ada mat saleh pompuan gila tolak Syah coz katanya tak boleh berhenti di depan escalator. Nak buat macam mana orang depan yang berhenti sebab orang ramai. Memang kurang ajar mat salleh tu tapi tak tau bangsa apa. Lantaklah dia nanti satu hari nanti kena juga dia dengan orang Melayu nanti.


(tak kemana pong. balik umah terus nonton AF - Akademi Fantasia)